Monday 9 June 2014

Day 1- Autumn in Sydney:Macleay Lodge

Assalamualaikum semua..

Lama sudah aku tak update blog aku..hari nie aku berkesempatan sedikit utk berkongsi pengalaman aku bercuti di Sydney,Australia oada bulan lepas.Percutian ini telah lama dirancang sebenarnya dan pada asalnya aku sepatutnya pergi berempat tetapi jadi pergi bertiga sahaja kerana kawan aku terpregnant pulak...so tak dapat nak travel jauh-jauh.So pada hari isnin 26 May 2014,aku berlepas jam 10 am dgn flight Air Asia X dari KLIA 2 dan tiba di kingsford smith terminal 1 Sydney pada jam 5 pm waktu Malaysia tetapi suasana disana sudah gelap kerana jam disana awal 2 jam dari Malaysia.Untuk pengetahuan semua sebelum kita memasuki dan keluar dari negara Australia,kita hendaklah mengisi borang yang dinamakan Passenger Card (PC) yang akan diedarkan oleh pramugari didlm flight lagi..tetapi kalau kita hilangkan kita masih lagi boleh dapatkan borang tersebut di kaunter yang telah disediakan oleh pihak airport sebelum memasuki kaunter pemeriksaan imigresen.Didalam borang tersebut korang hendaklah mengisytiharkan apa yang korang bawa.

Usai urusan imigresen aku bergegas pula ke tempat untuk mengambil bagasi yang tidak jauh dari kaunter pemeriksaan imigresen dan selepas itu ada satu lagi halangan yang perlu ditempuhi oleh semua iaitu pemeriksaan bagasi yang mana kita akan ditanya sama ada membawa barang terlarang  atau tidak dan sekiranya jawapan kita meragukan mereka akan membuat spot check dgn membuat scanning ataupun mengeledah bagasi tersebut.So untuk peringatan sila rujuk disini apa yang boleh dibawa dan tidak boleh dibawa masuk ke negara Australia ini,kalau sekiranya kita tertangkap membawa barangan yang dilarang..sila sob sob sob sedekah $340 Aud on the spot @ byr denda $60k Aud @ siap pakej msk jail utk 10 tahun ya..so sila berhati-hati ya...

Alhamdullillah selesai urusan pemeriksaan bagasi..cuak jgk sebab dorang scan bag aku..padahal aku hanya bawak bagpack saja.Nasib baik semua bagasi yang dibawa oleh aku dan juga kawan2aku ini tidak ada sebarang masalah.Pekerja imigresen disini memberi layanan yang baik dlm menjalankan tugas mereka.Setelah keluar dari international departure gate,aku serta kawan-kawan aku melepaskan rasa lega di ruang menunggu lobi airport berkenaan sementara mengambil taxi untuk ke hotel penginapan.Sempat lagi aku on free wifi kat airport nie untuk update berita pada family tercinta di tanah air.Kemudian kami semua beratur diruang menunggu untuk mengambil taxi.Lebih kurang 5 minit menunggu giliran maka kami mendapat taxi dgn kadar lebih kurang $43 Aud dicaj utk kami bertiga untuk sampai ke hotel penginapan kami di Potts Point.Disana kami bertiga menginap di Macleay Lodge selama 5 malam yang mana telah aku tempah melalui booking.com dgn harga special deal untuk 1 standard roo dan 1 family room siap balcony uols..tetapi hotel ini menyediakan sharing bathroom but don't worry uolss..bathroom tu sentiasa clean and clear gtu..setiap level hotel menyediakan lebih kurang 4 bathroom.

Sesampainya kami disana,kami sudah dimaklumkan yang kaunter untuk check in hanya buka dari jam 7.30 am until 8 pm shj dan kami tiba dihotel jam 9 pm lebih...pihak hotel telah menyediakan satu box khas yang mana kami kena masukkan pin code yang telah diberi untuk membuka box berkenaan utk mendapatkan kunci masuk ke dalam hotel serta masuk ke dlm bilik kami.Setelah berjaya mendapatkan kunci tersebut,kami bergegas masuk ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri dan berehat untuk aktiviti keesokkan hari..Ternyata bilik yang disediakan cukup selesai untuk kami tinggal selama 6 hari disini..orang cakap berbaloilah dengan harganya..Suhu agak sejuk maklumlah sekarang musim luruh,so mata dan badan aku sudah layu untuk beradu...So tataplah sedikit foto yang dapat aku kongsikan untuk day 1 nie ya...

Arious!

Incoming passenger card Page 1
Incoming passenger card page 2

With my one travel partner..Aira

Nielah sample salah satu bilik kami

Bathroom

Pandangan hadapan pintu masuk hotel

Kat bawah tu ialah kaunter pendaftaran

Bilik kami uols..siap ade balcony

Nie waiting fazz bersiap kat depan lobi hotel

Posing depan pintu masuk hotel

No comments:

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR