Friday 28 February 2014

Cuaca panas & kesannya

Entry hari ini sekadar utk berkongsi keadaan cuaca yang sedang berlaku sekarang ini.Tidak dinafikan aku ini bukan selalu tgk berita pun tetapi buka bermakna aku tidak mengambil tahu keadaan semasa.Macam sekarang isu cuaca yang sedang hangat diperkatakan..iaitu isu cuaca panas.Cuaca panas yang berlaku sekarang ini disebabkan oleh perubahan musim dan cuaca panas ini juga telah menyebabkan kuantiti simpanan air di empangan-empangan menurun.Paling ketara di dalam berita sekarang ini adalah paras air di  empangan Klang Gate di Hulu Klang yangmenyusut secara mendadak sejak seminggu yang lalu.Hal ini boleh menjejaskan lebih 6 juta penduduk di sekitarnya.Oleh itu kita hendaklah sentiasa menjimatkan penggunaan air dan juga menjaga kesihatan diri didalam cuaca panas sekarang ini seperti sentiasa minum air bagi mengelakkan kekurangan air didalam badan.Ini kerana cuaca yang panas boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti petikan di bawah:-



Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba.Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.Gejala cuaca panas melampau adalah :

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot–otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
  • Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

Anda Perlu :
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar 
Elakkan:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
  •  Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah;
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketatKesa
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Inilah yang dapat aku kongsikan berkenaan cuaca panas  dan kesannya,semua info ini aku dapat dari jabatan kesihatan Malaysia dan aku harap perkongsian aku ini dapat membantu anda semua.Selain itu marilah kita semua sama-sama berdoa agar masalah cuaca panas di negara kita ini akan berlalu agar tidak berlarutan lagi.

Arios!

Tuesday 11 February 2014

Jauhi Denggi




Hi kawan semua..perkongsian hari ini adalah berkaitan dengan bahaya denggi,ini kerana penyakit ini merupakan salah satu penyakit yang boleh membawa maut dengan hanya gigitan seekor nyamuk aedes.Awas dan marilah kita menjaga kebersihan dan mengikuti nasihat oleh pakar kesihatan awam tentang penting nya kita menentang pembiakan nyamuk aedes ini.Ingat mencegah lebih baik dari mengubati..

Arois!


Saturday 8 February 2014

Sepetang bersama sang belalai dan kawan-kawannya

Hi semua..entry nie aku nak share sempena short trip ke Temerloh utk melawat sis in law  tetapi sempat jugak aku melencong ke daerah Kuala Gandah utk membawa anak aku melihat gajah secara lebih dekat.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari exit tol Lanchang dan keadaan jalan raya baik utk ke sana cuma jalan raya nya shj yg agak berliku-liku sebab kena menempuh kawasan kampung dan kawasan yg berbukit, utk ke sana jgk kita akan melewati perkampungan masyarakat org asli yg mana jarang kita ketemui.Jom layan sedikit info berkenaan Kuala Gandah Elephants Santuary atau lebih dikenali sebagai Kuala Gandah Elephant Conservation Centre ini..

".. Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah, di Pahang memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat gajah Malaysia.Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah ini akan memberikan anda peluang mempelajari sifat haiwan ini dan untuk masuk ke pusat ini para pelawat tidak dikenakan sebarang caj masuk tetapi pelawat hendaklah mendaftarkan diri dahulu dikaunter pendaftaran yg telah disediakan. Anda akan berpeluang untuk menunggang gajah dan masuk ke dalam hutan, dengan bantuan petugas, atau gembala gajah.Bagi mereka yang berani dan sukakan pengembaraan, anda berpeluang membawa gajah ke sungai dan memandikannya! Tidak ada yang lebih hebat jika dapat menyentuh haiwan ini.Dianggarkan hanya tinggal 1,200 ekor gajah liar Asia, juga dikenali sebagai Elephus Maximus, berada di Malaysia dan ini satu-satunya pusat perlindungan yang dibina untuk menempatkan semula haiwan ini.Gajah telah diselamatkan dari serata Semenanjung Malaysia, dengan menyediakan sebuah pusat perlindungan yang selamat di hutan.."

(Sumber:http://www.tourism.gov.my/ms-my/bn/web-page/places/nature-n-adventure/kuala-gandah-elephant-orphanage-sanctuary-pahang)

Okey jom layan gambar tuan belog have fun in kuala gandah pulak ya tapi kebanyakkan gambar berterabur sedikit ya,harap maklum...enjoy!

Posing tuan belog with little princess qisya

shower time!

Qisya menunjukkan pass masuknya..

Si belalai menanti suapan makanannya dari pelawat yg datang

it's show time!

Best giler tgk dorg mandikan si belalai ini semua..sempoi

si penakut lari..sempat lagi buat muka

Pekerja yang cukup close with si belalai masing-masing

Qisya with her lovely auntie

Pelawat tidak lepas peluang utk bermesra dgn sang belalai...

Qisya takut nak posing sorang..terpaksa cik Da pegang baru nak posing

Sang belalai mengambil tempat utk pertunjukan

Qisya berani posing dgn sang bertiga ini aje..

Pelawat-pelawat yang datang memang happening and sporting..

Peace yaww...

My hubby bermesra dgn sang belalai dari dekat...

Welcome guest!

Syoknya sang belalai nak mandi..

Si Omputeh pun nk bermesra jgk dgn sang belalai..

Jumbo sang belalai junior...

Berendam selepas sehari di dalam hutan..

Me with my hubby

My hubby sempat ambil peluang memberi sang belalai makan buah

Qisya sempat lagi posing

Friday 7 February 2014

Kerana dia Ibu & Bapa aku..

Huh bulan Januari dgn Februari best giler sebab banyak public holiday...wah wah..i like i like...tiba-tiba ter omputeh lak..huhu..mana tidaknya kan bulan januari saja cuti tahun baru,maulidur rasul,thaipusam dan juga tahun baru cina lepas tu masuk bulan februari sambutan hari wilayah pulak..huhu heaven heaven..jadi warga KL...di kesempatan inilah aku menghabiskan sisa-sisa kerinduan aku pada kampung halaman aku yang tercinta..bak kata orang jauh dimata dekat di hati,walau beribu batu aku merantau tempat tumpah darahku sentiasa di kenang...u know why because my kampung is the best place in my heart!Sesiapa yg tiada kampung tu memang sedey..sebab tidak tahu keistimewaan berkampung halaman...

Boleh dikatakan setiap bulan aku akan pulang ke kampung,bukan sebab aku ini banyak duit sgt nk berulang alik tiap2 bulan..kadang-kadang sengkeh jugak..rela jugak aku dgn laki aku berlapar semata-mata utk balik ke kampung..aku balik ke kampung sebab aku rindu pada emak dan ayah aku dan juga keluarga aku..kerana mereka semua orang terpenting dalam hidup aku,tanpa mereka semua aku tidak akan berjaya sampai ditahap aku sekarang ini,sokongan dan dorongan mereka sentiasa menjadikan aku semangat utk terus maju ke hadapan,mereka semualah yang ada disaat aku hampir tumbang dan denagn mereka semualah aku berkongsi kegembiraan dan kesenangan sekiranya aku ada kelebihan yang dikurnia oleh yg maha Esa..bagi aku mendengar suara mereka melalui telefon sahaja tidak mencukupi..sekarang kerajaan menyediakan kemudahan pengangkutan dan jaringan jalan raya yg mudah utk kita guna utk bergerak..so tiada masalah bagi aku utk menggunakan semua kemudahan tersebut.Lagi pun cuma ambik masa 6 jam sahaja utk aku blk ke kampung..kalau nak dibandingkan 9 jam aku bekerja setiap hari..takkan 6 jam perjalanan tidak dapat aku tempuhi..so aku tidak ada alasan utk tidak dapat balik ke kampung...

Aku tidak tahulah kenapa zaman sekarang ramai anak-anak mudah mengabaikan ibu dan bapa dikampung apabila berjaya hidup dibandar sehingga jarang mengambil masa utk pulang menjenguk kedua ibu dan bapa dikampung..mereka lebih rela meluangkan masa bersama kawan-kawan dibandar dari menjenguk ibu dan bapa mereka,sedangkan sewaktu kecil hingga besar ibu dan bapa mereka bertungkus lumus membanting tulang utk membesarkan mereka sehingga berjaya.Ini tidak apabila sudah berjaya mereka terus bersifat lupa daratan pula..kesian ibu dan bapa di kampung sentiasa mengharap kepulangan anak-anak utk menjenguk mereka,lagi pun mereka semua bukan mengharapkan kemewahan dari anak-anak mereka,mereka hanya mengharapkan anak-anak mereka tidak melupakan mereka sahaja...sedarlah wahai kawan-kawan semua syurga anak-anak berada dibawah tapak kaki ibu masing-masing..hargailah kedua ibu dan bapa kita selagi mereka semua masih bernyawa..jangan apabila mereka sudah tiada baru kita hendak sedar..

Malas aku nk membebel pjg lebar pasal hal ini..korang boleh piki sendiri..ini belog aku so aku nk crite pasal hal aku sahaja..Ibu dan bapa memang cukup aku sayang dan merupakan org yg terpenting dalam hidup aku..kerana mereka telah mendidik aku menjadi seorang yg berguna walaupun pada zaman remaja kau byk memberontak kerana hidup aku cukup dikongkong oleh mereka,namun aku sedar tujuan mereka melakukan semua itu adalah utk menjaga aku agar tidak terpesong dari landasan yg betul.Aku masih lagi teringat macam mana bekerja kerasnya mereka berdua bekerja untuk mencari rezeki yang halal untk menyara kami adik beradik sehingga sanggup berkerja tidak kira masa..sesungguhnya aku cukup berbangga dan sesungguhnya aku amat bersyukur dikurniakan kedua ibu bapa yg cukup peka dan tegas seperti mereka..Ya Allah..sesungguhnya padamu aku bermohon dan berterima kasih keatas kurniaan yg Engkau telah berikan dan aku bermohon agar Engkau mengampuni dosa2 kedua ibu bapa aku dan mengasihani mereka seperti mana mereka mengasihani diriku..amin

arios!


Mummy & Daddy
Graduation Day with my lovely mummy..

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR