Friday 7 February 2014

Kerana dia Ibu & Bapa aku..

Huh bulan Januari dgn Februari best giler sebab banyak public holiday...wah wah..i like i like...tiba-tiba ter omputeh lak..huhu..mana tidaknya kan bulan januari saja cuti tahun baru,maulidur rasul,thaipusam dan juga tahun baru cina lepas tu masuk bulan februari sambutan hari wilayah pulak..huhu heaven heaven..jadi warga KL...di kesempatan inilah aku menghabiskan sisa-sisa kerinduan aku pada kampung halaman aku yang tercinta..bak kata orang jauh dimata dekat di hati,walau beribu batu aku merantau tempat tumpah darahku sentiasa di kenang...u know why because my kampung is the best place in my heart!Sesiapa yg tiada kampung tu memang sedey..sebab tidak tahu keistimewaan berkampung halaman...

Boleh dikatakan setiap bulan aku akan pulang ke kampung,bukan sebab aku ini banyak duit sgt nk berulang alik tiap2 bulan..kadang-kadang sengkeh jugak..rela jugak aku dgn laki aku berlapar semata-mata utk balik ke kampung..aku balik ke kampung sebab aku rindu pada emak dan ayah aku dan juga keluarga aku..kerana mereka semua orang terpenting dalam hidup aku,tanpa mereka semua aku tidak akan berjaya sampai ditahap aku sekarang ini,sokongan dan dorongan mereka sentiasa menjadikan aku semangat utk terus maju ke hadapan,mereka semualah yang ada disaat aku hampir tumbang dan denagn mereka semualah aku berkongsi kegembiraan dan kesenangan sekiranya aku ada kelebihan yang dikurnia oleh yg maha Esa..bagi aku mendengar suara mereka melalui telefon sahaja tidak mencukupi..sekarang kerajaan menyediakan kemudahan pengangkutan dan jaringan jalan raya yg mudah utk kita guna utk bergerak..so tiada masalah bagi aku utk menggunakan semua kemudahan tersebut.Lagi pun cuma ambik masa 6 jam sahaja utk aku blk ke kampung..kalau nak dibandingkan 9 jam aku bekerja setiap hari..takkan 6 jam perjalanan tidak dapat aku tempuhi..so aku tidak ada alasan utk tidak dapat balik ke kampung...

Aku tidak tahulah kenapa zaman sekarang ramai anak-anak mudah mengabaikan ibu dan bapa dikampung apabila berjaya hidup dibandar sehingga jarang mengambil masa utk pulang menjenguk kedua ibu dan bapa dikampung..mereka lebih rela meluangkan masa bersama kawan-kawan dibandar dari menjenguk ibu dan bapa mereka,sedangkan sewaktu kecil hingga besar ibu dan bapa mereka bertungkus lumus membanting tulang utk membesarkan mereka sehingga berjaya.Ini tidak apabila sudah berjaya mereka terus bersifat lupa daratan pula..kesian ibu dan bapa di kampung sentiasa mengharap kepulangan anak-anak utk menjenguk mereka,lagi pun mereka semua bukan mengharapkan kemewahan dari anak-anak mereka,mereka hanya mengharapkan anak-anak mereka tidak melupakan mereka sahaja...sedarlah wahai kawan-kawan semua syurga anak-anak berada dibawah tapak kaki ibu masing-masing..hargailah kedua ibu dan bapa kita selagi mereka semua masih bernyawa..jangan apabila mereka sudah tiada baru kita hendak sedar..

Malas aku nk membebel pjg lebar pasal hal ini..korang boleh piki sendiri..ini belog aku so aku nk crite pasal hal aku sahaja..Ibu dan bapa memang cukup aku sayang dan merupakan org yg terpenting dalam hidup aku..kerana mereka telah mendidik aku menjadi seorang yg berguna walaupun pada zaman remaja kau byk memberontak kerana hidup aku cukup dikongkong oleh mereka,namun aku sedar tujuan mereka melakukan semua itu adalah utk menjaga aku agar tidak terpesong dari landasan yg betul.Aku masih lagi teringat macam mana bekerja kerasnya mereka berdua bekerja untuk mencari rezeki yang halal untk menyara kami adik beradik sehingga sanggup berkerja tidak kira masa..sesungguhnya aku cukup berbangga dan sesungguhnya aku amat bersyukur dikurniakan kedua ibu bapa yg cukup peka dan tegas seperti mereka..Ya Allah..sesungguhnya padamu aku bermohon dan berterima kasih keatas kurniaan yg Engkau telah berikan dan aku bermohon agar Engkau mengampuni dosa2 kedua ibu bapa aku dan mengasihani mereka seperti mana mereka mengasihani diriku..amin

arios!


Mummy & Daddy
Graduation Day with my lovely mummy..

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR