Tuesday 7 April 2015

Sambal Ayam Penyet..

Assalamualaikum..tengah buat apa tu..masak ker???hari nie aku nak share sedikit resepi sambal ayam penyet from my dapur katenyerr..sebenarnya aku dengan laki aku memang giler dengan nasi ayam penyet nie..sebulan tak makan nasi ayam penyet nie macam gigil pulak ye..so akan ade slot jadual kitaorg untuk terjah warung ayam penyet afifah atau wak nuar dekat Kampung Baru KL...

Mula-mula aku terjebak makan nasi ayam penyet nie semasa aku bekerja dengan company celcom dulu,officemate aku bawak pergi makan dekat sana..bermula dari situlah aku jatuh cinta dengan nasi ayam penyet nie..lepas tu aku bawak family aku pergi makan dekat sana..now semua family aku dah addict dengan nasi ayam penyet nie,setiap kali dorang datang rumah aku mesti ajak aku ke warung ayam penyet afifah atau wak nuar..sampaikan staff dekat kedai tu sudah kenal kitaorang yelah sebulan 2-3 kali datanag makan..huhuhu..So hari tu laki aku suruh aku try buat sendiri sambal ayam penyet tu..apa lagi tercabar uollss,ingat jemah tak tahu ke buat sambal ayam penyet tu..yelah bertahun-tahun duduk pi makan ingat aku tak usha ke cara-cara nak buat sambal tu!

Nie gambar yang aku tapau minggu lepas..
Balik kerja hari tu terus letak barang semua,singsing lengan baju..hambik ko aku keluarkan segala jenis keturunan cili lada dalam peti tu untuk buat sambal..berkobar-kobar uollss..nasib baik ade banyak cili lada dalam peti yang aku boleh guna..so aku ambik cili padi,lada besar dan bawang merah aku basuh potong dan aku rebus selama beberapa minit..bila sudah nampak macam nak masak bahan yang aku rebus tu,aku angkat dan tos kan sebentar kemudian aku lenyek-lenyekkan dalam lesung batu sampai lumat..pastu aku panaskan kuali letak minyak sedikit dan aku masak cili lada yang sudah aku lenyek tadi berserta dengan campuran asam jawa dan aku tambah sedikit garam,aku masak sampai naik minyak..jangan buka gas terlalu besar nanti jadi hangit pulak sambal korang..selepas masak aku sejukkan dahulu sebelum makan..aku sudah sedia nasi putih dengan ayam goreng serta sup bebola daging..memang pehhh makan malam aku malam tu..berpeluh laki aku duk meratah sambal aku buat..baru ko tahu bini ko nie siapa!!!..huhuhu

Okaylah itu sahaja cerita sambal ayam penyet yang boleh aku kongsikan untuk korang semua..selamat mencuba..cuba jangan tak cuba..cuba jangan tak cuba..huhuhu..

Inilah wajah sambal ayam penyet muara kasih aku kepada laki aku..

wassalam




No comments:

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR