Assalamualaikum semua..pejam celik pejam celik dah masuk bulan April kita semuakan..terasa baru semalam memasuki tahun 2015..huh lama giler tak update entry baru..maaflah kalau ade yang tertunggu-tunggu aku merepek..tapi ade ke orang yang bace entry aku????..ah takpelah janji aku sendiri membaca jadilah..huhuhuhu...Sekarang nie susah betul nak mencari masa untuk update entry baru,bukan aku takde cerita nak kongsi tetapi kekangan masa yang betul-betul menjarakkan aku dengan blog sekarang nie gtu..kelas jemah ayat ko..hari nie dapat jugak aku selit sedikit masa sebab tengah rileks-rileks ckit..kihkihkih
Okaylah dari aku terus merepek mari aku kongsikan pengalaman aku menjalani ujian CT-Scan baru-baru nie..Kenapa aku jalani ujian nie??mai aku nak cerita..ceritanya bermula macam nie..sejak 2-3 bulan yang lepas aku selalu saja rasa sakit sebelah pinggang sebelah kiri..sakit yang datang secara tiba-tiba dalam beberapa jam lepas tu back to the normal balik..mula-mula aku biarkan aja dulu sebab aku rasa mungkin sebab akan hilang nanti..tut tut sakit makin menjadi-jadi pulak sampai mengganggu tidur malamku yang indah selama nie..so laki aku bawak aku pi check kat klinik..bila pi klinik doktor check macam takde ape..yelah kalau ko dah check tekanan darah dan picit-picit macam picit baby macam mane nak tahu..dah membazir pulak aku pi klinik tu..nasib baik pakai insurans company..thanks RHB!!..tiba-tiba puji company tempat bekerja dah kenapa..kihkihkih..so laki aku still tak puas hati mintak refer kat hospital pakar,so dia bawak aku pi specialist hospital al-islam dekat kg baru tu..sebelum pergi kena buat appointment dulu sebab senang dorang nak refer dekat klinik mana untuk aku kena refer nanti..so bila aku contact dorang bagitahu masalah aku,dorang refer aku dekat pakar O & G iaitu pakar sakit puan..
![]() |
Anywhere..always together..Insyallah |
Oleh sebab sakit di bahagian pinggang aku belum diketahui lagi,doktor putuskan untuk lakukan ujian CT-Scan..so bila dah set date appointment untuk ujian tersebut aku dikehendaki untuk berpuasa dahulu sebelum menjalani ujian tersebut..so pada hari ujian tu laki aku pun turut sama temani aku sehingga sanggup ambik cuti ..thanks you very much much much sayang..so pagi tu datang jumpa pegawai kesihatan dekat CT-Scan team dorang ambik darah aku dulu untuk check pinggang aku sesuai tak untuk buat ujian pada hari t..selepas tu kena tunggu result dalam masa 1 jam..selepas 1 jam team CT-Scan tu panggil aku untuk minum minuman kontras sebanyak 1 jug uolss..tujuan minum air kontras tu adalah untuk bagi gambar yang dirakam semasa ujian CT-Scan tu nampak jelas,sebab tu kena minum banyak tu..than kena tunggu lagi selepas 1 jam..berapa kali tah aku berulang kat toilet sebab nak buang air aje sebab banyak sangat minum air..
![]() |
Inilah contoh gambar mesin CT-Scan |
Sepatutnya aku dah tahu result ujian tersebut tapi oleh kerana doktor Ibtisam postpone appointment untuk baca result ujian aku terpaksalah aku bertabah dan berdoa moga-moga aku tiada sebarang penyakit..doakan aku sihat-sihat sahaja ya semua..Amin..okay dah aku nak sambung buat kerja da cerita baru aku update lagi nanti..bye-bye uolls..
Wassalam
3 comments:
Asalamualaikum betulke kesan radiasi dari ct scan ni berbahaya dan mengaktifkan lagi cancel
Mcmana ya keadaan puan selepas ct scan
Waalaikumussalam sy xdpt nk bg jwpn samada kesan ct scan nie bahaya dan boleh aktifkn sel cancer sbb sy bkn dr bidang nie..tp yg sy fhm kesan dedahan boleh dikesan samada dlm jangka masa pendek ataupun dlm jangka pjg..setakat ini Alhamdullillah kesihatan sy baik
Ya...kesan radiasi 1x CT Scan ni brsamaan dengan 300x x-ray... 1x x-ray bole mematikan 6000 sel... badan prlukan masa selama 6 bulan utk mghsilkn 1000 sel baru... penerangan yg saya perolehi drpd doc pakar neuro hkl slps anak sy mengalami pendarahan dlm otak...
Post a Comment