Showing posts with label i ♥ my friend. Show all posts
Showing posts with label i ♥ my friend. Show all posts

Thursday, 9 August 2018

Happy 8th Birthday Anakku

Assalamualaikum semua..

Tetiba roh untuk update blog merasuk-rasuk kembali..marilah aku share sambutan hari lahir anak aku Qasihqu Nurqisya yg ke 8 tahun.Acara kecil-kecilan ini telah berlangsung pada hari raya kedua syawal yg lalu..baru sekarang nak sharekan...yelah alang-alang dah balik kampung semua saudara mara ada marilah kita eratkan hubungan silaturahim dengan berkumpul makan-makan reramaikan..

Happy 8th birthday Sayang..gedik-gedik je makcik-makcik semua..

Simple but delicious

Sedih sebab rania not around at this time..pi beraya rumah sedara belah ayah ktenyer..

Rakyat jelata yg tak pernah jemu datang ke rumah setiap kali buat open house..thank uols..i love u all

My bestfriend since kecil lagi..syg dia sorang nie..

Nie bestfriend since zaman sekolah menengah..geng-geng membawang dihati

Nie bestfriend and best travel partner

Terima kasih untuk semua yang datang berkunjung bagi memeriahkan majlis hari lahir Qisya..terima kasih tidak terhingga kepada ahli keluarga aku yang membantu dari awal hingga akhir majlis,Gambar makanan tak sempat nk snap sebab sibuk melayan memasak sambil melayan tetamu..Ibu dan ayah doakan agar Qisya menjadi anak yang soleh taat pada orang tua dan berjaya di dunia dan akhirat..Amin-amin

Wassalam

Tuesday, 8 March 2016

Bercuti pendek di Pulau Perhentian Besar

Assalamualaikum semua..apa khabar ye..aku harap semua baik2 belaka ye..hari nie aku ada masa yg terluang so takde apa nak buat marilah aku kongsi kisah percutian pendek aku dekat pulau perhentian besar yang aku pergi baru2 nie..if sesiapa yg plan nk bercuti or berlibur dekat sane sgt2 dialu2 kn..especially yg hendak lari dr kesibukan kota dan berehat dari urusan harian yg memenatkan..dan sebab apa aku pilih pulau perhentian??kerana viewnya masyaallah dan Subhanaallah tak terucap rasanya dgn kata2 cantik sgt uolss dan sbb pulau nie still terpelihara khazanah lautnya selain dari pulau redang..


Okaylah..plan asal nak cuti-cuti sempena ulang tahun ke 3 batch buddy last2 plan jadi lain atas sebab-sebab yang tak dapat nk dielakkan tapi plan still on dan aku pergi dengan sorang batch buddy aku dia dengan family kecilnya,adik aku satu family dan aku dengan anak aku saja hubby tak dapat joined sebab kena pergi kursus kesian dia tak dapat nak follow hahaha..aku just book bilik saja dgn booking.com sebab tak plan nk bersnorkeling or xtvt lain sbb just pi sana nk rest gtu..tp kalau sesiapa yg nk ambk pakej boleh walk in saje sebab areal jetty kuala besut berlambak travel agent yg jual pakej murah2 ke pulau perhentian cuma pilih je mana yg korang nak sebenarnya lagi mudah tp kalau peak season better book awal2 lh bilik or chalet tu..




Untuk pakej snorkeling or scuba diving korang boleh book kt sana pun murah..itu je yg aku boleh recommend kn..bot transfer pergi dan balik sorang rm70 dewasa dan rm40 utk kanak2 4 thn ke atas bwh 4 thn FOC..aku book dgn aina holidays itu pun walk in dan bagi yang datang dengan kereta boleh parking dgn opis yg handle bot transfer mcm aku buat dgn byrn sehari rm10..Insyaallah selamat dan masa dekat jetty korang kena byr rm5 seorang kepada kerajaan malaysia untuk masuk ke pulau di malaysia nie ya..





Aku stay dekat chalet baru namanya the barat perhentian view depan menghadap pulau perhentian kecil dan ada pelbagai kemudahan seperti semua bilik dilengkapi dgn air cond dan kipas,ada hot water,peti ais,free wifi tapi area restaurantlah tapi jangan risau untuk coverage handphone utk celcom 3g macam aku guna ada linenya tapi maxis or other network aku tak dapat nak pastikan dan chalet nie takde tv cuma dekat restaurant je yang ada tapi tak penting pun tv sebenarnya sebab kalau bercuti lepas tu nk habiskan masa tgk tv je baik duduk rumah aje..





Okay bab stok makanan dinasihatkan bawak byk2 sebab harga makanan dekat pulau biasalah mahal sedikitlah dari biasa paling murah pun dlm rm10 dan ke atas..tapi ada jugak menu yg murah biasanya portion makanan pun banyak jgk walaupun mahal..tapi boleh cuba buat macam aku siap bawak rice cooker sendiri sebab nak save masak dalam bilik..kihkihkih..jimat uolss..tapi kalau korang pergi macam solo trip baik ambik pakej include dgn meal sekali tu sudah okay..chalet nie berdekatan dgn the coral view dan perhentian island resort so tak jauh pun jalan kaki boleh sampai..nk mandi laut aku recommend depan resort perhentian islands..air laut yang biru dan jernih..pasir pun halus dan cantik uolss..okaylah itu aje yg aku boleh share..mari aku payungkan beberapa keping gambar percutian aku baru-baru nie ya..jangan marah ya..













































Bajet aku habis berdua dgn anak aku:-
Harga bilik - RM440 utk 3H 2M
Bot transfer - RM70 dewasa / RM40 kanak2
Parking kereta - RM25 3H 2M
Caj masuk pulau - FOC sebab dorang lupa nak collect kihkihkih
Makan - RM50 lunch sebab dah penat lepas balik main ombak dan mandi laut
FM - RM20 utk 6 ketul (RM10 - 3 ketul)
Key Chain - RM10 utk 5 ketul
T'shirt - RM20 (T'shirt kanak2)


Sekian

Saturday, 7 March 2015

Hello March...

Assalamualaikum semua..Ya Allah cepatnya masa berlalu..sekarang sudah masuk suku tahun 2015, terasa baru semalam melangkah masuk ke tahun 2015 nie..pejam celik pejam celik bak kate orang..aku masih lagi sama tak banyak perubahan sibuk dengan aktiviti harian yang sudah tidak boleh nak berganjak..Alhamdulillah setakat nie Allah memberikan aku kudrat yang sihat untuk menghadapinya walaupun ada ujian2 getir yang terpaksa aku tempuhi..bulan nie agk kepenatan sedikit kkerana sibuk menguruskan majlis perkahwinan adik perempuan aku yang akan berlangsung hujung bulan nie..harap2 semuanya berjalan dengan lancar..Amin!

Untuk bulan nie juga genap 1 tahun misteri kehilangan pesawat MH370..pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan antarabangsa untuk menjejak pesawat berkenaan dan sampai sekarang masih lagi tidak dijumpai..semoga suatu hari nanti misteri ini dapat dirungkai dan kepada ahli keluarga mangsa diharap dapat menempuhi ujian dariNya ini dengan penuh kesabaran dan tabah menerimanya..Oktober nie aku akan membuat perayauan antarabangsa dan aku berharap perayauan aku nie berjalan dengan lancar dan dijauhkan dari segala perkara2 yang tidak diingini..Amin!

Sekarang nie focus penting dalam kehidupan aku adalah pada family dan juga pekerjaan..masa yang ada hanya untuk mereka..untuk bersama kawan2 tetap ade cuma aku perlu limitkan sahaja..maapkan aku jika ada yang terasa..bukan hendak menjauhkan diri ya uollss..tetapi kekangan masa yang tidak mencukupi uolss..hope memahami ya..tapi sekiranya aku dijemput untuk sesi gosip sambil minum teh ais korang,aku celah jugakkan..thanks for suprise my bday last month gegirl gourjes semua..really appreciate huhuhu

Okaylah sesi merapu minggu pertama march nie dah habis..till we meet again in the next slot ya..hahaha..enjoy your weekend uollss..and enjoy your life alsoo..making it awesome..but don't forget to put your family no.one first in your life okay..because supporting from them it very important for u to move on and be a good person!

Wassalam


Say hii too..

Always to remembering..

Last gathering with my hearts..

Thank you to all my friend for my suprise bday with the delicious cake..

I ♥ u hubby for special suprise cake bday.. ♥ u till jannah insyaallah

Saturday, 3 January 2015

Berlumpur bersama ATV Ride & Adventure Park

Assalamualaikum semua..aku tanya apa khabar? Aku tanya apa khabar?..tibe-tibe gedik nak menyanyi pulakkk tapi best jugak layan lagu Joe Flizzow featuring sonaone nie..Okaylah gedik dah hilang sekarang aku nak ceritakan pengalaman aku bermain motor lasak roda empat ataupun lebih dikenali ATV baru-baru nie..bagi yang tidak mengenali jemah lebih dekat mesti cakap boleh ke jemah main benda alah nie??laki ko bagi ke main ATV tu??abis kenape tak ajak laki ko sekali main benda tu??kenapa tak ajak anak ko sekali join??...korang rase ape aku jawab??soalan menyampah..persetankan saja semua soalan bodoh tu semua..sebab bagi yang sudah mengenali jemah lebih lama sudah tahu yang jemah memang suka aktiviti lasak dan laki aku sudah cukup masak dengan perangai aku yang suka buat aktiviti macam nie..dan dia memang support dari belakang sebab apa yang dia suka buat aku takkan halang kecuali kahwin satu lagi memang siap aku buka langkah silat gayunglah nanti!!So bila aku dengan aktiviti aku, laki aku akan take care anak aku dan sama juga bila dia melakukan aktiviti dia..aku yang akan ambik alih tugas take care our daughter!So memang inilah rutin ktorg bagi yang tidak mengetahui just shut up your mouth before ask me stupid questions..hambik tercakap omputih pulak..over uolls terluah perasaan pulak sebenar nak ceritakan hal pi main ATV tp terover feeling cerita before the actual day pulak..korang layan jelah..huhuhu

Okay sekarang aku sambung balik cerita pi main ATV nie pulak..ideanya datang dari teman opis aku cik fatin atirah nie haah ajak aku main benda alah nie..katanya nak uji staminalah konon sebab di sekarang tengah aktif bersenam dan bersukan..dengan aku sekali terjebak dia heret..sebenarnya aku sudah pernah bermain ATV nie dulu sekali tapi trek dekat pantailah tapi main sekejap aje dalam 30 minit..tapi yang dia heret aku main nie trek dalam hutan hambik ko dengan lumpur yang memang power berselutnya jemah redha ajelah..But sebelum tu lupa nak kasi tahu lokasi ATV yang ktorg main nie dekat Kg.Kemensah belakang Zoo negara..Sebelum pergi itu korang kena booking dulu..dan kena bayar deposit juga ya..ktorg ambik trek RM150 dengan masa 2 jam setengah..laluan ke air terjun Sofia Jane..memang naik bukit turun bukit masuk palung keluar palung..Disini ada jugak trek RM200 dan juga RM100..harga berbeza kerana laluan mengikut trek..lagi mahal lagi adventure lah korang nanti..Atv ride and adventure park nie sebenarnya telah lama beroperasi dan telah menerima ramai tetamu dari dalam dan juga luar negara utk beraksi disini..jangan terkejut uollss ade jugak kerabat dan juga retis-retis dari malaywood dan juga holloywood datang hokay!Sebelum bermain korang akan diberikan taklimat serta panduan mengendalikan Atv nie..supaya korang mahir menggunakannya dulu..korang akan disuruh test dulu keliling markas Atv nie dulu sebelum dibawak masuk ke dalam trek sebenar..so masa tu dorang akan tengoklah keupayaan korang untuk mengendalikan motor atv nie..semua tenaga pengajar nie berpengalaman dan semasa ditrek akan ada seorang dari meraka yang akan membantu sepanjang perjalanan di trek itu nanti..

Aku pergi ke sana bersama 5 orang teman opis serta 4 orang cousin si fatin nie..so janji jam 12 sudah nak kena ada disana..tut tut tut jam 1 ktorg sampai memang sengal janji malay okay..nasib baik sesat boleh buat alasan..padahal tak sesat pun si rudy yang lambat sebab terover sleep pulak..hangin aje aku..nasib baik sampai sane dorang okay tak marah or cancel booking kitorang..sebab kena waiting turn team yang dah berlepas belum tamat lagi..so sempat jugaklah duk selfie welfie bagai..Di Atv ride and adventure park nie ade menyediakan kemudahan bilik mandi, tempat bersolat, meja dan kerusi makan, kolam renang dan kemudahan tandas yang bersih utk tetamu mereka semua..so selesa sepanjang berada disini..Disini ade jugak tempat menjual air tapi agak mahal sedikitlh chargesnye sebab dalam hutankan..Bagi yang tak bawak kasut boleh pinjam kasut getah yang disediakan sebab utk bawak atv tu korang kena pakai kasut dan aku nak nasihatkan jangan pakai kasut putih or pakaian yang cerah-cerah sebab nanti korang akan bermain lumpur..so paham-pahamlah kalau dah bermain lumpur ye..huhuhuhu..Okaylah jom layan sedikit foto-foto kenangan aku ditrek atv kg.kemensah nie..Untuk tempahan sila tekan disini

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR