Nuffnang Adds

Friday, 18 April 2014

Halal Food - Autumn in Sydney Australia

Hii semua...apa khabar?..aku harap semua baik-baik okay.Hari ini aku nak share kedai makanan halal di sydney uolss..Infomasi yang aku nak share ini untuk memudahkan semua untuk mencari makanan yang halal agar tidak ler kebulur makan maggi hot cup je nanti sebab penyakit was-was...Tetapi di sana janganlah risau banyak kedai ada jual makanan halal seperti kebab,fish n chips,fast food dan sebagainya cuma perlu pastikan kedai tersebut ada logo halal ataupun korang boleh check dekat website nie disini www.halalsquare.com.au ..Semua yang aku share ini memang dijamin halal dengan harga berpatutan.Okay tanpa membuang masa,korang semua boleh buat pilihan utk menjamu selera disana nanti ya..jom layan!

♥..Sedap..♥

Lokasi:229 Oxford Street,Darlinghurst
Harga:$25 - $35 Aud
Citarasa:Malaysia
Pilihan:Dine in & Take Away

♥..Cafe Kasturi..♥

Lokasi:767 - 769 George Street,Haymarket
Harga:$15 - $25 Aud
Citarasa:Malaysia,Thai,Singapore & Indonesia
Pilihan:Dine in,Take Away & Delivery
★Sijil Halal AFIC


♥..Cafe Seulanga..♥

Lokasi:Shop no.9,370 Pitt Street,Sydney
Harga:Under $15 Aud
Citarasa:Indonesia,Asian & Malaysia
Pilihan:Dine in & Take Away


♥..Ipoh on York..♥

Lokasi:2/89 York Street,Sydney
Harga:Under $15
Citarasa:Asian & Malaysia
Pilihan:Dine In & Take Away
★Halal Certificate


♥..Kaki Lima..♥

Lokasi:3/343 Anzac Parade,Kingsford
Harga:-
Citarasa:Malaysia
Pilihan:Dine In & Take Away


♥..Island Dreams Cafe..♥

Lokasi:47 - 49,Haldon St,Lakemba
Harga:-
Citarasa:Malaysia & Fast food
Pilihan:Dine In & Take Away
★Sijil Halal AFIC


♥..Kammadhenu..♥

Lokasi:171 King Street,Newtown
Harga:Under $15
Citarasa:Malaysia,Indian,Asian & Chinese
Pilihan:Dine In,Take Away & Delivery
★Halal Certificate

♥..Malacca Straits..♥

Lokasi:66 Mountain Street,Broadway
Harga:-
Citarasa:Thai,Malaysia & Indonesia
Pilihan:Dine In & Take Away

♥..Malay Curry House..♥

Lokasi:161 Middlehead Rd,Mosman
Harga:-
Citarasa:Indian & Malaysia
Pilihan:Dine In,Take Away & Delivery
★Sijil Halal AFIC

♥..Malay Village..♥

Lokasi:1 Dixon Street,Haymarket
Harga:Under $15
Citarasa:Malaysia & Asian
Pilihan:Dine In,Take Away & Alfresco
★Sijil Halal

♥..Mamak Village Wynyard..♥

Lokasi:Shop T18 Metcentre Building,273 George Street
Harga:Under $15
Citarasa:Indian & Malaysian
Pilihan:Dine In,Take Away & Alfresco
★Sijil Halal


Arios..!

Thursday, 17 April 2014

♥Don't forget to read Surah Al-Kahfi every Friday♥

AssAmin..selesai sudah..jangan lupa ya kawan-kawan untuk mengamalkannya pada jumaat yang akan datang ya...alamualaikum semua...hari ini cukup bersahaja..aku hanya hendak mengingatkn kita semua untuk mengamalkan amalan membaca surah al-kahfi pada setiap hari jumaat.Mudah-mudahan kita dapat ganjaran pahala bersama-sama ya..Okay mari kita baca bersama-sama sekarang...

Bismillah al-rahman al-rahim


Amin..Alhamdullillah..Okay jangan lupa ya kawan-kawan untuk mengamalkannya pada setiap jumaat okay..

♥♥..Wassalam..♥♥


Monday, 14 April 2014

Melayan karenah Qasihqu Nur Qisya

Hi semua..sihat?sudah makan?sedang buat ape?..ehh banyak tanya pulak aku kan..apa yang korang buat bila stress,terutama stress lepas balik kerja...?kalau yang bujang mesti pergi lepak-lepak,tengok wayang,makan-makan dan sebagainya..tapi kalau aku bawak balik sekali stress tempat kerja aku kat rumah memang kena sound free dengan laki aku..So terpaksalah aku sangkut stress aku kat opis tu tepi pintu rumah,esok nak pi kerja bawak sekali pulak..Tetapi stress serta penat lelah ditempat kerja terubat tatkala melihat serta dapat melayan karenah anak aku iaitu Qasihqu Nur Qisya..Satu-satunya buah hati aku dengan suami aku..

Walaupun kadang-kadang tingkah laku serta sikapnya yang buat aku dengan suami aku rasa aaarrrggghhhhh stressssnya..tetapi semua itu sementara sahaja..kalau dia tidak dapat apa yang dia hajatkan memang stress ler aku dengan suami aku nak melayan..mulalah drama jadoo ye...mogok..merajuk..menjerit..paling tak boleh tahan tergolek-golek atas lantai...haaahaaahaaa..korang rasa macam mana kalau anak korang buat perangai macam nie..??tapi bagi aku..aku dengan laki aku akan buat..cuba pujuk lembut-lembut dulu..tak jadi cara nie jugak just ignore je..biar le dia nak merajuk..

Tetapi sejuk hati bila tengok muka anak lepas balik kerja walupun stress kat tempat kerja macam gunung nak meletooppp..bayangkan bila aku balik kerja,kebiasaannya laki aku akan datang ambik aku kat opis dengan anak aku..so bila keluar pintu opis je anak aku dah start panggil..ibuuuuuu.....ibuuuuuuu(sambil berlari-lari mendapatkan aku)..tiba-tiba ibu,ibu boleh tak ibu belikan kakak(panggilan utk Qisya) kek,barbie dan macam-macam lagilah permintaan lain..itulah anak aku..kalau kat rumah pula,ibu..ibu boleh tak kakak nak tengok cerita kakak..(dia bagi hint utk dia tgk channel kartun dia)..

kalau tiap-tiap malam mesti aku bergaduh ddngan anak aku sebab berebut nak tengok cerita kat tv..kadang-kadang aku terpaksa tgk tv melalui online je..laki aku pula?memang le awal-awal lagi dia dah surrender...tapi telatah anak membuatkan aku terhibur sebenarnya..walaupun aku suka mengusik dia sampai dia merajuk..hahaha...sengalkan..aku dengan anak aku memang aku garang,tegas dan too take care...tetapi sebenarnya aku terlalu sayang serta amat mengasihi anak aku sepenuh jiwa raga aku..ibu sayang kakak..sayang kat hubby juga ya..uols are pearl in my heart!
Okay sampai disini dahulu ya nurkilan aku  malam nie...
Arios!
Aktiviti wajib dia mesti at playground on weekend
Nie xde kerja..aku pi klinik nk beli ubat,dia pulak buat drama atas wheelchair..
Dia suka mewarna...
Tengok rambut..dah mcm hussin..aku nak ikat kasi kemas dia taknak..
Nie aktiviti bazirkan bedak...
Cita-cita nak jadi doktor..Amin..ibu doakan kakak berjaya mencapai cita-cita kakak ya...
Nielah best friend anak aku....

Sunday, 13 April 2014

Teruja - Autumn in Sydney, Australia

Hi semua..apa khabar..aku harap semuanya baik-baik sahaja ya..hari ini masa aku agak lapang untuk update blog aku nie.Mesti korang nak tahu kenapa aku letak tajuk 'Teruja' pada entri kali nie kn..okay tanpa membuang masa mari aku kongsikan perasaan teruja aku nie.Sebenarnya aku akan bercuti di negara Kanggaro pada penghujung bulan hadapan sebab itulah aku amat teruja..mesti korang fikir yang aku nak menunjukkan,Hahaha...aku bukanlah nak menunjuk tapi sebenarnya aku kongsi perasaan ini sahaja ya..tak ada niat lain..tapi kalau korang fikir aku nak menunjuk sila tukar page lain ya..hahaha...Korang pernah melancong ke luar negara?kalau pernah mesti korang pernah juga merasai perasaan yang aku rasa ini kan,sebenarnya ini kali kedua aku melancong ke luar negara dan kali pertama aku ke negara Cambodia itu pun lawatan sambil belajar dengan kawan-kawan sekelas universiti aku study dahulu...Teruja memanjang dan tidak habis-habis duduk study mengenai tempat-tempat menarik yang akan dilawati,apa yang perlu dibawa dan tidak perlu dibawa, cuaca,penginapan yang sesuai,kemudahan pengangkutan yang boleh digunakan dan macam -macam lagi..Semua informasi yang kita study itu amat penting untuk kita gunakan semasa kita melancong nanti,so jangan malas untuk buat sedikit homework supaya tidaklah kita terkebil-kebil di tempat orang nanti okay..

Baiklah..sekarang aku nak cerita hal teruja aku tentang segala persiapan aku ya..sila jangan feeling menyampah ya..hahaha.Kali ini aku melancong bersama-sama officemates aku dan aku melancong secara backpackers sahaja tanpa melalui travel agent,sahaja aku dan kawan-kawan nak mencabar diri dengan melakukan aktiviti secara bebas tanpa terikat pada aktiviti travel agent.Korang semua doakanlah aku dan juga kawan-kawan aku selamat pergi dan balik ya...sayang korang semua.Mula-mula ahli jemaah dalam trip kali sepatutnya 4 orang tapi seorang terpaksa menarik diri disebabkan kawan aku yang bernama si eton nie pregnant due nak delivered bulan 7 nie so korang rasa memang apa..?memang dia terpaksa menarik dirilah sebab tak mampu nak travel jauh-jauh..tapi best kan si eton pregnant twins lagi..takpe eton nanti aku bawak balik key chain & fridge magnet cantik kat eton ya..so misi melancong aku diteruskan secara bertiga iaitu dgn yek-yek dan jgk fazz..Okay kisah teruja aku diteruskan lagi ya..senyum ckit sambil baca nie..jangan buat muka ketat pulak..haa macam tulah.Okay setelah mendapat perkenan dari suami tercinta maka tempahan tiket flight dan juga hotel penginapan dibuat.Terima Kasih Mr.Hubby sebab memberi kebenaran kepada isterimu ini dan memahami minat gila isterimu yang suka berjalan ini.

Untuk maklumat korang,aku booking tiket flight Air Asia kerana harga yang ditawarkan amatlah berbaloi.Tetapi nak beli tiket berbaloi memang perlu lakukan pengorbanan sedikit..aku terpaksa bersekang mata demi mendapatkan harga tiket yang murah..hadap punya hadap web AA akhirnya aku berjaya menempah flight ke Sydney dgn RM799 pergi dan balik.Tapi tak termasuk dengan luggage dgn meal lagi setelah combine itu semua total jadi RM899 murahkan untuk seorang.Lepas settle booking flight,aku mula check booking.com pula untuk cari hotel yang berpatutan yang bersesuaian dgn lokasi yang kami akan stay kat sana nanti.Aku booking Macleay Lodge di Pott Points melalui booking.com dengan harga RM2172.00 selama 5 malam untuk 1 family room dan 1 standard room.Dari komen-komen yang aku baca dari blog lain tentang hotel ini,aku harap selamat untuk aku serta kawan-kawan aku stay untuk 5 malam disana..okay bab flight tiket dgn hotel sudah diuruskan semua.

Now..pasal passport dengan visa pula,passport aku cuma perlu pergi renew yang baru sahaja sebab yang lama sudah pun expired dan visa pula diuruskan oleh fazz.Untuk maklumat korang semua untuk masuk ke negara kanggaro ini kena ada visa okay...so jangan ambik mudah ya..so kena tahu do's and don't untuk ke sana ya.Persiapan lain juga telah aku buat seperti menyediakan senarai penting sebelum berlepas,yang mana dalam senarai tersebut mengandungi segala perkara yang aku perlu bawa.Korang jangan nak cakap aku gelabah ke apa ya..sebab aku jenis yang tidak suka kelam kabut sebab buat perkara last minit.So perkara penting seperti barang yang perlu dibawa pun perlu diambil kira semua ini kerana aku pergi semasa penghujung musim luruh yang akan beralih ke musim sejuk dan sudah semestinya suhunya agak dingin.So aku sudah sediakan sehelai jaket musim luruh serta sarung tangan untuk aku pakai nanti dan barang-barang lain aku tidak bawak banyaklah sebab aku bawak satu backpack saja,cukuplah sekadar bersahaja kalau tak cukup ke beli saja disana nanti,lagipun disana ada banyak kedai yang menyediakan pelbagai kelengkapan untuk kemudahan kita..waa bestnya..tak sabar tak sabar rasanya hendak ke sana..

Itenerary juga telah aku dan juga kawan rangka untuk aktiviti yang akan kami lakukan semasa disana nanti..Antara tempat-tempat yang akan aku dan kawan-kawan aku hendak pergi adalah seperti ikon yang memang wajib iaitu bangunan Sydney Opera HouseSydney Harbour Bridge, Blue Mountains, Bondi Beach, The Rock, Paddy Markets, Featherdale Wildlife Park, Sydney Fish Market, Queen Victoria Building dan banyak lagi Insyaallah..Okay..cukuplah disini dahulu aku ceritakan feeling teruja aku nie..so bila aku dah balik dari trip nie aku sambung cerita lagi ya..

Arios!

Sydney..aku datang..
Feeling traveler gedik pulak..hiehiehie...

Tuesday, 1 April 2014

Isteri

 Assalamualaikum..

Hi para sahabat semua...hari nie ingin aku kongsikn sedikit ingatan untuk kita semua,walaupun aku bukan isteri sebaik Siti Khadijah...mudahan dapat membantu kita untuk memperbaiki diri menjadi seorang isteri yg solehah dan diredhai Allah Swt...

1)  Perempuan yang digantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya kerana membuka aurat . (Ramai yang keliru atau tak tahu mengenai pemakaian yang betul mengenai tutupan aurat dengan tudung .Adapun pemakaian itu wajiblah menutup sebagaimana didalam sembahyang ya`ni sehingga dagu bukan bawah dagu sebagaimana ramai kaum hawa memakainya .) Mengenai kewajiban memakai purdah,  insyaallah kita akan bincang pada babnya .

2)  Perempuan yang digantung dengan lidah  dan dituangkan api neraka yang sangat panas kedalam mulutnya kerana menyakiti suaminya (lidah ditarik 70 hasta) . (Seperti ia kata “sejak saya kahwin dengan awak apa saya ada!” atau ia kata “Hai bang sejak akhir-akhir ni nampak malas je sembahyang tahajud !” Apabila seorang isteri berkata demikian maka pahala tahajud si isteri itu berpindah kepada si suami .) Berbaloi ke ?

3)  Perempuan yang digantung dengan dua susunya dan buah zakum itu dituangkan masuk kedalam mulutnya (iatu buah kayu yang didalam neraka yang amat pahit ) apabila dimakan ,maka bergelegak segala isi perut mereka dan otak mereka kerana ia menyusu akan anak orang lain tanpa mintak izin suaminya . (Susu badan itu milik Suami .Oleh kerana itu harus bagi si isteri meminta upah dari suami kerana menyusukan anak dari susu badannya .) Tapi kalau boleh tak payahlah ya.
4)  Perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat dan terlipat dan dilumur minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas kedalam mulutnya kerana keluar tanpa mintak izin suaminya walau kerumah ibunya sendiri . (Ini banyak berlaku bagi Isteri-isteri yang bekerja di bandar .Mereka memikirkan bahawa mereka layak menerima layanan yang setanding dengan lelaki dalam semua hal termasuklah tidak perlu meminta izin dari suami ke mana saja hendak pergi . Kadang kala si Suami terpaksa bertanya kepada orang yang seperjabat isterinya untuk mengetahui kemana pemergiannya .)

5)  Perempuan yang tergantung pada hal memakan akan daging dirinya dan api menyala-menyala dari pihak bawahnya kerana ia memperhiasi bagi orang lain, tidak bagi suaminya .( Sekiranya si Isteri keluar rumah hal keadaan berhias diri sedangkan si Suami tidak menegah , maka si Suami akan diazab setiap setapak keluar rumah isterinya itu selama seratus ribu tahun di dalam neraka .Nauzubillahiminzalik .) Boleh tahan ke wahai suami   ? Bagi isteri yang memakai wangian ketika suaminya berada di rumah hukumnya sunat .Hukumnya makruh sekiranya suaminya tiada di rumah .Adapun jika keluar rumah walau dengan suaminya ,maka iaitu haram .Setiap lelaki yang menghidu wangiannya itu dihukumkan perempuan itu seperti berzina dengannya .

6)  Perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala Malaikat akan dua kakinya dan dijadikan atas badannya beberapa ular dan kala hal keadaannya memakan akan dagingnya dan meminum akan darahnya kerana ia tak mahu  mandi junub ,haid dan meringan-meringankan sembahyang . (Orang yang tidak mandi junub atau haid sudah tentu kita kata mereka adalah orang yang tidak sembahyang .Adakalanya jika mandi sekalipun tetapi mandi dalam keadaan jahil dengan kaifiat (cara-cara) mandi . Maka serupalah dengan orang yang tidak mandi . Maka sembahyangnya tidak diterima .Apabila tidak diterima , maka ibadat-ibadat yang lain pun tidak diterima .) Bagi orang  yang meringan-ringankan sembahyang seperti menta`hirkan  (melambatkan) sembahyangnya sehingga masuk kepada waktu sembahyang yang lain. Sesuai firman Allah dalam surah الماعون : Maka neraka weil lah bagi orang yang meninggalkan sembahyang hal keadaannya lalai .lalai dengan maksud menta`hirkan waktu tanpa uzur syar`ie .

7)  Perempuan yang tergantung akan dirinya hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Didalam mulutnya api menggelegak otak kepalanya mengalir kedalam hidungnya dan segala badannya amat busuk lagi berputar-putar seperti kena penyakit yang besar kerana ia mendatangkan anak zina . (Maka dengan ini jauhilah mana-mana keadaan yang mendorong kita kearah berzina .Dengan makna kaum lelaki dan kaum perempuan dilarang sama sekali untuk bercampur aduk tanpa penghadang antara satu sama lain walaupun belajar fardhu ain .) Ciri-ciri muslimah yang solehah iaitu ia tiada pada tempat perhimpunan orang ramai .Sebaik-baik pekerjaan iaitu menjahit sebagaimana Siti Ai`syah isteri Rasullullah s.a.w .

8)  Perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapannya hingga kebelakangnya daripada segala anggotanya dengan gunting api neraka kerana ia masyhurkan dirinya . (Sekarang kita dapat lihat berapa ramai yang nak jadi pemimpin rakyat padahal ada tegahan daripada Nabi yang jelas dan berapa ramai perempuan hendak berpidato di depan khalayak lelaki ,hanya kerana hendak menunjukkan bahawa dia pun boleh sebagaimana laki-laki . Memimpin hanya bagi kaum hawa ,tiada masaalah .Berpidato di depan kaum hawa sahaja tiada masaalah .Yang harus itu jelas yang haram itu pun jelas .Jangan mempergunakan agama dgn akal .Agama itu dibina dengan apa yang diturunkan oleh Allah .)

9)   Perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan diatasnya beribu-beribu warna dari azab kerana ia adalah sangat mengadu-ngadu lagi amat dusta . (Ini salah satu penyakit kaum Hawa yang jahil . Sebab itu tidak hairanlah Nabi kata seorang perempuan boleh menggoncangkan satu dunia .Dusta dia ,pengaduan dia boleh menjatuhkan dari seorang president kepada rakyat .Sesuai kata Nabi barangsiapa banyak bercakap , maka banyaklah salahnya . Barangsiapa banyak salah , maka banyaklah dosanya .Barangsiapa banyak dosanya , maka nerakalah tempatnya .) Maka beringatlah !

10)  Perempuan yang tergantung atas rupa anjing dan api neraka masuk daripada bawah duburnya dan keluar ia daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badannya dengan pemukul api neraka kerana ia adalah sangat membangkit akan manusia seperti ia berkata “Buat apa engkau buat ini…..” lagi pula banyak dengki berdengki . (Apabila kita merasa berdengki , maka cepat-cepatlah kita ingat ini semua pemberian Allah )* Ini semua apa yang diceritakan oleh Nabi kepada Siti Fatimah anaknya dan Saidinah Ali sahabatnya lagi menantunya dan suami kepada Fatimah rha yang dimana ia melihatnya sendiri ketika Isra` mi`raj . Wallahualam .Bersungguh-sungguhlah perbaiki diri .

(Sumber: http://singalaka.wordpress.com/2009/09/15/10-golongan-perempuan-masuk-neraka/ )

Amin..