Wednesday, 2 July 2014

Qisya birthday

Hi semua..Syukur alhamdullillah hari nie dah masuk 4 hari kita berpuase..bestnye kalau dapat berbuka puase bersama semua ahli keluarga setiap hari.Tetapi aku sempat jugak berbuka bersama keluarga walaupun untuk hanya 2 hari sahaja..Okaylah hari nie aku bukan nak share kisah buka puase ya,aku nak share sambutan hari ulang tahun kelahiran puteri tunggal aku iaitu Qasihqu NurQisya Mohd Helmi yang ke 4 tahun.Sambutan untuk tahun ini simple sahaja dari tahun-tahun sebelum nie..kebetulan aku berada di kampung.So aku hanya beli kek dan makan bersama-sama ahli keluargaku sahaja,pilihan kek pun design untuk orang tue makan aku beli,sebab kalau beli yang biasa budak-budak makan takkan habis punya.So aku beli Turkish Indulgence cake di Secret Recipe..selera orang tua makan cepat sikit habis,takdelh membazir duk dalam peti lama-lama kalau tak habiskn..pandai tak aku..huhu..lagipun Qisya suka makan kek nie,so moh ler kite makan kek saja..nak makan besor-besor tunggu open house raya pertama nie ya..Untuk Qisya ibu ucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran walaupun agak lewat disambut..Ibu dan Ayah sayang sangat kakak...muaahh!

Arious!

Turkish Indulgence by SR

Qisya excited nak potong cake..

Aku pun nk potong jugak kek..

Hambik..semua tak kalah nk potong kek jugak..

Adik rania geram nk potong kek jugak..ko cik long dah kenapa asyik ko je nk posing..

Qisya with cik long..

Mok cah with rania posing..

Qisya with mok su mie..

Finally dapat jugak hadiah yg dia idamkan..princess anna dan elsa..suke lettew!

Saturday, 28 June 2014

Ramadhan tiba lagi...

Assalamualakum semua...

Bersempena kedatangan bulan ramadhan tahun ini,aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan sekiranya ada perkara-perkara yang menyakiti kalian semua harap dapat di maafkan.Marilah kita berdoa pada yang maha esa agar diberikan keberkatan lebih-lebih lagi pada bulan ramadhan ini,Ya Allah ya tuhanku...Aku bermohon agar diampun segala dosa-dosaku dan berharap Engkau dapat mengasihani diriku seperti mana Engkau mengasihani yang lain. Aku berharap juga ramadhan kali ini dapat memberikan aku serta semua umat islam lebih banyak peluang untuk menambah pahala seperti menunaikan ibadat puasa secukupnya Insyaallah,menunaikan solat 5 waktu dan solat terawih secukupnya,selain itu aku memohon agar dapat menghabiskan bacaan kitab suci al-quran dan juga dapat bersedekah dgn kelebihan yg ada dengan golongan yang memerlukan..Aku juga memohon agar diberikan kekuatan untuk mengharungi segala dugaan dan dijauhkan segala laranganMu...Amin

Okay jom kita niat bersama ya kawan-kawan...

Wassalam..


Saturday, 21 June 2014

FIFA WORLD CUP 2014 - BRAZIL

OMG...jangan gelakkan aku ya sebab lambat update pasal world up nie hokayyy..walaupun aku lambat uldate bukan bermakne aku x layan bola ya..tp memang aku tak layan pun..hahaha..layan pun sebab terpaksa teman laki den berjaga tengah-tengah malam.Dia cakap kalau tengok sorang tak syok..so aku jugak le jadi mangsa..sekarang sana sini orang duk cakap pasal bola..makan bola..tidur pun bola..kerja pun cakap pasal bola..sampaikan kat opis aku siap buat team building tema bola world cup nie jugak..itulah penangan ye..ceritenya aku share kuat benor impak bola nie pada setiap orang.Kat opis aku setiap bulan selalu anjurkan team building untuk tingkat semangat serta kualiti kerja staff..so relete ye tema bola dgn tema team building kat opis aku nie dapat jugaklah kaki bola sharing-sharing is caring sesamakan..so dorang decide untuk setiap staff kena pakai jersi bola favorite team masing-masing..hambikk terhegeh-hegeh aku herek laki aku pi cari jersi bola..laki aku ape laki dengan bangga nak bagi cadangan untuk beli jersi favorite team dia...sorry ya sayang i suke jersi yang cantik-cantik je..kalau jersi pilihan team kesayangan u sayang i tak layan..hangin je ye aku jawab macam tu..kahkahkahkah....lepas cari punya cari dapatlah jugak yang cantikkk gtuuuu....nanti i show u...okay daaa..selamat berworld cup  semua...moga-moga team favoritd korang menang ya....

Arious!

Grand kn promosi utk FIFA WORLD CUP 2014 nie kn..

Antara negara yang bertanding...

Jersi pasukan yang bertanding...

Sunday, 15 June 2014

Happy Fathers Day

Selamat hari bapa buat ayahku yg tersyg En.Zawawi Lah dan juga tidak lupa pada ayah mertuaku En.SulaimanTidak lupa juga pada suami tercinta En.Helmi selamat hari bapa kpd anak kita..semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik..Terima kasih diatas segala jasa serta pengorbanan ayah dlm membesarkan & juga mendidik kami semua menjadi insan yg berguna..kami bangga jadi anak ayah..we ♥♥♥♥♥ x sejuta kali you ayah..!

Day 5- Autumn in Sydney:Sydney Fish Market,Bondi Beach & Manly City

Hi semua..huh hari nie aku nak ceritakan kisah hari 5 aku di Sydney..harap-harap ada yang sudi membaca.Hari nie aku,yek2 dengan fazz plan nk pergi makan seafood ,so kat mana lagikan kalau tak ke Sydney Fish Market.Di sini ada bermacam-macam jenis Seafood untuk korang pilih untuk makan but make sure halal making ya..Kami menaiki train dari king cross station hingga ke central station dan kemudian kami naik city rail menuju ke Fish market station..Wah si fazz dah excited sangat nie nak makan ketam katenya..Train tiba agak lambat kerana ada sedikit masalah.Apabila city rail tiba,semua berpusu-pusu masuk ke dalam city rail..So perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 10 minit kerana city rail berhenti banyak station untuk sampai ke fish market dan kebetulan hari tersebut ada ramai pelancong yang menaiki city rail untuk ke fish market.Setibanya di fish market station,kami berjalan mengikut arah signboard ke Sydney Fish Market.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk berjalan ke sana.Jangan bimbang uolss tempat disini semuanya selamat.

Setibanya kami di Sydney Fish Market,kelihatan begitu banyak pilihan kedai-kedai menjual seafood ini di dalam dan luar premis Sydney Fish Market.Kami memilih untuk meninjau dahulu semua kedai-kedai yang ada.Terdapat pelbagai jenis seafood yang jarang aku temui di Malaysia ada disini.Ada yang kita boleh makan dan ada yang kita tak boleh makan.Ada ikan,udang,ketam,sotong dan nacam-macam lagi kaum kerabat seafood nie..semuanya fresh!Soal harga jangan cakap ler..gigit jari sudah.Di dalam premis ini juga menyediakan mempunyai kedai menjual sayuran dan bunga segar serta cenderahati.Disini kita boleh memilih sama ada hendak makan di dalam ataupun di luar tepi pelabuhan.So untuk membeli seafood ini perlu berhati-hati kerana ada hidangan seafood yang disediakan bersama-sama bacon ataupun di masak bersama-sama arak.Sebelum membeli tu kena tanya dulu dengan penjual itu semua supaya hidangan yang dibeli halal dan selamat hokey!Kami memilih untuk makan ikan apatah aku lupa namanya masak sweet sour,crispy fried sotong calamari,udang crispy dan juga fish and chips..semua share-share uolss..kalau beli sorang-sorang memang meletoppp poket jemah hah!..tetapi kawan jemah sorang nie mmg kuat makan so di ordernya sekali lagi udang besor untuk dirinya..

Selesai membeli seafood kami memilih untuk makan di luar tepi perlabuhan,konon ambik feel oversea katenyerrr..kelihatan begitu ramai pengunjung sedang menikmati hidangan masing-masing dan begitu banyak juga burung-burung menanti untuk menyinggah ke atas makanan pengunjung..so jangan leka sangat ya masa makan kat luar tu ya..Ternyata hidangan yang kami beli tu sungguh sedap dan portion yang diberikan begitu banyak sehingga tidak habis untuk di makan..Sembang punya sembang tidak sedar masa berlalu begitu cepat..kami menghabiskan makanan dan kemudian mula beredar untuk pulang kerana kami plan untuk ke Bondi beach pada petang ini.Tetapi sebelum sampai ke Bondi beach,aku singgah sekali lagi di paddys market untuk membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang ke tanah air.Selesai mini shopping kami pun mula beredar dan meneruskan perjalanan ke Bondi beach.

Kami menaiki train dari Central station hingga ke Bondi station dengan menggunakan mymulti 3 sahaja.Tiba di bondi station,kami menggambil bas puls menuju ke bondi beach.Bas yang saya naiki melalui sekitar bandar seterusnya ke kawasan perumahan dan akhirnya kami pun mula nampak laut dan juga pantai bondi nie.Bas berhenti betul-betul di hadapan bondi beach nie.Sekitar pantai ini terdapat pelbagai kemudahan seperti hotel,mini market,restaurant,dobi,surfing outlet dan sebagainya.Cuaca pada petang itu sangat sejuk dan angin bertiup sangat kencang.Tak tahulah aku orang yang tengah mandi kat pantai tu tahan sejuk macam mana.Suasana di pantai pada petang  itu amat tenang dan sungguh mendamaikan.Kami lepak di atas rumput di pinggir pantai dan memerhati penduduk tempatan beriadah..sedang syok kitorang bergosip tiba-tiba datang seekor anak anjing sesat nak berjinak-jinak dengan ktorang..ktorg ape lagi lari bertempiaran tak tentu arah..si tuan anjing nie pulak boleh panggil anjing dia dengan manja-manja aje..tapi si anjing nie pulsk syok pulak dia duk kejar-kejar ktorg..pancittt uollss...rasa nak hempuk je tuan anjing nie dengan buku yg dia sedang bace..tak lama lepas tu baru anak anjing tu lari,itupun sebab ada sorang pak cik yang tolong halau,maybe dia tahu ktorg nie muslim dan haram bersentuh dengan anjing sebab itulh dia tolong halaukan..thanks ya uncle x sempat nak say thanks you for your helping us hari tu haaa gtu..jemah speaking..!huh...penat...pancittt...marathon dgn anak anjing...lepas itu ktorg lepak jauh sikit dari tempat asal..time berposing pulak uolsss..kami lepak di bondi beach sampai lewat petang dan kemudian kami mula beredar dengan menaiki bas untuk ke bondi station.

Sementara menunggu train sampai kami plan untuk ke Circular quay sekali lagi sebelum pulang ke Malaysia esok.Tujuannya adalah untuk menikmati 2 ikon Australia buat kali terakhir sebelum pulang.Kami mengambil train ke Town Hall dan kemudian tukar platform dengan mengambil train ke circular quay.Setibanya kami disana.kelihatan begitu ramai pengunjung membanjiri Circular quay kerana ada pertunjukkan lampu dan muzik di situ.Kami menaiki ferry ke Manly kerana ingin menikmati masa yang ada.Perjalanan ke manly mengambil masa lebih kurang setengah jam dan dalam perjalanan kami sempat menikmati pertunjukkan lampu pada dinding Sydney Opera House semasa ferry melintasi Sydney Opera House dan sesungguhnya aku memang cukup teruja melihatnya.Pelbagai corak dan gambar dapat dilihat dan aku berkata dihati bestnya kalau hubby serta qisya ada sekali melihatnya...aku bertekad dlm hati untuk datang sekali lagi bersama mereka..Insyaallah.Kemudian ferry melintasi Sydney Harbour Bridge dan sekali lagi aku kagum..ape lagi posing uolss..mesti nk muntah uols kn bace cerita panjang aku niekn..takpelh kalau bosan just ignore kn saje aku..hahaha

Sebenarnya kami naik ferry ke Manly nie untuk berehat dan nenikmati suasana malam di Sydney buat kali terakhir sebelum bertolak balik pada malam keesokkan.Okay korang layan gambar pula ya....

Arious!

Tuan belog start posing..

Apabila diva kecik nie pun mula berposing juga..

Si Fazz buat aksi comel

Menapak uols..utk ke sini

Yek2 start posing dulu..

Than jemah pulak..

Suasana di dalam Sydney Fish Market

Pengunjung yang begitu ramai..

Antara kaum kerabat seafood..

Ada pelbagai jenis udang yg dijual..

Nie pulak kerabat mr.crab

Nie ada lagi waris-waris mr.crab..

Nie pulok puok-puok ikan..yg bawah kerabat sotong ya tuan puan..

Tuan belog say good gtu..

Nie pulok kerabat mr.prawn

Tukang jual pun hensem uolss..

Tapi ini je yg mampu jemah and the gang makan..

Sedap dan mengenyangkan..

Jom kita mencekik yer..

Yek mula aksi doh..

Pelabuhan ikan...

Cuaca agak mendung..

Nie le burung-burung yang menanti makanan pengunjung..

Suasana di luar ...

Selfie uolss..

One more times..uolss..

Sisa lepas mencekik..

Suasana dalam...

Just layan jelah..

Yek Wakpe yg kerut sgt tu..teringat ke sape

Bondi beach..

Suasana yang amat tenang dan Mendamaikan..

Selfie here uolss..

Kedinginan..basib baik aku bwk jacket..

I'm here..

Bondi beach..sejuk-sejuk pun ada juga duk surfing..

Aku jadi jurufoto misah..

Suhu tika ini memang sejuk giler uolss..

Sekitar bondi beach..

Bondi city

Yek dah start buka kepak..
Nie posing lepas kena kejar di anak anjing..kureng asam betol..nk beriadah terbantut..!

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR