Nuffnang Adds

Saturday, 2 July 2016

Short trip Krabi,Thailand 2016

Assalamualaikum semua..

Apa khabar uolss semua,aku harap sihat-sihat aje ye..sementara memory tengah full lagi nie mari aku nak ceritakan short trip aku ke Krabi,Thailand baru-baru nie..First trip Qisya ke luar negara tapi takdelah jauh sangat cuma ke Thailand je..huhuhu..tiket aku beli last year masa tengah survey tiket flight nk balik kampung masa tu tengok AA ada buat promo ke Krabi hanya RM350 pegi balik untuk 2 dewasa 1 kanak-kanak apa lagi terus aku beli tiket tu time tu jgk tanpa bagi tahu laki aku dulu huhuhu..aku tak bagi tahu masa tu sebab ktorg tengah prepare trip ke eropah time tu..so aku diamkan dulu sampailah lepas balik dari eropah baru aku bagitahu dia..nasib baik dia okay dan setuju nak follow sebab salah satu tempat peberet yang dia sendiri nak pergi..Sebenarnya aku memang dah plan nak ke sini bawak Qisya sekali sebab anak aku suka pulau dan laut so mesti dia teruja giler huhuhu..aku book flight untuk bulan April sebab masa nie bukan peak time dan cuaca pun okay..


Flight aku jam 7:10am dan nasib baik kami semua tak kena tinggal dengan flight gara-gara lewat sampai di airport sebab terlepas train di putrajaya sentral.Laki aku nak parking kat situ sebab kadar sewa disitu lebih murah berbanding kadar sewa parking di KLIA2 dan kereta ktorg dicaj RM24 utk 4 hari disitu..nasib baik sempat naik flight kalau tak memang gigit jari ler hahaha..sampai dekat Krabi airport dalam jam 7:30am waktu Thailand dan settle urusan imigresen serta kastam aku terus ambik teksi dari airport terus ke aonang dengan kadar 600 bhat untuk sebuah teksi..Lupa nak bagitahu aku bawak adik aku sekali untuk trip kali nie saja sementara dia tengah cuti semester..teksi aku booking van yang aku dapat tapi takpelh sebab hanya ktorg aje yg dorang hantar ke guesthouse,sebenarnya kalau nk jimat boleh naik bas dengan kadar bayaran 150 bhat tak silap aku untuk seorang tapi aku tak ambik bas sebab malas nk membazir masa sebab kalau naik bas akan melewati bandar krabi dahulu untuk menghantar penumpang sekitar bandar krabi sebelum ke bandar aonang..lagi pun adik aku pulak dah mabuk naik flight dan kesianlah kalau kena naik bas lagi..

Perjalanan dari krabi airport ke aonang ambik masa lebih kurang dalam 30-45 minit jugak..sampai dekat guesthouse yg aku booking melalui agoda.com agak awal nasib baik disambut oleh staff muslim dari guesthouse nie yang baik dan peramah tahu berbahasa melayu pulak..pakej tuuu tapi yang penting guesthouse nie ada sedia halal restaurant..nama guesthouse tempat aku stay 4 hari 3 mlm tu ialah Number 1 guesthouse & restaurant dalam 10 minit jalan kaki nak ke aonang beach dan berdekatan dengan masjid aonang..sampai guesthouse tu aku mintak untuk check in awal ckit sebab masing-masing sudah kepenatan,nasib baik staff tu cakap okay dan takde nak kenakan extra caj apa-apa..settle urusan check in,masa untuk makan pulak sebab masing-masing sudah kelaparan giler dari sebelum subuh belum jamah apa-apa makanan lagi..kami just makan dekat restaurant bawah guesthouse tu aje dulu malas nak gerak ke mana-mana lagi sebab cuaca pun tengah panas lagi..



Jam baru menunjukkan jam 9am tapi suhu dah panas macam tengahari..so aku mintak untuk check in awal sebab nak berehat dahulu sebelum keluar balik tengahari nanti..nasib baik staff kat situ bagi check in awal tanpa ada caj apa-apa..ktorg dapat bilik mengadap mountain serta bandar ao nang..bilik pun besar siap ada tab mandi lagi..tapi lupa nak snap pic dalam bilik..


Adik aku siap sambung tidur lagi sebab kepenatan mabuk naik flight..aku ajak keluar tengahari tu pun taknak..so hanya aku tiga beranak jelah yang keluar tengahari tu sewa motor dengan kadar 250 bhat untuk 24 jam dengan guesthouse yang aku tinggal..lagi pun senang tak perlu nak tinggalkan passport asal sebab kalau sewa ditempat lain kena tinggalkan passport asal dengan pihak penyewa tersebut..dapat motor apa lagi terus je kami bertiga bergerak menuju ke pantai ao nang untuk survey pakej island hopping untuk aktiviti keesokkannya..sambil jalan sambil cuci mata sikit..Laki aku bila dapat motor apa lagi sampai ke noppharat beach dia rempit tapi best jugak..boleh kenal-kenal tempat orang macam mana kan..sepanjang jalan ke sana aku tengok banyak gerai-gerai makanan serta restoran kecil yang menjual makan laut serta tempatan..dan sampai di nopphorat beach ramai jugak aku tengok orang beriadah dan berkelah dibawah pokok rhu dekat tepi pantai tu memang best lepak dekat situ sebab angin bertiup deru-deru kata orang dan tidak hairanlah ramai yang datang berkelah makan tengahari dekat situ..cuaca pun okay..Qisya dahaga pulak so ktorg patah balik ke ao nang beach sebab nk beli sedikit makanan di kedai 7e dekat sana dan juga pakej survey island hopping utk esok..so dapatlah  pakej untuk ke hong island naik perahu tradisional tu dengan harga 3500 bhat untuk 2 dewasa 1 kanak-kanak..okaylah tu siap dengan makanan halal dan peralatan utk kayak serta snorkelling sekali..settle urusan tu ktorg balik guesthouse untuk berehat











Petang tu sambung balik keluar untuk ke ao nang beach sebab Qisya nak main dekat pantai dan adik aku pun nak join jugak sebab dah hilang penat bercampur lapar aku rasa..sempatlah aku dengan adik aku duk berselfie dekat depan ao nang beach tu sampai lebam,sempat aku dengan adik aku shopping souvenirs untuk bawak pulang nanti..giler uolss dapat harga murah utk t'shirt 1200 bhat untuk kain cotton yg berkualiti..siapa tak nak kn..siap bos kedai tu bagi free gift lagi..nanti korang carilah muka dalam gambar kat bawah nanti..lewat petang baru ktorg balik guesthouse,so malam tu just turun makan dekat bawah guesthouse saja sambil tengok gelagat para pelancong yang lain..suasana malam tidak kurang happening kebanyakkan pelancong keluar untuk berhibur serta mencari makanan..aku dengan laki aku ambik peluang untuk menikmati urutan thai sebab harga yang ditawarkan sangat murah paling murah 200 bhat..adik aku dengan anak aku tak follow sebab nak layan movie kat bilik..malam tu ktorg semua tidur awal sebab keesokkannya kena bangun awal sebab pick up untuk island hopping datang ambik dekat guesthouse jam 8:30am..















Hari ke dua kami semua pi island hopping..naik bot kayu tradisional aje biar lambat tapi enjoy sangat sebab dapat pengalaman baru..lagi pun speed bot aku dah pernah naik masa pi pulau perhentian so nak try yg rare ckit baru best..okay pick up dari agent island hopping ambik tepat pukul 8:30 pagi kat guesthouse so kitaorang dah siap sarapan siap2 supaya tak kelaparan kerana pihak agent hanya sediakan menu untuk lunch sahaja..sebelum naik bot tour guide dari baracudar agensi bagi penerangan ringkas tentang apa yg do and don't  sepanjang trip untuk hari nie..nama tour guide kami mr.alex orang thai nama mat saleh ko hadoi??? rambut mcm bob marley kelas ko alex..tapi yang penting services bagus..thanks ya mr.alex..semasa trip tu sempat berkenalan dengan traveller dari indonesia buat solo trip katenya..okay korang layanlah trip island hopping aku ya..























Balik island hopping masing-masing dah penat malam tu hanya aku dengan laki aku aje yang keluor ambik angin malam sambil dating uolss..adik aku dengan anak aku lepas makan malam tu tidur awal..aku dengan laki aku jalan-jalan sekitar pantai ao nang dengan motor yang kami sewa..suasana cukup happening dengan para pelancong yang keluar untuk bersantai..sebelum naik bilik aku dengan laki aku sempat pergi massage kaki sekali lagi..hari ke 3 aktiviti bebas aku just plan untuk jalan sekitar pantai ao nang so korang layanlah gambar ktorg ya..
















Last day untuk jalan-jalan sebab hari ke 4 ktorg balik naik flight awal pagi so subuh2 lagi dah nk kena gerak ke airpor..aku book kereta sewa toyota vios utk hantar ke airport dengan kadar bayaran 500 bhat kalau tak silap..tepat dan selesa lagi..itulah short trip aku ke krabi,Thailand dengan family kecil aku..insyaallah mungkin akan repeat lagi sebab aku dgn laki aku dah fall in love dgn makanan mereka yg murah serta sedap,massage thai dan juga pulau dan pantai yg sgt awesome..till we meet again krabi..


Wassalam