Thursday 28 August 2014

I love u all my KAWAN

Assalamualaikum..apa khabar semua..sihat ke??hari nie aku nak melalut sikit je..entry ini aku nak dedicate dekat kawan - kawan aku yang disayangi semua..terima kasih kerana menerima aku sebagai kawan korang..tanpa korang semua siapalah diriku ini..hahaha...bukan senang untuk menjadi kawan yang setia..baik..ikhlas dan yang paling penting satu kepala dengan kita semua..cuba korang bagitahu aku senang ke?bagi aku bukan senang okay!Tetapi aku sangat-sangat bersyukur kerana mempunyai kawan yang sentiasa disisi dan juga begitu supporting..understanding..caring dan yang paling penting sangat-sangat sporting uolss..kawan penting uolss dalam hidup kita nie selain family..betul tak jemah cakap nie??..yelah dengan kawanlah tempat untuk kita biasa meluahkan masalah dan meminta pandangan dan nasihatkan..tapi kawan-kawan jemah semuanya satu kepala uolss..so memang kena dengan pakej ler..kaki gosip..kaki makan..kaki travel..dan kaki yang sewaktu dengannyalah..Tetapi jemah tetap layan juga kawan- kawan yang tak suka jemah walaupun dekat hadapan jemah dia duk senyum sampai ke telinga tetapi belakang jemah ye meluat nak muntah..do i care???Hokaylah..sekali lagi aku ingin mengucapkan pada kawan- kawan aku yang setia dan yang paling memahami diriku ini..TERIMA KASIH yang tidak terhingga kerana sudi menjadi kawan jemah dan jemah MINTA MAAF sekiranya sepanjang perkenalan kita selama ini jemah ada terover gurauan yang menyinggung hati korang tu ya...Sayang korang semua...XOXO


Arious!

Thursday 21 August 2014

Takziah buat semua waris keluarga mangsa MH17

Assalamualaikum semua..hari ini aku dedikasi salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa pesawat MH17.Hari yang baik dan bulan yang baik perginya semua penumpang,anak kapal dan juruterbang MH17 akibat terkena tembak peluru berpandu di Ukraine.Marilah kita sama-sama berdoa dan bertafakur kepada semua mangsa-mangsa pesawat MH17 semoga mereka semua ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH


Amin


Thursday 14 August 2014

Day 4- Autumn in Sydney:Paddys Market & Sydney nightview

Hi semua..hari nie aku ada sedikit masa terluang untuk update entry hsri ke 4 aku di Sydney...jangan jemu membaca ya..okay memandang yek2 dengan fazz tak sabor-sabor nak bershopping,so moh ler kite bershopping..sebut shopping je cepat pulak dorang nie bersiapkan..Selesai sahaja breakfast dalam bilik hotel pagi tu..kami pun mula bergerak menuju ke Paddys Market iaitu tempat bershopping cenderahati murah-murah di Sydney.Kami menaiki train dari King Cross station menuju ke Central station dan kemudian mengambil city rail menuju ke paddys market.Semasa menaiki city rail kami hanya menggunakan pass my multi 3 sahaja dan pemeriksa tiket akan mengeluarkan resit sahaja apabila kita menunjukkan pass tersebut.Perjalanan ke Paddys Market mengambil masa lebih kurang 5-10 minit untuk sampai tetapi oleh disebabkan penumpang yg naik begitu ramai kami terpaksa berdiri untuk sampai ke sana.Rata-rata penumpang yang naiki city rail adalah pelancong yang sememangnya ingin menuju ke Paddys market juga.

Tiba sahaja di Paddys market,aku serta yek2 dan juga fazz terus teruja untuk bershopping uolss..yelahkan dah mark dalam kepala nak beli apa..so bila tengok barang-barang yang nak dibeli tu didepan mate,so memang tergedik-gediklah semangat untuk bershopping tu..huhu!Kebanyakkan bangsa yang berniaga di dalam paddys market ini adalah dari kalangan bangsa cina.Mereka juga boleh bertutur dalam bahasa melayu..so senanglah untuk urusan tawar-menawar nie.Kebanyakkan barangan yang dijual disini terdiri daripada kraftangan tempatan,t'shirt,seluar,pyjamas,towel,handbag,travel bag,casing handphone dgn tablet,makanan serta minuman,buah-buahan,sayur-sayuran dan sebagainya.Tempat untuk massage pun ade jugak uolss!Harga-harga yang ditawarkan amat murah dan berbaloi kerana barangan yang dijual sangat berkualiti.

Suasana di dalam Paddys market ini juga sangat bersih dan selesai untuk pelancong membeli-belah.Aku pun tak sure berapa dollar yang aku habiskan disini tetapi yek2 serta fazz aku tengak memang cukup hebatlah bershopping uolss..2 belah tangan penuh barang shopping hah!Selesai sahaja bershopping kami bertiga bersepakat mencari kedai untuk lunch kerana perut sudah terlalu lapar.Aku pun terasa sakit pinggang yang teramat kerana penat berjalan yang semalam tidak hilang lagi.Kami singgah untuk makan di Town hall Square skali lagi untuk lunch.Kali nie aku ambik menu nasi lemak..ternyata makanan mereka tidak menghampakan..portion nasi serta lauk yang banyak sememangnya cukup mengenyangkan.Nasi lemak mereka sajikan berserta lauk ayam masak merah dan juga sambal daging...huh nyum nyum!Selesai sahaja lunch kami menapak balik ke hotel untuk berehat...penat jemah uolss..balik hotel telan penadol terus pengsan sampai petang..sedar-sedar si fazz datang ketuk pintu ajak keluar.

Setelah hilang sedikit penat serta sakit pinggangku..aku dengan yek2 pun setuju dengan cadangan fazz untuk keluar malam tu..kitorang plan hendak naik ferry untuk menikmati suasan malam di Sydney.Kami naik train menuju ke Circular Quay station dan tibanya disana,kami melihat begitu ramai pengunjung membanjiri kawasan circular quay station.Ada yang ingin menaiki ferry,ada yg ingin menuju ke Sydney Opera House,ada yang menuju ke The Rock untuk melihat Sydney Harbour Bridge lebih dekat dan ada macam-macam lagilah ragam dorang duk melepak kat sana.Sebelum menaiki train kami sempat lagi berposing-posing uols..apabila ferry sampai,kamk cepat-cepat pergi naik ferry berkenaan kerana ingin mendapatkan position yang strategik untuk melihat Sydney Opera House serta Harbour Bridge dengan lebih dekat.Gigih uols panjat naik duduk tingkat atas dan dekat bahagian luar pulak tu sejuk pun sejuklah asal puas hati..Malangnya tidak ku sedari glove comelku tercicir..sob sob sob!tak tahulah di mana tercicirnya glove aku tu..mungkin tercicir di dalam train..sebab semasa didalam ferry memang sudah tidak ada..Tapi takpelah takde jodoh dgn glove biru tu kot..

Ferry melewati Sydney Opera House..sungguh cantik permandangan pada malm berkenaan kerana ada pertunjukkan cahaya di dinding Sydney Opera House dengan pelbagai rupa dan corak.Selain daripada itu, Sydney Harbour Bridge juga mengadakan pertunjukkan cahaya yang pelbagai untuk menarik perhatin pengunjung.Masing-masing di dalam ferry yang aku naiki tidak putus-putus merakam lensa kenangan bersama ikon-ikon Australia tersebut.Suhu pada malam itu sungguh sejuk dan nasib baik aku membawa jaket bulu-buluku..huhu feeling-feelinglah uols duk oversea kononnya..huhu..Jam 9 malam pun kami mula beredar pulang ke hotel..Jom layan gambar pulak ya..
Arious!
Selfie with yek2..

Antara cenderahati yg dijual..

Kemas dan teratur..

Gila..semua aku mahu..

Kedai aku shopping t'shirt..

Rambang mata..uols!

Bahagian jualan buah-buahan..

Huh...Sedapnya buah pear

Sedapnya buah strawberry tu..murah pulak..

Bahagian luar Paddy market

Pintu masuk ke paddys market..

Baru habis shopping..tp si fazz dah hilang ke mana dah..

Yek2 berposing...

Nasi lemak..menu lunch ktorg..

Inilah kedai yang menjadi tempat kami makan sepanjang di Sydney..

Yek2 with night view in Circular Quay

Ferry wharf night view..

Tuan belog x kalah nk berposing...

Selfie on tha ferry..

Sydney Harbour Bridge

Ferry under bridge..

Cantikkan...mesti uols jelouse kn..huhu

Picture yg agak kabur sebab angin yg agak kuat..

Night view in Sydney city

Luna Park..

Fazz dgn yek2 posing at luna park..

Sydney Opera house light show..

So amazing..

See..so beautiful..

So far away but so the ikon look so amazing

The bridge..

So beautiful..

Light show..

Light show again..

Concert..

Manly night view..

Masak sesimpleku

Assalamualaikum semua..ape khabar..tibe-tibe je mood rajin nak berbelog nie datang..hihihi.yelah kalau tak banyak kerja dan ada masa terluang tu bolehlah nak update blog nie..Kalau busy memanjang memang takde maknenya nak kuhadap..huhu..Okaylah let's talk about dinner..cewah speaking omputeh jemah..mesti nk muntah uolss bacekan sebab sebaris tu je aku tahu kahkahkah..Okay korang mesti biasa masak untuk dinnerkan..yelah takkan nak makan luar je pokai jugak kalau yang dah berkeluarga asyik makan luar je..so untuk save kenalah masak..Kalau masa zaman bujang dulu masak acuh tak acuh je tapi bile dah berkahwin nie kena buat jugaklah dan nak cakap aku nie golongan yang suka memasak takdelah sangat..huhuhu

Memandangkan waktu untuk memasak agak terhad hanya waktu malam dan juga weekend je aku sempat lakukan itupun kalau tak keluar makan kat luar..tapi kalau balik kampung duk rumah mak mertua of course ler kena tunjuk skill kehkehkeh..kalau tak mesti mak mertua bagi jelingan maut nanti huhuhu..tak sanggup meks memandang..tetapi mak mertua jemah baik uolss..jarang nak suruh menantu ye masak nie melainkan aku sendiri yang rela hati cakap nak masak mesti berbunga dalam hati mak mertua aku bila dengar aku offer nak masak..it's okay MIL for you everything i do jerrr..gtu...sebenarnya mak mertua aku nie tak berapa sihat sangat sekarang sebab tulah kalau aku balik kampung aku akan offer untuk masak kalau pergi rumah MIL aku dan kalau aku tak pergi pun aku akan masak kat rumah aku dan hantar kat rumah dia..Tapi kalau aku balik kampung duduk rumah mak aku jarang aku masak sebab ramai sangat chef-chef kat rumah aku yang suke duk kritik masakan aku sebab tu aku malas nak masak melainkan ada permintaan khas saja baru aku layan...seperti ayah,mak dengan laki aku minta aku masak untuk dorang baru aku masak.Biasanya kalau dorang minta aku masak nie sebab nak makan masakan special aku jelah..

Okay berbalik pada cerita dinner nie..aku nak share sikitlah masakan simple yang aku biase sediakan untuk laki serta anak aku makan malam..yelah balik kerja dah gelap tanah,nak masak grand-grand tu tak sempatlah uolss..so sesimple yang boleh aku akan masak untuk kami bertiga..Antara menu kebiasaan yang biasa aku buat ialah ayam masak merah,daging masak kicap,sambal tumis telur goreng,sayur goreng,ikan dan ayam goreng kunyit.Bahan-bahan yang nak masak tu semua aku dah siap sedia dalam peti ais..balik kerja tukar unifrom masuk dapur terus masak.So takde alasan nak skip dari memasak melainkan kalau aku sibuk dan balik lambat dari opis..haah baru beli luar je.Nasib baik laki aku jenis yang tak cerewet dalam bab makan cuma kalau dia nak makan mesti kena ada nasi.Anak aku pulak kalau bab makan cerewet ckit..memilih..tensi aku..tapi kalau aku push suruh makan dia makan jugak..cuma kalau lauk tu dia akan pilih..ayam nak part yg bertulang saje mcm rusuk,peha dengan kepak.Telur pulak nk part yang putih itu aje,kuning tu mmg mak dengan apaknye lah yang akan habiskan.Sayur pulak dia hanya makan sayur yang selain kaler hijau saje..kalau aku masak daging dengan ikan dia hanya akan makan yg bergoreng kunyit saja...huhuhu..itulah anak aku..tetapi aku berpuas hati bila masakan yang aku masak dorang makan habis walaupun simple aje..

Okalaylah moh ler aku tunjuk menu makan malam yang biase aku hidangkan untuk family kecilku nie..

Kesukaan my laki..Ketupat sotong
Kesukaan family..Ayam masak merah..
Udang masak lemak cili padi
Tom Yam Kung..kesukaan aku dan my laki

Arious!

Wednesday 13 August 2014

Rindu kenangan malam raya dizaman kecilku...

Assalamualaikum semua..hai apa khabar,seronok ke menyambut Syawal tahun nie?..Lame dah cerita nie aku draf tapi baru sekarang ade mase nak habiskan..semuanya sebab sibuk sehingga tak ade masa untuk menjenguk ke blog sendiri..huhu..Hari ini aku ingin berkongsi sedikit kenangan menyambut Syawal dizaman kecil aku dahulu..sambutan bersama keluarga dan juga sahabat tersayang.Usahlah digambar semua perasaan itu kerana korang semua pernah merasai apa yang aku rasai semasa kecilkan.Seminggu sebelum Syawal tiba semua persiapan sudah siap disediakan seperti pakaian baru,kasut baru dan juga yang paling penting uncang baru untuk collect duit raya hokey..!Aku berasa sangat beruntung kerana kedua ibu dan juga bapa aku telah siap sedia menyediakan persiapan Syawal kami adik beradik awal-awal lagi..TERIMA KASIH MAK & AYAH..Memandangkan aku nie orang kampung,moh ler aku ceritakan macam mana orang kampung macam aku menyambut Syawal pada zaman kecil aku dulu..

Seminggu sebelum raya suasana keliling rumah sudah siap dipasang pelita minyak tanah dan pelita pulak diperbuat daripada tin-tin susu cap junjung dan juga dari buluh..gigih uolss cari tin dengan batang kayu lepas tu buat pelita dengan geng beskal aku..lupa nak share kat cni semasa kecil aku ada geng aku sendiri,iaitu geng beskal kitorang gelarkan sebab semua ada basikal dan aktiviti kitorang tiap-tiap hari adalah tawaf kampung dengan basikal tu..Apabila siap pelita dibuat,maka terang benderanglah rumah aku dan yang paling seronok sekali selepas berbuka memang dah janji dengan geng beskal untuk main tanglung dan bakar mercun bersama.So port yang sesuai mestilah dekat rumah aku huhu..acara dimulakan dengan bakar mercun,kitorang ada bermacam jenis mercun masa tu,mercun misai kucing,mercun dus,mercun papan dan macam-macam lagi lah.Tetapi semasa main mercun nie kami semua diselia oleh arwah abang aku dan juga sepupu-pupu aku semua..bahaya katanya!

Selesai main bakar mercun kitorang keluarkan tanglung masing-masing pulak..masa nielah acara tayang menayang berlaku..tanglung siapa paling cun dan meriah..siap nyalakan tanglung kitaorg pun mula menapak dari rumah ke rumah sampailah abang aku panggil suruh balik rumah..serononk uolss suasana malam raya dikampung!Selepas main tanglung aku dan juga geng beskal aku mulakan kayuhan jelajah pada malam raya dengan basikal kami melewati pelusuk kampung kerana kampng aku meriah dengan cahaya pelita minyak tanah gitu..suke ye mase tu sebab boleh tengok hiasan rumah-rumah disekitar kampung aku yang diterangi oleh lampu lip lap gtu dan juga cahaya pelita minyak tanah..

Tetapi semua itu sudah berlalu..kenangan hanya tinggal kenangan..namun semuanya masih segar dalam ingatan aku sampai kini..bergembira dengan geng beskal aku main mercun,main tanglung dan keliling kampung pada malam raya..Budak-budak sekarang hanya tahu main mercun saja lepas tu ganggu orang bertakbir dengan bakar mercun berhampiran masjid..hayatilah malam raya korang selagi korang belum dewasa,bila korang dewasa nanti confirm korang dah xleh nk buat semua tu sebab kalau korang buat mesti ade orang cakap ko dah buang tebiat..kahkahkahkah..Sebelum aku mengakhiri entri ini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya tersilap kate dan bicara sepanjang aku duk berblog yg tak seberapa nie pada semua..Terimalah gambar selfie hari raya aku untuk tatapan..huhuhu..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Peace yaww dihari raya
With lovely sister and youngest sister..and also terselit kat celah tu lovely cousin..
My sweet memory in this hari raya..
We all again..selfie mood
My heart with her mok chumie
Qisya with cik long
Tarra...jom beraya..
Princess addict to selfie..hahaha

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR