Monday 10 August 2015

Menanti Autumn 2015...

http://akudantapakkakiku.blogspot.com/

Assalamualaikum..huh tak sabarnya uolls nak pi holiday gituuu..nak2 kalau pi time autumn session best je moments tu..now aku duk counting days harap-harap tiada masalah dan dipermudah olehNya nanti..Insyaallah..persiapan dah hampir 70 percent nak siap..tapi aku sedikit sedihlah sebab travel time aku kali nie currency tengah mahal..hua hua hua..nak nangis rasa!!!..aku cuba positifkan diri demi impian aku huhuhu..nak seribu daya taknak seribu dalih..nak tahu aku nak ke mana???stay tuned following my blog ya..

okaylah bye2 & wassalam

Dinner di Me'nate Steak House

Assalamualaikum semua..tengah buat apa tu semua??hari nie aku nk share pengalaman makan malam dekat sebuah restauran steak yang terkenal dekat Setapak,KL iaitu Me'nate Steak House..terima kasih buat laki aku kerana sudi belanja makan kat sini..tak sangka uollss aku ingat dia tak ingat dah aku pernah request nak makan kat sini sebab takde respon langsung masa aku ajak..tiba-tiba aje hari nie belanja makan malam kat sini..mesti ada apa-apa nie..hiehiehie

Kami datang selepas maghrid masa tu tak ramai lagi orang datang tapi lepas jam 8 pm berduyung-duyung rombongan cik kiah ada rombongan pak munawil pun hadoi datang untuk menjamu selera kat sini..suasana restauran yang sangat selesa dan teratur..ada kemudahan surau serta tandas dan juga parking berbayar yg murah pun mudah disini..

Menu disediakan terdiri dari daging lembu dan kambing so korang pilih nak makan portion yang macam mana..harga ikut portion dan size daging yang korang pilih..untuk harga set siap masak sudah include dengan caj gst dan pilihan air ysng korang boleh refill anytimes sampai kembung perut korang pun boleh..dekat sini ada menyediakan juga side order seperti aneka pasta,sosej,meatball,mushroom soup,garlic bread dan macam-macam lagi..kalau korang nak share utk berdua pun boleh save budget sikit boleh elak membazir..sebab amalan membazir amalan syaitonnnn tak gituu geng2 jemah semua??? 

Okaylah aku share mana yang aku tahu aje..kalau korang nak tahu lebih details better walk in sendiri aku sangat-sangat recommend..sebab steak yang disediakan super duper sedapppp..Okaylah tataplah moments yang sempat aku snap tadi..








Wassalam









Sunday 9 August 2015

Syawal 2015 aku..

Assalamualaikum semua..syawal 2015 hampir melabuhkan tirainya..aku baru ada masa terluang untuk update sedikit kenangan aku sekeluarga pada syawal kali nie..Alhamdullillah diberikan kesempatan lagi tahun nie untuk merayakan Syawal bersama keluarga tercinta dikampung halaman,kalau diikutkan tahun nie turn raya aku kena kerja tapi kuasa tuhan menentukan segalanya..dan sempat jugalah aku berbuka puasa dikampung sehari sebelum Syawal menjelma..kemeriahan haruslah time berbuka puasa beramai-ramai dengan sup gear box special dari kakak aku..huhuhu sedap sangat uollss



Syawal tahun nie disambut secara bersederhana sahaja oleh kami sekeluarga..tetapi syawal aku sedikit terganggu kerana laki serta anak aku deman dan tak dapat nak ziarah ke semua rumah saudara mara dan hanya berkesempatan melawat yang berhampiran sahaja..tetapi kemeriahan tetap ada uollss seperti biasa menu pagi raya rumah aku tidak lengkap kalau takde nasi minyak terengganu tetapi tahun nie ada rezeki lebih sikit aku sempat buatkan hidangan mee kari untuk tetamu yang datang..


Okaylah mari aku kongsi moments yang sempat diambil untuk Syawal 2015 nie walaupun hanya sederhana tetapi aku tetapi bersyukur padaMu atas semua limpahan rahmat yang telah diberikan..Terima Kasih yang mengunjungi teratak kami dan Alhamdullillah..






Wassalam










My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR