Saturday 4 January 2014

Berkelah di Tasik Puteri,Bukit Besi

Ini adalah perkelahan keluarga yang dirancang bersama ahli keluarga aku yg lain.Sebelum aku bercerita lebih lanjut mengenai perkelahan aku disana,mari aku kongsikan sedikit sejarah awal berkenaan tempat yang bernama Bukit Besi ini.


sumber:Terengganu unik.blogspot.com
"..Bukit Besi dahulunya merupakan tempat perlombongan bijih besi dalam daerah Dungun. Ia telah dilombong oleh syarikat dari Jepun sebelum 1939 lagi. Lombong ini telah ditutup berikutan bijih besi di sini telah habis dilombong oleh syarikat Jepun suatu ketika dahulu.Syarikat Jepun itu ialah Nippon Mining Company (Nippon Kogyo). Jeneral Jepun tidak dapat mengawal buruh lombong khususnya pelombong Cina. Ketika itu terdapat juga lombong manganese di Gual perio dan Temangan di Kelantan. Pengeluaran bijih besi berjumlah 1962,000 tan pada 1940. Semasa penjajahan Jepun, operasi lombong ini masih berjalan. Ia dipantau oleh seorang perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai. Maklumat-maklumat rahsia tentang potensi ekonomi yang diberikan inilah maka Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Dahulunya terdapat jajaran landasan keretapi dari Bukit Besi ke Jeti Sura, Dungun untuk membolehkan syarikat Jepun mengangkut bijih besi untuk dieksport. Syarikat mengeksport bijih timah ke Jepun melalui Sura, Kuala Dungun, Terengganu.Pengurusan dan penyelenggaraan landasan kereta api menelan kos yang tinggi kerana curahan hujan yang lebat, banjir semasa musim tengkujuh di Terenganu.
Di Bukit Besi terdapat landasan kereta api untuk mengangkut keluar bijih besi. Inilah keunikan Bukit Besi kerana Terengganu sendiri tidak punya landasan kereta api. Ketika itu Terengganu diperintah oleh Sultan Zainal Abidin. Baginda lebih dikenali sebagai Marhum Haji.Tiga pekerja dari South Manchurian Railway telah dibawa masuk untuk membina landasan kereta api di kawasan lombong bijih timah ini. Ia dikendalikan oleh Genichiro Watanabe.
Pada 1924, perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai telah mempunyai tanah di Terengganu. Dia bekerja dengan Nippon Yusen Kaisha di San Francisco dan datang ke Singapura pada 1918. Kemudian menjadi setiausaha kepada pengarah Muzium Perdagangan Jepun.."

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Besi


Okay..dah baca semua ya,So aku akan ceritakan perkelahan aku bersama keluarga disana adalah utk meluangkan masa yang berharga sempena aku balik bercuti di kampung.So ahli keluarga aku berpakat dgn saudara mara yang ada utk berkelah di Tasik Puteri Bukit Besi ini.Perjalanan dari rumah aku mengambil masa selama 1 jam 45 minit utk ke sana.Cuaca pada hari itu mmg begitu baik dan kelihatan ramai keluarga lain pun turut berkunjung utk berkelah disini.Kelihatan juga anak-anak muda dari kampung berhampiran Tasik Puteri datang utk beriadah disini.Suasana disini begitu cantik mata memandang dgn permandangan tasik serta hutan hijau yang merimbun mengeliling tasik ini.So sekarang korang tataplah gambar-gambar yang telah aku ambik semasa berkelah disana.

Arios!
My hubby with Qisya
Mak dgn Adam tgh buat refleksologi kaki..
Adam dgn refleksologi yg x habis-habis..
Mok Jue tgh bersenam..
Adik aku bersama adik sepupu serta anak sepupu..
Qisya with mok umie..
Kakak serta adik aku dgn Qisya..
Qisya with kakak Nana

Sungguh indah bumi ciptaanMu..
Pok Aru pun nok bersenam jugak..
Mok umi dgn Qisya lagi
Nie posing dalam air tasik puteri
Cantikkan Air Terjun di Tasik Puteri nie..
Tasik Puteri yang tersegan indah..
Aku bersama- sama ahli keluarga tercinta..Tudung polka dot dibelakang tu adalah ibu aku yg tersayang dan sebelah aku berkain batik itu adalah ibu saudara aku yang tersayang juga..
Ramai keluarga lain turut juga berkelah disini..
Adik aku nk buat aksi stunt konon..tetapi kalau air terjun itu tidak boleh mandi..BAHAYA kerana kedalaman air terjun itu amat dalam dianggarkan setinggi bangunan 5 tingkat...
Penat melayan anak-anak mandi si apak-apak nie semua ambil masa utk berehat...
Hit Hit Huurayyy...
Ini kawasan utk pengunjung mandi...
Tarikan Tasik Puteri Bukit Besi
Ahli-ahli perkelahan...

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR