Saturday 15 March 2014

Jerebu

Hi semua..hari ini topik yang aku ingin kongsi disini adalah masalah jerebu.Masalah jerebu yang melanda negara kita sejak dari dulu lagi setiap tahun.Baru-baru ini negara aku heboh kes pesawat MH370 hilang dan menenggelamkan masalah jerebu yang sedang melanda ketika itu.Tetapi isu jerebu ini menjadi isu utama sejak rabu yang lalu kerana bacaan indeks kualiti udara disetengah tempat menunjukkan bacaan meningkat. Disebabkan oleh jerebu inilah aku terpaksa MC dari bekerja minggu lepas kerana masalah pernafasan,aku memang ada masalah asma tetapi tidaklah teruk mana,cuma baru-baru ini menjadi teruk sedikit kesan dari jerebu ini.Aku tidak dapat bernafas dengan normal dan asyik rasa sakit dada,batuk,selesema dan hilang suara untuk beberapa hari,nasib baik sekarang kesihatan aku sudah bertambah baik dan suara aku sudah keluar balik macam normal cuma ada sedikit serak basah macam penyanyi rock ckit..huhu.Bagi kanak-kanak,orang-orang tua,pesakit lelah dan pernafasan lain serta perokok,keadaan jerebu ini bagaikan satu ancaman kepada mereka semua,ini kerana masalah jerebu ini akan membawa pelbagai gejala penyakit kepada mereka semua.

Suasana di Ibu negara
2 mercu tanda negara kurang kelihatan akibat jerebu
Orang ramai yang aku lihat disekitar perumahan dan tempat kerja aku sudah mulai memakai penutup mulut dan hidung bagi melindungi kesihatan.Suami aku pula sentiasa membawa ubat asma nya ke mana-mana.Lupa aku nak bagi tahu yang laki aku juga ada masalah asma,tetapi dia memang ada asma nie sejak 7 tahun yang lalu lagi.Aku pula menghidap masalah asma nie baru sahaja sejak aku ada penyakit tyroid.Sebelum nie aku tiada masalah asma nie.Tetapi aku tak nak cerita pasal masalah asma ya.Sekarang kita ada topik jerebu sahaja untuk entry nie.Setiap hari aku akan pastikan aku akan minum air secukupnya begitu juga dengan anak serta laki aku akan pastikan mereka semua minum air secukupnya.Dirumah aku akan menutup tingkat rumah dan tidak melakukan aktiviti diluar rumah sekiranya tidak penting.Aku ingin nasihatkan pada korang semua supaya sentiasa berjaga-jaga dalam keadaan jerebu sekarang ini supaya kesihatan korang semua tidak terjejas.

Disini aku akan kongsikan sedikit info yang aku petik dari wikipedia berkaitan isu jerebu ini.Aku harap dapat membantu korang semua untuk memahami jerebu dan kesannya kepada kehidupan kita:-

"..Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit.Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai jerebu basah.."

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. 
Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. 
Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat





Arios!

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR