Wednesday 10 September 2014

Jom masak:Sup Ekor

Assalamualaikum semua..apa khabar..harap sihat-sihat ya semua..hari nie aku nak share resepi masakkan uolss...boleh tak??ala bolehlah ya..ingat jemah tak pandai masak ker...jemah pandai masak okay ~mate ke atas~ cuma ada penyakit malas je..huhuhu..So jangan nak merepek sangatlah moh ler kita ke dapur...hari ahad baru nie laki aku teringin nak makan sup ekor,so dia kerah bini ye bangun awal hari tu dan bawak aku pergi pasar pudu tu untuk beli ekor lembu..nama hari minggukan so ramailah sangat orang kat pasar sampai jalan jammed hingga ke bulatan Loke Yew..nasib baik kitorang merempit je bolehlah mencelah-celah..

Sampai kat pasar tu,suasana jangan cakaplah kalau tak gamak bunyinya bukan pasarkan.Dari penjual sayur hingga ke penjual ikan huuhhh gamak suara masing-masing duk lelong.Ingat pasaraya aje ke pandai main lelong-lelong??...hahaha..suara penjual ayam dengan daging slow-slow je dengar..pasar pudu nie memang padat sikit,dan nak jalan dalam pasar itu pun terhimpit-himpit..tapi kat sini ada banyak jual barang-barang basah dan kering dengan harga yang murah dan berpatutan..So bila dah nampak gerai jual daging tengok ada 2 batang je ekor ..terus aku rembat satu batang ekor tu dengan harga RM20..ekor lembu tempatan mahal ler ckit tapi sedap..kalau guna ekor lembu import kurang sedap sikit..aku suruh pakcik tu potong terus kecik-kecik ekor lembu tu untuk memudahkan kerja aku kat dapur nanti..dorang ade kapak kat rumah aku takde..so nak potong macam manelah ekor lembu yang keras tu..settle kat pasar pudu terus rempit balik rumah tapi sempat jugak menyinggah di kedai mamak untuk breakfast dulu..

Balik rumah laki aku ambik tugas unruk bersihkan ekor tu dan rebus sampai empuk..so lebih kurang dalam 3 jam jugak laki aku rebus..air kering tambah lagi sampailah ekor tu betul-betul empuk..kat bawah nie aku share bahan-bahan yang aku gunakan untuk masak sup ekor nie..simple aje okay...

Bahan-bahan:
Ekor lembu SHJ
(rebus sampai empuk - paling kurang 2-3 jam)

Perencah sup tulang Adabi
(aku guna yang nie sebab dlm pek nie dh ada skali dgn kayu manis,cengih,dan bunga lawang)

2 batang daun saderi

5 biji cili padi
(terpulang pada korang nak guna byk mane cili tu)

3 ulas bawang putih

1 biji bawang besar
(dimayang)

sedikit halia

sedikit garam

Air kosong

Cara masakan:
 Tumbuk bawang putih,halia dan  cili padi sehingga lumat

Panaskan periuk dengan minyak masak..
(jangan masuk banyak sangat minyak tu ya..kolestrol nak kena jaga juga ya)

Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi berserta dengan bawang besar,kayu manis,cengih dan juga bunga lawang sehingga naik bau..tapi jangan sampai hangit sudahlah bawang tumis tu..

kemudian masukkan ekor yang telah empuk tadi dan gaul dengan bahan tumis tadi..guna gas ditahap sederhana sahaja ya..

kemudian masukkan air kosong dan juga perencah sup tulang Adabi dan aku letak sedikit serbuk lada hitam untuk bagi pedas ckit lagi..

Masukkan sedikit garam dan daun saderi yang telah siap dipotong dan masak sup ekor tu sehingga masak..

#aku tak guna daun sup dan daun bawang sebab batang saderi tu dah membangkitkan rasa..gitteww
class tak jemah...!!

SELAMAT MENCUBA YA SEMUA... 

Inilah hasil air tangan jemah masak...







2 comments:

Jari Manis said...

Hoyee..dah boleh tingalkan komen :-)
Lamanya nak reus ekor tu eh...3 jam!!!
Biasa JM masak sup tulang dan caranya lebih kurang sama ngan Shina nyer style..sedapnya makan nasi ngan sup!!..isshh terliur dah ni

akudantapakkakiku said...

Tulah JM..mkn dengan nasi putih panas-panas..huh meleleh giteeeww..
3 jam tu kire okaylah tu JM..baru empuk ckit makan..
kalau kejap je rebus mmg liat giler nk makan nanti..tak sedap tak sedap tak sedap!

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR