Thursday 14 August 2014

Day 4- Autumn in Sydney:Paddys Market & Sydney nightview

Hi semua..hari nie aku ada sedikit masa terluang untuk update entry hsri ke 4 aku di Sydney...jangan jemu membaca ya..okay memandang yek2 dengan fazz tak sabor-sabor nak bershopping,so moh ler kite bershopping..sebut shopping je cepat pulak dorang nie bersiapkan..Selesai sahaja breakfast dalam bilik hotel pagi tu..kami pun mula bergerak menuju ke Paddys Market iaitu tempat bershopping cenderahati murah-murah di Sydney.Kami menaiki train dari King Cross station menuju ke Central station dan kemudian mengambil city rail menuju ke paddys market.Semasa menaiki city rail kami hanya menggunakan pass my multi 3 sahaja dan pemeriksa tiket akan mengeluarkan resit sahaja apabila kita menunjukkan pass tersebut.Perjalanan ke Paddys Market mengambil masa lebih kurang 5-10 minit untuk sampai tetapi oleh disebabkan penumpang yg naik begitu ramai kami terpaksa berdiri untuk sampai ke sana.Rata-rata penumpang yang naiki city rail adalah pelancong yang sememangnya ingin menuju ke Paddys market juga.

Tiba sahaja di Paddys market,aku serta yek2 dan juga fazz terus teruja untuk bershopping uolss..yelahkan dah mark dalam kepala nak beli apa..so bila tengok barang-barang yang nak dibeli tu didepan mate,so memang tergedik-gediklah semangat untuk bershopping tu..huhu!Kebanyakkan bangsa yang berniaga di dalam paddys market ini adalah dari kalangan bangsa cina.Mereka juga boleh bertutur dalam bahasa melayu..so senanglah untuk urusan tawar-menawar nie.Kebanyakkan barangan yang dijual disini terdiri daripada kraftangan tempatan,t'shirt,seluar,pyjamas,towel,handbag,travel bag,casing handphone dgn tablet,makanan serta minuman,buah-buahan,sayur-sayuran dan sebagainya.Tempat untuk massage pun ade jugak uolss!Harga-harga yang ditawarkan amat murah dan berbaloi kerana barangan yang dijual sangat berkualiti.

Suasana di dalam Paddys market ini juga sangat bersih dan selesai untuk pelancong membeli-belah.Aku pun tak sure berapa dollar yang aku habiskan disini tetapi yek2 serta fazz aku tengak memang cukup hebatlah bershopping uolss..2 belah tangan penuh barang shopping hah!Selesai sahaja bershopping kami bertiga bersepakat mencari kedai untuk lunch kerana perut sudah terlalu lapar.Aku pun terasa sakit pinggang yang teramat kerana penat berjalan yang semalam tidak hilang lagi.Kami singgah untuk makan di Town hall Square skali lagi untuk lunch.Kali nie aku ambik menu nasi lemak..ternyata makanan mereka tidak menghampakan..portion nasi serta lauk yang banyak sememangnya cukup mengenyangkan.Nasi lemak mereka sajikan berserta lauk ayam masak merah dan juga sambal daging...huh nyum nyum!Selesai sahaja lunch kami menapak balik ke hotel untuk berehat...penat jemah uolss..balik hotel telan penadol terus pengsan sampai petang..sedar-sedar si fazz datang ketuk pintu ajak keluar.

Setelah hilang sedikit penat serta sakit pinggangku..aku dengan yek2 pun setuju dengan cadangan fazz untuk keluar malam tu..kitorang plan hendak naik ferry untuk menikmati suasan malam di Sydney.Kami naik train menuju ke Circular Quay station dan tibanya disana,kami melihat begitu ramai pengunjung membanjiri kawasan circular quay station.Ada yang ingin menaiki ferry,ada yg ingin menuju ke Sydney Opera House,ada yang menuju ke The Rock untuk melihat Sydney Harbour Bridge lebih dekat dan ada macam-macam lagilah ragam dorang duk melepak kat sana.Sebelum menaiki train kami sempat lagi berposing-posing uols..apabila ferry sampai,kamk cepat-cepat pergi naik ferry berkenaan kerana ingin mendapatkan position yang strategik untuk melihat Sydney Opera House serta Harbour Bridge dengan lebih dekat.Gigih uols panjat naik duduk tingkat atas dan dekat bahagian luar pulak tu sejuk pun sejuklah asal puas hati..Malangnya tidak ku sedari glove comelku tercicir..sob sob sob!tak tahulah di mana tercicirnya glove aku tu..mungkin tercicir di dalam train..sebab semasa didalam ferry memang sudah tidak ada..Tapi takpelah takde jodoh dgn glove biru tu kot..

Ferry melewati Sydney Opera House..sungguh cantik permandangan pada malm berkenaan kerana ada pertunjukkan cahaya di dinding Sydney Opera House dengan pelbagai rupa dan corak.Selain daripada itu, Sydney Harbour Bridge juga mengadakan pertunjukkan cahaya yang pelbagai untuk menarik perhatin pengunjung.Masing-masing di dalam ferry yang aku naiki tidak putus-putus merakam lensa kenangan bersama ikon-ikon Australia tersebut.Suhu pada malam itu sungguh sejuk dan nasib baik aku membawa jaket bulu-buluku..huhu feeling-feelinglah uols duk oversea kononnya..huhu..Jam 9 malam pun kami mula beredar pulang ke hotel..Jom layan gambar pulak ya..
Arious!
Selfie with yek2..

Antara cenderahati yg dijual..

Kemas dan teratur..

Gila..semua aku mahu..

Kedai aku shopping t'shirt..

Rambang mata..uols!

Bahagian jualan buah-buahan..

Huh...Sedapnya buah pear

Sedapnya buah strawberry tu..murah pulak..

Bahagian luar Paddy market

Pintu masuk ke paddys market..

Baru habis shopping..tp si fazz dah hilang ke mana dah..

Yek2 berposing...

Nasi lemak..menu lunch ktorg..

Inilah kedai yang menjadi tempat kami makan sepanjang di Sydney..

Yek2 with night view in Circular Quay

Ferry wharf night view..

Tuan belog x kalah nk berposing...

Selfie on tha ferry..

Sydney Harbour Bridge

Ferry under bridge..

Cantikkan...mesti uols jelouse kn..huhu

Picture yg agak kabur sebab angin yg agak kuat..

Night view in Sydney city

Luna Park..

Fazz dgn yek2 posing at luna park..

Sydney Opera house light show..

So amazing..

See..so beautiful..

So far away but so the ikon look so amazing

The bridge..

So beautiful..

Light show..

Light show again..

Concert..

Manly night view..

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR