Friday 26 September 2014

Kusut

Assalamualaikum semua..Salam jumaat buat semua kawan-kawan..dah lama aku tak merepek kat blog nie..busy uolss..kadang-kadang bosan jugak asyik buat benda sama je setiap hari..tetapi nak buat macam mana kalau tak kerja siapa nak tolong aku bayarkan semua bil kredit kad dan juga PTPTN aku???..tak adillah kalau nak mintak kat laki aku pulak tolong bayarkan semua...so bekerjalah aku untuk bayar hutang aku sendiri..huhuhu...entry kali ini aku letak title KUSUT nie sebab menggambarkan diri aku sekarang nie berada dalam keadaan kekusutan..bukan badan ku yang kusut yer..jemah wangi je sentiasa ya..tetapi jiwa serta kepala aku yang tengah kusut sekarang nie..

Untuk pengetahuan korang semua sekarang nie aku masih bekerja bawah kontrak dan belum lagi status tetap..dan kontrak aku akan berakhir penghujung bulan depan...itulah yang merunsingkan kepala otak aku sekarang nie..sampaikan nak makan,mandi tidur semua duk terpikir pasal hal nie..bukan aku malas nak cari kerja lain dah tetapi sebab aku sayang serta aku suka kerja aku sekarang nie so aku berharap sangat agar boss aku dapat memberikan aku peluang untuk terus bekerja disini..tak dapat aku bayangkan kalau aku tukar kerja lain..tetapi nak buat macam mana kalau semua itu akan berlaku kerana semua itu bukan kehendak aku atau bos aku..semua sudah ketentuan ILAHI dan kita yang beriman kepadaNya haruslah menerima takdir yan telah ditentukan sejak azali lagi..dan aku percaya pada rezeki yang dikurniakan olehNya untuk aku adalah yang sudah terbaik..

Cuma aku sedih kerana sekiranya perkara tersebut betul-betul terjadi aku terpaksa berpisah dengan BFF aku disini YEK2,MISAH,ETON & JUGA DUL..pada siapa lagi tempat untuk aku berkogsi segala kegembiraan dan kesedihan diriku ini..ewah-ewah jemah dah emo pulak dah..siapa lagi hendak ku buli setiap hari..tetapi ingatlah wahai teman BFF aku disini..aku sentiasa bersama dengan korang semua walau dimana aku berada nanti..ingatlah aku dalam mimpi ngeri korang...kihkihkih..Okaylah itu je repekan aku untuk hari nie..sekian...

Arious!

Sunday 21 September 2014

Jom makan:Saba Restaurant,Jelatek

Assalamualaikum semua..tengah buat ape tu..maklumlah hari nie kan cuti..esok sudah start kerja balik kan..so mesti ada yang mengambil masa untuk berehat serta beriadah bersama orang-orang tersayangkan..Aku pun sama baru balik dari taman permainan teman Qisya bermain di taman tadi nasib baik cuaca mendung je tidaklah panas sangat..hari nie Qisya heret aku pergi ke taman permainan awal-awal lagi..dia cakap kalau petang selalu hujan..boleh pulak gitu..layan jelah nak oii!Tetapi ramai jugak aku lihat family lain bawak anak-anak dorang main waktu pagi tadi..mungkin dorang takut hujan jugak kot..yelah kalau hujan mesti anak-anak moody je sebab tak dapat bermain kat taman permainan sebebas-bebasnya..kena terperuk kat rumah aje mesti bosan giler..nak-nak anak aku..mulalah mogok taknak makan nanti..tensii aku..!

Okay bercerita pasal makan nie..semalamkan hujan so aku ingat nak order delivery pizza hut je hantar rumah..damm open booking tengok pick up saje delivery tak dapat sebab hujan..so check dominos pizza pulak..damm untuk kali kedua pulak sebab kena tunggu sejam untuk delivery reason sebab hujan jugak..so nak buat macam manakan..so berdiscusslah aku dengan hubby tersayang aku sama ada nak gi pick je kat pizza hut or wait for the dominos pizza delivery..memang taklah dia tunggu sebab dia tengah lapar giler baru balik kerja..oppss sorry lupa nak kasi tahu yang aku tak masak sebab hari nie terlupa nak singgah pasar semalam..bagus sangatkan..pastu malas nak keluar dah sebab hubby aku kena pergi kerja..makan apa yang ada dulu kat dapur tu..Okay lepas disscuss nak makan apa,hubby aku cadang nak makan nasi arab..dia ajak pergi makan kat Saba restaurant dekat Jelatek.Okay fine bersiap sekarang..dahlah hujan..layan jelah kalau tak nanti muncung je bibir tu..

Okay uolls semua..aku pilih Saba restaurant nie sebab dari dulu lagi kami sekeluarga selalu makan disini selepas diperkenalkan oleh teman hubby aku tentang restaurant nie..makanannya sememangnya sedap..suasana didalam restaurant yang sungguh selesai dan layanan pekerja didalam restaurant ini sungguh baik dan Saba restaurant ini mempunyai satu lagi cawangan di Cyberjaya.Restaurant nie menghidangkan makanan-makanan dari negara arab seperti nasi arab yang ada pelbagai jenis nasi dari lauk kambing,daging dan ayam selain itu turut menghidangkan makanan seperti kebab dan hidangan timur tengah yang lain lagi..Harga makanan disini sangat berpatutan  dan portion untuk setiap makanan pun sangat banyak sehingga order untuk satu pinggan boleh makan untuk dua orang...

Aku memilih untuk makan mandy ayam,hubby pulak ambik peberet selalunya hannith lamb dan Qisya makan kebab ayam..makanan dihidang tidak lama selepas tu..takdelah lama sangat menunggu..tetapi macam biasalah kat sini makin lama makin ramai pulak yang datang..mungkin sebab hari nie hari minggu dan malas nak masak macam aku so bawak je family makan kat sini..huhuhu..nasib baik kami datang awal..so tak perlu menunggu sebab semua tempat sudah penuh..Okaylah nanti kalau korang semua ada kelapangan bolehlah datang sendiri makan disini ya..Bawak family sekali mesti meriah uolss..okay tata titu...

huh kenyang sangat uollss..Sedapkannnn...huhuu

Friday 19 September 2014

Jom masak:Mee Kari

Assalamualaikum semua..apa khabar uolls semua..harap-harap sihat ya..Korang suka makan mee kari tak??..suka??..kalau suka bolehlah cuba untuk buat sendiri tanpa perlu beli kat kedai aje..kalau dulu aku memang tak suka makan mee kari nie sebab kurang suka makan kari,tetapi sejak berdating dengan my laki,dia selalu ajak aku pergi makan mee kari nie so dari situlah bermula episode i suka mee kari uolls..jatuh cinta gittewww!!..dengan mee karilah aku belajar makan tauhu goreng tu..sebelum nie eeiihh..langsung tolak tepi...tekak orang ganukan kuat makan ikangggg..makan tauhu mesti mcm pelik je..tetapi thanks to my laki sebab ajar aku makanan orang jawa nie...okay oleh disebabkan minat dan suka makan mee kari nie..of course ler kena belajar cara nak masak sebab nak bagi laki test power air tangan bini buat mee kari sendirikan..gigih bersilat di dapur dan akhirnya..jem jem jem....tada...

Inilah hasil mee kari jemah..

Sekarang marilah jemah kongsikan resepi nak buat mee kari nie..Nanti korang try ler buat boleh hidangkan dekat family or kawan-kawan..Untuk pengetahuan korang resepi nie semua jemah ambik dari blog kak hazila,so korang boleh klik disini ya.....Okay jangan takut untuk mencuba ya..

Arious!



Tuesday 16 September 2014

Weekend di Sunway Lagoon Sekali lagi

Assalamulaikum semua...buat apa uolss semua tu..aku pulak tengah kerja nie tapi curi-curi update blog..huhuhu,stress uolss!!..Okaylah hari nie aku nak share cerita last weekend aku bersama family in law adik aku yang datang berkunjung ke sini last week..tujuan mereka semua datang adalah untuk bercuti bersama-sama family mereka semua di sini memandangkan sekolah cuti...So adik aku jemput aku sekali untuk join dorang sekeluarga  untuk ke Sunway Lagoon pada hari sabtu lalu..memandangkan ada orang nak payungkan aku satu family ke dalam theme park nie so jom ler kita basuh kaki..kihkihkihkih!!

Kunjungan aku ke sini adalah untuk kali ke 2...sebelum nie aku dah masuk ke sini 3 tahun lepas dan masa tu Qisya baru satu tahun lebih..banyak perubahan telah berlaku dari segi harga tiket masuk,attraction kat dalam theme park nie dan juga kemudahan-kemudahan yang ada turut dipertingkatkan..tapi satu je yang aku rasa kureng ckit..bab harga jualan barangan kat dalam nie..semua sudah naik..dan sekarang nie untuk urusan pembelian di dalam menggunakan e@top ups no more cash transaction via counter ya except untuk urusan top ups sajoo..harga locker sekarang dah berubah dan pelancong hanya boleh pilih 2 sizes locker sahaja iaitu rm15 or rm30..aku pilih rm15 saje sebab nak save barang berharga seperti bag duit,kunci kereta dan juga handphone dan untuk maklumat korang boleh buka locker nie banyak kali tanpa perlu buat bayaran tambahan seperti yang dulu lagi...bag pakaian kami hanya letak atas bangku saja..kalau semua nak masukkan dalam loker macam tak berbaloi aje sebab ramai pelancong yang datang letak bag dekat bangku kat luar je..jimat lol!!

Okaylah jomlah korang layan gambar yang sempat aku snap kat dalam tu..aku juga sempat masuk dalam scream park tu tapi sayang kat dalam tu takleh snap gambar..memang best giler scream park tu..kecuuttt jantung meksss...!!aku malas nak cerita panjang lagi..nanti korang semua rajin-rajinlah luang masa dengan orang tersayang ya bawak dorang pergi bercuti..sambil bercuti sambil mengeratkan ikatan kekeluargaan..betul takk..??

Inilah sebahagian kecil keluarga aku..
Bila bapak-bapak budak girang duk main air...
Ini je gambar-gambar yang sempat aku snap..
Bestnya dapat meluangkan masa bersama keluarga tapi sayang kalau ade semua ahli keluarga nie mesti lagi best..

Arious






Hari ini hari cuti...

Assalamualaikum uolls semua..ada kat mane tu..??Okaylah hari nie kan hari cuti sempena Hari Malaysia..korang tak ke mana-mana ke??..aku pulak duduk rumah je..Tak ke mana-mana pun..cuma keluar makan kejap lepas tu aku ajak laki aku roda-roda kawasan Ampang dengan Selayang tinjau kawsan perumahan..yelah harapkan short break macam nie aje boleh tinjau-tinjau..nak harapkan hari lain sibuk dengan kerja..weekend??memang tak ler nak tinjau-tinjau..bukan mudah uolls nak cari lokasi rumah yang sesuai..nasib baik jalan tak jam..okaylah aku malas nak merapu pasal hal rumah..cuma aku ingin ucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua warga negara Malaysia dan hargailah tanah air kita seadanya..sesungguhnya aku cukup bersyukur berada dibumi Malaysia..
Arious!

Thursday 11 September 2014

Khutbah Terakhir...

Assalamualaikum semua...apa khabar?sihat-sihat ke semua?...kalau tak sihat cepat-cepat makan ubat dan duduk diam-diam!Memandangkan hari ini hari jumaat marilah jemah berkongsi sedikit khutbah daripada amanat terakhir dari Rasullullah kita Baginda Nabi Muhammad S.A.W..diharap dapat dijadikan panduan dalam kehidupan kita sebagai seorang islam..Baiklah renung-renungkan dan selamat beramal ya...



Amin

Wednesday 10 September 2014

Jom masak:Sup Ekor

Assalamualaikum semua..apa khabar..harap sihat-sihat ya semua..hari nie aku nak share resepi masakkan uolss...boleh tak??ala bolehlah ya..ingat jemah tak pandai masak ker...jemah pandai masak okay ~mate ke atas~ cuma ada penyakit malas je..huhuhu..So jangan nak merepek sangatlah moh ler kita ke dapur...hari ahad baru nie laki aku teringin nak makan sup ekor,so dia kerah bini ye bangun awal hari tu dan bawak aku pergi pasar pudu tu untuk beli ekor lembu..nama hari minggukan so ramailah sangat orang kat pasar sampai jalan jammed hingga ke bulatan Loke Yew..nasib baik kitorang merempit je bolehlah mencelah-celah..

Sampai kat pasar tu,suasana jangan cakaplah kalau tak gamak bunyinya bukan pasarkan.Dari penjual sayur hingga ke penjual ikan huuhhh gamak suara masing-masing duk lelong.Ingat pasaraya aje ke pandai main lelong-lelong??...hahaha..suara penjual ayam dengan daging slow-slow je dengar..pasar pudu nie memang padat sikit,dan nak jalan dalam pasar itu pun terhimpit-himpit..tapi kat sini ada banyak jual barang-barang basah dan kering dengan harga yang murah dan berpatutan..So bila dah nampak gerai jual daging tengok ada 2 batang je ekor ..terus aku rembat satu batang ekor tu dengan harga RM20..ekor lembu tempatan mahal ler ckit tapi sedap..kalau guna ekor lembu import kurang sedap sikit..aku suruh pakcik tu potong terus kecik-kecik ekor lembu tu untuk memudahkan kerja aku kat dapur nanti..dorang ade kapak kat rumah aku takde..so nak potong macam manelah ekor lembu yang keras tu..settle kat pasar pudu terus rempit balik rumah tapi sempat jugak menyinggah di kedai mamak untuk breakfast dulu..

Balik rumah laki aku ambik tugas unruk bersihkan ekor tu dan rebus sampai empuk..so lebih kurang dalam 3 jam jugak laki aku rebus..air kering tambah lagi sampailah ekor tu betul-betul empuk..kat bawah nie aku share bahan-bahan yang aku gunakan untuk masak sup ekor nie..simple aje okay...

Bahan-bahan:
Ekor lembu SHJ
(rebus sampai empuk - paling kurang 2-3 jam)

Perencah sup tulang Adabi
(aku guna yang nie sebab dlm pek nie dh ada skali dgn kayu manis,cengih,dan bunga lawang)

2 batang daun saderi

5 biji cili padi
(terpulang pada korang nak guna byk mane cili tu)

3 ulas bawang putih

1 biji bawang besar
(dimayang)

sedikit halia

sedikit garam

Air kosong

Cara masakan:
 Tumbuk bawang putih,halia dan  cili padi sehingga lumat

Panaskan periuk dengan minyak masak..
(jangan masuk banyak sangat minyak tu ya..kolestrol nak kena jaga juga ya)

Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi berserta dengan bawang besar,kayu manis,cengih dan juga bunga lawang sehingga naik bau..tapi jangan sampai hangit sudahlah bawang tumis tu..

kemudian masukkan ekor yang telah empuk tadi dan gaul dengan bahan tumis tadi..guna gas ditahap sederhana sahaja ya..

kemudian masukkan air kosong dan juga perencah sup tulang Adabi dan aku letak sedikit serbuk lada hitam untuk bagi pedas ckit lagi..

Masukkan sedikit garam dan daun saderi yang telah siap dipotong dan masak sup ekor tu sehingga masak..

#aku tak guna daun sup dan daun bawang sebab batang saderi tu dah membangkitkan rasa..gitteww
class tak jemah...!!

SELAMAT MENCUBA YA SEMUA... 

Inilah hasil air tangan jemah masak...







Tuesday 9 September 2014

Hujung minggu lalu..


Assalamualaikum semua..apa khabar uolss semua..sihat ke??harap-harap sihatlah ya..kalau tak sihat tu cepat-cepat dapatkan rawatan supaya segala urusan tak tergendala..okaylah oleh kerana sudah beberapa hari aku tidak update blog aku..so moh ler kite update ye..tapi nak buat entry pasal apa ya..dalam kepala bukan main banyak benda nak share dengan korang semua tetapi bila nak menaip je terus kaku...gittewww...Okaylah ape aktiviti hujung minggu yang biasa korang lakukan??kalau tanya aku mestilah meluangkan masa dengan family tersayang..mesti korang meluatkan dengan  asyik nak up pasal hal family aje kan..but ada aku kisah!!(sambil tangan ke bahu..mata ke atas)..hiehiehie..

Kebiasaannya pada hujung minggu aku akan lajakkan sedikit waktu tidur aku..tetapi minggu lepas aku bangun sedikit awal sebab aku ada online exam dengan pihak SPA..bukan main susah soalannya..yelah sebab aku tak baca banyak sangat info pasal pengetahuan am hambik ko..dah sah-sah failed nanti..but oh my TUHANKU please give me some miracle magic to passed this exam!!..amin..i hope! i hope! i hope!..okaylah selesai jawab exam tu..perut lapar uolss..my hubby and daughter boleh plak keluar pi  breakfast together without bawak balik breakfast untuk bini kat rumah nie..terpinggir i rase uolss..tetapi memandangkan aku bangun awal hari nie,habis je exam tadi aku sambung tidur balik sebab mengantuk sangat-sangat semalam aku stay up sebab tengok midnight movie..Qisya dengan ayahnya pulak sibuk duk layan cerita kartun kat tv..so jomlah membuta kejap..huhuhu

Tepat jam 1.30 pm aku bangun sebab perut dah rasa lapar sangat sebab tak makan apa-apa,So apa lagi jom kita makan kat luar..mood hari nie malas nak masak.dan hari nie aku teringin nak makan nasi ayam kunyit kak Wok yang femes kat TTDI Shah Alam tu..sebenarnya tiap-tiap bulan aku pergi makan kat kedai kak Wok nie time weekend dengan hubby aku..nasi dia sedap..ayam goreng kunyitnya sedap..kuah gulai dengan sambal belacan nya..pehhh layan habislah kalau time makan tu..harga nasi RM4.50 sebungkus ya..nasi tu dibungkus dengan kertas so kalau makan kat kedai tu pun kena makan dalam kertas bungkusan tulah ya..tapi seyes uolss sedap sangat better korang try skali....setiap kali aku pergi kesana mesti kena beratur uolss..sebab memang ramai yang customer kak Wok nie..lebih-lebih lagi weekend..so beli dh kena beratur tu takkan nak beli 2 bungkus je mestilah 4 bungkus uolss..mencekik ke membela saka laki bini nie????..2 tu extra untuk tambah dan satu tu nasi dengan ayam kunyit kosong je uolss untuk Qisya..paheeemmmm!!

Habis je makan,kami sekeluarga bertolak untuk balik ke KL balik tapi Qisya pulak nak main basikal..aku donggak ke langit tengok gelap tanda nak hujan,Qisya nie memang jenis tuntut janji..sebab aku dah promise nak bawak dia main basikal dekat taman hari tu..apa lagi boikotlah dan buat drama swasta free dalam kereta..stress aku anak dara sorang nie..semua nak suruh orang ikut dia aje..laki aku pulak jenis tak boleh tengok anak sedih..terus plan ajak ke Putrajaya..sebab dia tengok  langit dari arah sana cerah je..Okay let's go to Putrajaya..Balik ambik basikal kat rumah dahulu than terus gerak ke Putrajaya..

Alhamdulillah..cuaca elok..suasana jangan cakaplah..kalau kat dataran putrajaya nie memang sentiasa penuh dengan orang ramai beriadah dengan family...aku dengan laki aku pun suka lepak kat sana..suka tengok gelagat orang ramai kat sini..Tetapi petang tu aku plan bawak Qisya main basikal dekat Taman Botani..sebab suasana di situ lebih rileks dan tak terlalu crowded dengan orang ramai..sampai je kat Taman Botani,Qisya dh excited nak kayuh basikal..bila ayah dia keluarkan je dari bonet kereta tu terus je dia kayuh..masuk taman tu..Tapi hari nie banyak pulak orang buat wedding ceremony kat taman nie..so sweettttt..garden party katenyerrrr...ade jugak buat birthday celebration kat cni..selain tu terdiri dari orang yang datang untuk beriadah bersama keluarga dan bersukan seperti berjogging,berbasikal dan sebagainyalah..Ingat nak menyewa basikal kat dalam Taman Botani, boleh jugak follow Qisya dari belakang..tetapi waktu untuk menyewa basikal sudah tamat..terpaksalah aku walking untuk follow Qisya berbasikal kat dalam tu..penat jemah uollss..dah ler laki bini kaki semput...tetapi demi anak tersayang kurelakan jua katenyerrr..tetapi memang best lepak dalam taman nie..rileks dan tenang je..kalau duduk lepak kat dataran macam crowded orang duk lalu lalang..Taman Botani nie dibuka setiap hari tapi untuk menyewa basikal kat sini hanya sampai jam 5 pm saja..

Lepas habis follow Qisya main basikal kat dalam tu,aku pergi lepak tepi tasik dalam taman tu ambik angin petang uolss..ramai jugak orang datang lepak kat taman botani nie..mungkin sebab kat sini parking mudah dan suasana yang tenang untuk beriadah kot...Okaylah itu saja yang aku boleh share untuk hujung minggu lalu aku bersama my mini family...


Arios!

Friday 5 September 2014

Exam lagi...

Assalamualaikum..buat ape tu semua..berehat ker?melepak ker?menonton ker?or sedang beronline macam aku..?Okaylah aku sebenarnya tengah duk study sikit nie sebab esok ade exam..tibe-tibekan kena jawab exam pulak..lagikan kuiz bulanan kat opis pun aku tunggu jawapan boss aku share niekan pulak nak jawab soalan exam yang sememangnya bertentangan dengan bidang aku..huhu..tapi tak salah aku mencuba nasib mane tahu tiba-tiba lulus exam nie dorang panggil aku interview..leh jugak experience interbiu dgn org gomen nie!Korang mesti tertanya-tanya exam apelah yang aku nak hadapi nie..wait and wait hokay...jemah nak sambung study sikit lagi lepas tu jemah nak tido..sebenarnya dorang hantar email offer untuk exam nie since last week lagi tetapi aku teroverdoss busy nye hingga tak sempat nak study pasal jawatan yang dorang offer nie..esok nak exam malam nie baru terhegeh-hegeh buat kerja last minutes..bising laki aku suruh study sikit supaya tak blur jawab exam tu esok..nasib baik exam via online kat rumah je..dapatlah aku meniru nanti...hahaha..Okaylah uolss aku nak sambung study lagi nie,aku nak feeling-feeling study macam zaman jadi student dulu..ketemu lagi di lain entry yaa..doakan aku berjaya utk jwb exam nie esok ya...wassalam..


Anak Deman...

Assalamualaikum semua..apa khabar uols semua??aku harap baik-baik saja ya..sorrylah uols sebab tak sempat nak update sebarang entry untuk beberapa hari nie..bukan busy sangat pun tetapi sebab aku balik kampung dan line tenet kat kampung pun mcm siput je..lepas balik dari kampung minggu lepas masuklah opis hari selasa tu,tiba-tiba dapat call dari laki aku bagitahu yang Qisya deman panas..alahai deman pulak anak omak nie..inform dekat boss dulu,lepas dah dapat permission baru balik,aku suruh laki aku datang ambik aku dengan bawak sekali Qisya sebab nak bawak dia terus ke klinik..oleh kerana klinik panel laki aku dekat dengan opis aku moh ler kite pergi yang dekat nie saje..

Tiba di klinik tepat jam 2 petang dan kelihatan ada sebilangan orang yang sudah beratur untuk mendapatkan nombor giliran untuk berjumpa dengan doktor.Qisya aku tengok memang betul-betul macam tak sihat sangat..sebab sebelum nie kalau dia deman sekali pun dia akan berjalan sendiri masuk dalam klinik nie,tetapi hari tu dia nak berdukung sajoo..sakit pinggang den..tapi nasib baik laki den take over pulak dukung nya..Terima Kasih Sayang..dengan badan yang panas..Qisya pulak asyik merenggek sebab tak sihat badan..nasib baik laki aku rajin melayan kerenah dia..kalau deman selalu macam nie..nak bermanja tahap gaban ler..tiba-tiba terjadilah suatu benda yang aku cukup tak sangka akan berlaku..jeng jeng jeng...Qisya muntah atas bahu laki aku..bukan sedikit..banyak okay..bergegas pulak aku  bawak Qisya ke toilet untuk bersihkan badannya yang terkena muntah tersebut..kebetulan tuala yang aku spare dalam kereta pulak aku ambik basuh semalam terpakselah Qisya buat show tidak berbaju dalam klinik tu sementara menunggu giliran kami dipanggil..kesian anak ibu...

Lambatnya nak tunggu doktor panggil nie..dah datang awal pun pukul 2:45 pm masih lagi belum dipanggil..bilik doktor bukan main banyak..nie yang aku tensi datang sini..aku push laki aku suruh check dengan receptionist kat situ bilik mane yang kami kena masuk nanti..sebab dah menunggu lama giler..tak nampak ke kes anak aku nie..boleh cepat ckit tak..tensi aku!Staff kat situ bagitahu doktor untuk bilik yang kami kena masuk belum masuk lagi..HELLO PUAN DOKTOR...NIE DAH PUKUL BRAPE BARU NAK MASUK KERJA??..stress aku..nasib baik angin aku okay lagi hari tu kalau tak mahu aku buat ribut taufan kat situ..dorang semua nie alertlah ckit situasi aku hari tu..takkan tak nampak anak aku tu deman duk menangis-nangis dengan muntah-muntah lagi..mintaklah doktor tu cepat sikit..nie tak kena tunggu juga..Tak lama kemudia baru kitorang dipanggil..doktor tu memang dari dulu lagi aku kenal jenis tak mesra dengan pesakit..dengan muka takde senyuman langsung ko nak rawat pesakit memang bertambah sakitlah pesakit ko..dia check suhu badan anak aku than cakap deman tak tinggi sangat..lepas tu tanya simpton2 seperti batuk,seleseme dan sebagainya..lepas tu dia suruh ambik darah..takot ade denggi..Qisya ape lagi bile dengar doktor suruh ambik darah terus meraung macam nampak hantu..dia memang fobia nak ambik darah..yelah sakit kot..!!Tetapi untuk kesihatan dia,aku rela doktor ambik darah dia untuk tujuan rawatan..macam biasa tugas untuk bawak anak ke makmal rawatan itu memang aku yang kenalah sebab laki aku nie jiwa sensitif tak boleh tengok anak aku menangis kesakitan tu..nasib baik ambik darah kali nie banyak yang keluar..tapi sempat jugaklah Qisya buat konsert kat klinik tu..

Nasib baik ujian darah menunjukkan Qisya takde simpton2 deman denggi cuma deman biasa aje..cuma doktor cakap mungkin dia keletihan sangat sebab tulah badan jadi lemah.Balik rumah je dia terus baring nak tidur..makan pun taknak..nak bagi makan ubat lagilah dia taknak sehingga aku terpakse masukkan ubat melalui buntut baru boleh..kalau bagi ubat jenis air tu memang dia akan muntahkan balik je..budak-budak sekarang tengok ubat je terus nak pengsan padahal kita nak bagi dia sihat..oleh kerana deman Qisya belum lagi sembuh aku terpaksa ambil cuti untuk 2 hari..sorry kawan-kawan yang terpaksa back up jemah untuk 2 hari tu ya..okaylah uolss itu je yang aku boleh merepek hari nie..nak sambung buat kerja pulak..hai lambatnya pukul 6 tak sabar dah nak balik rumah nak berehat..2 hari tak cukup tidur uols menjaga anak deman..nasib baik laki jemah turut membantu kalau dia terpakse stanby..dengan jemah-jemah skali deman nanti...Korang semua jaga kesihatan juga ya..sekarang nie asyik hujan je..kalau tak jaga kesihatan boleh deman uolss...okaylah bye..


My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR