Showing posts with label i ♥ my family. Show all posts
Showing posts with label i ♥ my family. Show all posts

Wednesday, 26 September 2018

Cuti hari Malaysia di Cameron Highland

Assalamualaikum

Tengah buat apa tu malam-malam nie..kalau takde buat apa-apa moh ler mai baca log aku yang tenggelam timbul nie..sajelah nak share cuti hari Malaysia yang lepas aku sempat pi bercuti dekat Cameron Highland..yelah cuti dalam bulan September nie banyak sangat so marilah kita manfaatkan sebaik mungkin dengan family tersayang.Percutian nie hanya aku dengan family in law sajoo..korang jangan nak buat rumors sangat ya kenapa aku tak invite family aku sendiri ye..aku sendiri malas nak ajak sebab depa-depa semua dah banyak kali mai sini tapi family in law aku tak pernah mai sini lagi kecuali 2 orang adik ipar aku dan depa-depa nie memang jenis payah nak berjalan dan nie first time depa-depa datang ke Cameron Highland..dari duduk dengar orang duduk cerita je moh ler mok dan ayoh kite bercuti dekat Cameron Highland..

Pic from mr.google..cantikkan cameron highland

Lagi pun aku dengan laki aku memang jarang dapat spend time lama-lama macam nie sebab bila balik kampung aku memang stay dekat rumah aku sendiri so pergi sekejap-kejap je jumpa depa-depa semua,nasib baik duduk sekampung je..tapi yang penting hampir setiap bulan sejak aku kahwin dengan laki aku,kami balik kampung untuk jenguk orang tua kami tau..haa ko adoi buat macam kami nie???ingat sejauh mana kita berkelana jangan sesekali lupa ada orang yang setiasa mendoakan utk kita dan merindui kita walaupun mereka tidak mengucapkan melalui kata-kata..jangan jadikan alasan tiada bajet untuk balik kampung..kerana ibubapa kita tidak pernah mengukit tentang segala mak nenek takde bajet untuk membesarkan kita..mereka rela berkorban apa saja untuk membesarkan kita ..hargailah mereka semua selagi mereka masih lagi ada..oppss out of title pulak..maaflah kalau ada yang terasa..Okaylah mai aku share percutian aku dekat Cameron Highland..kami semua berkumpul dekat rumah adik ipar aku di Bera,Pahang sebab nak konvoi sekali dengan family in law dorang mai dari Terengganu hari jumaat stay rumah adik ipar aku..aku satu family bergerak ke Pahang malam sabtu selepas maghrib sebab tunggu adik ipar aku dari Melaka datang..plan asal nak terus je gerak petang tu tapi memikirkan jalan raya tengah jems gils sebab orang balik kerja terus hasrat tertunda gituuu..tapi rumah pulak takde air sebab paip pecah dekat kg.pandan..stress nak mandi pun tak lepas,cukup-cukup nk buang air kecil dengan nak berwuduk je..so lepas maghrib gerak sampai dekat bera jam 11 malam..nasib tuan rumah setia menanti depan rumah untuk buka pintu..apa lagi terus berebut nak mandi semua sebab dah rimas dari siang tak mandi-mandi..

Nak holiday muka kena happy selalu..hahaha
Keesokkan pagi kami semua pun berkonvoilah ke Cameron Highland melalui jalan raub dan sg.koyan..alhamdullillah jam 2pm kami pun sampai dekat Cameron Highland dan singgah sebentar dekat pekan tanah rata untuk lunch..kelihatan jalan hendak ke pekan Brinchang pun sudah slow sebab ramai pelancong datang.Aku booking penginapan melalui agoda dan aku memilih untuk stay dekat Lena@golden hills apartment.Tempat baru dan berhadapan dengan tapak pasar malam Cameron yang baru..keluar main door terus pasar malam.Parking memang disediakan dekat basement apartment dan tahap security di apartment nie 24 jam hokay...nak masuk kena touch card,kalau takde memang melopong ler kome-kome semua duduk dekat luar..level ground apartment nie ada kemudahan kedai runcit dan 7eleven..Tapi coverage handphone problem sedikit aku pergi hari tu..siang sampai malam takde..lepas tu ada kejap-kejap je..bertabah je aku masa tu..dah ler wifi dalam apartment pun tak berfungsi sebab takde coverage..suhu petang tu sangat sejuk sebab bercampur dengan hujan lebat..

Sesiapa yg berminat utk menginap disini boleh call no berkenaan..

Ruang tamu yang luas,bersih dan kemas..tapi aku suggest pakai socks lah malam2..sbb sejuk uolss nk pijak lantai tu..

Dry kitchen yang kemas dan bersih..semua peralatan berfungsi dengan baik..

 Bilik tidur kedua..

 Dry sink luar toilet..

 Bilik tidur utama menghadap pasar malam..siap ada toilet dalam bilik

Pasar Malam Cameron Highland yang dipindahkan ke Golden hills 

Apartment nie ada 2 bilik air yang dilengkapi dengan kemudahan hot water,2 bilik tidur dengan 2 katil size queen dan 1 katil 2 tingkat.Ruang tamu pulak memang luas serta bersih dan ada balkoni yang menghadap pasar malam,so kalau datang ramai-ramai just bawak toto or tilam serta bantal tidur je dekat ruang tamu pun sudah cukup..Apartment nie hanya menyediakan dry kitchen dan tidak menyediakan dapur gas utk kemudahan wet kitchen..hanya dibekalkan dengan peralatan seperti pinggan,mangkuk,cawan serta sudu/garfu,kemudahan peti sejuk,ketuhar,sink dan water dispenser..Apartment nie ada jugak sediakan meja makan utk 4 orang dan sofa bed dan siaran astro so takdelah bosan sangat aktiviti waktu malam.Tapi decoration apartment nie sangat simple dan sangat selesa..aktiviti first day hanya sekitar apartment iaitu lawatan sambil buat pelaburan dekat pasar malam.So malam tu aktiviti bebas je lepak-lepak depan tv dengan family in law layan cerita i can see your voice Malaysia yang sememangnya aku tak pernah tengok tibe datang dekat sini boleh terlayan pulak..laki aku memang sudah lama buat tahi mata sebab penat drive siang tadi..

Buah paling famous dekat cameron highland..of course ler buah strawbery kan

Sweet potatoes..memang sweet

Kecik-kecik yang berduri...itulah pokok kaktus

Banyak souvenir yang dijual dekat pasar malam..kalau pandai menawar boleh dapat harga lagi murah..

Makanan yang dijual dekat pasar malam pun sedap dan murah dari kedai-kedai makan..so berbaloi kalau beli terus makanan disini..

Ayam uncle bob pun ada..

Sweet potatoes yang siap direbus pun ada dijual..

Kambing bakar yang nie pun sedap..

Tapi yang nielah favorite aku..jagung rebus...manis dan isi yang besar

Penggemar teh boleh membeli pelbagai jenis teh yang berperisa..

Madu pun ada tapi bukan madu manusia ye..hahaha

Sayur-sayuran yang siap dipaket untuk jualan yang masih lagi fresh

Geram tengok semua sayuran nie..

Cantikkan bunga nie

Ynag nie geram tengok..tapi takde siapa sudi belikan untuk sis..sobsobsob..

Topi kepala tu jenuh jugaklah laki aku duk menawar untuk dapat murah..ramai sgt tengok budak-budak yang pakai dekat sana..comel sgt..

Lepas subuh ingat nak sambung tidur tapi dengar bising dekat hall adik-adik ipar aku duduk busy sedia breakfast.Nasib dia bawak travel cooker so boleh ler masak breakfast boleh save bajet..korang tahu-tahu jelah harga makanan dekat sini 2 kali ganda dari harga biasa..huhuhu..settle breakfast semua kitorang plan nak pi lawat ladang teh,plan asal nk pi ladang teh boh dekat sg.palas tapi laki dengan biras aku cakap kena bayar nak masuk sana sekarang..dan dia suggest pi ladang teh cameron valley so aku ikut je sebab aku tak kisah pun..so pi ladang teh cameron valley minum-minum teh dulu..acah-acah like tourist gitu..tapi sekarang nak masuk dalam ladang teh dekat sini pun sama kena bayar jugak..maybe sebab perubahan masa dan kos pengurusan meningkat..yang menjadi mangsa adalah pengunjung kena bayar untuk tampung kos pengurusan tersebut.tapi terpulang pada pengunjung sama nak masuk or tak..patutlah aku tengok orang berhenti ditepi jalan untuk ambik gambar..dan ade yang ambik gambar dari balkoni restaurant je..bagi aku kalau nak turun berjalan celah-celah pokok teh tu semata-mata nak bergambar macam tak worth it je..hahaha sebab ambik gambar dari atas dekat balkoni restaurant pun dah berbaloi nampak view lagi cantik..orang tengok pun sudah tahu ko pi cameron..hahaha..

Nasi goreng by adik-adik ipar..kakak ipar bangun makan je..hahaha

Nielah mak mertua dengan ayah mertua aku ye..diapit oleh anak aku Qisya dan anak buah aku belah laki aku,nama Aleya malu-malu kucing..

Best tengok view dekat sini..tak bosan

Minum teh dekat restoran cameron valley plantation...

Minum-minum teh..fefeeling sgt ayah mertua aku bila orang nk ambik gambar..hahaha
si comel baju pink nama jannah takleh tengok orang make up..siaplah nk bermake up skali nanti..

Nielah adik-adik ipar aku yang comel-comel semua..

Yang nie macam biasalah kuat drama sentiasa..nak ajak turun dekat dalam ladang teh..hujan-hujan memang takler aku nk melayan..hahaha
Selepas tu kitorang plan nak pi ladang strawberry tapi terpaksa makan jem strawberry je atas jalan sebab jalan jems gils dan abg traffic siap close the main road ke Bringchang dan detour the road ke jalan tengkolok lama bertemu jalan nak balik apartment dan last-last kitorang balik apartment je sebab malas nak hadap jems..settle solat serta lunch dulu siap-siap kemudian keluar balik ke Brinchang pukul 3pm.Tapi jalan still jems but move slow-slow..laki aku nie satu hal dah pesan siap-siap withdraw cash awal-awal taknak lepas tu mulalah gelabah nak cari ATM dengan keadaan jalan jems tu..nasib baik ada sorang brother tengah pam tayar motor dekat petronas tu tolong tunjukkan..yelah abg traffic bagitahu bank rakyat ada,tapi kalau bas rombongan sudah parking depan pondok atm bank rakyat tu memang sampai keesoklah nak jumpa..so bila sudah jumpa nak masuk withdraw pulak masalah sebab kad tak diterima..stress ler..last-last tanya sekali lagi dengan brother tu cakap ada public bank masuk dekat sebelah masjib kayangan brinchang..so finally dapatlah withdraw cash untuk bini shopping..hahaha..tapi hazab kena tempuh jalan jems nak ke kea farm tu..dalam 30 mins jugaklah..

Plan asal nak ke lavender farm tapi kitorang malas dah nak hadap jalan jems..banyak jugak mak serta ayah mertua aku shopping sayur..aku malas nak shopping sangat sebab takde apa nak beli sebab most of kawan-kawan aku semua sudah pernah sampai cameron highland tapi adalah sikit aku beli sayur bagi gift dekat kawan-kawan aku yang tengah gigih duduk diet sekarang tu..hahaha selain tu aku beli gift untuk anak buah aku..selepas tu balik apartment dan pi shopping dekat pasar malam pulak..huhuhu..Malam tu aku keluar dengan makan dekat pekan brinchang,the taste of food not bad but the price is very bad to me..2 kali ganda uolss..welcome to Cameron Highland uolss...balik apartment aku lepak dengan family in law pulak lepas tu kemas barang-barang sebab esok nak check out awal sebab malas nak hadap jalan jems..clean kan kitchen..lepas tu baru masuk tidur..

Geram aku tengok bunga yang segar-segar dekat Kea Farm nie..

Bau pun wangi-wangi je

Sweet pototoes nie aku sangat rekomen dekat korang semua..sebab manis dan sedap sgt makan rebus or bakar..

Beli bunga untuk diri sendiri...sobsobsob...melayan je laki bini kemaruk nak bunga...hahaha
sis beli bunga lavendar lepas tu mintak free bunga rose 3 kuntum..melayan je amoi tu..

Keesokkannya ktorg semua check out awal-awal sebab nak elak jalan jam..kami semua berpisah dekat apartment sebab ayah mertua dengan adik ipar aku balik ikut jalan sg.koyan,Pahang dan aku balik ikut jalan simpang pulai,Perak sebab nak balik KL terus.Nasib baik kami semua balik awal sebab otw balik tu dengar DJ radio bagi info traffic dekat jalan brinchang menghala ke Kea Farm sudah jam..so Alhamdullillah sebab boleh mengelak dari terperangkap dekat situ..Otw balik singgah Tapah sekejap untuk merasa mee rebus Tapah yang popular kata orang..ada jugak rezeki untuk merasa mee rebus tapah kali nie..sebelum nie tak bersempatan..tapi perjalanan balik aku hari nie memang panjang ye tuan puan semua..yelah aku singgah dekat uitm puncak alam,Selangor hantar barang dekat adik sepupu aku kemudian bergegas pi Melaka untuk hantar adik ipar aku balik ke maktab dia..dekat pukul 5 petang baru bertolak balik ke KL..Finally jam 8 malam Alhamdullilah sampai rumah..home sweet home..

Cari sesuatu tersembunyi..

Comel-comel je

Geram je tengok semua pokok kaktus nie

Segar-segar je semua pokok bunga dekat sini..

Sunflower

Bunga nie aku tak tahu nama apa..tapi cantik sgt kalau tanam banyak-banyak dekat rumah..

Pokok orkid..

Sampai sudah dekat Tapah..

Mee rebus tulang

Mee rebus ayam

Mee rebus tulang mix ayam

Inilah percutian pertama aku dengan family in law..Terima Kasih kepada adik ipar aku sebab berjaya memujuk mak mertua aku untuk bercuti,Insyaallah kalau ada rezeki lagi kita pi lagi ye semua..sebab ada lagi yang tak dapat join semasa trip nie sebab kerja..okaylah semua,setakat nie sahaja coretan aku untuk kali nie ye..nak sambung tengok movie pulak..

Wassalam







Saturday, 11 August 2018

Krabi Oh Krabi lagi

Assalamualaikum semua..

Apa khabar semua..tengah buat apa semua,aku harap korang sihat-sihatlah ya..mailah aku nak share trip aku pi Krabi nie..but why Krabi??of courselah sebab makanan thai yang sedap-sedap serta air lautnya yang biru sangat cantik Masyaallah..trip kali nie aku pi dengan adik-beradik aku serta cousin aku sebab dorang semua belum sampai lagi ke sini..so marilah kita bawak dorang semua jalan-jalan dekat Krabi..flight awal pagi dan malam tu semua aku angkut overnight dekat airport..tersengut-sengut semua tahan mata excited punya pasal.Aku masuk dalam flight terus tidur sampai flight delay sebab hujan lebat pun tak sedar..sedar-sedar flight dah nk landing sampa dekat Krabi airport.Alah flight KL ke Krabi kurang 2 jam je.

Muka-muka excited dan tak tidur malam nk jejalan

Welcome to Krabi

Sampai airport ambik taxi untuk bawak terus pi dekat hotel dekat Ao Nang beach.Nasib baik boleh early check in sebab tengah low season during june to october so no isu kalau nk request early check in.Masuk semua terus terlentang macam paus kepenatan dan bangun lepas zohor.So semua aktiviti bebas utk hari pertama..dorang semua lepas zohor terus hilang dekat hotel tahu-tahu semua dah pi jalan-jalan ambik tut tut..nasib Krabi nie kawasan orang muslim ramai so takde masalah utk dorang semua pi cari makan sendiri sebab aku malas nak keluar lagi..petang ckit baru aku keluar pi cari makanan dengan pakej island hopping utk esoknya..so malam tu semua ambik peluang pi massage badan dengan ronda-ronda sekitar hotel..aku stay dekat haleeva sunshine hotel Krabi so kawasan hotel memang meriah dengan kedai-kedai cenderahati,halal restaurant dan body massage spa.

Jom pi makan dengan jalan-jalan

Jalan-jalan sekitar Ao Nang beach..ambik angin pantai

Penat jalan ambik tut tut balik hotel nak menapak balik memang tak ler penat..

Nie geng adik-adik aku serta cousin aku..pi melepak je manjang dengan shopping..aku sendiri pun tak tahu apelah yang dorang duk shopping sgt dekat sini..

Hahaha..nie my fav milk forever...huhuhu

Setiap kali datang mesti dibawak pulang benda alah nie..

Jom massage kaki dulu..malam karang massage badan pulak..

Amboi pok adam penat benor sampai tidur pun sampai berdengkur naaa...

Anak aku kalau bawak pi mana-mana mesti dia cari barang-barang untuk bawak balik bagi dekat kwn2 sekolah..baru first day Qisya jom balik dulu!!

Muka kembang semangkuk kelaparan

Pancake banana nuttella must be try here

Siakap 3 rasa dengan harga 150 baht je..

Keesokkanya semua dah siap-siap nak pi island hopping,aku ambik pakej ke phi phi island sebab aku sendiri tak sampai lagi ke sini..kalau dah datang ke Krabi jangan lupa singgah makan pulut ayam thai ye sangat sedap..ada shuttle yang akan datang ambik kitaorang dekat hotel jam 9 pagi so kena ready dekat hotel siap-siap.Shuttle datang bawak kitaorang ke Nopparat Thara beach untuk naik speedboat ke Phi Phi island..Sebelum pi kitaorang diberikan taklimat ringkas tentang aturcara aktiviti dan keselamatan semasa melakukan aktiviti.Aku malas nak cerita panjang lebar pasal aktiviti pulau nie korang tengok sendirilah gambar-gambar yang aku share nie..Lunch sudah termasuk dalam pakej dan tak perlu bersusah payah nak cari kedai makan dekat phi phi island.Pakej yang aku ambik included skali snorkeling dekat Maya Bay, Loh Samah Bay, Pileh Cove, Viking Cave dan Monkey Beach.Semua aktiviti habis jam 4 petang dan balik hotel sambung mandi kolan dekat hotel pulak.Malam pi night market dekat krabi town ambik taxi pi balik..dekat sana macam-macam ada dari pakaian,makanan dan cenderahati..bagi aku takdelah best sangat night market nie sebab lagi happening dekat Ao nang tapi itu pendapat aku jelah..Jam 9 malam kitaorang dah balik dekat Ao Nang balik sambung pi massage dengan jalan-jalan sekitar hotel lagi best..dekat masjid Ao Nang pun ada orang jual ala-ala night market Krabi town lagi murah huhuhu.

Setiap kali aku datang mesti pi gerai pak cik nie sebab pulut ayam dia sedap..

Kali ke 3 aku datang siap tapau bawak balik KL ko raseee...

Yang nie nasi beriani thai pun sedap jugak tak muak

Kenyangkan perut dulu sebelum mulakkan aktiviti..

Okay shuttle dah dtg..mcam pelarian je naik lori angkut nie..

Ingat tak ramai..sebab low season katenyerr

Sekali sampai..korang tengoklah sendiri nanti..

Menunggu untuk naik speedboat

Kasi camlah hakak nk posing dgn hubby ye...

Nie adik aku dgn laki dia..Qisya kerja dia mencelah dekat gambar orang je kerjanya..

Panas litlit..kelam muka kak jahhh

Masa nie tengah panas litlit..aku duduk tepi pantai je sambil membawang..hahaha

Korang tengoklah..terpaksalah bapak2 layan main dalam air laut sebab mak2 malas nak melayan lagi..

Phra Nang Cave..terdapat teori yang berbeza mengenai Phra Nang dan bagaimana dia dikaitkan dengan gua tertentu di Krabi. Satu legenda mengatakan bahawa seorang puteri India terbunuh dalam sebuah kapal karam di luar pesisir dan hantunya menduduki gua itu. Satu lagi cerita mengatakan bahawa Phra Nang adalah isteri seorang nelayan tempatan. Suatu hari suaminya berangkat ke laut tetapi tidak pernah kembali. Mengikut cerita ini, wanita itu tinggal sepanjang tahun di gua dan melihat ke laut menunggu suaminya kembali

Okay family photo sekali disini..

Anak aku yang memang suka mandi laut

Cantikkan air laut dekat sini..macam taknak naik semua..

Rania takut-takut tapi still nak masuk dalam air..tetapi bapak dia memang kerja pegang ta

Jangan kecam sis berfoto ala-ala retis..

Tak perlu risau untuk mencari halal food kerana di phi phi island ada banyak halal restaurant

Muka kelaparan serta kepenatan

Muka banyak senyum bila hadap makanan

laki dengan anak sama naik kelaparan

Sedap dan menyelerakan..

western food pun hadoi..

Lepas makan pi snorkeling lagi

trip kali nie aku ligam habis snorkeling spot

Qisya dengan rania pun sama habis snorkeling spot dia terjah

Yang nie tour guide ke phi phi island kitaorang..baik dan serta sangat membantu

Penat benar cousin aku nie..sampai lentok dekat bahu minah salleh tu..

Yang nie couple dari india..datang untuk honeymoon

Kawan baru ke tu apik???

Yang nie mengada je lebih..safety jacket siapa dia tibam nk cover panas..

Hahaha..Qisya dengan Rania kena tanam dalam pasir dekat Maya Bay

exercise lepas makan tadi

Laki aku jumpa kawan lama katenye..

Malam pi night market dekat Krab town

Yang nie sup kalau tak silap aku..

Coconut ice cream

Sedappp gilsss

Yang nie must try here..Thai Pancake

Yang nie mcm rum lh..non halal so ambik gambar je

Local show for charity

Keesokkan harinya aktiviti bebas dan kitaorang sewa motor untuk ronda-ronda sekitar Nopparat Thara beach,pekan Ao Nang dan pekan Khlong.Jalan-jalan terjumpa pasar pagi dekat pekan Khlong apa lagi singgahlah masuk pasar nie,macam-macam ada dan kitaorang sempat beli buah durian dan tapau local food yang sememangnya murah dan sedap giler..lepas tu  bawak makan dekat Ao Nang beach buat ala-ala picnic kekonon..lepas tu cousin dan adik-adik aku sambung shopping sekitar Ao Nang dan aku balik lepak dekat hotel malas nak join perabis duit je sebab benda same je kalau nk beli pun..tapi aku sempat shopping banana milk dan biji gajus banyak sebab bende nie je yang aku suka bila datang sini selain buat food hunter laki bini..Petang tu aktiviti kolam renang dekat hotel sampai lebam dan last night sempat last massage dan last minit shopping hahaha..lepas tu baru sibuk semua duk packing barang-barang nk balik sebab flight awal pagi so kena menapak ke airport subuh-subuhlah.

Qisya with braiding hair

Penat jugaklah nak boleh siapkan rambut macam nie..

Okay sudah siap dah boleh pi jalan-jalan pulak

Motor check up to make sure in good condition..

Tukar duit lagi..huhuhu yg nie geng kuat shopping

Kalau mai sini tak minum tea ais thai nie memang rugilah..

Sup celup pior thai..memang pedas berpeluh nak habiskan..

Local market dekat pekan Khlong

Fresh juice pun sedap jugak

Udang pun segar-segar..harga pun murah-murah ja

Kerang..lokan..kepah..etok-eotk pun ada

Rempah ratus yang siap masak

Jagung rebus atas tong gas terus tu..

Kerabu thai..pedas giler bak ang..

Hasil tangkapan dekat Khlong market..picnic dekat Ao Nang beach

Last day sebelum balik esoknya..

Hantu durian dimana-mana..

Masjid Ao Nang

Special offer utk ikan..murah dan sedap

Kak Ata..dia jual t'shirt depan masjid Ao Nang..murah dan boleh cakap melayu

Gerai dia betul-betul depan masjid..aku sangat rekomenkan korang nk shopping t'shirt utk buat cenderahati dekat family ke..selain fossil beach please dtg beli dekat sini..

Tepat jam 5 pagi taxi sudah datang pick up dekat hotel dan sampai airport tepat pada masanya.Aku settlekan hal check in luggage..Flight departure jam 8:25 pagi dari Krabi ke KL,masuk dalam flight je semua sibuk duduk membuta balik yelah bangun awal-awal pagi memang mengantuklah..Sampai KLIA2 dekat jam 11 pagi waktu Malaysia..Sempat lepak makan-makan dulu dekat food court KLIA2 sebab ada yang mengada-ngada rindu nasi lemak puii..Lepas tu gerak pi Putrajaya Sentral untuk ambik kereta yang kitaorang parking dekat situ dengan naik ERL.Begitulah short trip kami semua ke Krabi..bagi aku short trip macam nie pun sudah berbaloi untuk luangkan masa bersama-sama family dan tak perlu untuk buat hardcore aktiviti yang memenatkan cukuplah degan melakukan aktiviti yang relax-relax je..sambil-sambil itu kita boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan betul tak..okaylah cukup disini dahulu untuk sesi update hari nie sebab aku ada date dengan laki serta anak aku nak pi tengok movie hantu kak limah 2018 dekat KLCC..semoga bersua kembali semua..


Wassalam

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR