Showing posts with label Raya mood. Show all posts
Showing posts with label Raya mood. Show all posts

Sunday, 9 August 2015

Syawal 2015 aku..

Assalamualaikum semua..syawal 2015 hampir melabuhkan tirainya..aku baru ada masa terluang untuk update sedikit kenangan aku sekeluarga pada syawal kali nie..Alhamdullillah diberikan kesempatan lagi tahun nie untuk merayakan Syawal bersama keluarga tercinta dikampung halaman,kalau diikutkan tahun nie turn raya aku kena kerja tapi kuasa tuhan menentukan segalanya..dan sempat jugalah aku berbuka puasa dikampung sehari sebelum Syawal menjelma..kemeriahan haruslah time berbuka puasa beramai-ramai dengan sup gear box special dari kakak aku..huhuhu sedap sangat uollss



Syawal tahun nie disambut secara bersederhana sahaja oleh kami sekeluarga..tetapi syawal aku sedikit terganggu kerana laki serta anak aku deman dan tak dapat nak ziarah ke semua rumah saudara mara dan hanya berkesempatan melawat yang berhampiran sahaja..tetapi kemeriahan tetap ada uollss seperti biasa menu pagi raya rumah aku tidak lengkap kalau takde nasi minyak terengganu tetapi tahun nie ada rezeki lebih sikit aku sempat buatkan hidangan mee kari untuk tetamu yang datang..


Okaylah mari aku kongsi moments yang sempat diambil untuk Syawal 2015 nie walaupun hanya sederhana tetapi aku tetapi bersyukur padaMu atas semua limpahan rahmat yang telah diberikan..Terima Kasih yang mengunjungi teratak kami dan Alhamdullillah..






Wassalam










Thursday, 16 July 2015

Salam Aidilfitri 2015


Salam Aidilfitri buat semua sanak saudara serta rakan taulan yg mengenali diri ini..sy sekeluarga ingin memohon ampun maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya tersilap bicara dan terover dalam bergurau..Selamat hari raya maaf zahir batin..😊😊🙏👨👩👧🎊🎉📢
#villagepeople #rayadikampunguollss #rayatime #salamsyawal #kosongkosong

Friday, 17 October 2014

Cerita Aidiladha 2014...

Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua sahabat-sahabatku sekalian..baca title entry pun macam dah basi tapi ade aku kisah..aku nak cerita jugak sebab nie cerita Aidiladha versi aku..hiehiehie!Okaylah tanpa membuang masa yang ade nie jom aku cerita ya..sebenarnya tahun nie adalah tahun pertama aku mengerjakan ibadat korban untuk diri aku sendiri..so nerbes nerbes nerbes nk lalui experience tu..mesti korang jeling aje kan sebab baru sekarang nk buat orang lain dah lame buat..nak buat macam mane masa tidak mengizinkan aku untuk mengerjakan ibadat korban nie dan hanya sekarang Dia memberi peluang untuk aku melaksanakannya..Syukur sangat uolss..Ceritanya macam nie..perbualan laki bini di malam hari sambil menonton movie kat rumah 3 minggu sebelum Aidiladha 2014...

Dialek ganulah sebab laki bini orang ganu:-
Bini:yang(panggilan laki bini jgn berbulu ye..huhu)..taun nie dok reban(korban) ker?

Laki:dok..kot,wakpe nk reban(korban) ke?

Bini:orang tanye dia,tanya orang pulok..mane tahu kot-kot nok reban sekali lagi ke tahun ning..

Laki:bajet kurenglah taun ning..tahun depang ah kalau ade rezeki dengan panjang umor..deme tu bile lagi nok reban,jangan nok perabis ke pitis kot lain gok..

Bini:memang ler orang niat nak reban jugok taun ning..tapi ayoh de(apak sedara aku) or ayoh deme(apak mertua aku) dok melih(sembelih) ke tahun nie?

Laki:ayoh dok melih taun nie sebab dia jual lembu-lembu dia taun ning..takdok orang nok care..tapi ayoh de dok tahu pulok ce telepun awa (cousin aku) jap cube tanye ayoh dia melih(sembelih) dok lembu taun ning..

Bini:jap eih..orang telepun awa jap..

Perbualan aku dengan awa...(potpetpotpetppotpet)

Bini:doh telepun awa,dia kabor ayoh dia x melih taun ning sebab ayoh de jual lembu je taun ning..tapi awa kabo mok dia nok join jugok tapi takdok orang hok melih..tengoh cari orang jugok tu..kena g salam kaut dengan ayoh de taun ning nie..hiehiehie..

Laki:dok dam nok kaut ayoh de simpang kemas keming doh dalam bank dia..sebab dia tahu doh tektik anok serta anok sedare dia..ce telepun ct (kakak aku) tanye dia reban dok tahun ning...

Terus call kakak aku...(potpetpotpetpotpet)

Bini:Okay dia kabor ye dok reban jugak taun nie tapi kalu shima nak reban dia suruh shima cari lagi orang lain hok nok masuk reban sekali sebab dia kate boleh suruh alim (abang ipar aku - boss pusat penjualan lembu kat ganu) save lembu sekor..tapi nok cari sape yang??

Laki:oloh..cube tanye sepupu-sepupu deme tu seme..kot-kot ada hok nok reban..adi ke..adam ke..jue ke..cah..

Bini:jap orang call jap..

Call adik aku (potpetpotpetpotpet) sementara tu laki aku call cousin laki-laki aku untuk tanya kot-kot ada yang nak join sekali sebab nak korban seekor lembu kena bahagi 7 bahagian..so kena cari orang lain join sekalilah ..kalau nak aku korban seekor lembu tu tunggu lain tahunlah..hihihi..

Laki:Okay yang,adi dengan adam nok join sekali nanti..td telepun cah ye kate gane?

Bini:Cah(adik aku) kate dia dok join tapi mek jue(adik aku) nok join..

Laki:kalu macam tu kire jadi ah tu..yang,adi,adam,mek jue dengan ciksoh(mak sedare aku)..2 orang lagi tu reservelah kot-kot last minit nanti ade orang lain hok nok join sekali..telepun ct suruh konpem dengan alim save lembu sekor..

Bini:bereh..(meloncat-loncat hati ku gembira)

So selepas settle urusan dapatkan orang-orang yang nak join tu..aku pun terus contact kakak aku untuk kompenkan dengan laki dia pasal hal lembu tu..kakak aku uruskan hal lembu tu dan aku cume bayar saje pada dia..untuk pengetahuan korang semua untuk urusan pembayaran juga ada proses angkat jual beli dengan tau..Alhamdullillah semua urusan korban berjalan lancar dan  tukang sembelih hari itu pakcik aku mintak Tuan Haji Muya..iaitu tukang sembelih lembu terfemes bila tiba musim raya haji..semua cari dia..Terima Kasih ya Pok Ya..urusan melapah semua aku serahkan pada laki aku,sepupu serta adik ipar aku untuk urusankan..rasakan semua..hahahaha...selesai sesi melapah hasil yang aku dapat lebih kurang dalam 10 kg untuk bahagian aku dan telah selamat aku agihkan pada ahli keluarga terdekat,jiran tetangga serta anak-anak yatim berhampiran..Alhamdullilah..itulah cerita Aidiladha aku tahun nie..moga diberi kesempatan untuk berkorban lagi tahun hadapan Insyaallah..

Inilah ahli keluarga aku..sepupu,anak sepupu dan juga adik beradik aku..tetapi itu baru secebis ahli keluarga aje..kalau semua penuh gambar nie..

Para lelaki yang bertungkus lumus melapah daging..baju oren tu banyak buat eksyen ke kat situ..

Yang melapah 4 orang..pemerhati bebas ramailah pulak..acamner tu..

Tengoklah baju oren buat-buat busy konon..baju hitam pegang pisau tu ayahanda aku..

Nie makanan malam yang takde kena mengena dengan entry nie..tapi setelah seminggu lebih asyik makan daging je..
moh kite makan kekci pulak..


Amin

Wednesday, 13 August 2014

Rindu kenangan malam raya dizaman kecilku...

Assalamualaikum semua..hai apa khabar,seronok ke menyambut Syawal tahun nie?..Lame dah cerita nie aku draf tapi baru sekarang ade mase nak habiskan..semuanya sebab sibuk sehingga tak ade masa untuk menjenguk ke blog sendiri..huhu..Hari ini aku ingin berkongsi sedikit kenangan menyambut Syawal dizaman kecil aku dahulu..sambutan bersama keluarga dan juga sahabat tersayang.Usahlah digambar semua perasaan itu kerana korang semua pernah merasai apa yang aku rasai semasa kecilkan.Seminggu sebelum Syawal tiba semua persiapan sudah siap disediakan seperti pakaian baru,kasut baru dan juga yang paling penting uncang baru untuk collect duit raya hokey..!Aku berasa sangat beruntung kerana kedua ibu dan juga bapa aku telah siap sedia menyediakan persiapan Syawal kami adik beradik awal-awal lagi..TERIMA KASIH MAK & AYAH..Memandangkan aku nie orang kampung,moh ler aku ceritakan macam mana orang kampung macam aku menyambut Syawal pada zaman kecil aku dulu..

Seminggu sebelum raya suasana keliling rumah sudah siap dipasang pelita minyak tanah dan pelita pulak diperbuat daripada tin-tin susu cap junjung dan juga dari buluh..gigih uolss cari tin dengan batang kayu lepas tu buat pelita dengan geng beskal aku..lupa nak share kat cni semasa kecil aku ada geng aku sendiri,iaitu geng beskal kitorang gelarkan sebab semua ada basikal dan aktiviti kitorang tiap-tiap hari adalah tawaf kampung dengan basikal tu..Apabila siap pelita dibuat,maka terang benderanglah rumah aku dan yang paling seronok sekali selepas berbuka memang dah janji dengan geng beskal untuk main tanglung dan bakar mercun bersama.So port yang sesuai mestilah dekat rumah aku huhu..acara dimulakan dengan bakar mercun,kitorang ada bermacam jenis mercun masa tu,mercun misai kucing,mercun dus,mercun papan dan macam-macam lagi lah.Tetapi semasa main mercun nie kami semua diselia oleh arwah abang aku dan juga sepupu-pupu aku semua..bahaya katanya!

Selesai main bakar mercun kitorang keluarkan tanglung masing-masing pulak..masa nielah acara tayang menayang berlaku..tanglung siapa paling cun dan meriah..siap nyalakan tanglung kitaorg pun mula menapak dari rumah ke rumah sampailah abang aku panggil suruh balik rumah..serononk uolss suasana malam raya dikampung!Selepas main tanglung aku dan juga geng beskal aku mulakan kayuhan jelajah pada malam raya dengan basikal kami melewati pelusuk kampung kerana kampng aku meriah dengan cahaya pelita minyak tanah gitu..suke ye mase tu sebab boleh tengok hiasan rumah-rumah disekitar kampung aku yang diterangi oleh lampu lip lap gtu dan juga cahaya pelita minyak tanah..

Tetapi semua itu sudah berlalu..kenangan hanya tinggal kenangan..namun semuanya masih segar dalam ingatan aku sampai kini..bergembira dengan geng beskal aku main mercun,main tanglung dan keliling kampung pada malam raya..Budak-budak sekarang hanya tahu main mercun saja lepas tu ganggu orang bertakbir dengan bakar mercun berhampiran masjid..hayatilah malam raya korang selagi korang belum dewasa,bila korang dewasa nanti confirm korang dah xleh nk buat semua tu sebab kalau korang buat mesti ade orang cakap ko dah buang tebiat..kahkahkahkah..Sebelum aku mengakhiri entri ini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya tersilap kate dan bicara sepanjang aku duk berblog yg tak seberapa nie pada semua..Terimalah gambar selfie hari raya aku untuk tatapan..huhuhu..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Peace yaww dihari raya
With lovely sister and youngest sister..and also terselit kat celah tu lovely cousin..
My sweet memory in this hari raya..
We all again..selfie mood
My heart with her mok chumie
Qisya with cik long
Tarra...jom beraya..
Princess addict to selfie..hahaha

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR