Nuffnang Adds

Saturday, 31 January 2015

Bersantai di Sutra Beach Resort

Assalamualaikum semua..lama sudah aku tidak meluangkan masa untuk update entry baru oleh kerana masa yang tidak mengizinkan..so sempena aku tengah bercuti panjang nie marilah kita update entry baru pulak..cerita terakhir utk bulan januari dimulakan dengan kisah percutian pendek aku bersama family di Sutra beach resort Kuala Terengganu..nama pun short vocation semua booking last minute sebab plan pun last minute..nasib baik ade booking.com so sangatlah mudah untuk mencari tempat penginapan yang sesuai dengan bajet dan masa yang ada, godek-godek dapatlah bilik dengan harga rm210 satu mlm seaview, mula-mula try call direct dorang cakap fully book than aku try guna booking.com tengok still available terus aku book,Alhamdulillah..succes uollss..berjaya jugak laki bini nak feeling-feeling bercuti walaupun sekejap..yelah masing-masing dah too busy since last year till this month so my hubby aku decide nak berehat tepi pantai sehari dua..aku pilih Sutra beach resort sebab tidak jauh dari rumah aku lebih kurang dalam 30 minit drive dengan kereta..sebab kebetulan nak balik jenguk orang tua dekat kampung so terus ambik peluang pergi berehat dekat resort berhampiran..tak dapat pergi jauh pergi yang dekat sudahhh..

Sebelum sampai tu ktorg sempat singgah di stesen minyak berhampiran untuk membeli sedikit bekalan makanan, yelah uolss kedudukan resort nie pinggir bandar Kuala Terengganu dan agak jauh dari kedai-kedai runcit sebab dekat dalam resort tu hanya ada restoran dan tak ada kedai serbaneka ya..so be preparelah uollss. Tapi restoran dekat luar resort ada jugak tapi taklah banyak sangat..tapi resort nie memang bestlah bagi aku sebab too private walaupun peralatan di dalam bilik nampak old school but it'okaylah bagi aku asal ada tempat untuk tidur yang selesa sudah..disini ada banyak tempat untuk aktiviti riadah team building..kebetulan aku pergi tu ade 2 group kursus under tnb dan juga ump so memang betul fully booklah jugak tapi takde nampak too crowded okay..apa yang best kat sini adalah kedudukan bilik yang memang the best view give for ever to the guest sebab aku dapat bilik yang view yang sangat cantik iaitu mengadap ciptaan yang maha esa yang tersangat cantikkkkk..disini juga mempunyai kemudahan wifi 24 jam disemua tempat dan ada outdoor pool yang sangat-sangat awesome dengan view ke arah laut..kami semua tiba jam 4 petang sebab bertolak selepas orang balik sembahyang jumaat, aku check in dekat reception counter sekejap sahaja sebab semua sudah siap disediakan..lupa nak share aku pergi bersama family aku..saja just nak raikan mereka semua jugak bawak berehat sekali..tapi mereka tak stay overnight dekat sana just datang waktu siang tu dan balik selepas dinner..so sempatlah mereka semua berehat sambil beriadah bersama cucu-cucu sambil ambil angin pantai sekali..

Okaylah semua..jomlah bersantai sambil layan view gambar yang sempat aku snap untuk dikongsi bersama-sama korang semua..bagi sesiapa yang hendak release tension sambil berehat tu aku sangat syorkan tempat nie..sebab this place too peace and private..huhuhu

Wassalam

 




 

 

Monday, 12 January 2015

Hari pertama Qisya bersekolah...

Assalamualaikum semua..apa khabar semuanya..aku harap sihat semuanyalah..kalau yang tak sihat semua tu, please get some medicine okay! Hari nie aku agak free dan aku nak share sedikit pengalaman menghantar anak bersekolah untuk kali pertama..excited uolls! Rela aku ambik cuti sebab taknak lepaskan peluang untuk merasai pengalaman berharga nie..So malam sebelumnya gigih laki bini buat persiapan persekolahan untuk anak seperti letak tag nama disetiap peralatan sekolah Qisya seperti yang telah diarahkan oleh pihak sekolah..dari kasut, stoking, beg, buku, pensil, pensil warna dan juga nametag sekolah..Oleh kerana uniform sekolah belum siap lagi pihak sekolah meminta pelajar baru memakai t'shirt putih berseluar track hitam or blue navy dgn memakai tudung putih bagi pelajar perempuan..entah berapa kali aku perati Qisya duk try pakai kasut dengan stoking dengan galas beg sekolah..so bila aku suruh kemas dan masuk tidur awal, terus pergi masuk bilik..excited punye pasal lettew..kalau tak memang tunggu suare rimau kumbang bunyi baru dia masuk tidur..stress jemah!

Tepat jam 7am aku mula kejutkan Qisya untuk bersiap ke sekolah..ko rase ape reaction yang dia buat??.."..ibu, kakak rasa sakit matalah..kakak rasa tak boleh lagi nie bangun..berasap aje kepala aku dengar..pujuk-pujuk tak makan, aku terus angkat masuk bilik mandi..dalam bilik mandi macam biasalah kalau paksa mandi, memang buat konsertlah satu album..so siap mandi buat-buat gigil badanlah kesejukan, padahal air mandi tak sejuk pun.eihh geram betol aku..nasib baik bila sudah siap pakai baju dia sudah okay dan mintak ayah dia buatkan susu sebotol..besor-besor pun still lagi minum susu botol..apo kono eih jang nie! Tapi nasib baik dia taknak bawak ke sekolah botol susu tu..sebab aku dah cakap awal2 tak boleh bawa botol susu ke sekolah, nanti kawan-kawan cakap '..Qisya tak malu bawak botol susu..'terus dia diam..kihkihkih faham pun..tapi sekarang nie aku cuba untuk buat dia berhenti hisap botol susu dan ganti minum susu guna cawan sahaja..insyaallah

Okaylah..tepat jam 8.30am kami sampai di sekolah dan nasib baik sesi taklimat ibubapa belum dimulakan lagi..masa aku sampai cikgu terus ambik Qisya masuk kelas, nasib baik dia tak menangis dan ikut sahaja arahan dari cikgunya..sekolah Qisya hanya ada untuk budak lelaki dan budak perempuan yang berumur 5 dan juga 6 tahun dan sekolah tadika ini bawah seliaan majlis agama islam KL..so hari nie memang ramai para ibu bapa yang datang untuk menghantar anak2 mereka berserta sesi mendengar taklimat dari pihsk pengetua sekolah..ragam budak-budak jangan cakaplah, ada yang berlari2, ada yang asyik duk menangis teresak2 sebab tak pernah berenggang dengan ibubapa mereka, ada ysng sibuk duduk bersembang dengan kawan-kawan baru dan ada yang duduk sorang2 jadi pemerhati bebas gitu! Beg sekolah masing2 jangan cakaplah bagi yang gegurl sudah pasti beg sekolah theme frozen dan juga barbie..bagi boy boys pulak theme superhero memang tak larilah..masing-masing sibuk nak showing equipment terhebat dorang..Qisya punya beg sekolah theme barbie..sebab dari dulu hi gga sekarang fan of barbie ktenya..tangan ke dahi aku laki bini setiap kali nak beli barang dia..color choices must PINK hokay!Macam kat sekolah tadi semua pakai stoking putih hitam..dia pakai stoking pink putih..lain dari orang lain..layan jelah cikgu cakap!

Habis briefing dari pengetua sekolah, aku duduklah kejap sebab nak tengok Qisya boleh sesuaikan diri ke tidak..tiba-tiba Qisya datang kat aku cakap "..ibu dengan ayah pergilah kerja dulu, nanti jangan lupa suruh ayah ambik kakak habis sekolah.."amboi nak, suke benor ko ye..siap suruh mak apak ko balik..asatu aku tengok tudung dah senget2 dengan baju dah tak masuk dlm seluar..so aku betolkan dulu semua tu dan bagi sedikit pesanan kasih sayang gitu sebelum beredar, walhal kat rumah asyik bertekak aje..aku minta cikgu tolong tengok2kn Qisya dan aku beredar pergi ambik late breakfast dengan laki aku sambil feelings romantik gitu..ketok kepale sila sedar diri ckit jemah! Toin toin toin..Jam 12pm kami pergi ambik Qisya dekat sekolah tu balik..bila aku tanya dia "..kakak suka tak pergi sekolah tadi?..suka, kakak suka makan tadi cikgu bagi makan spaghetti!.."terus tangan ke dahi lagi..aduhai Qisya Sayang..harap hari esok dan seterusnya Qisya terus bersemangat untuk terus rajin ke sekolah untuk belajar..semoga menjadi anak yang berguna dan berjaya dikemudian hari sayang..love from ibu dan ayah..!

Wassalam

Saturday, 3 January 2015

Berlumpur bersama ATV Ride & Adventure Park

Assalamualaikum semua..aku tanya apa khabar? Aku tanya apa khabar?..tibe-tibe gedik nak menyanyi pulakkk tapi best jugak layan lagu Joe Flizzow featuring sonaone nie..Okaylah gedik dah hilang sekarang aku nak ceritakan pengalaman aku bermain motor lasak roda empat ataupun lebih dikenali ATV baru-baru nie..bagi yang tidak mengenali jemah lebih dekat mesti cakap boleh ke jemah main benda alah nie??laki ko bagi ke main ATV tu??abis kenape tak ajak laki ko sekali main benda tu??kenapa tak ajak anak ko sekali join??...korang rase ape aku jawab??soalan menyampah..persetankan saja semua soalan bodoh tu semua..sebab bagi yang sudah mengenali jemah lebih lama sudah tahu yang jemah memang suka aktiviti lasak dan laki aku sudah cukup masak dengan perangai aku yang suka buat aktiviti macam nie..dan dia memang support dari belakang sebab apa yang dia suka buat aku takkan halang kecuali kahwin satu lagi memang siap aku buka langkah silat gayunglah nanti!!So bila aku dengan aktiviti aku, laki aku akan take care anak aku dan sama juga bila dia melakukan aktiviti dia..aku yang akan ambik alih tugas take care our daughter!So memang inilah rutin ktorg bagi yang tidak mengetahui just shut up your mouth before ask me stupid questions..hambik tercakap omputih pulak..over uolls terluah perasaan pulak sebenar nak ceritakan hal pi main ATV tp terover feeling cerita before the actual day pulak..korang layan jelah..huhuhu

Okay sekarang aku sambung balik cerita pi main ATV nie pulak..ideanya datang dari teman opis aku cik fatin atirah nie haah ajak aku main benda alah nie..katanya nak uji staminalah konon sebab di sekarang tengah aktif bersenam dan bersukan..dengan aku sekali terjebak dia heret..sebenarnya aku sudah pernah bermain ATV nie dulu sekali tapi trek dekat pantailah tapi main sekejap aje dalam 30 minit..tapi yang dia heret aku main nie trek dalam hutan hambik ko dengan lumpur yang memang power berselutnya jemah redha ajelah..But sebelum tu lupa nak kasi tahu lokasi ATV yang ktorg main nie dekat Kg.Kemensah belakang Zoo negara..Sebelum pergi itu korang kena booking dulu..dan kena bayar deposit juga ya..ktorg ambik trek RM150 dengan masa 2 jam setengah..laluan ke air terjun Sofia Jane..memang naik bukit turun bukit masuk palung keluar palung..Disini ada jugak trek RM200 dan juga RM100..harga berbeza kerana laluan mengikut trek..lagi mahal lagi adventure lah korang nanti..Atv ride and adventure park nie sebenarnya telah lama beroperasi dan telah menerima ramai tetamu dari dalam dan juga luar negara utk beraksi disini..jangan terkejut uollss ade jugak kerabat dan juga retis-retis dari malaywood dan juga holloywood datang hokay!Sebelum bermain korang akan diberikan taklimat serta panduan mengendalikan Atv nie..supaya korang mahir menggunakannya dulu..korang akan disuruh test dulu keliling markas Atv nie dulu sebelum dibawak masuk ke dalam trek sebenar..so masa tu dorang akan tengoklah keupayaan korang untuk mengendalikan motor atv nie..semua tenaga pengajar nie berpengalaman dan semasa ditrek akan ada seorang dari meraka yang akan membantu sepanjang perjalanan di trek itu nanti..

Aku pergi ke sana bersama 5 orang teman opis serta 4 orang cousin si fatin nie..so janji jam 12 sudah nak kena ada disana..tut tut tut jam 1 ktorg sampai memang sengal janji malay okay..nasib baik sesat boleh buat alasan..padahal tak sesat pun si rudy yang lambat sebab terover sleep pulak..hangin aje aku..nasib baik sampai sane dorang okay tak marah or cancel booking kitorang..sebab kena waiting turn team yang dah berlepas belum tamat lagi..so sempat jugaklah duk selfie welfie bagai..Di Atv ride and adventure park nie ade menyediakan kemudahan bilik mandi, tempat bersolat, meja dan kerusi makan, kolam renang dan kemudahan tandas yang bersih utk tetamu mereka semua..so selesa sepanjang berada disini..Disini ade jugak tempat menjual air tapi agak mahal sedikitlh chargesnye sebab dalam hutankan..Bagi yang tak bawak kasut boleh pinjam kasut getah yang disediakan sebab utk bawak atv tu korang kena pakai kasut dan aku nak nasihatkan jangan pakai kasut putih or pakaian yang cerah-cerah sebab nanti korang akan bermain lumpur..so paham-pahamlah kalau dah bermain lumpur ye..huhuhuhu..Okaylah jom layan sedikit foto-foto kenangan aku ditrek atv kg.kemensah nie..Untuk tempahan sila tekan disini

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Thursday, 1 January 2015

Welcome 2015

Assalamualaikum serta apa khabar semua..sudah berakhir 2014 dan sekarang kita sudah berada dalam tahun 2015..sekejap sahaja putaran masa, walaupun banyak suka duka 2014..Syukur Alhamdulillah!Adakah misi 2014 kalian semua sudah tercapai??impian aku ada yg sudah tercapai dan ada jugak yg tidak sempat dicapai tetapi impian yang tidak sempat aku capai tu sudah aku forward ke tahun 2015 nie..harap-harap tercapai nanti..amin!Dalam tahun 2015 nie aku berharap dapat membahagiakan lagi suami dan juga anak aku serta keluarga aku dengan memberikan lebih banyak masa dan mencipta lebih banyak memori indah untuk mereka semua..dari segi pekerjaan pulak aku harap dapat perform lagi baik dari tahun 2014..bersama kawan-kawan pula aku harap dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan kita yaaa..tak kira kawan realiti or kawan di alam maya nie yaa..huhuhu!Untuk aktiviti tahun 2015 telah aku senarai pendekkan agar dapat aku penuhi impian giler-giler aku nie..wish me luck uolls! Okaylh penatlah uolls nak bebel panjang lebar..jemah nak continues sleep pulak..Salam 2015 dan tinggalkan semua memori duka 2014 dan bergembiralah dengan 2015 nie..living negative takes positive kate omputih and moving forward gittew!!

Wassalam