Thursday 23 January 2014

Salam Jumaat Kawan-kawan...

PadaNya kita memohon...Percayalah Dia sentiasa berada bersama kita dimana sahaja...

Kesibukkan

Mungkin inilah tajuk entry aku..sebab sudah lama tiada kesempatan utk meluangkan masa utk blog aku yg tidak seberapa nie..Tahun baru..bulan baru..minggu baru maka hari-hari pun berlalu..hiehiehie!Sejak memasuki tahun baru nie,kesibukkan aku semakin bertambah dengan hal-hal di pejabat dan balik pejabat uruskan rumah tangga lagi..huh memang penat weh!Hanya wanita yang bekerjaya sahaja memahami situasi nie kalau hendak dibandingkan dgn suri rumah sepenuh masa..Ragam dipejabat stress dgn tekanan kerja yang meningkat dan dirumah pula stress melayan karenah anak dan suami.Pagi-pagi lagi sudah bangun utk keluar mencari rezeki bersama suami,sebelum masuk pejabat kena hantar anak dulu ke rumah pengasuh,selepas hantar anak baru boleh masuk pejabat,Habis kerja kena pergi ambik anak dahulu baru boleh balik rumah,Smapai dirumah terus tukar pakaian dan terus ke dapur utk menyediakan makan malam,sementara suami menguruskan anak utk mandi,selesai memasak dan makan semua kena selesaikan kerja2 rumah yang lain pula seperti membasuh,mengemas dapur dan macam2 lagi kerja rumah yg lain selesai semua itu baru boleh berehat..huh Hebatkan wanita,semua kerja boleh dilakukan dalam sehari..Lumrah hidup hendak buat macam mana..Kenalah terima dgn hati yang terbuka serta sabar..Tetapi dalam kesibukkan kita jangan lupa pula pada yg maha Esa juga ya kerana semua yang perjalanan kita diatur olehNya..Tidak perlulah untuk kita merungut serta berasa tidak berpuas hati dgn setiap peraturan yg telah ditetapkan,sentiasa bersyukur serta redha menerima segala-galanya...Tetapi dalam kesibukkan aku bulan nie sempat jugalah aku lari dari kesibukan kota dgn pulang ke kampung halaman selama seminggu utk melepaskan stress serta rindu pada keluarga tercintaku...So uols..tataplah wajah tuan belog sebagai penutup entry nie ya..

Arios!

Bersama adik-adikku..julia dan umi syahirah

Bersama anak saudara kesayangan Nur Rania Izzara dan juga adik aku..umi syahirah

Gegirl temban

Adik beradik aku..

Saturday 4 January 2014

Berkelah di Tasik Puteri,Bukit Besi

Ini adalah perkelahan keluarga yang dirancang bersama ahli keluarga aku yg lain.Sebelum aku bercerita lebih lanjut mengenai perkelahan aku disana,mari aku kongsikan sedikit sejarah awal berkenaan tempat yang bernama Bukit Besi ini.


sumber:Terengganu unik.blogspot.com
"..Bukit Besi dahulunya merupakan tempat perlombongan bijih besi dalam daerah Dungun. Ia telah dilombong oleh syarikat dari Jepun sebelum 1939 lagi. Lombong ini telah ditutup berikutan bijih besi di sini telah habis dilombong oleh syarikat Jepun suatu ketika dahulu.Syarikat Jepun itu ialah Nippon Mining Company (Nippon Kogyo). Jeneral Jepun tidak dapat mengawal buruh lombong khususnya pelombong Cina. Ketika itu terdapat juga lombong manganese di Gual perio dan Temangan di Kelantan. Pengeluaran bijih besi berjumlah 1962,000 tan pada 1940. Semasa penjajahan Jepun, operasi lombong ini masih berjalan. Ia dipantau oleh seorang perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai. Maklumat-maklumat rahsia tentang potensi ekonomi yang diberikan inilah maka Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Dahulunya terdapat jajaran landasan keretapi dari Bukit Besi ke Jeti Sura, Dungun untuk membolehkan syarikat Jepun mengangkut bijih besi untuk dieksport. Syarikat mengeksport bijih timah ke Jepun melalui Sura, Kuala Dungun, Terengganu.Pengurusan dan penyelenggaraan landasan kereta api menelan kos yang tinggi kerana curahan hujan yang lebat, banjir semasa musim tengkujuh di Terenganu.
Di Bukit Besi terdapat landasan kereta api untuk mengangkut keluar bijih besi. Inilah keunikan Bukit Besi kerana Terengganu sendiri tidak punya landasan kereta api. Ketika itu Terengganu diperintah oleh Sultan Zainal Abidin. Baginda lebih dikenali sebagai Marhum Haji.Tiga pekerja dari South Manchurian Railway telah dibawa masuk untuk membina landasan kereta api di kawasan lombong bijih timah ini. Ia dikendalikan oleh Genichiro Watanabe.
Pada 1924, perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai telah mempunyai tanah di Terengganu. Dia bekerja dengan Nippon Yusen Kaisha di San Francisco dan datang ke Singapura pada 1918. Kemudian menjadi setiausaha kepada pengarah Muzium Perdagangan Jepun.."

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Besi


Okay..dah baca semua ya,So aku akan ceritakan perkelahan aku bersama keluarga disana adalah utk meluangkan masa yang berharga sempena aku balik bercuti di kampung.So ahli keluarga aku berpakat dgn saudara mara yang ada utk berkelah di Tasik Puteri Bukit Besi ini.Perjalanan dari rumah aku mengambil masa selama 1 jam 45 minit utk ke sana.Cuaca pada hari itu mmg begitu baik dan kelihatan ramai keluarga lain pun turut berkunjung utk berkelah disini.Kelihatan juga anak-anak muda dari kampung berhampiran Tasik Puteri datang utk beriadah disini.Suasana disini begitu cantik mata memandang dgn permandangan tasik serta hutan hijau yang merimbun mengeliling tasik ini.So sekarang korang tataplah gambar-gambar yang telah aku ambik semasa berkelah disana.

Arios!
My hubby with Qisya
Mak dgn Adam tgh buat refleksologi kaki..
Adam dgn refleksologi yg x habis-habis..
Mok Jue tgh bersenam..
Adik aku bersama adik sepupu serta anak sepupu..
Qisya with mok umie..
Kakak serta adik aku dgn Qisya..
Qisya with kakak Nana

Sungguh indah bumi ciptaanMu..
Pok Aru pun nok bersenam jugak..
Mok umi dgn Qisya lagi
Nie posing dalam air tasik puteri
Cantikkan Air Terjun di Tasik Puteri nie..
Tasik Puteri yang tersegan indah..
Aku bersama- sama ahli keluarga tercinta..Tudung polka dot dibelakang tu adalah ibu aku yg tersayang dan sebelah aku berkain batik itu adalah ibu saudara aku yang tersayang juga..
Ramai keluarga lain turut juga berkelah disini..
Adik aku nk buat aksi stunt konon..tetapi kalau air terjun itu tidak boleh mandi..BAHAYA kerana kedalaman air terjun itu amat dalam dianggarkan setinggi bangunan 5 tingkat...
Penat melayan anak-anak mandi si apak-apak nie semua ambil masa utk berehat...
Hit Hit Huurayyy...
Ini kawasan utk pengunjung mandi...
Tarikan Tasik Puteri Bukit Besi
Ahli-ahli perkelahan...

Sehari di Sunway Lagoon

Sunway Lagoon..satu nama theme park yang tidak asing bagi pelancong kalau ke Malaysia.Ini kerana kedudukan yang strategik ditengah kota...So supaya aku tidak terus merepek lebih baik korang baca sahaja dibawah ini info berkenaan Sunway Lagoon ini.

"..Sunway Lagoon ialah sebuah taman hiburan di Petaling Jaya, Malaysia yang dibuka pada 29 April 1993. Sunway Lagoon terletak diBandar Sunway, berjiran dengan pusat beli-belah Sunway Pyramid di utara, tempat penginapan Indah Villa di barat laut dan Sunway Hotel di timur laut. Pada mulanya, ia terdiri daripada taman air, taman ria dan taman haiwan, tetapi kemudian ditambah pula dengan taman seram dan taman aksi lasak.Sunway Lagoon boleh dimasuki melalui laluan dari Sunway Pyramid atau Sunway Hotel. Pengunjung boleh membayar yuran asas untuk memasuki taman air, taman ria dan taman haiwan sahaja, atau yuran istimewa yang lebih mahal untuk ke dua taman lain iaitu Extreme Park dan Scream Park. Selepas membeli tiket, para pengunjung diberikan gelang tangan sebagai petanda kebenaran masuk.."

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Sunway_Lagoon

Dah bacakan info tu semua..okey sekarang aku share sikit-sikit ye pengalaman aku ke sana itu pun dah lama aku pergi pada tahun 2012 saja aku nk share dlm blog aku nie xdelh mcm senyap saja blog aku nie kn..Aku pergi ke sana bukan dirancang sebenarnya,semuanya atas pelawaan rakan keluarga yang dapat tiket murah sempena Walk for charity Guardian Pharmacy di sana.So hubby aku pun terus aje bersetuju..So awal-awal pagi lagi hubby serta Qisya sudah bangun bersiap utk ke sana.Wah mmg bersemangat giler kalau bab berjalan nie nk2 Qisya..excited katekan nk main air..Sampai sahaja kami disana,hubby park kereta di basement parking Sunway Pyramid.Kelihatan memang sudah ramai pengunjung-pengunjung yang sedang menunggu pintu theme park dibuka.Selepas mendapatkan pas masuk pihak pengawal theme park akan memeriksa barang-barang yang dibawa utk memastikan tiada barangan yang dilarang dibawa masuk ke dalam theme park.Makanan serta minuman tidak boleh dibawa masuk sama sekali ini kerana pihak theme park telah pun menyediakan bermacam jenis gerai makanan serta restoran di dalam theme park..
Selepas masuk kami sekeluarga melawat mini zoo di dlm theme park yang dinamakan ' wildlife park '. Kemudian Qisya dgn laki aku mmg sudah tidak sabar utk bermain dgn air,aku sekeluarga terus ke bilik persalinan utk menukar pakaian sebelum itu kami mengambil sebuah loker utk menyimpan barang dgn harga RM5 sekali buka kalau nk loker yg banyak kali buka harga lain ya..So semasa bermain air tu mmg aku x bawak kamera dan mmg xdelh gambar kitaorg berjimba-jimba dalam air ya..huhu
So tanpa membuang masa dan korang baca aku merepek-repek pasal trip aku ke sana korg tataplah gambar aku sekeluarga ya..


Arios!

sumber:website sunway lagoon
Vuvuzela nie masih lagi dalam proses pembinaan semasa aku ke sana
sumber:website sunway lagoon
Peta taman tema sunway lagoon supaya tidak sesat kat dlm nie..
sumber:website sunway lagoon
Ini pas yang perlu dipakai semasa di dlm theme park nie..

Inilah Laki aku..dgn Qisya anak aku..

Harimau malaya menyambut kedatangan aku sekeluarga..tetapi rimau nie pemalas asyik tidur je..

Antara binatang lain yg ada kat dlm theme park nie..

Kami sekeluarga...

Suasana di dalam theme park tetapi masa nie sudah petang..

Pengunjung menunggu isyarat utk bermain ombak..

Antara gerai makanan yg ada di dlm theme park nie di belakang tu adalah bilik persalinan..

We are here..

Tuan blog posing dgn Qisya

My laki with wet short posing..

Qisya tgh makan bebola ayam selepas sehari bermain air..

Ke hulu-hilir dgn bebola ayam..

Sesudah makan hisap susu..sampai terlelap atas kerusi sebab kepenatan..

Rakan keluarga yang paling sporting bab-bab beriadah..semua sudah kepenatan..

Qisya with kakak Siti berposing..

We again posing with theme park mascot

Laki bini posing mengade-ngade

Qisya dgn kakak Siti posing atas buggy

Last posing dari jemaah semua..























My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR