Tuesday 14 October 2014

Deman melanda...

Assalamualaikum semua..apa khabar wahai sahabat-sahabat semua..lama tak update cerita kat blog,bukan sibuk dengan urusan kerja ke apa pun...tetapi disebabkan tahap kesihatan yang tidak mengizinkan aku untuk berbloging nie..gituuuu!Minggu lepas selepas pulang dari kampung aku dilanda sakit mata hadooii..mungkin terjangkit dengan jiran aku kot..sebab satu family jiran aku sakit mata masa tu..pergi klinik dapat mc...dapatlah aku berehat kat rumah.Kemudian bila dah hilang sakit mata,anak aku si Qisya pulak deman sebab terkena sengatan anak tebuan yang melekat kat seluar dia..so ape lagi menangis tak henti-hentilh sebab sakit sampai deman 2 hari aku tak pergi kerja gara-gara jaga Qisya dekat rumah..Kesian sangat sebab sampai bengkak giler paha dia...aku bawak pergi klinik doktor bagi ubat antibiotik dos kuat sikit untuk elakkan bisa tu merebak.Sampai sekarang masih ade lagi kesan lebam akibat sengatan tu...tetapi anak aku nie kuat dan aktif masa terkena sengatan tu aje yang duk menangis tetapi lepas sehari tu terus duk berlari ke hulu hilir lompat sana sini..stress aku..nasib baik deman dia tak melarat dan sabtu tu dah okay balik..

Kebetulan adik aku ada datang rumah so aku mintak pertolongan adik aku untuk jaga Qisya sebab aku malas nak hantar dekat rumah pengasuh.Tetapi pada hari sabtu tu laki aku pulak deman,orang tua nie kalau deman je memang mengada-ngada mengalahkan anak aku suruh picit sana sini bila time nak kena makan ubat je nak buat dalih dan sampai nak kena paksa baru makan..geram betol aku...permintaan nak makan tu macam-macam ada..layan jelah kalau tak layankan derhaka pulak orang cakap..Alhamdullilah nasib baik deman dia dah okay ahad tu.Isnin hari tu aku kena pergi ambik darah dekat HUKM sebab next week ade appointment dengan doktor so sebelum jumpa doktor kena ambik darah dulu lepas balik dari HUKM aku terus pergi opis..tengah-tengah buat kerja pulak badan aku dah bagi hint macam tak sihat pulak..memang sangat-sangat tidak selesa pada hari tu sebab dengan batuk dan selesemenya sampai mood nak bekerja dah ke laut...so semalam betol-betol tak tahan aku pergi klinik siap berstoking macam orang dalam pantang kate laki aku...jumpa doktor dan sah deman..doktor bagi mc sehari untuk rest..satu hari aku tidur..bangun pun pada time makan ubat je lepas tu sambung tidur balik..nasib baik deman aku dah kebah dapatlah aku datang kerja hari nie..banyak betul dugaan untuk aku dalam masa 2 minggu nie..tetapi aku redha aje sebab aku percaya ada maksud disebalik semua dugaan yang diberikan olehNya..okaylah bersua lagi dilain entry ya sahabatku semua..

Wassalam

2 comments:

Unknown said...

mkn panadol actifast... cepat sikit kebah....

akudantapakkakiku said...

Thanks yek for ur advise!

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR