Tuesday 3 January 2017

Short trip ke Kedah & Penang

Assalamualaikum semua..lama sudah aku tak up entry baru dekat blog nie..mintak maaplah ye sbb aku tkde bahan nak share serta sibuk dengan urusan kerja..sampai nk cari mase nk up entry baru pun tak sempat..tahun nie seriously too busy..baiklah tanpa cakap banyak hari nie aku free ckit so marilah up entry baru sebelum masuk tahun baru ye..


Baru-baru nie aku sempat short trip ke negeri utara iaitu kedah dgn penang sempena jemputan kahwin kawan aku si Shuhaibah dekat alor setar..so kebetulan cuti sekolah baru start so bawaklah Qisya jalan sekali..aku bertolak pagi jumaat sebab kawan aku akad nikah lepas asar dan aku sampai jam 3 petang..nasib sampai awal pi check in dulu dekat hotel..aku stay dekat hotel Fuller hotel belakang Aman Sentral..aku book melalui agoda utk 1 malam dapat bilik cun serta parking free dan selamat sbb ada guard.Selesai bersiap aku terus ke masjid tempat acara masjid berlangsung..nasib baik tak jauh dari hotel dalm 10 min je..




Selesai majlis akad nikah ,kawan aku jemput untuk ke rumahnya dahulu utk jamuan ringan sebab kenduri diadakan pada esok hari..rumah kawan aku pulak terletak ditengah kawasan sawah padi..so apa lagi mari kita bergambarlahh..tapi cuaca sedikit mendung so gelap ckitlah gambarnya..Selepas tu aku terus balik hotel untuk berehat..Keluar sekejap je malam tu pi makan char kueteow depan Aman Sentral..sedappp..balik hotel terus tidur..


Keesokkannya sebelum ke majlis kenduri kawan aku..laki aku ajak pergi makan pagi dekat pekan rabu sementara di Ukir Mall sebab pekan rabu asal dalam proses pembinaan..di situ ada restaurant kopitiam yang didalamnya ada pelbagai gerai jualan makanan seperti makanan dari utara,selatan,barat dan juga pantai timur..rambang mata utk memilih..makanan pun sedap serta harga yg sgt berpatutan..order saja digerai jualan dgn bagi no.meja..dan bayar selepas makanan dihantar..selesai makan aku follow laki aku cari ikan pekasam utk bawak balik sebagai buah tangan..kemudian aku balik hotel utk bersiap dan check out utk ke majlis kenduri kawan aku yg terletak di kg lorong seri tanjung..Aku pi awal ckit sebab aku nak bergerak ke penang pulak selepas tu..so tak sempat tengok kawan aku bersanding sebab majlis sanding start lambat selepas zohor..Terima Kasih jemput kami sekeluarga ya Shuhaibah..






Aku sampai penang dalam jam 4 petang..dalam perjalanan ke sana hujan turun lebat giler..tapi  bila sampai sana cuaca panas mendung..selepas aku check in baru hujan turun lebat pulak time tu..huhhh..selepas bersiap kami sekeluarga keluar memandangkab perut sudah berbunyi..kawan aku suggest untuk pi makan laksa janggus dekat balik pulau..perjalanan dekat 1 jam jugaklah balik makan laksa singgah pi makan pasembor dekat padang brown..hujan lebat giler malam tu..asyik buat perut lapar aje..ingat malam tu nak try pi makan nasi kandar beratur tapi sebab balik dari makan pasembor pun dah lewat..dengan badan penat,masing2 nampak bantal nak tidur aje..








Keesokkan paginya aku dah plan awal-awal dengan laki aku nak gi breakfast dekat gerai roti canai jalan transfer..sebab orang cakap roti canai dekat situ memang terbaiklah..satu lagi ada roti goyang..pehhhh sedap giler..tak sia-sia aku ajak laki aku datang penang kali nie..



Lepas breakfast Qisya nak jalan-jalan sekitar padang kota dgn bandar Georgetown sebab dia nak selfie dgn lukisan dinding yg femes kat situ..








Lepas tu kitorang ke bukit bendera untuk melihat penang dari atas bukit tersebut..memandangkan tengah cuti sekolah so terpaksalah berbaris panjang uollss..tiket seorang rm10 dewasa dan rm3 utk kanak pergi dan balik..nasib train dah laju dan besar..lebih kurang sejam jugaklah aku kena beratur utk tunggu train masa tu..macam-macam bau ada tapi adatlahkn bila duduk dalam ramai-ramai masa tu..tapi yang aku tak boleh blahh ada satu couple nie dari vietnam ke myanmar tak pastilah boleh pulak nk buat action kamen ko kat tengah ramai-ramai nie..pi biliklah wooii..tak malu langsung org sekeliling mat saleh pun reti nak hormat local people..ada guard pun macam tak reti nak tegur..apa nak jadilahhh..




Aku naik duduk sekejap je atas bukit bendera selepas tu terus turun sebab plan nak balik KL sebelum pukul 3 petang..Ingat nak singgah pi makan nasi kandar deen tapi tak sempat sebab malas nak patah balik ke bandar georgetown sebab malas nak hadap jemms..sebelum keluar dari penang sempat jugak singgah beli jeruk madu pak ali utk buah tangan..kitorang singgah makan nasi kandar dekat hentian semanggol lepas tu direct balik KL..sepanjang perjalanan hujan turun lebat giler dan kami selamat sampai rumah jam 8 pm..

Alhamdullillah..itulah kisah short trip aku last utk tahun 2016..trip penutup huhuhu...okaylah jumpa lagi di lain entry ya..wassalam..

No comments:

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR