Nuffnang Adds

Saturday, 15 March 2014

Jerebu

Hi semua..hari ini topik yang aku ingin kongsi disini adalah masalah jerebu.Masalah jerebu yang melanda negara kita sejak dari dulu lagi setiap tahun.Baru-baru ini negara aku heboh kes pesawat MH370 hilang dan menenggelamkan masalah jerebu yang sedang melanda ketika itu.Tetapi isu jerebu ini menjadi isu utama sejak rabu yang lalu kerana bacaan indeks kualiti udara disetengah tempat menunjukkan bacaan meningkat. Disebabkan oleh jerebu inilah aku terpaksa MC dari bekerja minggu lepas kerana masalah pernafasan,aku memang ada masalah asma tetapi tidaklah teruk mana,cuma baru-baru ini menjadi teruk sedikit kesan dari jerebu ini.Aku tidak dapat bernafas dengan normal dan asyik rasa sakit dada,batuk,selesema dan hilang suara untuk beberapa hari,nasib baik sekarang kesihatan aku sudah bertambah baik dan suara aku sudah keluar balik macam normal cuma ada sedikit serak basah macam penyanyi rock ckit..huhu.Bagi kanak-kanak,orang-orang tua,pesakit lelah dan pernafasan lain serta perokok,keadaan jerebu ini bagaikan satu ancaman kepada mereka semua,ini kerana masalah jerebu ini akan membawa pelbagai gejala penyakit kepada mereka semua.

Suasana di Ibu negara
2 mercu tanda negara kurang kelihatan akibat jerebu
Orang ramai yang aku lihat disekitar perumahan dan tempat kerja aku sudah mulai memakai penutup mulut dan hidung bagi melindungi kesihatan.Suami aku pula sentiasa membawa ubat asma nya ke mana-mana.Lupa aku nak bagi tahu yang laki aku juga ada masalah asma,tetapi dia memang ada asma nie sejak 7 tahun yang lalu lagi.Aku pula menghidap masalah asma nie baru sahaja sejak aku ada penyakit tyroid.Sebelum nie aku tiada masalah asma nie.Tetapi aku tak nak cerita pasal masalah asma ya.Sekarang kita ada topik jerebu sahaja untuk entry nie.Setiap hari aku akan pastikan aku akan minum air secukupnya begitu juga dengan anak serta laki aku akan pastikan mereka semua minum air secukupnya.Dirumah aku akan menutup tingkat rumah dan tidak melakukan aktiviti diluar rumah sekiranya tidak penting.Aku ingin nasihatkan pada korang semua supaya sentiasa berjaga-jaga dalam keadaan jerebu sekarang ini supaya kesihatan korang semua tidak terjejas.

Disini aku akan kongsikan sedikit info yang aku petik dari wikipedia berkaitan isu jerebu ini.Aku harap dapat membantu korang semua untuk memahami jerebu dan kesannya kepada kehidupan kita:-

"..Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit.Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai jerebu basah.."

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. 
Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. 
Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat





Arios!

Saturday, 8 March 2014

Let's Pray for MH370




Ya Allah..Engkau tunjukkanlah kekuasaan dan kebesaranmu..Engkau berikanlah petunjuk kepada nasib pesawat MH370 ini Ya Allah...Ya Allah engkau berikanlah kekuatan kepada setiap ahli keluarga mangsa didalam pesawat MH370 ini untuk menempuhi dugaan yang telah engkau aturkan ini...amin


Berlibur bersama keluarga di Cameron Highlands...

Hi semua..hari ini aku ingin berkongsi bercuti aku bersama keluarga di Cameron Highlands 2 tahun lepas.Walaupun sudah lama tetapi keseronokan masih lagi segar di ingatan...Sebelum aku bercerita lebih lanjut berkenaan percutian aku disana,mari baca sedikit info yang aku share kat bawah ini ataupun kornag semua boleh baca di link Cameron highlands ini..

"..Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semula jadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.."

(Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Tinggi_Cameron)

Percutian kami sekeluarga ke sana pada penghujung bulan April 2012 ini dirancang oleh aku sebagai ketua rombongan ye..yg lain terpaksa ia kan aje..supaya aku tidak force trip..tempat penginapan aku book apartment..motipp??? SELESA SERTA JIMAT...lagipun bercuti ramai-ramai satu keluarga nie memang kena duduk satu tempat je untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga..kalau duduk asing-asing baik duduk rumah je...Apartment yang aku booking nie berada di Tanah Rata nama apartment nie Aalisa Apartments.Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan untuk percutian 3 hari 2 malam di sana.Apartment ini menyediakan 3 bilik tidur pelbagai size,2 bilik air,dapur,balkoni,ruang makan dan juga ruang tamu yang bersantai.Aku memilih untuk tinggal di Tanah Rata kerana suasana disini lebih tenang dan aman dari Brinchang.Mari aku perkenalkan ahli-ahli rombongan ini semua..


Ini mak dengan ayah aku yang tersayang dan dikasihi sedang berehat dikaki lima selepas penat membeli belah dipasar malam Cameron Highlands...

Ini pula tuan blog with small family dan kelihatan mok jue ada diblkg tu..
Ini pula adik beradik aku serta adik ipar aku...
Okey mari aku sambung balik cerita...Cameron highlands memang banyak tempat menarik yang kami semua lewati,tetapi minta maaf awal-awal aku ucapkan tidak banyak gambar aku pose disini.Tetapi cukuplah sekadar yang ada sahaja aku boleh sharekan disini.Kami tiba disana pada waktu tengah hari dan selepas selesai urusan check in ke apartment,kami mengambil masa untuk berehat dahulu sebelum memulakan penjelajahan.Wow memang best giler layan cuaca disini yang agak dingin berbanding berada di rumah sendiri seperti tidak mahu pulang ke realiti lagi..hahaha macam poyo je ayat..tetapi memang betul cuaca yang sejuk dan suasana yang tenang memang tidak dinafikan lagi bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan dan kebingitan kota.Dikawasan Tanah Tinggi Cameron Highlands ini juga menyediakan pelbagai kemudahan awam bagi membantu para pelawat yang hadir.Di sini juga terdapat tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti menikmati Keindahan di Blue Valley Tea Estate, Gunung Brinchang, Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau.Selain daripada itu kita boleh melawati ke Wild Orchid Farm, Green Farm, Rose Valley Village, Butterfly Farm, Butterfly Garden, Kea Farm, Pasar Sayur, Uncle Sam Farm, Cactus Point, Tokong Sam Poh, Cactus Valley, Strawberry Farm, pelbagai hotel, resort dan rumah rehat serta padang golf.Tetapi yang paling utama ialah Ladang Teh Boh yang terletak di sungai Palas dan juga Ladang teh Cameron Valley Bharat.

So mari tatapan moment yang dapat aku kongsi sepanjang kami di sana..

Arios!

Kakak aku yang sentiasa poyo cun lebih..
adik ipar aku yang sengal x abis-abis
Model Key-chain Strawberry
Nie my princess with big strawberry
Menunggu yang lain bersiap sebelum ke pasar malam di Brinchang
Melawat ladang Teh...
The colors of Cactus
Cantikkan..!
Mak dengan miss poyo cun...
Adik aku yang suka gila glamour with miss poyo cun
Candidlah sgt...
My sweetheart
Mak posing with new menantu...
Periuk Kera
Pilih kaktus untuk bg souvenir kat mok mertua katenye..

Menunggu wafel strawberry sampai muncung bibir sebab ramai orang...
Mok umie pun nk posing dengan strawberry jugak..
Bagilah peluang dia nak berposing...huhu
My lovely family..
Pengantin baru..
Inilah photo yang ada gambar aku dengan laki aku..maklumlah aku jenis org yang x suka bergambar...
kalau nk bercuti aku suka menghayati percutian dan kurang bergambar...huhu..mcm poyo je stmt aku..
tapi inilah realiti...
Qisya dalam Pajero Aki...
Jalan-jalan dipasar malam Brinchang pada hari pertama untuk mencari bekalan makanan untuk makan malam..
Mok jue with mok eti memang sporting bab layan anok sedara nie..nak apa bagitahu je dorg beli ye..hihihi..jimat fulus aku..hahaha
Macam-macam ada dipasar malam ini..bundle,makanan,cenderahati,perkakas rumah dan sebagainya..
Miss poyo cun dah penat shopping di pasar malam..

Kaktus lagi..cutekan..
Ladang sayur yang menghijau..
Beli jangan tak beli mok jue..
Candid Posing lagi..
Our Big Fun Family
Qisya with Lovely Auntie Mok cah
Mak pun nk posing jugak
Hambik orang lain sibuk posing aku sibuk duk shopping Kaktus..
Qisya in Pasar malam Brinchang
Mak with miss poyo cun
Muka x puas shopping..
Besarnya kaktus..
Amboi..mengadanye..
Mereka yang saya sayang semua...
Mok umie with Kaktus valley
Mak dengan ayah di ladang Teh Boh
My family...
Mok umie posing dah..
Tuan driver sepanjang di Cameron Highlands
Mak dengan anaok-anak yang ngada-ngada semua..kecuali aku..huhu
Mak,Mok eti dengan Mok umie dalam ladang teh boh
My sister in Flower garden
Kaktus lagi..