Nuffnang Adds

Sunday, 31 May 2015

Lagi 4 bulan...

Assalamualaikum uolss semua...Alhamdullillah serta syukur diatas segala rahmat yang telah dikurniakan olehNya kerana kita masih lagi bernafas dan menjalani kehidupan kerana izin dariNya yg maha Esa...semoga kehidupan kita semua akan sentiasa bertambah baik dan dijauhkan dari segala perkara-perkara yang tidak diingini..

Amin




Sunday, 17 May 2015

Steamboat night...

Assalamualaikum uolss semua..lame giler tak update news baru-baru gtu..macam biasalh alasan sama ialah busy dengan urusan kerja yang memang tak kan pernah habis..okaylah hari nie ada masa terluang ckit mohlah update new news huhuhu..baru-baru nie ade kejadian buruk menimpa keluarga aku dimana ibu bapa serta adik bongsu aku terlibat dengan kemalangan di lebuhraya pantai timur..pajero yang dipandu oleh adik aku telah dilanggar oleh sebuah kereta honda dari arah belakang dan menyebabkan pajero yang dipandu adik aku terbabas..mujurlah Allah masih memanjangkan umur mereka dan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja kecuali mak aku patah kepala bahu..mereka semua telah diselamatkan oleh orang ramai yang kebetulan melalui lebuhraya berkenaan..Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan pada mereka yang membantu..

Sekarang aku nak kongsi gambar sedikit untuk pengubat rindu kawan-kawan semasa aku pergi makan steamboat dekat taman melati baru-baru nie..kenapa aku suka makan kat sini??sebabnya adalah murah dan environment yang tak begitu crowded..rileks dan santai je makan kat sini..harga yang dioffer untuk dewasa adalah RM27.90 kanak-kanak 4 thn ke 12 thn RM18.90 tak silap aku..bawah 4 tahun free sajoo..disini ade jual makanan lain jugak selain dari steamboat nie seperti satay,kambing bakar,ikan bakar,western food dan juga masakan panas so banyak pilihan yang korang boleh pilih nak makan apa..harga semua berpatutan..restauran nie bersebelahn dengan restauran kak leha kalau korang lalu boleh nampak depan jalan mrr2 tu aje sebelum petronas yang ada mcd tu..kalau ada masa bawaklah family or kawan-kawan kesini menjamu selera sambil mengeratkan silaturahim..okaylah setakat nie dulu yang sempat aku kongsikan dan aku harap dapat berkongsi lagi cerita dengan korang semua..take care uollss

Qisya si penggemar udang

husband aku yang disayangi

bila dapat makan tak pandang orang lain dah nie

muka yang kepenatan sebab lepas balik kerja terus kesini..aka muka kelaparan

messy yer jemah..huhuhu

kan aku dh cakap ade kambing bakar

nielah label restauran nyaa

yang nie full place laki aku punya..hantu ketam dengan hantu udang..

Wassalam