Sunday 15 June 2014

Day 3- Autumn in Sydney: Sydney Opera House, Sydney Harbour Bridge, Madame Tussauds, SEA LIFE Sydney Aquarium & WILDLIFE Sydney Zoo 

Hi semua..hari nie aku update entry hari ke 3 aku berada di Sydney.So mesti korang nak tahukan apa yang aku buat di sana..Okay untuk aktiviti hari nie aku bersama kawan2 aku bergerak ke Darling Harbour dgn menaiki train dari King Cross station hingga ke Town Hall station dan dari situ kami berjalan keluar menuju ke Darling Harbour lebih kurang 11 minit melalui George street dan Market street untuk sampai ke Pyrmont Bridge.Dari Pyrmont Bridge,kami turun ke bawah menuju ke Aquarium wharf dan di situlah terletaknya Madame Tussauds,SEA LIFE & Sydney Zoo WILDLIFE .Untuk pengetahuan korang semua aku telah membeli tiket masuk melalui online kerana lebih murah dan aku membeli pakej kombo dengan harga $63 Aud untuk masuk ke semua tempat ini termasuklah Sydney Tower Eye dan juga Manly SEA LIFE Sanctuary.Kalau beli hendak beli tiket dekat kaunter boleh juga tapi harganya agak berbezalah dan lebih mahal dan korang semua boleh rujuk harga tiket masuk disini.Aku menuju ke kaunter tiket di Madame Tussauds untuk mengambil tiket yang telah dibeli melalui online dgn membawa salinan bukti pembelian ke kaunter tersebut.

Di kaunter tersebut,staff di situ menyambut kami dengan begitu mesra dan memberikan layanan yang cukup memuaskan.Beliau memberikan penerangan kepada kami semua tentang semua tiket tersebut dan memberitahu yang tiket kami sah selama sebulan dan kami boleh datang bila-bila masa untuk melawat selagi tiket itu masih sah untuk digunakan.Tapi kami seminggu saja di sini..so dalam seminggu itulah masa kami yang ada untuk habiskan lawatan kami ke tempat-tempat tersebut.Kami memulakan lawatan kami yang pertama hari itu dengan memasuki Madame Tussauds.Sebelum masuk kita kena scan tiket dahulu ya..dalam Madame Tussauds ini terdapat pelbagai patung lilin dengan pelbagai gaya.Patung lilin ini terdiri dari beberapa zone seperti history zone,leaders zone,sports zone,music zone,culture zone,tv zone,film zone dan juga A-list zone.So korang akan dapat berjumpa dengan semua selebriti lilin yang terkenal disini dan kita juga boleh membawa kamera kita sendiri untuk bergambar.Di dalam Madame Tussauds ini juga terdapat kedai menjual pelbagai jenis cenderahati untuk di bawa pulang sebagai kenangan dengan harga yang berpatutan.Aku sempat juga membeli FM dan juga shopping bag sebagai kenangan.

Selepas keluar dari Madame Tussauds itu,kami semua berehat sebentar sambil menikmati minuman ringan dan kami juga sempat menggunakan perkhidmatan wifi percuma di luar Madame Tussauds sebelum memasuki Sydney SEA LIFE.Selepas itu kami pun memulakan lawatan ke dua dengan memasuki Sydney SEA LIFE.Sebelum itu kenalah scan tiket dulu sebelum masuk ya..okay kat dalam Sydney SEA LIFE ini terdapat pelbagai jenis hidupan laut dan apabila masuk didalamnya pula ada beberapa zone seperti STREAMS AND BILLABONGS, SYDNEY HARBOUR, ROCKY SHORES,BAY OF RAYS,MANGROVE SWAMPS, SOUTH COAST SHIPWRECK, SAWS AND CLAWS,DUGONG ISLAND, HARK WALK & SHARK VALLEY & GREAT BARRIER REEF.

Seperti biasa dihujung lawatan di dalam Sydney SEA LIFE ini pun terdapat kedai menjual cenderahati dan selepas itu kami meneruskan lagi lawatan ke tiga iaitu memasuki Sydney Zoo WILDLIFE.Sebenarnya di dalam Sydney Zoo WILDLIFE ini sama sahaja seperti zoo wildlife yang lain cuma bezanya kat dalam ini aku masuk sebab nak tengok kanggaro dan koala bear dengan lebih dekat.Tetapi time aku mkasuk tu time binatang-binatang ini sedang tidur tapi ada juga yang tengah berjaga bolehlah bergambar dari jauh.Kemudian aku berehat di tingkat paling atas untuk melihat koala bear,sebenarnya niat dihati nak peganglah tapi tengok koala bear ini macam garang je..aku cancelkan niat tu..kan tak pasal-pasal dia ngap muka aku nie..sambil tengok koala bear tu aku sempat jugalah mendengar taklimat yang staff kat situ bagitahu yang daging koala bear ini tidak boleh makan dan kalau kita makan boleh membawa maut..Okaylah selepas keluar dari melawat kanggaro dan juga koala bear kami pun berasa sangat penat dan kami semua sepakat untuk menaiki ferry untuk bersantai sambil berehat.

Kami menaiki ferry dengan hanya menggunakan Mymulti 3 di wharf 3 iaitu wharf yang menuju ke Circular Quay.Sebenarnya tujuan kami turun di sana adalah untuk melawat Sydney Opera House & juga melihat Sydney Harbour Bridge dari dekat.Di dalam ferry yang kami naiki menyediakan perkhidmatan wifi percuma,so ape lagi jom kita gunakan sebaik mungkin..hiehiehie..cuaca pada hari tersebut sangat baik dan aku berasa cukup teruja sekali bersama kawan-kawan aku kerana dapat menikmati permandangan bandar Sydney dengan jelas..ditambah dengan permandangan Sydney Harbour Bridge dan juga Sydney Opera House sungguh cantik..Semasa diatas ferry aku tidak lepaskan peluang untuk bergambar dengan 2 ikon tersohor Australia ini.Tibanya kami di wharf 3 Circular Quay iaitu salah satu train station dan juga ferry tersibuk di Sydney kami mula mengambil langkah ke Sydney Opera House.Kelihatan begitu ramai pengunjung yang tidak putus-putus melawat ikon tersebut..sememangnya ikon tersebut sungguh mempersonakan dan rekaannya sungguh menarik hati pengunjung untuk bergambar meninggalkan kenangan di sini.

Semasa aku di sana, ada sedikit kerja pengubahsuaian di luar Sydney Opera House berlangsung dan kami menapak naik ke ruang atas bangunan ini dan bersantai sambil makan kebab sehingga senja dan ternyata semakin ramai pengunjung yang datang untuk menikmati suasana malam di sini.Setelah penat bergambar dan berpuas hati sebab dapat menjejakkan kaki ke sini,kami mula beredar untuk pulang berehat di hotel penginapan.Kami menaiki train dari Circular Quay station menuju ke Town Hall station dan kami sempat singgah untuk menikmati makan malam di restoran malaysia yg berada didalam Town Hall Square,harga makanannya sangat murah dan sedap.Aku order Asam laksa serta air Lemon Nestea sahaja.Selesai sahaja makan kami pun pulang ke hotel dgn menaiki train ke King Cross station.Dalam perjalanan pulang ke hotel kami sempat singgah di Woolworth untuk membeli sedikit kudapan malam nanti.Okay korang jamulah mata menikmati aktiviti hari ke 3 aku di Sydney ya...

Arious!

Inilah tiket-tiket untuk 5 tempat yang aku beli melalui online tu..

Selfie dulu ya..

Atas Pyrmont Bridge..yek2 happy semacam je...huhu

Aku dgn posing tah ape-ape..
Cockle Bay Wharf

Kanggaro yg menyambut kedatangan di Madame Tussauds

Give me five bro..

Pls fly with me only..

Selfie yaww..

Don't leave me Ohh bama...

You are mr legend MJ..

Dengan pengasas Madame Tussauds..

Tinggalkan cop mohor dulu..hahaha

Live with Oprah here..
With bro Iron man

My hero..JD

Wow..so sasa gtu...

Antara cenderahati yang dijual..

Pelbagai pilihan..

Yek2 with new mug..

Nie aku dah start masuk Sea life pulak..

With ikan-ikan..

Ikan lagi..

Pari..

Kura-kura

Penguin in da house..

OMG..obor-obor

Mr.Crab..

Jaws..

Sekawan ikan

Me under water Aquarium..

Take 5 here..

Sydney...busy ferry

Me...on the ferry with candid photo ler sgt tu!

Classic ship..

Dari jauh kulihat..akhirnya...

Sydney Harbour Bridge

With fazz buddy travel..

Sydney Opera House view...

The Sydney Opera House
Yek2 posing taknak kalah..

We are here..

SOH..i'm coming...

Take rest and enjoy..

Selfie..

We on the roof of SOH..

Sunset at SOH..

Yek2 with new prenn..

Cube cari di katak??

Adakah mereka kawan2ku??

Binatang apatah aku tak tahu nama ape..tp binatang nie yg aku tahu merbahaya

Huh...menakutkan kecut meks!

Letih..take rest for 5 minutes..

Burung unta..

Can i kissing u..??

Yek2 main cak2 dgn kanggaro..

Antara kanggaro yg dapat aku lihat..

Sekarang time dorang rest..

Nie siapa x kenal..

So scared...

Hah nie dia koala bear..

Aku posing dari luar je..takot nak dekat uolss..

Kerja koala bear nie membuta je..

No comments:

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR