Monday 9 June 2014

Day - 2 Autumn in Sydney:Blue Mountains & The 3 Sister

Assalamualaikum semua...

Hari ini aku akan sambung cerita hari kedua aku di Sydney.Selesai urusan pendaftaran pada pagi tersebut aku dan juga 2 org kawan pun memulakan perjalanan seperti yang sudah dirancang untuk ke Blue Mountains pada hari ini.Kami berjalan kaki menuju ke King Cross train station dan perjalanan dari hotel ke sana mengambil masa lebih kurang dalam 5 minit.Suasana di sekeliling kawasan King Cross pada pagi tersebut sungguh mendamaikan dan kelihatan penduduk tempatan di situ sudah sibuk menjalankan tugas harian.Di King Cross ini terdapat banyak hostel backpackers,mini mart 24 jam,kedai kebab,cafe,club dan di sini juga terdapat Supermarket WoolWorth.Walaupun kawasan King Cross ini di katakan kawasan Red District,namun sepanjang aku berada di sana tidaklah pulak aku terlihat aktiviti negatif itu.So tidak semua kawasan King Cross ini kawasan red district seperti di war-warkan oleh sesetengah pihak.Kebanyakkan cafe yang beroperasi pada pagi tersebut sangat sibuk melayan permintaan pelanggan utk menikmati hidangan sarapan pagi dan ada pula yg sibuk membawa keluar anjing utk berjalan-jalan sambil menikmati udara pagi yang nyaman ini.

Tibanya kami di train station berkenaan,kelihatan begitu ramai penduduk tempatan yg berkejar-kejar utk menaiki train utk menuju ke tempat kerja or destinasi masing-masing.Di train station ini ada menyediakan mesin utk membeli tiket train secara layan diri dan melalui kaunter.Aku membeli tiket train yang dinamakan Mymulti 3 dengan harga $63 aud.Dengan tiket ini kami dapat menaiki semua pengangkutan awam seperti train,bas dan juga feri.Dengan tiket ini juga boleh membawa kami terus ke Blue Mountains tanpa perlu kami membeli tiket lain or pakej utk ke sana.Selesai membeli tiket,kami terus bergegas menuju ke platform menuju ke Central Station.Train yang tiba sgt tepat dengan masa yang telah ditetapkan.Korang semua jgn risau sekiranya terlepas train kerana train disini sentiasa ada 5 @ 10 minit skali.Suasana dalam train boleh tahan ramai ye kerana kami naik train pada waktu puncak penduduk tempatan menggunakan train utk ke tempat kerja,tetapi jgn risau train di Sydney nie mempunyai 2 tingkat utk duduk so tiada masalah utk korang duduk.
Tibanya di Central station,kami mengambil train ke Mount Victoria utk sampai ke Blue Mountains.Sebenarnya kita boleh mengambil train ke Lithgow juga utk ke Blue Mountains.Tetapi dah kebetulan kami sampai train ke Mount Victoria akan bergerak dahulu,so kami pun mengambil train nie.

Sementara menuju train bergerak kami sempat menggunakan free wifi yg terdapat di Central staion ini utk mengirimkan berita pada ahli keluarga kami di Malaysia.Kawan aku sempat pergi membeli sarapan berupa sandwich tuna dan juga nestea lemon utk bekalan semasa di dalam train tersebut.Train bergerak jam 9am dan di dalam train terdapat ramai juga pelancong yang datang dari pelbagai negara hendak menuju ke Blue Mountains juga.Perjalanan kami melalui beberapa bandar kecil di sekitar Sydney dan kami dapat melihat permandangan gunung yang begitu indah dan mempersonakan sepanjang perjalanan kami ke sana.Untuk ke Blue Mountains,kami perlu turun di Katoomba train station dan dari situ kami perlu berjalan kaki menuju ke Carrington Hotel untuk mengambil bas bernombor 686 yang membawa ke kawasan Blue Mountains tetapi pelancong boleh juga mengambil pakej utk ke Blue Mountains dgn trolley bus @ pun dgn hop on hop off bus melalui booth yang disediakan bersebelahan train station dan di situ juga terdapat banyak kedai menjual cenderahati.Sementara menunggu bas tiba,kami sempat menapak ke Coles utk membeli sedikit bekalan.Di Katoomba ini terdapat banyak tempat penginapan,cafe,kedai-kedai menjual keperluan harian,post office,bank dan sebagainya.So untuk tidak sukarlah sekiranya ada sesiapa yang ingin menginap di sini.

Apabila bas sampai,kami pun menaiki bas tersebut bersama-sama dengan pelancong lain juga.Dengan menggunakan Mymulti 3 perjalanan menjadi begitu mudah,pemandu bas hanya menyuruh kami touch tiket Mymulti 3 di mesin pengimbas tiket di dlm bas tersebut sahaja.Perjalanan mengambil masa 15 minit utk sampai ke Echo Point dan sepanjang perjalanan kami dapat melihat permandangan sekitar bandar Katoomba dgn lebih dekat lagi..bandar ini tidaklah begitu sesak dan suasananya begitu nyaman,maklumlah bandar pergunungan.Setibanya di Echo Point,angin bertiup sungguh kencang dan kelihatan begitu ramai pelancong yang datang untuk menikmati keindahan Blue Mountains ini.Ramai yang tidak putus-putus bergambar untuk meninggalkan kenangan sepanjang disini termasuklah kami bertiga.Di sini juga terdapat batu yang terkenal yang di namakan dgn The 3 Sister.

"..The 3 Sister ini adalah MISTIK dan lagenda menjadi antara elemen yang mewarnai hidup manusia. Seperti kisah dua puteri yang bertukar menjadi gunung di Sarawak, Australia juga mempunyai cerita sama yang menjadi buah mulut warisan berzaman. Three sisters iaitu tiga gunung yang terletak di kawasan Blue Mountains, kira-kira 104 kilometer di barat Sydney cukup terkenal di kalangan masyarakat tempatan. Lokasi ini juga menjadi tarikan pelancong yang ingin melihat lebih dekat kawasan pergunungan mengagumkan itu. Three Sisters yang terletak dalam lingkungan Taman Negara seluas 200,000 hektar berpusat di Katoomba, jika dilihat dari sudut saintifiknya terjadi akibat proses luluhawa sejak ratusan ribu tahun lamanya.Mengikut cerita, disebabkan terikat dengan adat dan peraturan nenek moyang, seorang ahli sihir menukar tiga anak perempuannya yang jelita menjadi batu. Tiga beradik itu yang dikenali sebagai Meenhi, Weemala dan Gunnedoo dari suku Katoomba yang tinggal di Lembah Jamieson, dikatakan mempunyai hubungan dengan tiga wira gergasi dari suku Napean.Berdasarkan keturunan, tiga beradik itu tidak dibenarkan berkahwin mengikut undang-undang masyarakatnya. Namun begitu, tiga wira berkenaan tidak mempedulikan peraturan itu, malah nekad memperisterikan perawan tiga beradik terbabit secara paksa.Namun, hasrat mereka ditentang kumpulan yang ingin mempertahankan adat resam hingga terjadinya peperangan hebat.Mengikut hikayat itu, bagi menjaga keselamatan ketiga-tiga perawan daripada menjadi mangsa peperangan, bapa mereka iaitu ahli sihir terbabit menukar tiga anak gadisnya menjadi batu. Apabila peperangan tamat, mereka dijanjikan akan ditukarkan semula kepada bentuk asal. Namun, hasrat itu tidak kesampaian apabila ahli sihir terbabit terkorban dalam peperangan. Disebabkan itu, sehingga kini tidak ada siapa yang boleh menukarkan semula ketiga-tiga beradik itu kepada bentuk asal mereka.Akhirnya, tiga adik beradik yang amat cantik paras rupa mereka itu kekal menjadi batu. Mereka dikatakan membentuk tiga gunung yang terletak bersebelahan antara satu sama lain buat selama-lamanya.."

Bagaimanapun, Three Sisters yang terletak dalam lingkungan Taman Negara seluas 200,000 hektar berpusat di Katoomba, jika dilihat dari sudut saintifiknya terjadi akibat proses luluhawa sejak ratusan ribu tahun lamanya.Namun, baik mitos atau proses luluhawa, keindahan dan keunikan Blue Mountains dan Three Sisters cukup mengasyikkan. Ia menjadi antara pusat tumpuan pelancong berteraskan eko-pelancongan yang tersohor di bumi kangaru itu.Selain menikmati pemandangan mengasyikkan Three Sisters, pelancong juga boleh menghayati ketakjuban fenomena indah Blue Mountains dengan menaiki kereta kabel 'Skyway'. Pelancong boleh menyelusuri celah dan ruang lantai pergunungan itu dengan menaiki tren yang dikawal selia syarikat pelancongan Scenic World.Bagi pelancong yang ingin menjelajah alam flora dan fauna di Blue Mountains, Scenic World menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengetahuan tinggi mengenai jenis pokok serta hidupan yang boleh ditemui di kawasan pergunungan itu.Malah, mereka juga boleh menjejaki laluan yang disediakan khas di lantai pergunungan sambil menghirup udara segar dan nyaman selain menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.Pelancong yang ingin mengunjungi kawasan pergunungan ini boleh menaiki bas dari Sydney dengan membabitkan perjalanan dua jam. 

Tidak perlu risau mengenai soal penginapan kerana ada banyak hotel serta resort yang menawarkan perkhidmatan tempat tinggal dan layanan selesa.Bagi pengunjung beragama Islam, makan dan minum tidak menjadi masalah. Ini kerana ada restoran yang menyediakan juadah halal. Pelancong juga boleh mendapatkan pelbagai barangan serta produk cederahati yang dijual di pusat pelancongan Blue Mountains berhampiran pergunungan Three Sisters.Satu lagi khazanah alam yang menjadi tumpuan pengunjung ialah Gua Jenolan. Ia adalah sebuah gua batu kapur yang amat menarik. Pengunjung berpeluang menjelajah ke dalam gua dan merasai fenomena alam semula jadi yang sungguh mengasyikkan.Untuk menyertai ekspedisi ini, pengunjung perlu tangkas dan cergas. Kasut dan topi khas juga disediakan. Kawasan taman negara ini sebenarnya banyak menyimpan khazanah alam semula jadi termasuk air terjun, lembah, cerunan, batu batan berjeriji, hutan hujan dan pelbagai flora dan fauna.Di sini ada sebuah resort milik kerajaan Australia yang dikenali sebagai Jenolan Caves House. Ia menjadi tempat penginapan pengunjung yang ingin menyertai penjelajahan gua Jenolan. 
(Sumber: http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=702745)

Tepat jam 2 pm kami punmula beredar untuk pulang ke kota Sydney dgn menggunakan train dan bas yg sama kami dtg td dgn hanya touch tiket Mymulti 3 shj..Sepanjang perjalanan pulang,kami sempat terlelap kerana kepenatan dan train kami tiba di Central station pada jam 4 lebih dan kami mula bergegas keluar ke George street utk mencari restaurant halal di sekitarnya.Petang yang memenatkan ditambah perut yg asyik bergendang kami meneruskan misi mencari restaurant halal dan terdapat beberapa kedai yg menyajikan masakan halal tetapi di menu restaurant terdapat menu masakan khinzir..korang rase mcm mane?...memang tak ler aku nk menjamu selera kat situ..akhirnya kami pun menemuisatu restaurant halal yg dimiliki oleh cina muslim.Setelah yakin dgn restaurant serta masakan yg disediakan,kami pun memilih restaurant ini dan memilih masakan panas.Aku lupa nama restaurant nie tetapi ternyata masakannya tidak mengecewakan dan portion mknn pun banyak.Harga makanan yang aku makan sgt berbaloi dan tidaklah terlampau mahal.Selasai sahaja makan,aku mengajak kawan aku mencari international adapter utk mengecas bateri hp dan power bank..mak oil mahal $9.90 aud seketul adapter tu..kalau kat Malaysia dalam 20 hinggit ajoo..so terpakse telan jelah nk buat mcm mane hp perlu dicas,nanti mcm mane nk posing kalau hp takde bateri uoolss...!

Kemudian kami bergegas pulang ke Central station utk ambik train balik ke King Cross,tetapi sempat juga kami singgah membeli kebab dan sedikit makanan dikunyah tgh2 mlm di kedai kebab berhampiran pintu masuk ke Central station.Harga kebab amat berbaloi,kebab pun besar,sedap dan bhn di dlm krbsb pun fresh..di kedai kebab ini juga menjual fries,bread,chicken burger,fried chicken,fish n chip dan bermacam lagi...semuanya ditanggung halal...Selepas sampai di King Cross,kami menapak dlm keadaan yg keletihan ke hotel dan sempat lagi singgah di Woolworth utk membeli sedikit minuman.Disini lebih barang yg dijual lebih murah dari jini mart 24 jam tu.Sampai sahaja dihotel,aku terus membersihkan diri dan mengambil tempat di ats katil sambil lyn movie...suhu yg dingin dan aku pun tak sedar bila terlelap...Okay jom layan gambar untuk hari kedua aku di sana...

Arious!

Selfiee dari jemah & the gang!

Ini ler Mymulti 3..tp nie contohnye sbb yg aku punya dah renyuk gtu..

Ini puler adalah routemap untul Mymulti pass..

Selfie setibanya di Katoomba train station..sejok uoolss...

Sampai sudah di Echo point

Scenic World..

Hutan Blue Mountains

Ya Allah sungguh indah ciptaanMu..

The 3 Sister..

We selfie with the 3 sister..

Tuan belog..

Posing jugak walaupun udah kedinginan bangat..

We are here...

No comments:

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR