Tuesday 9 September 2014

Hujung minggu lalu..


Assalamualaikum semua..apa khabar uolss semua..sihat ke??harap-harap sihatlah ya..kalau tak sihat tu cepat-cepat dapatkan rawatan supaya segala urusan tak tergendala..okaylah oleh kerana sudah beberapa hari aku tidak update blog aku..so moh ler kite update ye..tapi nak buat entry pasal apa ya..dalam kepala bukan main banyak benda nak share dengan korang semua tetapi bila nak menaip je terus kaku...gittewww...Okaylah ape aktiviti hujung minggu yang biasa korang lakukan??kalau tanya aku mestilah meluangkan masa dengan family tersayang..mesti korang meluatkan dengan  asyik nak up pasal hal family aje kan..but ada aku kisah!!(sambil tangan ke bahu..mata ke atas)..hiehiehie..

Kebiasaannya pada hujung minggu aku akan lajakkan sedikit waktu tidur aku..tetapi minggu lepas aku bangun sedikit awal sebab aku ada online exam dengan pihak SPA..bukan main susah soalannya..yelah sebab aku tak baca banyak sangat info pasal pengetahuan am hambik ko..dah sah-sah failed nanti..but oh my TUHANKU please give me some miracle magic to passed this exam!!..amin..i hope! i hope! i hope!..okaylah selesai jawab exam tu..perut lapar uolss..my hubby and daughter boleh plak keluar pi  breakfast together without bawak balik breakfast untuk bini kat rumah nie..terpinggir i rase uolss..tetapi memandangkan aku bangun awal hari nie,habis je exam tadi aku sambung tidur balik sebab mengantuk sangat-sangat semalam aku stay up sebab tengok midnight movie..Qisya dengan ayahnya pulak sibuk duk layan cerita kartun kat tv..so jomlah membuta kejap..huhuhu

Tepat jam 1.30 pm aku bangun sebab perut dah rasa lapar sangat sebab tak makan apa-apa,So apa lagi jom kita makan kat luar..mood hari nie malas nak masak.dan hari nie aku teringin nak makan nasi ayam kunyit kak Wok yang femes kat TTDI Shah Alam tu..sebenarnya tiap-tiap bulan aku pergi makan kat kedai kak Wok nie time weekend dengan hubby aku..nasi dia sedap..ayam goreng kunyitnya sedap..kuah gulai dengan sambal belacan nya..pehhh layan habislah kalau time makan tu..harga nasi RM4.50 sebungkus ya..nasi tu dibungkus dengan kertas so kalau makan kat kedai tu pun kena makan dalam kertas bungkusan tulah ya..tapi seyes uolss sedap sangat better korang try skali....setiap kali aku pergi kesana mesti kena beratur uolss..sebab memang ramai yang customer kak Wok nie..lebih-lebih lagi weekend..so beli dh kena beratur tu takkan nak beli 2 bungkus je mestilah 4 bungkus uolss..mencekik ke membela saka laki bini nie????..2 tu extra untuk tambah dan satu tu nasi dengan ayam kunyit kosong je uolss untuk Qisya..paheeemmmm!!

Habis je makan,kami sekeluarga bertolak untuk balik ke KL balik tapi Qisya pulak nak main basikal..aku donggak ke langit tengok gelap tanda nak hujan,Qisya nie memang jenis tuntut janji..sebab aku dah promise nak bawak dia main basikal dekat taman hari tu..apa lagi boikotlah dan buat drama swasta free dalam kereta..stress aku anak dara sorang nie..semua nak suruh orang ikut dia aje..laki aku pulak jenis tak boleh tengok anak sedih..terus plan ajak ke Putrajaya..sebab dia tengok  langit dari arah sana cerah je..Okay let's go to Putrajaya..Balik ambik basikal kat rumah dahulu than terus gerak ke Putrajaya..

Alhamdulillah..cuaca elok..suasana jangan cakaplah..kalau kat dataran putrajaya nie memang sentiasa penuh dengan orang ramai beriadah dengan family...aku dengan laki aku pun suka lepak kat sana..suka tengok gelagat orang ramai kat sini..Tetapi petang tu aku plan bawak Qisya main basikal dekat Taman Botani..sebab suasana di situ lebih rileks dan tak terlalu crowded dengan orang ramai..sampai je kat Taman Botani,Qisya dh excited nak kayuh basikal..bila ayah dia keluarkan je dari bonet kereta tu terus je dia kayuh..masuk taman tu..Tapi hari nie banyak pulak orang buat wedding ceremony kat taman nie..so sweettttt..garden party katenyerrrr...ade jugak buat birthday celebration kat cni..selain tu terdiri dari orang yang datang untuk beriadah bersama keluarga dan bersukan seperti berjogging,berbasikal dan sebagainyalah..Ingat nak menyewa basikal kat dalam Taman Botani, boleh jugak follow Qisya dari belakang..tetapi waktu untuk menyewa basikal sudah tamat..terpaksalah aku walking untuk follow Qisya berbasikal kat dalam tu..penat jemah uollss..dah ler laki bini kaki semput...tetapi demi anak tersayang kurelakan jua katenyerrr..tetapi memang best lepak dalam taman nie..rileks dan tenang je..kalau duduk lepak kat dataran macam crowded orang duk lalu lalang..Taman Botani nie dibuka setiap hari tapi untuk menyewa basikal kat sini hanya sampai jam 5 pm saja..

Lepas habis follow Qisya main basikal kat dalam tu,aku pergi lepak tepi tasik dalam taman tu ambik angin petang uolss..ramai jugak orang datang lepak kat taman botani nie..mungkin sebab kat sini parking mudah dan suasana yang tenang untuk beriadah kot...Okaylah itu saja yang aku boleh share untuk hujung minggu lalu aku bersama my mini family...


Arios!

2 comments:

Jari Manis said...

pergi ke Putrajaya x singgah makan di ate@8 ke Shima..dgr khabar kat sana makanan cm best je

akudantapakkakiku said...

Yeker..kena try nie..menu ape yang special kat situ..
kena terjah nie...huhu

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR