Nuffnang Adds

Tuesday, 7 April 2015

Sambal Ayam Penyet..

Assalamualaikum..tengah buat apa tu..masak ker???hari nie aku nak share sedikit resepi sambal ayam penyet from my dapur katenyerr..sebenarnya aku dengan laki aku memang giler dengan nasi ayam penyet nie..sebulan tak makan nasi ayam penyet nie macam gigil pulak ye..so akan ade slot jadual kitaorg untuk terjah warung ayam penyet afifah atau wak nuar dekat Kampung Baru KL...

Mula-mula aku terjebak makan nasi ayam penyet nie semasa aku bekerja dengan company celcom dulu,officemate aku bawak pergi makan dekat sana..bermula dari situlah aku jatuh cinta dengan nasi ayam penyet nie..lepas tu aku bawak family aku pergi makan dekat sana..now semua family aku dah addict dengan nasi ayam penyet nie,setiap kali dorang datang rumah aku mesti ajak aku ke warung ayam penyet afifah atau wak nuar..sampaikan staff dekat kedai tu sudah kenal kitaorang yelah sebulan 2-3 kali datanag makan..huhuhu..So hari tu laki aku suruh aku try buat sendiri sambal ayam penyet tu..apa lagi tercabar uollss,ingat jemah tak tahu ke buat sambal ayam penyet tu..yelah bertahun-tahun duduk pi makan ingat aku tak usha ke cara-cara nak buat sambal tu!

Nie gambar yang aku tapau minggu lepas..
Balik kerja hari tu terus letak barang semua,singsing lengan baju..hambik ko aku keluarkan segala jenis keturunan cili lada dalam peti tu untuk buat sambal..berkobar-kobar uollss..nasib baik ade banyak cili lada dalam peti yang aku boleh guna..so aku ambik cili padi,lada besar dan bawang merah aku basuh potong dan aku rebus selama beberapa minit..bila sudah nampak macam nak masak bahan yang aku rebus tu,aku angkat dan tos kan sebentar kemudian aku lenyek-lenyekkan dalam lesung batu sampai lumat..pastu aku panaskan kuali letak minyak sedikit dan aku masak cili lada yang sudah aku lenyek tadi berserta dengan campuran asam jawa dan aku tambah sedikit garam,aku masak sampai naik minyak..jangan buka gas terlalu besar nanti jadi hangit pulak sambal korang..selepas masak aku sejukkan dahulu sebelum makan..aku sudah sedia nasi putih dengan ayam goreng serta sup bebola daging..memang pehhh makan malam aku malam tu..berpeluh laki aku duk meratah sambal aku buat..baru ko tahu bini ko nie siapa!!!..huhuhu

Okaylah itu sahaja cerita sambal ayam penyet yang boleh aku kongsikan untuk korang semua..selamat mencuba..cuba jangan tak cuba..cuba jangan tak cuba..huhuhu..

Inilah wajah sambal ayam penyet muara kasih aku kepada laki aku..

wassalam




Saturday, 4 April 2015

Friday, 3 April 2015

Pengalaman menjalani ujian CT-Scan...

Assalamualaikum semua..pejam celik pejam celik dah masuk bulan April kita semuakan..terasa baru semalam memasuki tahun 2015..huh lama giler tak update entry baru..maaflah kalau ade yang tertunggu-tunggu aku merepek..tapi ade ke orang yang bace entry aku????..ah takpelah janji aku sendiri membaca jadilah..huhuhuhu...Sekarang nie susah betul nak mencari masa untuk update entry baru,bukan aku takde cerita nak kongsi tetapi kekangan masa yang betul-betul menjarakkan aku dengan blog sekarang nie gtu..kelas jemah ayat ko..hari nie dapat jugak aku selit sedikit masa sebab tengah rileks-rileks ckit..kihkihkih

Okaylah dari aku terus merepek mari aku kongsikan pengalaman aku menjalani ujian CT-Scan baru-baru nie..Kenapa aku jalani ujian nie??mai aku nak cerita..ceritanya bermula macam nie..sejak 2-3 bulan yang lepas aku selalu saja rasa sakit sebelah pinggang sebelah kiri..sakit yang datang secara tiba-tiba dalam beberapa jam lepas tu back to the normal balik..mula-mula aku biarkan aja dulu sebab aku rasa mungkin sebab akan hilang nanti..tut tut sakit makin menjadi-jadi pulak sampai mengganggu tidur malamku yang indah selama nie..so laki aku bawak aku pi check kat klinik..bila pi klinik doktor check macam takde ape..yelah kalau ko dah check tekanan darah dan picit-picit macam picit baby macam mane nak tahu..dah membazir pulak aku pi klinik tu..nasib baik pakai insurans company..thanks RHB!!..tiba-tiba puji company tempat bekerja dah kenapa..kihkihkih..so laki aku still tak puas hati mintak refer kat hospital pakar,so dia bawak aku pi specialist hospital al-islam dekat kg baru tu..sebelum pergi kena buat appointment dulu sebab senang dorang nak refer dekat klinik mana untuk aku kena refer nanti..so bila aku contact dorang bagitahu masalah aku,dorang refer aku dekat pakar O & G iaitu pakar sakit puan..

Anywhere..always together..Insyallah
So bila aku pi jumpa dengan doktor sakit puan tersebut namenya doktor Rosilawati..baik serta ramah sangat orangnya..dia check perut serta areal pinggang aku semua..than dia cakap takde ape-ape masalah..than dia refer aku dekat pakar physical doktor Ibtisam..bila jumpa doktor Ibtisam pulak still sama takde ape-ape masalah tetapi doktor Ibtisam nie memang ramah giler and cool giler..dia tanya aku kot- kot aku ade masalah tak nak buang air besar dengan air kecik pastu siap tekan-tekan kat perut aku..tanya aku macam-macam..sampai berkerut muka doktor tu sebab still failed to finding sakit aku..so dia suruh aku buat stomach scanning dengan doktor Sulaiman..bila jumpa doktor Sulaiman dia buat scanning kat bahagian perut serta paru-paru aku..than semua organ nampak okay but satu aje areal paru-paru nampak macam ada air..tapi ade kena mengena ke paru-paru dengan sakit dekat pinggang???so scary lol..bila jumpa balik doktor Ibtisam dia baca result scanning dengan blood test dia nampak ade problem daripada paru-paru..so dia suruh aku buat ujian X-ray..buatlah aku ujian tu..bila result keluar..sah memang ada air dalam paru-paru aku dan sedikit radang pada paru-paru aku..so doktor Ibtisam arrangekan rawatan susulan untuk aku..

Oleh sebab sakit di bahagian pinggang aku belum diketahui lagi,doktor putuskan untuk lakukan ujian CT-Scan..so bila dah set date appointment untuk ujian tersebut aku dikehendaki untuk berpuasa dahulu sebelum menjalani ujian tersebut..so pada hari ujian tu laki aku pun turut sama temani aku sehingga sanggup ambik cuti ..thanks you very much much much sayang..so pagi tu datang jumpa pegawai kesihatan dekat CT-Scan team dorang ambik darah aku dulu untuk check pinggang aku sesuai tak untuk buat ujian pada hari t..selepas tu kena tunggu result dalam masa 1 jam..selepas 1 jam team CT-Scan tu panggil aku untuk minum minuman kontras sebanyak 1 jug uolss..tujuan minum air kontras tu adalah untuk bagi gambar yang dirakam semasa ujian CT-Scan tu nampak jelas,sebab tu kena minum banyak tu..than kena tunggu lagi selepas 1 jam..berapa kali tah aku berulang kat toilet sebab nak buang air aje sebab banyak sangat minum air..

Inilah contoh gambar mesin CT-Scan
Than,doktor kt team CT-Scan bagi sedikit penerangan sebelum aku menjalani ujian tu semua..sebelum mula ujian tu kena minum sekali lagi uols air kontras tu..nasib baik rase mcm air kosong biase..kalau rase pelik je harus muntah hijau aku time tu..dorang mintak aku tukar pakaian kepada pakaian khas yang disediakan untuk melakukan ujian tersebut..aku tak sempat nak snap gambar semasa duduk dalam bilik tu..tapi dah ler sejuk bilik tu pakaian yang disediakan tu tak cukup untuk cover kesejukkan yang aku alami..bertahanlah aku sampai habis ujian tu..dorang masukkan ubat kontras tu direct melalui tiub saluran darah aku serta masukkan jugak air kontras melalui saluran air besar aku sebab dorang nk scan usus besar dengan usus kecil aku..apa lagi..boleh tahan rumit gilerrr...dah ler masa duk atas bed tu aku menahan aje nak kencing..ko rase macam mane dah ler dorang masuk air kot saluran air besar aku..nak kena tahan nafas lagi..tersiksa jiwa jah kat atas bed tu uolss..nasib tak terberi atas bed tu kalau tak harus banjir uolss kat situ..huhuhu..ujian tu berlangsung selama lebih kurang 15 minit..habis je terus aku salin baju masuk toilet membunag semua  ape yang telah dimasukkan dalam badan aku..satu hari cirit birit aku..tapi itulah pengalaman aku menjalani ujian CT-Scan..

Sepatutnya aku dah tahu result ujian tersebut tapi oleh kerana doktor Ibtisam postpone appointment untuk baca result ujian aku terpaksalah aku bertabah dan berdoa moga-moga aku tiada sebarang penyakit..doakan aku sihat-sihat sahaja ya semua..Amin..okay dah aku nak sambung buat kerja da cerita baru aku update lagi nanti..bye-bye uolls..

Wassalam