Sunday 5 August 2018

Beijing oh Beijing..Trip huru-hara

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hi semua..aku nk share last trip aku ke kota Beijing,China beberapa minggu yg lepas.Perjalanan yg dirancang sejak bulan November tahun lepas akhirnya berjaya jugak sampai setelah bermacam drama berlaku..sebelum nie aku tak pernah terfikir nk pi negara China,tp itulah last2 sampai jugak..Trip kali nie adalah family trip yg terdiri dr family kakak aku dan family adik aku..Trip aku kali nie aku gelarkan trip huru-hara sesuai sgt dari mula perancangan sampailah balik mmg huru-hara memanjang..Tapi bagi aku pengalaman yg aku dpt sepanjang trip nie sgt bermakna..mengenali budaya dan adat masyarakat cina yg sgt berbeza dgn negara kita sgt memberi pengalaman yg sgt berharga..Okaylah disini aku sharekan sedikit kos dan jugak simple itineri aku sepanjang berada di kota Beijing,China..

With love from us at the forbidden city
Remark:-
*Negara yg penuh dgn kawalan keselamatan sbb setiap kali nak naik subway or masuk ke attraction areal ada body scan dan bag spot check.

*aku suggest stay dekat Niujie street utk muslim sbb senang utk cari halal food,supermarket yg jual halal food dan public transport pun mudah ada public bas dan subway setiap masa.

*Amat payah utk berkomunikasi kerana local people disana tidak tahu berbahasa english tetapi apabila kita minta pertolongan mereka sedia membantu biarpun agak sukar pada mulanya.Aku guna google translate utk berkomunikasi dan juga aku dah siap screen shot dr google map awal2 lokasi nk terjah yg siap ada bahasa dorang.Naik bas tunjuk dekat konduktor bas tempat nk tuju dan dia akan bgth dkt mana nk stop.

*aku tak ambik travel agent dan sbb itu aku byk guna apps google map utk ke semua tempat sbb semua info complete spt no.bus,laluan train,train apa perlu naik dan station mana nk kena stop.

*Most staff yg bekerja disektor awam adalah golongan muda.

*jalan raya sibuk dgn kenderaan seperti motorsikal dan mini kereta yg beroda 3 serta basikal sbb most local people guna basikal dan mini motorsikal.

*sblm sampai beijing aku dah install siap2 VPN dkt hp supaya senang aku nk access whtapps,google,fb dan ig..sbb korang mesti dh tahu yg negara China membuat sekatan utk semua website luar dr negaranya.

*sampai airport PEK nie mmg payah nk access free wifi..nk kena register bagai dan masukkan code..code utk free wifi airport boleh dptkn terus dekay sebelah kaunter customer services di Terminal 1..ada mesin utk printkn wifi code bg foreigner kena scan passport utk dptkn wifi code.

*Tiada lg services train s2 direct ke The Great Wall Badaling di Beijing North station sbb sudah ditukar ke Huangtudian station.Ambik subway line 13 dr Xizhimen ke Huoying station lps tu jalan kaki tukar station ke Huangtudian station.Kena beli tiket di luar station dahulu.(jgn risau follow saje sign board)

*elakkan menaiki public transport pd waktu puncak seperti waktu pagi dan petang sbb time tersebut adalah time local people pergi dan balik kerja.

*Main attraction place sgt crowded dgn local people pada hari cuti..so rancanglah perjalanan dgn aman.

*Bertabahlah utk menggunakan public toilet sbb tahap kebersihan dan keamanan semasa utk membuang mungkin terganggu dgn sikap local people yg kurang dlm isu kebersihan dan hormat org yg sedang menggunakan toilet.Mereka juga suka buat open show semasa dlm toilet sbb yg aku sendiri pun takleh nk hadam lg.

*aku tak plan nk pi lwt temple or famous shopping place sgt..sbb trip utk santai2 saje..

*kalau nk dptkan cenderahati murah giler dari wangfujing street..lokasi kedai dkt stadium national olympic,Beijing sebelah subway line 15 olympic sport centre station..yg penting staff ramah dan pandai ckp melayu..t'shirt boleh dpt 20 yuan sehelai beli 5 dpt free 1 helai lg..fridge magnet 3 ketul 10 yuan..koleksi piring boleh dpt 25 yuan utk size M..skarf 13 helai 100 yuan..kalau beli byk lg murah dpt..Selain tu kedai nie ada jual cadar patchwork,luggage,alas meja dan mcm2 lg lh

*kena rajin utk buat tawaran supaya tidak ditipu oleh peniaga tempatan dan berbaloi-baloi harga kalau pandai buat tawaran.

Budget:
Flight - RM560.67 (Luggage + Meal)
Hotel - RM416.67 (3 Nights)
Visa - RM103.40 per person 1 entry
Travel Insurance - RM46.50 (Family Package)
Meal stock - RM73.45 share
Car park at Putrajaya Sentral 5 day - RM30
KLIA transit - RM18.80 return Putrajaya Sentral

Tukaran matawang:100 Yuan = RM61 (Tesco extra Cheras) - Aku tukar 3000 yuan itupun x habis guna ada balance 700 yuan bawak balik.

ITINERARY & COST BEIJING TRIP

Day 0:
Car Park at Putrajaya Sentral
Take KLIA transit to KLIA2
Lunch
Departure to Beijing from KLIA2

Day 0:
KLIA transit RM9.40 one way
Lunch at KLIA RM20
Departure to PEK

Check in luggage dan visa verification
3 ketul budak watak utama team huru hara
Okay tiket dh dpt
Pintu gate dh buka..jom masuk

aku tak tahulah kt mana dtg energy dorang berdua nie..bercakap dan aktif sepanjang trip
Arrival card..isi awal2
Hand print dkt arrival imigresen..utk adult wajib scan
Alhamdullillah..selamat sampai


Day 1:
Arrival at Beijing airport (PEK) at 2:10am
Breakfast at local muslin restaurant at niujie street
Check in at Hong Wei Yi Jia Niujie
Visit Niujie Mosque
Rest
Visit Tiananmen,Zhangshan park and The Forbidden City
Dinner at local muslim restaurant at niujie street

Rest
Day 1:
Airport Taxi 55 yuan one way
Bus ticket 4 yuan return
Zhongshan Park 7 yuan return
Dinner 36 yuan

Salah satu masjid tertua dan terbesar di Beijing,China
Pelan dalam kawasan masjid niujie
Masih gah..pintu utama dahulu namun skrg pintu ini ditutup dan digantikan dgn pintu utama yg baru kerana struktur pintu utama sudah uzur
Salah satu kubah masjid niujie
Penyeri lawatan walaupun pening melayan perangai masing-masing
Muka letih dan tak mandi lagi..
Alat pengukur masa adalah salah satu tarikan didalam kawasan masjid niujie
Makam menempatkan 2 orang iman semasa dinasti yuan


Kedai makan halal dimiliki oleh orang islam berhampiran hotel
Air soya pior dekat kedai makan halal berhampiran hotel
Nie je order tak manis tak masin nak order yg lain tak tahu sebab most people dlm kedai tak tahu speaking english
Kedai halal bergerak nie pun ramai org jugak tp sedih tak tahu nk order sbb masalah komunikasi
Terima kasih kpd aso nie sbb tolong guide ktorg naik public bus..sgt membantu walaupun komunikasi antara kami mcm aym dgn itik..hahaha
Tiananmen bukanlah pintu masuk utama utk masuk ke kota larangan tetapi merupakan pintu masuk utama ke dalam kota imperial.Tiananmen dibina pada zaman dinasti Ming dan menjadi simbol kebangsaan negara China
Kota larangan yg dahulunya merupakan kediaman rasmi maharaja china dari dinasti ming dan berakhir pada dinasti qing dan kini dijadikan muzium istana.
Salah satu pintu masuk ke dalam kota larangan
Di dalam taman istana Zhongshan park
Altar of earth and harvests dari dinasti ming dan dinasti qing
Gigih laki aku melayan perangai aku nk post ala2 retis..huhuhu

Beijing tengah musim bunga masa nie..so taman dia pun cantik dgn bunga2 yg tengah galak berbunga
Samalah seperti 2 org nie galak nk bergambar acah-acah tourist katenyer..
Mak bapak duduk sibuk posing..anak-anak sibuk dgn gajet..



Sebelum balik hotel singgah makan malam dekat halal restaurant berhampiran hotel dan ini adalah ayam kung pao harga pun okay tak mahal



Nie semua orang tahukan nasi goreng cina



Nie nasi goreng cilipadi sedap sgt



Yang nie dim sum sedap giler



Yang nie nasi goreng kambing .. portion setiap makan sgt banyak



Yang nie acah-acah makan dgn chopstick padahal lps tu mkn dgn tangan je..



Amboi lapar benor ke cik long..



Rania pun tak ketinggalan nk mkn dgn chopstick jugak..hahaha
Day 2:
Breakfast at hotel
Departure to The Great Wall Badaling
Lunch at The Great Wall
Departure to Beijing City
Dinner at hotel
Rest

Day 2:
Bus ticket 4 yuan return
Subway to xizimen 3 yuan return
Subway to huoying 6 yuan return
Train S2 to Badaling 14 yuan return
The great wall cable car + entrance fee 180 yuan
Shopping groceries 50 yuan

Otw ke the great wall badaling
Tiada lagi train dari Beijing north station..hampa jua tapi nasib ada instruction utk naik train lain ke sana..

Semasa menunggu di train S2 di Huoying station sesak giler and bau jgn cakaplah masa nie..mintak nyawa uolss


Permandangan the great wall badaling dari dalam train 


Sorrylah video x clear sebab hp cap aym je guna utk ambik video..huhuhu

Dah sampai badaling station tapi kena menapak dalam 1km utk sampai ke entrance cable car station

Sebelum naik cable car kena beli tiket dahulu ya..


Okay ready nk naik atas tembok besar china yg tersohor nie..

Sedikit sejarah tentang the great wall badaling ini dibina pada tahun 1504 pada era dinasti ming dan ketinggian tembok besar ini ialah 1015 meter.Bahagian tembok di Badaling telah menjalani pemulihan, dan pada tahun 1957 ia menjadi bahagian pertama dinding untuk dibuka kepada pelancong.

Tiket untuk naik cable car pergi balik

Ini pula tiket untuk naik ke The great wall badaling..ingt masuk free keee...

Excited benor pok adam bila sampai dekat atas tembok

I'm done walking at the 7 wonder in the world

Yes..we are here!!

Family memory here is must

Rania dgn Qisya dengan gaya pelik mereka

Macam manalah mereka dizaman dahulu dapat membina tembok sebesar ini..

Mana hajar masa nie??

Ade je budak 2 ketul nie menyelit kalau org nk bergambor

Acah-acah spontan kekonon..

Pintu masuk ke the great wall dengan cable car

Sempat lagi sebelum balik ke train station

Laki bini selfie dalam train pun dalam trainlah otw blk ke kota beijing

Makan malam teragung lauk sardin cicah budu


Day 3:
Breakfast at hotel
Visit Beijing Zoo & The Giant Panda
Lunch
Shopping at Wangfujing Street
Dinner at hotel

Rest

Day 3:
Bus ticket 4 yuan return
Subway to Beijing Zoo 3 yuan one way
Beijing zoo & The Giant Panda 19 yuan
Subway to Wangfujing 3 yuan one way
Subway to Changchun street 3 yuan one way
Shopping at Wangfujing Street 300 yuan

Nasi lemak alahai beijing gtu utk breakfast..maklumlah selera tekak orang melayu

Hari nie nk pi jalan-jalan ke zoo beijing nk tengok panda kekonon sbb mahal sgt nk masuk kt malaysia..huhuhu

Jangan nk lentok sgt posing tu cik long wehh..

Comelkan kereta dekat beijing nie..kalau dekat KL mmg kena angkut dgn jpj dh nie..hahaha

Beijing zoo merupakan zoo tertua di negara China kerana dibina sejak 1906 lagi di zaman dinasti Qing dan merupakan pusat penyelidikan zoologi yang mengkaji dan membiakkan haiwan langka dari pelbagai benua.

Okay sebelum masuk beli tiket dulu..

Tengok tu ramai gils org hari nie..sebab pi during weekend so kena hadap ler..

ayah dgn umi nk posing tapi hajar nk tgk panda..berat nananglah

Sister's welfie gtu...

Hajar dengan dunia dia..org lain nk bergambar dia tak layan..

OMG muka mak sedara dgn ank sedara sama2 tembam nampaknya..huhuhu

Posing diteruskan walaupun hajar dah tak kuase nk melayan..

alah malu-malu pulak panda sekor nie..

salah sekor yg tengah rileks dlm cage  sambil melihat kerenah manusia sekeliling dia..

Yg nie sekor tengah melabur..hahaha

Tugu panda..nk pegang yg betol takot dia kokak tangan hakak..pegang yg keras kejung nie sudah..

Hamboi budak-budak nie berposing tp hajar buat hal sendiri je malas nk layan

Mok cah pun nk berposing jugak

Panas litlit tetapi tetap nk berposing jugak semua

Proses pertumbuhan panda

Panda yang diawet

Rangka tulang panda

Balik dari zoo sempat singgah dekat Wangfujing Street salah satu tempat shopping yg popular dekat beijing

Amacam ada berani nk telan ke??

Memang kembang tekak aku nk mkn mlm lps nie..

Fresh milk

Pelbagai pilihan chopstick

Cantik sgt..dan harga pun chantik bangat uolss

Sikat rambut org dulu-dulu cantikkan..

Antara koleksi cenderahati yg dijual tapi aku suggest kalau korang nk beli sila tawar semurah-murahnya dekat sini..jgn matikan harga yg dorg offer tp aku suggest kalau nk beli cenderahati beli dekat Olympic bird nest stadium je lagi murah

Anak-anak sudah tidur jom pi night walking

Night selfie uolss..jgn marah ye


Terpaksa follow bini nk pi night walking.hahaha but chantik gambar belakang tu..

Dekat sini waktu malam paling happening but hati-hati dgn penyeluk saku ya..

Balik hotel lapar terus makan nie sajooo

Day 4:
Breakfast at hotel
Check out and save luggage at hotel
Visit Olympic Sport Centre - Bird Nest Olympic Stadium
Lunch
Shopping souvenir near Olympic sport centre Subway
Back to hotel & take luggage
Take airport shuttle to Beijing International Airport
Check in & waiting boarding time

Day 4:
Bus ticket 4 yuan return
Subway to Olympic sport centre 10 yuan return
Shopping souvenir at Olympic sport centre 250 yuan
Airport shuttle bus 30 yuan one way
Exceed luggage caj 75 yuan share

aku dan plastic mydin jd bestfriend dekat beijing

Hajar kalau nai train mesti menbuta je kerjanya kesian dgn pok alim

Mok cah ajet2 spontan kekonon

System train yg sgt mudah utk dinaiki..

Kawasan stadium nie luas so kalau perlukan tour guide or apa2 services seperti buggy,wheelchair,stroller or mini van utk bwk roda2 kawasan stadium boleh singgah dekat kaunter customer services mereka..harga yg murah dan berbaloi

Stadium national beijing ini dibuka sepenuhnya pada 28 Jun 2008 dan direka bentuk untuk digunakan sepanjang Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2008 dan akan digunakan sekali lagi pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan Paralimpik.

Permukaan langit disini mmg mcm nie sewaktu aku berkunjung ke sana nk tengok logo olympic stadium pun kabur je..

Okaylah last sebelum balik..welfie group gtu..

Family memory again here is must

Cik long acah-acah diva dengan spek baru

Mahu pi mane lagi syg oii..kaki bini kamu dh kejang dh roda2 kawasan stadium nie..

Tetapi terus segar lepas masuk kedai nie..murah giler..kedai yg aku sgt2 rekomen utk korang terjah kalau nk shopping cenderahati murah2..

Antara hasil tangkapan

Shawl dan scarf yg sgt cantik dan murah giler

Antara t'shirt yg dijual dkt sini..

Queen of tawar-menawar

Tauke dan staff yg sgt baik dan pandai ckp melayu

Nie nama kedai yg aku maksudkan

Nampaknya pok alim tgh piki mcm mane nk bwk brg2 BINI dia beli tu ke airport

Nak balik pun sempat lagi tauke bagi free gift dkt budak 3 ketul nie..terima kasih byk2

Nie kedai dia..keluar dr subway terus nampak sebelah kanan olympic sort center station pintu B2

follow label nie

Tak nampak muka dah abg ipar aku duk angkut brg2 bini dia

Kaunter tiket bus ke airport

Tiket bus ke airport 30 yuan sorang utk sehala


Tempat menungu bus ke airport

Dah mcm pelarian semua..

Sampai airport masing2 kepenatan sempat melepak dulu sambil tunggu waktu utk check in luggage pukul 12am

Yang nie paling ketara kepenatan siap bawah troli

Till we meet again beijing..kalau pjg umur dan murah rezeki..

Day 5:
Departure to Kuala Lumpur via overnight flight
Arrival at KLIA2
Take KLIA transit to Putrajaya Sentral

Day 5:
Custom tax at KLIA2 RM12 share
KLIA transit RM9.40 one way (Putrajaya station)
Car Parking 6 days RM36

Nie hasil shopping dekat beijing..masa nie dlm train erl ke dr klia2 ke putrajaya sentral

Wassalam.

No comments:

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR