Tuesday 22 July 2014

Day 6- Autumn in Sydney:Hyde Park,Sydney Eye Tower & Queen Victoria Building

Hi semua..jem jem jem..nie last part untuk entry Sydney aku dan aku harap korang sukalah baca entry aku nie ya.Jom mari aku mulakan..hari nie aku bangun awal sedikit,maklumlah hari nie kami semua akan pulang ke tanah airku tercinta Malaysia.Selain daripada itu aku bangun awal kerana ingin sambung berkemas sebab semalam aku hanya berkemas separuh sahaja lagipun aku bukan bawak barang banyak sangat.Selasai berkemas aku mula bersiap untuk keluar buat kali terakhir.Fazz nampaknya awal-awal lagi sudah siap berkemas.Perancangan hari ini adalah untuk menunaikan impian yek-yek untuk ke taman,so moh ler kite menapak ke sana..hari ini kami tak naik train tetapi kami naik bas sahaja kerana ingin menikmati suasana di dalam bandar Sydney ini.Kami menunggu bas di bus stop berhampiran hotel penginapan kami..opps lupa nak maklumkan yang kami hanya menggunakan my multi 3 yang masih lagi berbaki 2 hari lagi..mudah naik bas hanya touch pada mesin pengimbas tiket yg disediakan di dalam bas sahaja.

Semasa dalam perjalanan,kami dapat melihat kem tentera laut Australia yang terletak di pesisir air bandar Sydney ini dan kelihatan kapal-kapal tentera yang besar berlabuh di situ.Selepas itu bas melalui Woolloomooloo bay dan finger wharf dan di situ terdapat banyak kapal-kapal layar dan mewah berlabuh.Selepas itu bas melalui Taman Royal Botanic Garden,sebuah taman yang tercantik di Sydney ini.Selepas itu bas melepasi St Mary’s Cathedral iaitu salah satu gereja yg terbesar dan salah satu yang tertua di Sydney.Kemudian kami turun di hentian berhadapan Taman Hyde Park.Di sini kami mula berjalan kaki untuk menikmati suasana musim luruh dalam taman ini.Banyak daun-daun yang berguguran di taman ini dan pada pagi tersebut kelihatan sebilangan penduduk tempatan yang sedang menikmati suasana pagi di taman Hyde Park dengan aktiviti berjogging,berjalan-jalan dengan anjing dan ahli keluarga dan ada juga beberapa kumpulan pelancong sedang menikmati suasana pagi.Di dalam taman ini ada beberapa monumen sejarah tetapi kami tidak sempat untuk menapak ke sana.Setelah penat berjalan,kami mula mengambil tempat di bangku yang disediakan sambil mula berposing dan menikmati pertunjukan basking dari kumpulan adik beradik tempatan di tengah-tengah Hyde park ini.Dari Hyde park ini kami boleh nampak Sydney Tower Eye yang berdiri megah di tengah-tengah kota Sydney.

Memandangkan kami masih mempunyai tiket masuk yang belum digunakan lagi..kami plan untuk naik ke Sydney Tower Eye ini.Kami melalui market street dan memasuki Westfield Sydney untuk ke entrance Sydney Tower Eye di tingkat 5.Semasa di dalam Westfield Sydney aku sempat melihat beberapa buah butik mewah yang terdapat di dalam Westfield ini..sempat feeling-feeling orang kaya uolss..haahaahaa..sorry ler uolss berangan kejap.Setibanya di pintu masuk Sydney Tower Eye ini,kami lihat ada beberapa kumpulan pelancong yang sedang membeli tiket masuk tetapi bagi kami yang sudah mempunyai tiket masuk hanya terus masuk dan mengambil cermin mata 4D.Semasa melalui pintu masuk ke dalam itu terdapat beberapa hiasan kristal dan wallpaper yang terdiri daripada bangunan tertinggi di dunia.Sebelum masuk ke dalam lagi,ada seorang staff akan scan tiket masuk tersebut.Selepas itu setiap pengunjung dikehendaki menonton video 4D yang disiarkan.Video ini menyiarkan semua tempat-tempat menarik di sekitar Sydney..nama 4D kn so mestilah amazing dengan sound system yang gempak dan side effect bubble lagi haah.Selesai menonton video 4D tersebut,kami mula ke pintu lift untuk naik ke tingkat atas.Semasa di lift,ada seorang staff yang akan membawa pengunjung naik terus ke atas.

Setibanya di tingkat atas,kami dapat melihat sebilangan pengunjung sedang menikmati permandangan bandaraya Sydney.Di atas ini juga terdapat mini kafe,kedai cenderahati,mini play ground untuk kanak-kanak bermain,ada beberapa teropong untuk meninjau dari atas,kemudahan tandas dan sebagainya.Di atas ini,aku dapat melihat seluruh bandar..Stadium Olympic,Sydney harbour bridge,Sydney Opera House,Hyde park, Queen Victoria Building,St Mary’s Cathedral dan macam-macam lagi.Selepas 1 jam berada di atas,kami mula turun ke bawah.Semasa dalam perjalanan keluar ke dari Westfield Sydney,fazz sempat lagi masuk shopping dalam butik Zara dan aku pula mengambil kesempatan menggunakan perkhidmatan free wifi di situ.Selepas fazz sudah shopping,kami plan untuk ke town hall square skali lagi untuk makan tengahari.Kami menaiki train dari St.James ke town hall.Setibanya kami di sana,kami mula menapak ke kedai makan harian kami di sini kerana perut sudah lapar giler.Menu yang aku ambik hari ini seperti biasa iaitu nasi lemak sambal ayam merah..sambil makan kami semua sempat lagi berkongsi pengalaman sepanjang disini.Habis sahaja makan kami menapak ke Queen Victoria Building.

Disini Queen Victoria Building ini merupakan salah satu shopping complex mewah yang terkenal di kota Sydney ini.So korang rase apelah aku dengan yek2 dan juga fazz buat kat situkan..??nk shopping barang memang tak mampu..so jemah and the gang shopping mate jelah uolss..Sebelum masuk itu haruslah posing dulu depan tugu Queen Victoria Building nie haah dan dekat depan mall nie ade pertunjukkan basking dari budak lelaki yang aku rase umar dalam 12 to 14 tahun kot..tapi suarenya mature giler..sedap gtu..so ape lagi layan jelah..orang lain layan siap pi tabur duit kat budak tu tp jemah and the gang budget traveller kan..so takde peruntukan untuk bagi coin kat budak tu..sorry yer..hahaha..Selain dari itu,ada juga activiti live painting dari warga tempatan yang menunjukkan bakat melukis 3D kat depan pintu masuk mall nie.Selepas dah habis layan muzik kat luar,kami pun masuk untuk cuci mate kat dalam mall nie..Suasana di dalam mall nie memang classic giler dan ada pelbagai jenis butik mewah kat dalam nie..Setelah puas membuang masa kat dalam mall nie,kami semua dah memang penat sangat mula beransur untuk pulang ke hotel.Kami menaiki train buat kali terakhir balik ke King Cross station dari Town Hall station.Setibanya kami di hotel,aku meminta pertukaran masa airport transfer dengan pihak hotel untuk diawalkan sedikit dari booking asal kerana kami semua ingin sampai awal dekat airport.Nasib baik reception benoit tu takde masalah..memang baguslah service yang dia offer.Van yang pick up kami dari hotel sampai tetapi kami kena follow dia pergi ambik 2 orang lain pelancong yang akan ke airport juga..so follow jelah...boleh jugak round-round dalam bandar nie lagi kan..driver van nie berbangsa arab..aku rasa mungkin dia nie dah lama tinggal disini,cara bawak van macam bawak kereta lumba uolss..nasib baik berhemat juga walaupun laju semacam je..

Finally sampai juga we all kat airport..tp gate belum buka lagi..so berkelanalah kami disitu sambil bergosip dan layan free wifi.Semasa leka bergosip tu tibalah sekumpulan pelancong veteran dari Malaysia juga yang akan naik flight skali dengan kitorang..Wow banyak ye pak cik dgn mak cik nie shopping luggage masing-masing lebih dari 2 tu..kami yang datang berkelana seminggu  nie pun bawak satu je luggage pergi dan balik..mesti kaki shopping semua nie.Apabila gate sudah dibuka,aku,yek2 dengan fazz terus beratur pergi ke kaunter untuk check in luggage, oleh sebab kami dah check in online so kami terus je pergi ke kaunter express.Settle urus check in luggage kami terus masuk ke balai perlepasan dan uruskan semua imigration.Selesai sahaja semua,kami pergi sambung lepak ke food court dan habiskan semua sisa makanan yang ada.Selepas itu barulah kami menapak ke gate utk berlepas..semasa dalam perjalanan ke gate untuk berlepas itu,kami melalui duty free shop..so shopping mate lagi..penat jugak nak menapak ke gate nie..sampai je dekat pintu date tersebut aku terus pergi duduk kat bangku yang disediakan.Penat uolss...sambil layan free wifi..tunggu gate open..than baru buka..bile dan masuk dalam flight tu aku terus cari tempat aku..nasib baik dapat duduk tepi tingkap dan sebelah aku ada makcik dengan cucu nya..dorang datang follow trip veteren td..borak sekejap than flight berlepas aku pun..zZZzzZZzz...So itulah story aku 6 hari 5 malam di Sydney,Australia nie..harap enjoy..jom layan gambar jemah and the gang ya....

TERIMA KASIH BACA ENTRY INI....

Arious!

Pagi yang nyaman..

Fazz pun dh posing..

Yek2 in da house..

St.Mary's cantheral


Credit this picture to lovely hubby-hubby di
Malaysia

Aura pengantin baru yg masih lagi tak hilang..

Pose dgn patung seksa kat belakang tu!

Selfie jemah in the gang in hyde park..

Selfie again uolss..

Feeling autuumlh sgt nie haa..

Hambik aku main-main daun dah..dh ler rumput tu mcm basah je sbb smlm hujan..musim autuum punya psl lyn je..

Yg nie sorang pun taknak kalah..

Nie dekat Sydney Eyes Tower

Antara the highest towers in da world

Jurufoto misah ketat..

4D show..

Gelap je..

Cuaca yg agak mendung..nielah Sydney uolss..

Layan jelah uolss..

Yek posing memang tak kalah..

Cewah..jemah posing 

Mane2 ku posing..

Best giler layan bdk nie nyanyi..

Cantikkan lukisannya..

Pintu masuk Queen Victoria Building

Bangunan yg cantik dan menarik..

With Queen 

Jom masuk..cuti mata..

No comments:

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR