Monday 12 January 2015

Hari pertama Qisya bersekolah...

Assalamualaikum semua..apa khabar semuanya..aku harap sihat semuanyalah..kalau yang tak sihat semua tu, please get some medicine okay! Hari nie aku agak free dan aku nak share sedikit pengalaman menghantar anak bersekolah untuk kali pertama..excited uolls! Rela aku ambik cuti sebab taknak lepaskan peluang untuk merasai pengalaman berharga nie..So malam sebelumnya gigih laki bini buat persiapan persekolahan untuk anak seperti letak tag nama disetiap peralatan sekolah Qisya seperti yang telah diarahkan oleh pihak sekolah..dari kasut, stoking, beg, buku, pensil, pensil warna dan juga nametag sekolah..Oleh kerana uniform sekolah belum siap lagi pihak sekolah meminta pelajar baru memakai t'shirt putih berseluar track hitam or blue navy dgn memakai tudung putih bagi pelajar perempuan..entah berapa kali aku perati Qisya duk try pakai kasut dengan stoking dengan galas beg sekolah..so bila aku suruh kemas dan masuk tidur awal, terus pergi masuk bilik..excited punye pasal lettew..kalau tak memang tunggu suare rimau kumbang bunyi baru dia masuk tidur..stress jemah!

Tepat jam 7am aku mula kejutkan Qisya untuk bersiap ke sekolah..ko rase ape reaction yang dia buat??.."..ibu, kakak rasa sakit matalah..kakak rasa tak boleh lagi nie bangun..berasap aje kepala aku dengar..pujuk-pujuk tak makan, aku terus angkat masuk bilik mandi..dalam bilik mandi macam biasalah kalau paksa mandi, memang buat konsertlah satu album..so siap mandi buat-buat gigil badanlah kesejukan, padahal air mandi tak sejuk pun.eihh geram betol aku..nasib baik bila sudah siap pakai baju dia sudah okay dan mintak ayah dia buatkan susu sebotol..besor-besor pun still lagi minum susu botol..apo kono eih jang nie! Tapi nasib baik dia taknak bawak ke sekolah botol susu tu..sebab aku dah cakap awal2 tak boleh bawa botol susu ke sekolah, nanti kawan-kawan cakap '..Qisya tak malu bawak botol susu..'terus dia diam..kihkihkih faham pun..tapi sekarang nie aku cuba untuk buat dia berhenti hisap botol susu dan ganti minum susu guna cawan sahaja..insyaallah

Okaylah..tepat jam 8.30am kami sampai di sekolah dan nasib baik sesi taklimat ibubapa belum dimulakan lagi..masa aku sampai cikgu terus ambik Qisya masuk kelas, nasib baik dia tak menangis dan ikut sahaja arahan dari cikgunya..sekolah Qisya hanya ada untuk budak lelaki dan budak perempuan yang berumur 5 dan juga 6 tahun dan sekolah tadika ini bawah seliaan majlis agama islam KL..so hari nie memang ramai para ibu bapa yang datang untuk menghantar anak2 mereka berserta sesi mendengar taklimat dari pihsk pengetua sekolah..ragam budak-budak jangan cakaplah, ada yang berlari2, ada yang asyik duk menangis teresak2 sebab tak pernah berenggang dengan ibubapa mereka, ada ysng sibuk duduk bersembang dengan kawan-kawan baru dan ada yang duduk sorang2 jadi pemerhati bebas gitu! Beg sekolah masing2 jangan cakaplah bagi yang gegurl sudah pasti beg sekolah theme frozen dan juga barbie..bagi boy boys pulak theme superhero memang tak larilah..masing-masing sibuk nak showing equipment terhebat dorang..Qisya punya beg sekolah theme barbie..sebab dari dulu hi gga sekarang fan of barbie ktenya..tangan ke dahi aku laki bini setiap kali nak beli barang dia..color choices must PINK hokay!Macam kat sekolah tadi semua pakai stoking putih hitam..dia pakai stoking pink putih..lain dari orang lain..layan jelah cikgu cakap!

Habis briefing dari pengetua sekolah, aku duduklah kejap sebab nak tengok Qisya boleh sesuaikan diri ke tidak..tiba-tiba Qisya datang kat aku cakap "..ibu dengan ayah pergilah kerja dulu, nanti jangan lupa suruh ayah ambik kakak habis sekolah.."amboi nak, suke benor ko ye..siap suruh mak apak ko balik..asatu aku tengok tudung dah senget2 dengan baju dah tak masuk dlm seluar..so aku betolkan dulu semua tu dan bagi sedikit pesanan kasih sayang gitu sebelum beredar, walhal kat rumah asyik bertekak aje..aku minta cikgu tolong tengok2kn Qisya dan aku beredar pergi ambik late breakfast dengan laki aku sambil feelings romantik gitu..ketok kepale sila sedar diri ckit jemah! Toin toin toin..Jam 12pm kami pergi ambik Qisya dekat sekolah tu balik..bila aku tanya dia "..kakak suka tak pergi sekolah tadi?..suka, kakak suka makan tadi cikgu bagi makan spaghetti!.."terus tangan ke dahi lagi..aduhai Qisya Sayang..harap hari esok dan seterusnya Qisya terus bersemangat untuk terus rajin ke sekolah untuk belajar..semoga menjadi anak yang berguna dan berjaya dikemudian hari sayang..love from ibu dan ayah..!

Wassalam

No comments:

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR