Sunday 15 June 2014

Day 5- Autumn in Sydney:Sydney Fish Market,Bondi Beach & Manly City

Hi semua..huh hari nie aku nak ceritakan kisah hari 5 aku di Sydney..harap-harap ada yang sudi membaca.Hari nie aku,yek2 dengan fazz plan nk pergi makan seafood ,so kat mana lagikan kalau tak ke Sydney Fish Market.Di sini ada bermacam-macam jenis Seafood untuk korang pilih untuk makan but make sure halal making ya..Kami menaiki train dari king cross station hingga ke central station dan kemudian kami naik city rail menuju ke Fish market station..Wah si fazz dah excited sangat nie nak makan ketam katenya..Train tiba agak lambat kerana ada sedikit masalah.Apabila city rail tiba,semua berpusu-pusu masuk ke dalam city rail..So perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 10 minit kerana city rail berhenti banyak station untuk sampai ke fish market dan kebetulan hari tersebut ada ramai pelancong yang menaiki city rail untuk ke fish market.Setibanya di fish market station,kami berjalan mengikut arah signboard ke Sydney Fish Market.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk berjalan ke sana.Jangan bimbang uolss tempat disini semuanya selamat.

Setibanya kami di Sydney Fish Market,kelihatan begitu banyak pilihan kedai-kedai menjual seafood ini di dalam dan luar premis Sydney Fish Market.Kami memilih untuk meninjau dahulu semua kedai-kedai yang ada.Terdapat pelbagai jenis seafood yang jarang aku temui di Malaysia ada disini.Ada yang kita boleh makan dan ada yang kita tak boleh makan.Ada ikan,udang,ketam,sotong dan nacam-macam lagi kaum kerabat seafood nie..semuanya fresh!Soal harga jangan cakap ler..gigit jari sudah.Di dalam premis ini juga menyediakan mempunyai kedai menjual sayuran dan bunga segar serta cenderahati.Disini kita boleh memilih sama ada hendak makan di dalam ataupun di luar tepi pelabuhan.So untuk membeli seafood ini perlu berhati-hati kerana ada hidangan seafood yang disediakan bersama-sama bacon ataupun di masak bersama-sama arak.Sebelum membeli tu kena tanya dulu dengan penjual itu semua supaya hidangan yang dibeli halal dan selamat hokey!Kami memilih untuk makan ikan apatah aku lupa namanya masak sweet sour,crispy fried sotong calamari,udang crispy dan juga fish and chips..semua share-share uolss..kalau beli sorang-sorang memang meletoppp poket jemah hah!..tetapi kawan jemah sorang nie mmg kuat makan so di ordernya sekali lagi udang besor untuk dirinya..

Selesai membeli seafood kami memilih untuk makan di luar tepi perlabuhan,konon ambik feel oversea katenyerrr..kelihatan begitu ramai pengunjung sedang menikmati hidangan masing-masing dan begitu banyak juga burung-burung menanti untuk menyinggah ke atas makanan pengunjung..so jangan leka sangat ya masa makan kat luar tu ya..Ternyata hidangan yang kami beli tu sungguh sedap dan portion yang diberikan begitu banyak sehingga tidak habis untuk di makan..Sembang punya sembang tidak sedar masa berlalu begitu cepat..kami menghabiskan makanan dan kemudian mula beredar untuk pulang kerana kami plan untuk ke Bondi beach pada petang ini.Tetapi sebelum sampai ke Bondi beach,aku singgah sekali lagi di paddys market untuk membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang ke tanah air.Selesai mini shopping kami pun mula beredar dan meneruskan perjalanan ke Bondi beach.

Kami menaiki train dari Central station hingga ke Bondi station dengan menggunakan mymulti 3 sahaja.Tiba di bondi station,kami menggambil bas puls menuju ke bondi beach.Bas yang saya naiki melalui sekitar bandar seterusnya ke kawasan perumahan dan akhirnya kami pun mula nampak laut dan juga pantai bondi nie.Bas berhenti betul-betul di hadapan bondi beach nie.Sekitar pantai ini terdapat pelbagai kemudahan seperti hotel,mini market,restaurant,dobi,surfing outlet dan sebagainya.Cuaca pada petang itu sangat sejuk dan angin bertiup sangat kencang.Tak tahulah aku orang yang tengah mandi kat pantai tu tahan sejuk macam mana.Suasana di pantai pada petang  itu amat tenang dan sungguh mendamaikan.Kami lepak di atas rumput di pinggir pantai dan memerhati penduduk tempatan beriadah..sedang syok kitorang bergosip tiba-tiba datang seekor anak anjing sesat nak berjinak-jinak dengan ktorang..ktorg ape lagi lari bertempiaran tak tentu arah..si tuan anjing nie pulak boleh panggil anjing dia dengan manja-manja aje..tapi si anjing nie pulsk syok pulak dia duk kejar-kejar ktorg..pancittt uollss...rasa nak hempuk je tuan anjing nie dengan buku yg dia sedang bace..tak lama lepas tu baru anak anjing tu lari,itupun sebab ada sorang pak cik yang tolong halau,maybe dia tahu ktorg nie muslim dan haram bersentuh dengan anjing sebab itulh dia tolong halaukan..thanks ya uncle x sempat nak say thanks you for your helping us hari tu haaa gtu..jemah speaking..!huh...penat...pancittt...marathon dgn anak anjing...lepas itu ktorg lepak jauh sikit dari tempat asal..time berposing pulak uolsss..kami lepak di bondi beach sampai lewat petang dan kemudian kami mula beredar dengan menaiki bas untuk ke bondi station.

Sementara menunggu train sampai kami plan untuk ke Circular quay sekali lagi sebelum pulang ke Malaysia esok.Tujuannya adalah untuk menikmati 2 ikon Australia buat kali terakhir sebelum pulang.Kami mengambil train ke Town Hall dan kemudian tukar platform dengan mengambil train ke circular quay.Setibanya kami disana.kelihatan begitu ramai pengunjung membanjiri Circular quay kerana ada pertunjukkan lampu dan muzik di situ.Kami menaiki ferry ke Manly kerana ingin menikmati masa yang ada.Perjalanan ke manly mengambil masa lebih kurang setengah jam dan dalam perjalanan kami sempat menikmati pertunjukkan lampu pada dinding Sydney Opera House semasa ferry melintasi Sydney Opera House dan sesungguhnya aku memang cukup teruja melihatnya.Pelbagai corak dan gambar dapat dilihat dan aku berkata dihati bestnya kalau hubby serta qisya ada sekali melihatnya...aku bertekad dlm hati untuk datang sekali lagi bersama mereka..Insyaallah.Kemudian ferry melintasi Sydney Harbour Bridge dan sekali lagi aku kagum..ape lagi posing uolss..mesti nk muntah uols kn bace cerita panjang aku niekn..takpelh kalau bosan just ignore kn saje aku..hahaha

Sebenarnya kami naik ferry ke Manly nie untuk berehat dan nenikmati suasana malam di Sydney buat kali terakhir sebelum bertolak balik pada malam keesokkan.Okay korang layan gambar pula ya....

Arious!

Tuan belog start posing..

Apabila diva kecik nie pun mula berposing juga..

Si Fazz buat aksi comel

Menapak uols..utk ke sini

Yek2 start posing dulu..

Than jemah pulak..

Suasana di dalam Sydney Fish Market

Pengunjung yang begitu ramai..

Antara kaum kerabat seafood..

Ada pelbagai jenis udang yg dijual..

Nie pulak kerabat mr.crab

Nie ada lagi waris-waris mr.crab..

Nie pulok puok-puok ikan..yg bawah kerabat sotong ya tuan puan..

Tuan belog say good gtu..

Nie pulok kerabat mr.prawn

Tukang jual pun hensem uolss..

Tapi ini je yg mampu jemah and the gang makan..

Sedap dan mengenyangkan..

Jom kita mencekik yer..

Yek mula aksi doh..

Pelabuhan ikan...

Cuaca agak mendung..

Nie le burung-burung yang menanti makanan pengunjung..

Suasana di luar ...

Selfie uolss..

One more times..uolss..

Sisa lepas mencekik..

Suasana dalam...

Just layan jelah..

Yek Wakpe yg kerut sgt tu..teringat ke sape

Bondi beach..

Suasana yang amat tenang dan Mendamaikan..

Selfie here uolss..

Kedinginan..basib baik aku bwk jacket..

I'm here..

Bondi beach..sejuk-sejuk pun ada juga duk surfing..

Aku jadi jurufoto misah..

Suhu tika ini memang sejuk giler uolss..

Sekitar bondi beach..

Bondi city

Yek dah start buka kepak..
Nie posing lepas kena kejar di anak anjing..kureng asam betol..nk beriadah terbantut..!

No comments:

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR