Saturday, 27 October 2018

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR

Wednesday, 26 September 2018

Cuti hari Malaysia di Cameron Highland

Assalamualaikum

Tengah buat apa tu malam-malam nie..kalau takde buat apa-apa moh ler mai baca log aku yang tenggelam timbul nie..sajelah nak share cuti hari Malaysia yang lepas aku sempat pi bercuti dekat Cameron Highland..yelah cuti dalam bulan September nie banyak sangat so marilah kita manfaatkan sebaik mungkin dengan family tersayang.Percutian nie hanya aku dengan family in law sajoo..korang jangan nak buat rumors sangat ya kenapa aku tak invite family aku sendiri ye..aku sendiri malas nak ajak sebab depa-depa semua dah banyak kali mai sini tapi family in law aku tak pernah mai sini lagi kecuali 2 orang adik ipar aku dan depa-depa nie memang jenis payah nak berjalan dan nie first time depa-depa datang ke Cameron Highland..dari duduk dengar orang duduk cerita je moh ler mok dan ayoh kite bercuti dekat Cameron Highland..

Pic from mr.google..cantikkan cameron highland

Lagi pun aku dengan laki aku memang jarang dapat spend time lama-lama macam nie sebab bila balik kampung aku memang stay dekat rumah aku sendiri so pergi sekejap-kejap je jumpa depa-depa semua,nasib baik duduk sekampung je..tapi yang penting hampir setiap bulan sejak aku kahwin dengan laki aku,kami balik kampung untuk jenguk orang tua kami tau..haa ko adoi buat macam kami nie???ingat sejauh mana kita berkelana jangan sesekali lupa ada orang yang setiasa mendoakan utk kita dan merindui kita walaupun mereka tidak mengucapkan melalui kata-kata..jangan jadikan alasan tiada bajet untuk balik kampung..kerana ibubapa kita tidak pernah mengukit tentang segala mak nenek takde bajet untuk membesarkan kita..mereka rela berkorban apa saja untuk membesarkan kita ..hargailah mereka semua selagi mereka masih lagi ada..oppss out of title pulak..maaflah kalau ada yang terasa..Okaylah mai aku share percutian aku dekat Cameron Highland..kami semua berkumpul dekat rumah adik ipar aku di Bera,Pahang sebab nak konvoi sekali dengan family in law dorang mai dari Terengganu hari jumaat stay rumah adik ipar aku..aku satu family bergerak ke Pahang malam sabtu selepas maghrib sebab tunggu adik ipar aku dari Melaka datang..plan asal nak terus je gerak petang tu tapi memikirkan jalan raya tengah jems gils sebab orang balik kerja terus hasrat tertunda gituuu..tapi rumah pulak takde air sebab paip pecah dekat kg.pandan..stress nak mandi pun tak lepas,cukup-cukup nk buang air kecil dengan nak berwuduk je..so lepas maghrib gerak sampai dekat bera jam 11 malam..nasib tuan rumah setia menanti depan rumah untuk buka pintu..apa lagi terus berebut nak mandi semua sebab dah rimas dari siang tak mandi-mandi..

Nak holiday muka kena happy selalu..hahaha
Keesokkan pagi kami semua pun berkonvoilah ke Cameron Highland melalui jalan raub dan sg.koyan..alhamdullillah jam 2pm kami pun sampai dekat Cameron Highland dan singgah sebentar dekat pekan tanah rata untuk lunch..kelihatan jalan hendak ke pekan Brinchang pun sudah slow sebab ramai pelancong datang.Aku booking penginapan melalui agoda dan aku memilih untuk stay dekat Lena@golden hills apartment.Tempat baru dan berhadapan dengan tapak pasar malam Cameron yang baru..keluar main door terus pasar malam.Parking memang disediakan dekat basement apartment dan tahap security di apartment nie 24 jam hokay...nak masuk kena touch card,kalau takde memang melopong ler kome-kome semua duduk dekat luar..level ground apartment nie ada kemudahan kedai runcit dan 7eleven..Tapi coverage handphone problem sedikit aku pergi hari tu..siang sampai malam takde..lepas tu ada kejap-kejap je..bertabah je aku masa tu..dah ler wifi dalam apartment pun tak berfungsi sebab takde coverage..suhu petang tu sangat sejuk sebab bercampur dengan hujan lebat..

Sesiapa yg berminat utk menginap disini boleh call no berkenaan..

Ruang tamu yang luas,bersih dan kemas..tapi aku suggest pakai socks lah malam2..sbb sejuk uolss nk pijak lantai tu..

Dry kitchen yang kemas dan bersih..semua peralatan berfungsi dengan baik..

 Bilik tidur kedua..

 Dry sink luar toilet..

 Bilik tidur utama menghadap pasar malam..siap ada toilet dalam bilik

Pasar Malam Cameron Highland yang dipindahkan ke Golden hills 

Apartment nie ada 2 bilik air yang dilengkapi dengan kemudahan hot water,2 bilik tidur dengan 2 katil size queen dan 1 katil 2 tingkat.Ruang tamu pulak memang luas serta bersih dan ada balkoni yang menghadap pasar malam,so kalau datang ramai-ramai just bawak toto or tilam serta bantal tidur je dekat ruang tamu pun sudah cukup..Apartment nie hanya menyediakan dry kitchen dan tidak menyediakan dapur gas utk kemudahan wet kitchen..hanya dibekalkan dengan peralatan seperti pinggan,mangkuk,cawan serta sudu/garfu,kemudahan peti sejuk,ketuhar,sink dan water dispenser..Apartment nie ada jugak sediakan meja makan utk 4 orang dan sofa bed dan siaran astro so takdelah bosan sangat aktiviti waktu malam.Tapi decoration apartment nie sangat simple dan sangat selesa..aktiviti first day hanya sekitar apartment iaitu lawatan sambil buat pelaburan dekat pasar malam.So malam tu aktiviti bebas je lepak-lepak depan tv dengan family in law layan cerita i can see your voice Malaysia yang sememangnya aku tak pernah tengok tibe datang dekat sini boleh terlayan pulak..laki aku memang sudah lama buat tahi mata sebab penat drive siang tadi..

Buah paling famous dekat cameron highland..of course ler buah strawbery kan

Sweet potatoes..memang sweet

Kecik-kecik yang berduri...itulah pokok kaktus

Banyak souvenir yang dijual dekat pasar malam..kalau pandai menawar boleh dapat harga lagi murah..

Makanan yang dijual dekat pasar malam pun sedap dan murah dari kedai-kedai makan..so berbaloi kalau beli terus makanan disini..

Ayam uncle bob pun ada..

Sweet potatoes yang siap direbus pun ada dijual..

Kambing bakar yang nie pun sedap..

Tapi yang nielah favorite aku..jagung rebus...manis dan isi yang besar

Penggemar teh boleh membeli pelbagai jenis teh yang berperisa..

Madu pun ada tapi bukan madu manusia ye..hahaha

Sayur-sayuran yang siap dipaket untuk jualan yang masih lagi fresh

Geram tengok semua sayuran nie..

Cantikkan bunga nie

Ynag nie geram tengok..tapi takde siapa sudi belikan untuk sis..sobsobsob..

Topi kepala tu jenuh jugaklah laki aku duk menawar untuk dapat murah..ramai sgt tengok budak-budak yang pakai dekat sana..comel sgt..

Lepas subuh ingat nak sambung tidur tapi dengar bising dekat hall adik-adik ipar aku duduk busy sedia breakfast.Nasib dia bawak travel cooker so boleh ler masak breakfast boleh save bajet..korang tahu-tahu jelah harga makanan dekat sini 2 kali ganda dari harga biasa..huhuhu..settle breakfast semua kitorang plan nak pi lawat ladang teh,plan asal nk pi ladang teh boh dekat sg.palas tapi laki dengan biras aku cakap kena bayar nak masuk sana sekarang..dan dia suggest pi ladang teh cameron valley so aku ikut je sebab aku tak kisah pun..so pi ladang teh cameron valley minum-minum teh dulu..acah-acah like tourist gitu..tapi sekarang nak masuk dalam ladang teh dekat sini pun sama kena bayar jugak..maybe sebab perubahan masa dan kos pengurusan meningkat..yang menjadi mangsa adalah pengunjung kena bayar untuk tampung kos pengurusan tersebut.tapi terpulang pada pengunjung sama nak masuk or tak..patutlah aku tengok orang berhenti ditepi jalan untuk ambik gambar..dan ade yang ambik gambar dari balkoni restaurant je..bagi aku kalau nak turun berjalan celah-celah pokok teh tu semata-mata nak bergambar macam tak worth it je..hahaha sebab ambik gambar dari atas dekat balkoni restaurant pun dah berbaloi nampak view lagi cantik..orang tengok pun sudah tahu ko pi cameron..hahaha..

Nasi goreng by adik-adik ipar..kakak ipar bangun makan je..hahaha

Nielah mak mertua dengan ayah mertua aku ye..diapit oleh anak aku Qisya dan anak buah aku belah laki aku,nama Aleya malu-malu kucing..

Best tengok view dekat sini..tak bosan

Minum teh dekat restoran cameron valley plantation...

Minum-minum teh..fefeeling sgt ayah mertua aku bila orang nk ambik gambar..hahaha
si comel baju pink nama jannah takleh tengok orang make up..siaplah nk bermake up skali nanti..

Nielah adik-adik ipar aku yang comel-comel semua..

Yang nie macam biasalah kuat drama sentiasa..nak ajak turun dekat dalam ladang teh..hujan-hujan memang takler aku nk melayan..hahaha
Selepas tu kitorang plan nak pi ladang strawberry tapi terpaksa makan jem strawberry je atas jalan sebab jalan jems gils dan abg traffic siap close the main road ke Bringchang dan detour the road ke jalan tengkolok lama bertemu jalan nak balik apartment dan last-last kitorang balik apartment je sebab malas nak hadap jems..settle solat serta lunch dulu siap-siap kemudian keluar balik ke Brinchang pukul 3pm.Tapi jalan still jems but move slow-slow..laki aku nie satu hal dah pesan siap-siap withdraw cash awal-awal taknak lepas tu mulalah gelabah nak cari ATM dengan keadaan jalan jems tu..nasib baik ada sorang brother tengah pam tayar motor dekat petronas tu tolong tunjukkan..yelah abg traffic bagitahu bank rakyat ada,tapi kalau bas rombongan sudah parking depan pondok atm bank rakyat tu memang sampai keesoklah nak jumpa..so bila sudah jumpa nak masuk withdraw pulak masalah sebab kad tak diterima..stress ler..last-last tanya sekali lagi dengan brother tu cakap ada public bank masuk dekat sebelah masjib kayangan brinchang..so finally dapatlah withdraw cash untuk bini shopping..hahaha..tapi hazab kena tempuh jalan jems nak ke kea farm tu..dalam 30 mins jugaklah..

Plan asal nak ke lavender farm tapi kitorang malas dah nak hadap jalan jems..banyak jugak mak serta ayah mertua aku shopping sayur..aku malas nak shopping sangat sebab takde apa nak beli sebab most of kawan-kawan aku semua sudah pernah sampai cameron highland tapi adalah sikit aku beli sayur bagi gift dekat kawan-kawan aku yang tengah gigih duduk diet sekarang tu..hahaha selain tu aku beli gift untuk anak buah aku..selepas tu balik apartment dan pi shopping dekat pasar malam pulak..huhuhu..Malam tu aku keluar dengan makan dekat pekan brinchang,the taste of food not bad but the price is very bad to me..2 kali ganda uolss..welcome to Cameron Highland uolss...balik apartment aku lepak dengan family in law pulak lepas tu kemas barang-barang sebab esok nak check out awal sebab malas nak hadap jalan jems..clean kan kitchen..lepas tu baru masuk tidur..

Geram aku tengok bunga yang segar-segar dekat Kea Farm nie..

Bau pun wangi-wangi je

Sweet pototoes nie aku sangat rekomen dekat korang semua..sebab manis dan sedap sgt makan rebus or bakar..

Beli bunga untuk diri sendiri...sobsobsob...melayan je laki bini kemaruk nak bunga...hahaha
sis beli bunga lavendar lepas tu mintak free bunga rose 3 kuntum..melayan je amoi tu..

Keesokkannya ktorg semua check out awal-awal sebab nak elak jalan jam..kami semua berpisah dekat apartment sebab ayah mertua dengan adik ipar aku balik ikut jalan sg.koyan,Pahang dan aku balik ikut jalan simpang pulai,Perak sebab nak balik KL terus.Nasib baik kami semua balik awal sebab otw balik tu dengar DJ radio bagi info traffic dekat jalan brinchang menghala ke Kea Farm sudah jam..so Alhamdullillah sebab boleh mengelak dari terperangkap dekat situ..Otw balik singgah Tapah sekejap untuk merasa mee rebus Tapah yang popular kata orang..ada jugak rezeki untuk merasa mee rebus tapah kali nie..sebelum nie tak bersempatan..tapi perjalanan balik aku hari nie memang panjang ye tuan puan semua..yelah aku singgah dekat uitm puncak alam,Selangor hantar barang dekat adik sepupu aku kemudian bergegas pi Melaka untuk hantar adik ipar aku balik ke maktab dia..dekat pukul 5 petang baru bertolak balik ke KL..Finally jam 8 malam Alhamdullilah sampai rumah..home sweet home..

Cari sesuatu tersembunyi..

Comel-comel je

Geram je tengok semua pokok kaktus nie

Segar-segar je semua pokok bunga dekat sini..

Sunflower

Bunga nie aku tak tahu nama apa..tapi cantik sgt kalau tanam banyak-banyak dekat rumah..

Pokok orkid..

Sampai sudah dekat Tapah..

Mee rebus tulang

Mee rebus ayam

Mee rebus tulang mix ayam

Inilah percutian pertama aku dengan family in law..Terima Kasih kepada adik ipar aku sebab berjaya memujuk mak mertua aku untuk bercuti,Insyaallah kalau ada rezeki lagi kita pi lagi ye semua..sebab ada lagi yang tak dapat join semasa trip nie sebab kerja..okaylah semua,setakat nie sahaja coretan aku untuk kali nie ye..nak sambung tengok movie pulak..

Wassalam







Saturday, 1 September 2018

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 Tahun

Assalamualaikum semua..

Salam kemerdekaan untuk semua warganegara Malaysia yg ke-61 tahun..sesungguhnya kita semua amat beruntung kerana berada di negara yang aman dan damai..marilah kita hargai negara kita dengan sama-sama menjaga tanah air kita daripada segala bentuk ancaman musuh..janganlah kita menjatuhkan negara kita oleh kerana sikap mementingkan diri sendiri..hargailah perjuangan-perjuangan mereka yang sentiasa bersedia menjaga tanah air kita ini..janganlah selalu mengkritik kerana tidak berpuas hati..bersikap terbukalah dan berfikiran positif dan jangan terlalu taksub akan idealogi-idealogi yang boleh memusnahkan negara..kerana sikap itu boleh merugikan kita semua..

tema dan logo hari kemerdekaan yg ke-61 - pic credit to google

Pic credit to google

Lagu tema hari kemerdekaan ke-61


Baiklah semalam aku sempat membawa anak aku Qisya untuk melihat acara sambutan hari kemerdekaan di Putrajaya buat kali pertama kerana tahun sebelum nie tidak berkesempatan..Tahun nie merupakan tahun pertama sambutan hari kemerdekaan oleh kerajaan baru negara bawah pemerintahan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.Sungguh excited Qisya,walaupun terpaksa parking kereta jauh dari tempat acara namun ada free shuttle bas yang akan membawa ke tempat acara.Ramai betul orang datang dengan membawa semangat merdeka masing-masing..yang datang bawak ahli keluarga,datang dengan kawan-kawan dan dan jugak datang dengan rombongan sekolah dan kampung..sungguh meriah sekali acara sambutan hari kemerdekaan nie..kalau dahulu semasa zaman kanak-kanak,ayah aku selalu bawak aku sekeluarga menonton acara sambutan hari kemerdekaan nie dekat bandar kuala terengganu.

Breakfast pun tepi jalan je

My hearts

Okaylah setakat ini sahaja dapat aku share untuk hari nie..selamat hari kemerdekaan sekali lagi aku ucapkan kepada semua warganegara Malaysia tak kira yang berada didalam dan diluar negara.

Sayangilah Negaraku

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR