Friday 5 September 2014

Anak Deman...

Assalamualaikum semua..apa khabar uols semua??aku harap baik-baik saja ya..sorrylah uols sebab tak sempat nak update sebarang entry untuk beberapa hari nie..bukan busy sangat pun tetapi sebab aku balik kampung dan line tenet kat kampung pun mcm siput je..lepas balik dari kampung minggu lepas masuklah opis hari selasa tu,tiba-tiba dapat call dari laki aku bagitahu yang Qisya deman panas..alahai deman pulak anak omak nie..inform dekat boss dulu,lepas dah dapat permission baru balik,aku suruh laki aku datang ambik aku dengan bawak sekali Qisya sebab nak bawak dia terus ke klinik..oleh kerana klinik panel laki aku dekat dengan opis aku moh ler kite pergi yang dekat nie saje..

Tiba di klinik tepat jam 2 petang dan kelihatan ada sebilangan orang yang sudah beratur untuk mendapatkan nombor giliran untuk berjumpa dengan doktor.Qisya aku tengok memang betul-betul macam tak sihat sangat..sebab sebelum nie kalau dia deman sekali pun dia akan berjalan sendiri masuk dalam klinik nie,tetapi hari tu dia nak berdukung sajoo..sakit pinggang den..tapi nasib baik laki den take over pulak dukung nya..Terima Kasih Sayang..dengan badan yang panas..Qisya pulak asyik merenggek sebab tak sihat badan..nasib baik laki aku rajin melayan kerenah dia..kalau deman selalu macam nie..nak bermanja tahap gaban ler..tiba-tiba terjadilah suatu benda yang aku cukup tak sangka akan berlaku..jeng jeng jeng...Qisya muntah atas bahu laki aku..bukan sedikit..banyak okay..bergegas pulak aku  bawak Qisya ke toilet untuk bersihkan badannya yang terkena muntah tersebut..kebetulan tuala yang aku spare dalam kereta pulak aku ambik basuh semalam terpakselah Qisya buat show tidak berbaju dalam klinik tu sementara menunggu giliran kami dipanggil..kesian anak ibu...

Lambatnya nak tunggu doktor panggil nie..dah datang awal pun pukul 2:45 pm masih lagi belum dipanggil..bilik doktor bukan main banyak..nie yang aku tensi datang sini..aku push laki aku suruh check dengan receptionist kat situ bilik mane yang kami kena masuk nanti..sebab dah menunggu lama giler..tak nampak ke kes anak aku nie..boleh cepat ckit tak..tensi aku!Staff kat situ bagitahu doktor untuk bilik yang kami kena masuk belum masuk lagi..HELLO PUAN DOKTOR...NIE DAH PUKUL BRAPE BARU NAK MASUK KERJA??..stress aku..nasib baik angin aku okay lagi hari tu kalau tak mahu aku buat ribut taufan kat situ..dorang semua nie alertlah ckit situasi aku hari tu..takkan tak nampak anak aku tu deman duk menangis-nangis dengan muntah-muntah lagi..mintaklah doktor tu cepat sikit..nie tak kena tunggu juga..Tak lama kemudia baru kitorang dipanggil..doktor tu memang dari dulu lagi aku kenal jenis tak mesra dengan pesakit..dengan muka takde senyuman langsung ko nak rawat pesakit memang bertambah sakitlah pesakit ko..dia check suhu badan anak aku than cakap deman tak tinggi sangat..lepas tu tanya simpton2 seperti batuk,seleseme dan sebagainya..lepas tu dia suruh ambik darah..takot ade denggi..Qisya ape lagi bile dengar doktor suruh ambik darah terus meraung macam nampak hantu..dia memang fobia nak ambik darah..yelah sakit kot..!!Tetapi untuk kesihatan dia,aku rela doktor ambik darah dia untuk tujuan rawatan..macam biasa tugas untuk bawak anak ke makmal rawatan itu memang aku yang kenalah sebab laki aku nie jiwa sensitif tak boleh tengok anak aku menangis kesakitan tu..nasib baik ambik darah kali nie banyak yang keluar..tapi sempat jugaklah Qisya buat konsert kat klinik tu..

Nasib baik ujian darah menunjukkan Qisya takde simpton2 deman denggi cuma deman biasa aje..cuma doktor cakap mungkin dia keletihan sangat sebab tulah badan jadi lemah.Balik rumah je dia terus baring nak tidur..makan pun taknak..nak bagi makan ubat lagilah dia taknak sehingga aku terpakse masukkan ubat melalui buntut baru boleh..kalau bagi ubat jenis air tu memang dia akan muntahkan balik je..budak-budak sekarang tengok ubat je terus nak pengsan padahal kita nak bagi dia sihat..oleh kerana deman Qisya belum lagi sembuh aku terpaksa ambil cuti untuk 2 hari..sorry kawan-kawan yang terpaksa back up jemah untuk 2 hari tu ya..okaylah uolss itu je yang aku boleh merepek hari nie..nak sambung buat kerja pulak..hai lambatnya pukul 6 tak sabar dah nak balik rumah nak berehat..2 hari tak cukup tidur uols menjaga anak deman..nasib baik laki jemah turut membantu kalau dia terpakse stanby..dengan jemah-jemah skali deman nanti...Korang semua jaga kesihatan juga ya..sekarang nie asyik hujan je..kalau tak jaga kesihatan boleh deman uolss...okaylah bye..


6 comments:

Unknown said...

Kesian my niece..get well soon!

Unknown said...

semoga cepat sembuh...amin..

Jari Manis said...

bagaimana keadaan Qisya sekarang..nasib baik bukan denggi!!

akudantapakkakiku said...

Qisya rindu kat adik nia..sapa deman..
Cepat-cepatlah adik nia mari rumah kakak..

akudantapakkakiku said...

Amin..Alhamdullillah dah sihat!

akudantapakkakiku said...

Alhamdullillah JM..dah sihat
Siap pergi bermain kat luar dah sekarang..
Itulah yg shima risau sgt..takot sgt kalau deman denggi..

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR