Saturday 13 June 2015

Short Vacation:Kuantan

Assalamualaikum semua..apa khabar lama gila tak update story mory baru uolss..iooulss too busy sgt..mohon ampun ya..kebetulan aku tengah duk layan channel 712 yang tengah merapu kisah-kisah realiti retis-retis hollywood nie baik aku up cerita baru ckit kat blog bersarang aku nie..anak dengan laki aku dah buat tahi mate awal-awal lagi malam nie..maklumlah esokkan monday blues cari mood nsk masuk opis dengan pi sekolah ah tu..aku???everyday is my monday bluess kat opis tu..stress jemah but i love my job so much!


Okaylah let's start my story..sebelum masuk bulan ramadhan yang lepas aku telah berkesempatan untuk bercuti pendek di Kuantan,Pahang sempena ulang tahun kelahiran anak aku Qisya yang ke 5 tahun..laki aku merancang utk bercuti sebab dah lama tak bawa Qisya keluar jalan-jalan..mula-mula kami hanya plan nak pergi ke Melaka aje tapi kebanyakkan hotel fully booked sebab tengah cuti sekolah..so aku decide jalan-jalan ke bandar Kuantan memandangkan sudah lama aku dengan laki aku tak berkunjung ke bandar nie..padahal tiap2 bulan guna hailway LPT utk balik ke Terengganu tapi jarang untuk exit ke bandar Kuantan nie..


OoKami bertolak selepas waktu kerja petang jumaat dan tiba lewat jam 9 malam disana kerana masalah cuaca hujan lebat sepanjang perjalanan..setibanya disana aku settlekan hal check in di hotel dahulu kemudian keluar balik untuk makan malam..lupa nak share aku stay di hotel Sentral Kuantan 3 hari 2 malam melalui online booking so easy uolss harga pun still in my budget gitu..first night laki aku bawak pi makan dekat Tanjung Lumpur iaitu salah satu tempat makan bagi pengemar seafood yang terkenal..mmg terbaiklah dan harga pun berbaloi dengan makanan yang dihidangkan yang begitu sedaaapppp mmg meletopp uolss!!Balik makan terus tidur 3 beranak nie sebab keesokkan hari plan nak ke Bukit Gambang Waterpark Resort utk bawak Qisya main air..huhuhu

Settle sarapan pagi tu terus gerak ke Gambang..lupa nak inform sarapan yang disediakan pihak hotel nie sangat sedap dan kena dengan selera tekak aku cuma dorang kena sediakan ruang yang lebih besar utk guest dorang sebab ruang yang disediakan tidak dapat menampung guest yg ramai utk sarapan pada masa yang sama..terpaksalah ikut turn pulak..kalau kejap takpe tapi kalau dah dekat sejam tunggu haruslah amukan terjadikan..jangan marah meks ye..huhuhu..




Setibanya di Bukit Gambang Waterpark,aku lihat agak ramai pengunjung yang rata-rata terdiri dari kalangan keluarga dan kumpulan remaja..settle uruskan hal tiket kami pun masuklah berhuha huha dalam waterpark tu sampai petang..bolehlah utk hiburkan anak tapi dorang kena sediakan banyak stok makanan utk dijual kat dalam resort nie sebab kebanyakkan sold out je..pihak pengurusan kena alert ckit utk tingkatkan tahap services resort dorang nie..Balik dari resort tu kami masuk ke bandar Kuantan dan cari makanan sebab kelaparan..than balik hotel utk rest..hujan lebat giler petang tu so apa lagi membuta berjemaahlah 3 beranak nie sebab kepenatan..Malam tu kitaorang pergi makan sekali lagi dekat Tanjung Lumpur sebelum balik KL keesokkan hari,laki aku nie mmg hantu ketam..dia sorang aje boleh habiskan 10 ekor ketam..hish hish geleng kepala aku tengok dia mkn..takpelah sayang duit ko kn..tak salah reward utk diri sendiri setelah penat bekerja..Habis makan kitorang pi jalan dekat Pantai Teluk Cempedak tapi traffic jam giler yelah malam minggu..banyaklah mat2 rempit dan mat2 kereta nak show off koleksi tak masuk muzium masing2 tu..Than ktorg balik hotel utk berehat..



Keesokkannya aku check out dan bergerak ke Sungai Lembing utk melawat saudara aku yang tinggal disana tapi sebelum tu sempat jugak singgah di East Coast Mall kejap cuci mata..Semasa di Sungai Lembing aku sempat melawat ke muzium sungai lembing dan tapak bekas lombong bijih besi terdalam didunia pada ketika dulu..Sungai Lembing sekarang nie sudah banyak berubah dan tidak macam dahulu..banyak tarikan baru telah disediakan utk menarik lebih ramai pengunjung seperti hotel2 baru,restauran2 dan aktiviti riadah lasak yang baru cuma aku rasa tidak puas hati sebab tidak berkesempatan utk berkunjung ke air terhun pelangi dan melakukan aktiviti mendaki bukit utk melihat matahari terbit..



Okaylah sebelum balik ke KL saudara aku sempat menyediakan juadah tengah hari utk kami sekeluarga..Terima Kasih utk Kak Mah sekeluarga ya..Tepat jam 8 mlm kami pun sampai di KL dengan selamat..itulah short vocation aku boleh share..memandangkan tangan aku dah kebas sebab pegang hp nie lama sangat aku mohon diri utk join laki serta anak aku buat tahi mata jugak..

Assalamualaikum..

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR