Saturday 4 January 2014

Sehari di Sunway Lagoon

Sunway Lagoon..satu nama theme park yang tidak asing bagi pelancong kalau ke Malaysia.Ini kerana kedudukan yang strategik ditengah kota...So supaya aku tidak terus merepek lebih baik korang baca sahaja dibawah ini info berkenaan Sunway Lagoon ini.

"..Sunway Lagoon ialah sebuah taman hiburan di Petaling Jaya, Malaysia yang dibuka pada 29 April 1993. Sunway Lagoon terletak diBandar Sunway, berjiran dengan pusat beli-belah Sunway Pyramid di utara, tempat penginapan Indah Villa di barat laut dan Sunway Hotel di timur laut. Pada mulanya, ia terdiri daripada taman air, taman ria dan taman haiwan, tetapi kemudian ditambah pula dengan taman seram dan taman aksi lasak.Sunway Lagoon boleh dimasuki melalui laluan dari Sunway Pyramid atau Sunway Hotel. Pengunjung boleh membayar yuran asas untuk memasuki taman air, taman ria dan taman haiwan sahaja, atau yuran istimewa yang lebih mahal untuk ke dua taman lain iaitu Extreme Park dan Scream Park. Selepas membeli tiket, para pengunjung diberikan gelang tangan sebagai petanda kebenaran masuk.."

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Sunway_Lagoon

Dah bacakan info tu semua..okey sekarang aku share sikit-sikit ye pengalaman aku ke sana itu pun dah lama aku pergi pada tahun 2012 saja aku nk share dlm blog aku nie xdelh mcm senyap saja blog aku nie kn..Aku pergi ke sana bukan dirancang sebenarnya,semuanya atas pelawaan rakan keluarga yang dapat tiket murah sempena Walk for charity Guardian Pharmacy di sana.So hubby aku pun terus aje bersetuju..So awal-awal pagi lagi hubby serta Qisya sudah bangun bersiap utk ke sana.Wah mmg bersemangat giler kalau bab berjalan nie nk2 Qisya..excited katekan nk main air..Sampai sahaja kami disana,hubby park kereta di basement parking Sunway Pyramid.Kelihatan memang sudah ramai pengunjung-pengunjung yang sedang menunggu pintu theme park dibuka.Selepas mendapatkan pas masuk pihak pengawal theme park akan memeriksa barang-barang yang dibawa utk memastikan tiada barangan yang dilarang dibawa masuk ke dalam theme park.Makanan serta minuman tidak boleh dibawa masuk sama sekali ini kerana pihak theme park telah pun menyediakan bermacam jenis gerai makanan serta restoran di dalam theme park..
Selepas masuk kami sekeluarga melawat mini zoo di dlm theme park yang dinamakan ' wildlife park '. Kemudian Qisya dgn laki aku mmg sudah tidak sabar utk bermain dgn air,aku sekeluarga terus ke bilik persalinan utk menukar pakaian sebelum itu kami mengambil sebuah loker utk menyimpan barang dgn harga RM5 sekali buka kalau nk loker yg banyak kali buka harga lain ya..So semasa bermain air tu mmg aku x bawak kamera dan mmg xdelh gambar kitaorg berjimba-jimba dalam air ya..huhu
So tanpa membuang masa dan korang baca aku merepek-repek pasal trip aku ke sana korg tataplah gambar aku sekeluarga ya..


Arios!

sumber:website sunway lagoon
Vuvuzela nie masih lagi dalam proses pembinaan semasa aku ke sana
sumber:website sunway lagoon
Peta taman tema sunway lagoon supaya tidak sesat kat dlm nie..
sumber:website sunway lagoon
Ini pas yang perlu dipakai semasa di dlm theme park nie..

Inilah Laki aku..dgn Qisya anak aku..

Harimau malaya menyambut kedatangan aku sekeluarga..tetapi rimau nie pemalas asyik tidur je..

Antara binatang lain yg ada kat dlm theme park nie..

Kami sekeluarga...

Suasana di dalam theme park tetapi masa nie sudah petang..

Pengunjung menunggu isyarat utk bermain ombak..

Antara gerai makanan yg ada di dlm theme park nie di belakang tu adalah bilik persalinan..

We are here..

Tuan blog posing dgn Qisya

My laki with wet short posing..

Qisya tgh makan bebola ayam selepas sehari bermain air..

Ke hulu-hilir dgn bebola ayam..

Sesudah makan hisap susu..sampai terlelap atas kerusi sebab kepenatan..

Rakan keluarga yang paling sporting bab-bab beriadah..semua sudah kepenatan..

Qisya with kakak Siti berposing..

We again posing with theme park mascot

Laki bini posing mengade-ngade

Qisya dgn kakak Siti posing atas buggy

Last posing dari jemaah semua..























My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR