Friday 28 February 2014

Cuaca panas & kesannya

Entry hari ini sekadar utk berkongsi keadaan cuaca yang sedang berlaku sekarang ini.Tidak dinafikan aku ini bukan selalu tgk berita pun tetapi buka bermakna aku tidak mengambil tahu keadaan semasa.Macam sekarang isu cuaca yang sedang hangat diperkatakan..iaitu isu cuaca panas.Cuaca panas yang berlaku sekarang ini disebabkan oleh perubahan musim dan cuaca panas ini juga telah menyebabkan kuantiti simpanan air di empangan-empangan menurun.Paling ketara di dalam berita sekarang ini adalah paras air di  empangan Klang Gate di Hulu Klang yangmenyusut secara mendadak sejak seminggu yang lalu.Hal ini boleh menjejaskan lebih 6 juta penduduk di sekitarnya.Oleh itu kita hendaklah sentiasa menjimatkan penggunaan air dan juga menjaga kesihatan diri didalam cuaca panas sekarang ini seperti sentiasa minum air bagi mengelakkan kekurangan air didalam badan.Ini kerana cuaca yang panas boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti petikan di bawah:-



Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba.Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.Gejala cuaca panas melampau adalah :

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot–otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
  • Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

Anda Perlu :
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar 
Elakkan:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
  •  Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah;
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketatKesa
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Inilah yang dapat aku kongsikan berkenaan cuaca panas  dan kesannya,semua info ini aku dapat dari jabatan kesihatan Malaysia dan aku harap perkongsian aku ini dapat membantu anda semua.Selain itu marilah kita semua sama-sama berdoa agar masalah cuaca panas di negara kita ini akan berlalu agar tidak berlarutan lagi.

Arios!

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR