Monday 14 April 2014

Melayan karenah Qasihqu Nur Qisya

Hi semua..sihat?sudah makan?sedang buat ape?..ehh banyak tanya pulak aku kan..apa yang korang buat bila stress,terutama stress lepas balik kerja...?kalau yang bujang mesti pergi lepak-lepak,tengok wayang,makan-makan dan sebagainya..tapi kalau aku bawak balik sekali stress tempat kerja aku kat rumah memang kena sound free dengan laki aku..So terpaksalah aku sangkut stress aku kat opis tu tepi pintu rumah,esok nak pi kerja bawak sekali pulak..Tetapi stress serta penat lelah ditempat kerja terubat tatkala melihat serta dapat melayan karenah anak aku iaitu Qasihqu Nur Qisya..Satu-satunya buah hati aku dengan suami aku..

Walaupun kadang-kadang tingkah laku serta sikapnya yang buat aku dengan suami aku rasa aaarrrggghhhhh stressssnya..tetapi semua itu sementara sahaja..kalau dia tidak dapat apa yang dia hajatkan memang stress ler aku dengan suami aku nak melayan..mulalah drama jadoo ye...mogok..merajuk..menjerit..paling tak boleh tahan tergolek-golek atas lantai...haaahaaahaaa..korang rasa macam mana kalau anak korang buat perangai macam nie..??tapi bagi aku..aku dengan laki aku akan buat..cuba pujuk lembut-lembut dulu..tak jadi cara nie jugak just ignore je..biar le dia nak merajuk..

Tetapi sejuk hati bila tengok muka anak lepas balik kerja walupun stress kat tempat kerja macam gunung nak meletooppp..bayangkan bila aku balik kerja,kebiasaannya laki aku akan datang ambik aku kat opis dengan anak aku..so bila keluar pintu opis je anak aku dah start panggil..ibuuuuuu.....ibuuuuuuu(sambil berlari-lari mendapatkan aku)..tiba-tiba ibu,ibu boleh tak ibu belikan kakak(panggilan utk Qisya) kek,barbie dan macam-macam lagilah permintaan lain..itulah anak aku..kalau kat rumah pula,ibu..ibu boleh tak kakak nak tengok cerita kakak..(dia bagi hint utk dia tgk channel kartun dia)..

kalau tiap-tiap malam mesti aku bergaduh ddngan anak aku sebab berebut nak tengok cerita kat tv..kadang-kadang aku terpaksa tgk tv melalui online je..laki aku pula?memang le awal-awal lagi dia dah surrender...tapi telatah anak membuatkan aku terhibur sebenarnya..walaupun aku suka mengusik dia sampai dia merajuk..hahaha...sengalkan..aku dengan anak aku memang aku garang,tegas dan too take care...tetapi sebenarnya aku terlalu sayang serta amat mengasihi anak aku sepenuh jiwa raga aku..ibu sayang kakak..sayang kat hubby juga ya..uols are pearl in my heart!
Okay sampai disini dahulu ya nurkilan aku  malam nie...
Arios!
Aktiviti wajib dia mesti at playground on weekend
Nie xde kerja..aku pi klinik nk beli ubat,dia pulak buat drama atas wheelchair..
Dia suka mewarna...
Tengok rambut..dah mcm hussin..aku nak ikat kasi kemas dia taknak..
Nie aktiviti bazirkan bedak...
Cita-cita nak jadi doktor..Amin..ibu doakan kakak berjaya mencapai cita-cita kakak ya...
Nielah best friend anak aku....

No comments:

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR