Sunday 13 April 2014

Teruja - Autumn in Sydney, Australia

Hi semua..apa khabar..aku harap semuanya baik-baik sahaja ya..hari ini masa aku agak lapang untuk update blog aku nie.Mesti korang nak tahu kenapa aku letak tajuk 'Teruja' pada entri kali nie kn..okay tanpa membuang masa mari aku kongsikan perasaan teruja aku nie.Sebenarnya aku akan bercuti di negara Kanggaro pada penghujung bulan hadapan sebab itulah aku amat teruja..mesti korang fikir yang aku nak menunjukkan,Hahaha...aku bukanlah nak menunjuk tapi sebenarnya aku kongsi perasaan ini sahaja ya..tak ada niat lain..tapi kalau korang fikir aku nak menunjuk sila tukar page lain ya..hahaha...Korang pernah melancong ke luar negara?kalau pernah mesti korang pernah juga merasai perasaan yang aku rasa ini kan,sebenarnya ini kali kedua aku melancong ke luar negara dan kali pertama aku ke negara Cambodia itu pun lawatan sambil belajar dengan kawan-kawan sekelas universiti aku study dahulu...Teruja memanjang dan tidak habis-habis duduk study mengenai tempat-tempat menarik yang akan dilawati,apa yang perlu dibawa dan tidak perlu dibawa, cuaca,penginapan yang sesuai,kemudahan pengangkutan yang boleh digunakan dan macam -macam lagi..Semua informasi yang kita study itu amat penting untuk kita gunakan semasa kita melancong nanti,so jangan malas untuk buat sedikit homework supaya tidaklah kita terkebil-kebil di tempat orang nanti okay..

Baiklah..sekarang aku nak cerita hal teruja aku tentang segala persiapan aku ya..sila jangan feeling menyampah ya..hahaha.Kali ini aku melancong bersama-sama officemates aku dan aku melancong secara backpackers sahaja tanpa melalui travel agent,sahaja aku dan kawan-kawan nak mencabar diri dengan melakukan aktiviti secara bebas tanpa terikat pada aktiviti travel agent.Korang semua doakanlah aku dan juga kawan-kawan aku selamat pergi dan balik ya...sayang korang semua.Mula-mula ahli jemaah dalam trip kali sepatutnya 4 orang tapi seorang terpaksa menarik diri disebabkan kawan aku yang bernama si eton nie pregnant due nak delivered bulan 7 nie so korang rasa memang apa..?memang dia terpaksa menarik dirilah sebab tak mampu nak travel jauh-jauh..tapi best kan si eton pregnant twins lagi..takpe eton nanti aku bawak balik key chain & fridge magnet cantik kat eton ya..so misi melancong aku diteruskan secara bertiga iaitu dgn yek-yek dan jgk fazz..Okay kisah teruja aku diteruskan lagi ya..senyum ckit sambil baca nie..jangan buat muka ketat pulak..haa macam tulah.Okay setelah mendapat perkenan dari suami tercinta maka tempahan tiket flight dan juga hotel penginapan dibuat.Terima Kasih Mr.Hubby sebab memberi kebenaran kepada isterimu ini dan memahami minat gila isterimu yang suka berjalan ini.

Untuk maklumat korang,aku booking tiket flight Air Asia kerana harga yang ditawarkan amatlah berbaloi.Tetapi nak beli tiket berbaloi memang perlu lakukan pengorbanan sedikit..aku terpaksa bersekang mata demi mendapatkan harga tiket yang murah..hadap punya hadap web AA akhirnya aku berjaya menempah flight ke Sydney dgn RM799 pergi dan balik.Tapi tak termasuk dengan luggage dgn meal lagi setelah combine itu semua total jadi RM899 murahkan untuk seorang.Lepas settle booking flight,aku mula check booking.com pula untuk cari hotel yang berpatutan yang bersesuaian dgn lokasi yang kami akan stay kat sana nanti.Aku booking Macleay Lodge di Pott Points melalui booking.com dengan harga RM2172.00 selama 5 malam untuk 1 family room dan 1 standard room.Dari komen-komen yang aku baca dari blog lain tentang hotel ini,aku harap selamat untuk aku serta kawan-kawan aku stay untuk 5 malam disana..okay bab flight tiket dgn hotel sudah diuruskan semua.

Now..pasal passport dengan visa pula,passport aku cuma perlu pergi renew yang baru sahaja sebab yang lama sudah pun expired dan visa pula diuruskan oleh fazz.Untuk maklumat korang semua untuk masuk ke negara kanggaro ini kena ada visa okay...so jangan ambik mudah ya..so kena tahu do's and don't untuk ke sana ya.Persiapan lain juga telah aku buat seperti menyediakan senarai penting sebelum berlepas,yang mana dalam senarai tersebut mengandungi segala perkara yang aku perlu bawa.Korang jangan nak cakap aku gelabah ke apa ya..sebab aku jenis yang tidak suka kelam kabut sebab buat perkara last minit.So perkara penting seperti barang yang perlu dibawa pun perlu diambil kira semua ini kerana aku pergi semasa penghujung musim luruh yang akan beralih ke musim sejuk dan sudah semestinya suhunya agak dingin.So aku sudah sediakan sehelai jaket musim luruh serta sarung tangan untuk aku pakai nanti dan barang-barang lain aku tidak bawak banyaklah sebab aku bawak satu backpack saja,cukuplah sekadar bersahaja kalau tak cukup ke beli saja disana nanti,lagipun disana ada banyak kedai yang menyediakan pelbagai kelengkapan untuk kemudahan kita..waa bestnya..tak sabar tak sabar rasanya hendak ke sana..

Itenerary juga telah aku dan juga kawan rangka untuk aktiviti yang akan kami lakukan semasa disana nanti..Antara tempat-tempat yang akan aku dan kawan-kawan aku hendak pergi adalah seperti ikon yang memang wajib iaitu bangunan Sydney Opera HouseSydney Harbour Bridge, Blue Mountains, Bondi Beach, The Rock, Paddy Markets, Featherdale Wildlife Park, Sydney Fish Market, Queen Victoria Building dan banyak lagi Insyaallah..Okay..cukuplah disini dahulu aku ceritakan feeling teruja aku nie..so bila aku dah balik dari trip nie aku sambung cerita lagi ya..

Arios!

Sydney..aku datang..
Feeling traveler gedik pulak..hiehiehie...

No comments:

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR