Tuesday 16 September 2014

Weekend di Sunway Lagoon Sekali lagi

Assalamulaikum semua...buat apa uolss semua tu..aku pulak tengah kerja nie tapi curi-curi update blog..huhuhu,stress uolss!!..Okaylah hari nie aku nak share cerita last weekend aku bersama family in law adik aku yang datang berkunjung ke sini last week..tujuan mereka semua datang adalah untuk bercuti bersama-sama family mereka semua di sini memandangkan sekolah cuti...So adik aku jemput aku sekali untuk join dorang sekeluarga  untuk ke Sunway Lagoon pada hari sabtu lalu..memandangkan ada orang nak payungkan aku satu family ke dalam theme park nie so jom ler kita basuh kaki..kihkihkihkih!!

Kunjungan aku ke sini adalah untuk kali ke 2...sebelum nie aku dah masuk ke sini 3 tahun lepas dan masa tu Qisya baru satu tahun lebih..banyak perubahan telah berlaku dari segi harga tiket masuk,attraction kat dalam theme park nie dan juga kemudahan-kemudahan yang ada turut dipertingkatkan..tapi satu je yang aku rasa kureng ckit..bab harga jualan barangan kat dalam nie..semua sudah naik..dan sekarang nie untuk urusan pembelian di dalam menggunakan e@top ups no more cash transaction via counter ya except untuk urusan top ups sajoo..harga locker sekarang dah berubah dan pelancong hanya boleh pilih 2 sizes locker sahaja iaitu rm15 or rm30..aku pilih rm15 saje sebab nak save barang berharga seperti bag duit,kunci kereta dan juga handphone dan untuk maklumat korang boleh buka locker nie banyak kali tanpa perlu buat bayaran tambahan seperti yang dulu lagi...bag pakaian kami hanya letak atas bangku saja..kalau semua nak masukkan dalam loker macam tak berbaloi aje sebab ramai pelancong yang datang letak bag dekat bangku kat luar je..jimat lol!!

Okaylah jomlah korang layan gambar yang sempat aku snap kat dalam tu..aku juga sempat masuk dalam scream park tu tapi sayang kat dalam tu takleh snap gambar..memang best giler scream park tu..kecuuttt jantung meksss...!!aku malas nak cerita panjang lagi..nanti korang semua rajin-rajinlah luang masa dengan orang tersayang ya bawak dorang pergi bercuti..sambil bercuti sambil mengeratkan ikatan kekeluargaan..betul takk..??

Inilah sebahagian kecil keluarga aku..
Bila bapak-bapak budak girang duk main air...
Ini je gambar-gambar yang sempat aku snap..
Bestnya dapat meluangkan masa bersama keluarga tapi sayang kalau ade semua ahli keluarga nie mesti lagi best..

Arious






2 comments:

Jari Manis said...

Aktiviti riadah begini boleh eratkan hubungan kekeluargaan shima :-)

akudantapakkakiku said...

Betol tu JM..bukan senang nk luangkan masa kalau masing2 busy je manjang..

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR