Showing posts with label i ♥ Islam. Show all posts
Showing posts with label i ♥ Islam. Show all posts

Tuesday, 27 September 2016

Tunai kewajipan...

Assalamualaikum semua..

Huh lama giler tak bersiaran dekat blog nie..maklumlah kesibukkan hakak yang membataskan masa hakak utk bersiaran..okaylah alang-alang tengah buang sarang lelabah kat blog nie hakak nak ucapkan Salam Aidiladha serta selamat hari Malaysia kepada semua pembaca blog hakak yg tak seberapa nie..apa cerita aidiladha korang tahun nie okay tak??aku harap semuanya baik-baik belaka ya..tahun nie aku berkesempatan untuk menyambut Aidiladha dekat kampung sebab tahun lepas tak dapat cuti terpaksa beraya di opis..huhuhu

So...tahun nie biarpun hanya dapat cuti 2 hari saja aku gigih jugak balik kampung sebab aku dah niat untuk buat korban satu bahagian pada tahun nie..korban tahun nie kira yang kali ke dua telah aku laksanakan..Alhamdulillah ada rezeki lebih tahun nie..selagi boleh aku kongsi dengan yang lain aku cuba utk berkongsi..Terima Kasih Ya Allah untuk kurniaanMu..Aku bertolak balik lepas waktu kerja petang sabtu tetapi yang tak bestnya hakak tersangkut dalam jam dari Batu Caves menghala ke Tol Bentong  dekat 3 jam uollss..dahlah hujan perut pun lapar bercampur nak kencing lagi sekali stop dekat BHP lepas tol gombak tengok dekat toilet berbaris orang nak masuk toilet dah let hujan..hakak batalkan niat nak ke toilet terus suruh husband jalan dekat niat nak suruh stop dekat petronas sebelum tol bentong..tetapi hampa uollss sebab nak masuk ke petronas tu pun jam..Qisya dah tidur..Husband terus redah dalam jam lepas je tol bentong jalan pun dah kurang sikit jam tapi still jugak banyak kenderaan menghala ke pantai timur..memandangkan husband hakak pun giler menahan nk kencing di terus masuk ke bandar karak dan stop dekat BHP utk melepaskan niat..nasib baik tak ramai dan toiletnya pun bersih cukup air..sebab yang hakak tahu dekat setengah hentian tak cukup air..selepas dah settle semua niat,kami sekeluarga pun terus menyambung perjalanan terus ke pantai timur..Alhamdulillah dalam pukul 3 pagi kami selamat sampai dirumah..

Sehari sebelum Aidiladha aku sempat menunaikan puasa Arafah bersama famili aku..memandangkan hari nie sehari sebelum raya sudah pasti setiap pasar akan penuh dengan orang datang untuk membeli persiapan untuk juadah hari raya..so aku memang malas nak berasak dengan semua tu aku pilih utk ke pasar tengah hari sikit utk mencari barang dapur utk masak esok hari..so nasib baik semua barang yang aku nak tu ada dan tak perlu berasak dengan orang ramai..huhuhu..juadah berbuka puasa hari tu aku suruh mak aku masak nasi ayam sebab teringin lama dah nasi ayam air tangan mak..huhuhu sedappppp..malam tu aku meluangkan masa bersama famili aku sambil lepak depan tv semua sambil tv tgk ktorg yelah sebab masing-masing sibuk nak cerita sebab lama tak jumpa..macamlah lama tak jumpa pun..tiap-tiap bulan aku balik kampung..tapi begitulah famili aku ada je cerita jenaka yang ada untuk dikongsi..

Pagi raya tersebut aku sempat ke masjid utk menunaikan solat sunat aidiladha bersama famili aku..selepas balik dari masjid aku ingat nak menjamah makanan sedikit sebab kelaparan tapi kakak aku dah panggil sebab tukang penyembelih dah sampai dan aku kena serah wakil niat korban kepada tukang penyembelih dan lepas tu kena berada di tempat penyembelihan utk membaca doa sekali lagi semasa keluarnya darah selepas lembu disembelih..lepas tu baru aku sambung makan balik..lapar kot

Okaylah selepas zohor barulah selesai semua sesi lapah melapah daging dan mengagihkan kepada semua..Alhamdullillah niat untuk tahun nie berjaya aku capai..okaylah jom cuci mata ckit dengan gambar yang sempat aku ambil..amin

Selfie dipagi raya

Sesi membahagikan bahagian masing-masing

Bahagian aku yg belum termasuk dengan tulang

Bahagian yang hendak diagihkan

Sekian..Terima kasih





Sunday, 9 August 2015

Syawal 2015 aku..

Assalamualaikum semua..syawal 2015 hampir melabuhkan tirainya..aku baru ada masa terluang untuk update sedikit kenangan aku sekeluarga pada syawal kali nie..Alhamdullillah diberikan kesempatan lagi tahun nie untuk merayakan Syawal bersama keluarga tercinta dikampung halaman,kalau diikutkan tahun nie turn raya aku kena kerja tapi kuasa tuhan menentukan segalanya..dan sempat jugalah aku berbuka puasa dikampung sehari sebelum Syawal menjelma..kemeriahan haruslah time berbuka puasa beramai-ramai dengan sup gear box special dari kakak aku..huhuhu sedap sangat uollss



Syawal tahun nie disambut secara bersederhana sahaja oleh kami sekeluarga..tetapi syawal aku sedikit terganggu kerana laki serta anak aku deman dan tak dapat nak ziarah ke semua rumah saudara mara dan hanya berkesempatan melawat yang berhampiran sahaja..tetapi kemeriahan tetap ada uollss seperti biasa menu pagi raya rumah aku tidak lengkap kalau takde nasi minyak terengganu tetapi tahun nie ada rezeki lebih sikit aku sempat buatkan hidangan mee kari untuk tetamu yang datang..


Okaylah mari aku kongsi moments yang sempat diambil untuk Syawal 2015 nie walaupun hanya sederhana tetapi aku tetapi bersyukur padaMu atas semua limpahan rahmat yang telah diberikan..Terima Kasih yang mengunjungi teratak kami dan Alhamdullillah..






Wassalam










Sunday, 31 May 2015

Lagi 4 bulan...

Assalamualaikum uolss semua...Alhamdullillah serta syukur diatas segala rahmat yang telah dikurniakan olehNya kerana kita masih lagi bernafas dan menjalani kehidupan kerana izin dariNya yg maha Esa...semoga kehidupan kita semua akan sentiasa bertambah baik dan dijauhkan dari segala perkara-perkara yang tidak diingini..

Amin




Thursday, 30 October 2014

Take 5 minutes for al-kahfi..

Assalamualaikum semua..apa khabar uolss semua?hari nie aku just nak sharing sedikit ilmu akhirat moga-moga dapat dijadikan perlindungan untuk semua nanti..Insyaallah..Okaylah tanpa membuang masa marilah kita membaca ayat-ayat al-kahfi nie supaya kita dapat menghindarkan diri daripada fitnah dajjal..



Wassalam 

Friday, 24 October 2014

Salam Awal Muharram...

Assalamualaikum semua..dan salam awal muharram ataupun maal hijrah aku nak ucapkan kepada semua umat islam..bersempena tahun bari takwin islam kita nie..moh ler kita mulakan dengan perhijrahan baru ini dengan azam baru yang baik jangan berazam pada sesuatu yang tak baik pulak ye..mari aku ceritakan sedikit macam mana peristiwa maal hijrah nie..jangan nak ingat pasal hal hiburan aje ye semua..okay semua dari aku duk merepek panjang-panjang mari korang baca tazkirah sabtu aku hari nie..

"..Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarahIslam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari KotaMakkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah.Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.."

So ingatlah kita bahawa peristiwa penting inilah yang membawa perubahan kepada kita umat islam..okaylah setakat itu sahaja  tazkirah jemah hari nie..



Wassalam

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR