Saturday 1 September 2018

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 Tahun

Assalamualaikum semua..

Salam kemerdekaan untuk semua warganegara Malaysia yg ke-61 tahun..sesungguhnya kita semua amat beruntung kerana berada di negara yang aman dan damai..marilah kita hargai negara kita dengan sama-sama menjaga tanah air kita daripada segala bentuk ancaman musuh..janganlah kita menjatuhkan negara kita oleh kerana sikap mementingkan diri sendiri..hargailah perjuangan-perjuangan mereka yang sentiasa bersedia menjaga tanah air kita ini..janganlah selalu mengkritik kerana tidak berpuas hati..bersikap terbukalah dan berfikiran positif dan jangan terlalu taksub akan idealogi-idealogi yang boleh memusnahkan negara..kerana sikap itu boleh merugikan kita semua..

tema dan logo hari kemerdekaan yg ke-61 - pic credit to google

Pic credit to google

Lagu tema hari kemerdekaan ke-61


Baiklah semalam aku sempat membawa anak aku Qisya untuk melihat acara sambutan hari kemerdekaan di Putrajaya buat kali pertama kerana tahun sebelum nie tidak berkesempatan..Tahun nie merupakan tahun pertama sambutan hari kemerdekaan oleh kerajaan baru negara bawah pemerintahan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.Sungguh excited Qisya,walaupun terpaksa parking kereta jauh dari tempat acara namun ada free shuttle bas yang akan membawa ke tempat acara.Ramai betul orang datang dengan membawa semangat merdeka masing-masing..yang datang bawak ahli keluarga,datang dengan kawan-kawan dan dan jugak datang dengan rombongan sekolah dan kampung..sungguh meriah sekali acara sambutan hari kemerdekaan nie..kalau dahulu semasa zaman kanak-kanak,ayah aku selalu bawak aku sekeluarga menonton acara sambutan hari kemerdekaan nie dekat bandar kuala terengganu.

Breakfast pun tepi jalan je

My hearts

Okaylah setakat ini sahaja dapat aku share untuk hari nie..selamat hari kemerdekaan sekali lagi aku ucapkan kepada semua warganegara Malaysia tak kira yang berada didalam dan diluar negara.

Sayangilah Negaraku

No comments:

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR