Wednesday, 13 August 2014

Rindu kenangan malam raya dizaman kecilku...

Assalamualaikum semua..hai apa khabar,seronok ke menyambut Syawal tahun nie?..Lame dah cerita nie aku draf tapi baru sekarang ade mase nak habiskan..semuanya sebab sibuk sehingga tak ade masa untuk menjenguk ke blog sendiri..huhu..Hari ini aku ingin berkongsi sedikit kenangan menyambut Syawal dizaman kecil aku dahulu..sambutan bersama keluarga dan juga sahabat tersayang.Usahlah digambar semua perasaan itu kerana korang semua pernah merasai apa yang aku rasai semasa kecilkan.Seminggu sebelum Syawal tiba semua persiapan sudah siap disediakan seperti pakaian baru,kasut baru dan juga yang paling penting uncang baru untuk collect duit raya hokey..!Aku berasa sangat beruntung kerana kedua ibu dan juga bapa aku telah siap sedia menyediakan persiapan Syawal kami adik beradik awal-awal lagi..TERIMA KASIH MAK & AYAH..Memandangkan aku nie orang kampung,moh ler aku ceritakan macam mana orang kampung macam aku menyambut Syawal pada zaman kecil aku dulu..

Seminggu sebelum raya suasana keliling rumah sudah siap dipasang pelita minyak tanah dan pelita pulak diperbuat daripada tin-tin susu cap junjung dan juga dari buluh..gigih uolss cari tin dengan batang kayu lepas tu buat pelita dengan geng beskal aku..lupa nak share kat cni semasa kecil aku ada geng aku sendiri,iaitu geng beskal kitorang gelarkan sebab semua ada basikal dan aktiviti kitorang tiap-tiap hari adalah tawaf kampung dengan basikal tu..Apabila siap pelita dibuat,maka terang benderanglah rumah aku dan yang paling seronok sekali selepas berbuka memang dah janji dengan geng beskal untuk main tanglung dan bakar mercun bersama.So port yang sesuai mestilah dekat rumah aku huhu..acara dimulakan dengan bakar mercun,kitorang ada bermacam jenis mercun masa tu,mercun misai kucing,mercun dus,mercun papan dan macam-macam lagi lah.Tetapi semasa main mercun nie kami semua diselia oleh arwah abang aku dan juga sepupu-pupu aku semua..bahaya katanya!

Selesai main bakar mercun kitorang keluarkan tanglung masing-masing pulak..masa nielah acara tayang menayang berlaku..tanglung siapa paling cun dan meriah..siap nyalakan tanglung kitaorg pun mula menapak dari rumah ke rumah sampailah abang aku panggil suruh balik rumah..serononk uolss suasana malam raya dikampung!Selepas main tanglung aku dan juga geng beskal aku mulakan kayuhan jelajah pada malam raya dengan basikal kami melewati pelusuk kampung kerana kampng aku meriah dengan cahaya pelita minyak tanah gitu..suke ye mase tu sebab boleh tengok hiasan rumah-rumah disekitar kampung aku yang diterangi oleh lampu lip lap gtu dan juga cahaya pelita minyak tanah..

Tetapi semua itu sudah berlalu..kenangan hanya tinggal kenangan..namun semuanya masih segar dalam ingatan aku sampai kini..bergembira dengan geng beskal aku main mercun,main tanglung dan keliling kampung pada malam raya..Budak-budak sekarang hanya tahu main mercun saja lepas tu ganggu orang bertakbir dengan bakar mercun berhampiran masjid..hayatilah malam raya korang selagi korang belum dewasa,bila korang dewasa nanti confirm korang dah xleh nk buat semua tu sebab kalau korang buat mesti ade orang cakap ko dah buang tebiat..kahkahkahkah..Sebelum aku mengakhiri entri ini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya tersilap kate dan bicara sepanjang aku duk berblog yg tak seberapa nie pada semua..Terimalah gambar selfie hari raya aku untuk tatapan..huhuhu..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Peace yaww dihari raya
With lovely sister and youngest sister..and also terselit kat celah tu lovely cousin..
My sweet memory in this hari raya..
We all again..selfie mood
My heart with her mok chumie
Qisya with cik long
Tarra...jom beraya..
Princess addict to selfie..hahaha

Cepat-cepat:Jawatan Kosong RHB (Latest Info)

Assalamualaikum semua..apa khabar..sihat?kalau tak sihat,cepat-cepatlah jumpa doktor..bab kata pepatah cegah dulu sebelum kena..Okay macam mane sambutan hari raya korang semua..meriah?mestilah meriahkan..nak-nak yang menyambut hari raya dikampung halaman..huh meriah giler kan.samalah seperti aku,setiap kali raya aku akan pulang ke kampung di Kuala Terengganu dan tak ada istilah bergaduh untuk berebut balik kampung siapa dulu sebab aku satu kampung dengan laki aku..hahaha..Hokay hari nie takde mood nak bercerita pasal hari raya lagi cuma aku nak share jawatan kosong kat RHB jew..bagi sesiapa yang sedang mencari pekerjaan tu ataupun lepasan diploma or ijazah bolehlah datang ke temuduga terbuka untuk jawatan customer service agent untuk RHB.Kalau korang berminat sila baca dibawah nie ya(sorry ya semua aku copy dari email yang aku terima,harap-harap dapat membantu korang semua..cepat-cepat ya):-

Walk-in Interview : Customer Service Agent (Inbound) – RHB Kuala Lumpur


Responsibilities:
  • To handle initial contact of inbound calls including customer's inquiries on Bank's products and services.
  • To provide effective and alternative problem solving to customers.
  • To raise accurate and prompt service requests to the fulfillment teams.
  • To provide excellent risk verification measures to safeguard customer confidentiality.
  • To facilitate transactions and account maintenance functions over the telephone.
  • To identify opportunities to improve productivity, efficiency and quality in the service team.
  • To ensure seamless transfers e.g resolve call on first call resolution without transferring or escalating the call.
  • To be able to raise sales opportunities and encourage up selling to customers.
  • To build and maintains good relationships with all customers for inbound call.
  • To maintain a positive work environment that fosters collaboration. 
 Requirements:
  •  Diploma holder with CGPA 2.8 and above for fresh graduate.
  •  Able to speak fluently in BM & English (knowledge of other language/s will be an advantage)
  •  Preferably computer literate
  •  SPM with credit in Bahasa Melayu, English and Mathematic.
  •  Candidate with Call Centre / Contact centre experience minimum 1 year experience will be an advantage.
  •  Have good foundation in delivering quality service to customers.
  • Excellent problem solving skills and able to work extra mile.
  • High motivation and must be a strong team player, good stress management and able to work flexible hours.
  • Applicants should be Malaysians citizens or hold relevant residence status.
  • Shift working hours
  •  Shift allowance
  • Medical Benefit
  • Contract for 1 year. Conversion to permanent status base on performance
Please ensure that you comply with below documentations:
  • Passport size photo
  • Parents IC no.
  • Original Certificates
  • Photocopy of your original certificates
  • Final transcripts
  • Photocopy of your IC (front and back)
  • Resume
 Date :
26th August 2014(Tuesday)
Time :
9.00am – 12.00pm
Venue :
Manpower Management Division
Level 7th Tower 1 RHB Centre
Jalan Tun Razak 50400
Kuala Lumpur


Rebutlah peluang ini..

Arious!

Tuesday, 22 July 2014

Day 6- Autumn in Sydney:Hyde Park,Sydney Eye Tower & Queen Victoria Building

Hi semua..jem jem jem..nie last part untuk entry Sydney aku dan aku harap korang sukalah baca entry aku nie ya.Jom mari aku mulakan..hari nie aku bangun awal sedikit,maklumlah hari nie kami semua akan pulang ke tanah airku tercinta Malaysia.Selain daripada itu aku bangun awal kerana ingin sambung berkemas sebab semalam aku hanya berkemas separuh sahaja lagipun aku bukan bawak barang banyak sangat.Selasai berkemas aku mula bersiap untuk keluar buat kali terakhir.Fazz nampaknya awal-awal lagi sudah siap berkemas.Perancangan hari ini adalah untuk menunaikan impian yek-yek untuk ke taman,so moh ler kite menapak ke sana..hari ini kami tak naik train tetapi kami naik bas sahaja kerana ingin menikmati suasana di dalam bandar Sydney ini.Kami menunggu bas di bus stop berhampiran hotel penginapan kami..opps lupa nak maklumkan yang kami hanya menggunakan my multi 3 yang masih lagi berbaki 2 hari lagi..mudah naik bas hanya touch pada mesin pengimbas tiket yg disediakan di dalam bas sahaja.

Semasa dalam perjalanan,kami dapat melihat kem tentera laut Australia yang terletak di pesisir air bandar Sydney ini dan kelihatan kapal-kapal tentera yang besar berlabuh di situ.Selepas itu bas melalui Woolloomooloo bay dan finger wharf dan di situ terdapat banyak kapal-kapal layar dan mewah berlabuh.Selepas itu bas melalui Taman Royal Botanic Garden,sebuah taman yang tercantik di Sydney ini.Selepas itu bas melepasi St Mary’s Cathedral iaitu salah satu gereja yg terbesar dan salah satu yang tertua di Sydney.Kemudian kami turun di hentian berhadapan Taman Hyde Park.Di sini kami mula berjalan kaki untuk menikmati suasana musim luruh dalam taman ini.Banyak daun-daun yang berguguran di taman ini dan pada pagi tersebut kelihatan sebilangan penduduk tempatan yang sedang menikmati suasana pagi di taman Hyde Park dengan aktiviti berjogging,berjalan-jalan dengan anjing dan ahli keluarga dan ada juga beberapa kumpulan pelancong sedang menikmati suasana pagi.Di dalam taman ini ada beberapa monumen sejarah tetapi kami tidak sempat untuk menapak ke sana.Setelah penat berjalan,kami mula mengambil tempat di bangku yang disediakan sambil mula berposing dan menikmati pertunjukan basking dari kumpulan adik beradik tempatan di tengah-tengah Hyde park ini.Dari Hyde park ini kami boleh nampak Sydney Tower Eye yang berdiri megah di tengah-tengah kota Sydney.

Memandangkan kami masih mempunyai tiket masuk yang belum digunakan lagi..kami plan untuk naik ke Sydney Tower Eye ini.Kami melalui market street dan memasuki Westfield Sydney untuk ke entrance Sydney Tower Eye di tingkat 5.Semasa di dalam Westfield Sydney aku sempat melihat beberapa buah butik mewah yang terdapat di dalam Westfield ini..sempat feeling-feeling orang kaya uolss..haahaahaa..sorry ler uolss berangan kejap.Setibanya di pintu masuk Sydney Tower Eye ini,kami lihat ada beberapa kumpulan pelancong yang sedang membeli tiket masuk tetapi bagi kami yang sudah mempunyai tiket masuk hanya terus masuk dan mengambil cermin mata 4D.Semasa melalui pintu masuk ke dalam itu terdapat beberapa hiasan kristal dan wallpaper yang terdiri daripada bangunan tertinggi di dunia.Sebelum masuk ke dalam lagi,ada seorang staff akan scan tiket masuk tersebut.Selepas itu setiap pengunjung dikehendaki menonton video 4D yang disiarkan.Video ini menyiarkan semua tempat-tempat menarik di sekitar Sydney..nama 4D kn so mestilah amazing dengan sound system yang gempak dan side effect bubble lagi haah.Selesai menonton video 4D tersebut,kami mula ke pintu lift untuk naik ke tingkat atas.Semasa di lift,ada seorang staff yang akan membawa pengunjung naik terus ke atas.

Setibanya di tingkat atas,kami dapat melihat sebilangan pengunjung sedang menikmati permandangan bandaraya Sydney.Di atas ini juga terdapat mini kafe,kedai cenderahati,mini play ground untuk kanak-kanak bermain,ada beberapa teropong untuk meninjau dari atas,kemudahan tandas dan sebagainya.Di atas ini,aku dapat melihat seluruh bandar..Stadium Olympic,Sydney harbour bridge,Sydney Opera House,Hyde park, Queen Victoria Building,St Mary’s Cathedral dan macam-macam lagi.Selepas 1 jam berada di atas,kami mula turun ke bawah.Semasa dalam perjalanan keluar ke dari Westfield Sydney,fazz sempat lagi masuk shopping dalam butik Zara dan aku pula mengambil kesempatan menggunakan perkhidmatan free wifi di situ.Selepas fazz sudah shopping,kami plan untuk ke town hall square skali lagi untuk makan tengahari.Kami menaiki train dari St.James ke town hall.Setibanya kami di sana,kami mula menapak ke kedai makan harian kami di sini kerana perut sudah lapar giler.Menu yang aku ambik hari ini seperti biasa iaitu nasi lemak sambal ayam merah..sambil makan kami semua sempat lagi berkongsi pengalaman sepanjang disini.Habis sahaja makan kami menapak ke Queen Victoria Building.

Disini Queen Victoria Building ini merupakan salah satu shopping complex mewah yang terkenal di kota Sydney ini.So korang rase apelah aku dengan yek2 dan juga fazz buat kat situkan..??nk shopping barang memang tak mampu..so jemah and the gang shopping mate jelah uolss..Sebelum masuk itu haruslah posing dulu depan tugu Queen Victoria Building nie haah dan dekat depan mall nie ade pertunjukkan basking dari budak lelaki yang aku rase umar dalam 12 to 14 tahun kot..tapi suarenya mature giler..sedap gtu..so ape lagi layan jelah..orang lain layan siap pi tabur duit kat budak tu tp jemah and the gang budget traveller kan..so takde peruntukan untuk bagi coin kat budak tu..sorry yer..hahaha..Selain dari itu,ada juga activiti live painting dari warga tempatan yang menunjukkan bakat melukis 3D kat depan pintu masuk mall nie.Selepas dah habis layan muzik kat luar,kami pun masuk untuk cuci mate kat dalam mall nie..Suasana di dalam mall nie memang classic giler dan ada pelbagai jenis butik mewah kat dalam nie..Setelah puas membuang masa kat dalam mall nie,kami semua dah memang penat sangat mula beransur untuk pulang ke hotel.Kami menaiki train buat kali terakhir balik ke King Cross station dari Town Hall station.Setibanya kami di hotel,aku meminta pertukaran masa airport transfer dengan pihak hotel untuk diawalkan sedikit dari booking asal kerana kami semua ingin sampai awal dekat airport.Nasib baik reception benoit tu takde masalah..memang baguslah service yang dia offer.Van yang pick up kami dari hotel sampai tetapi kami kena follow dia pergi ambik 2 orang lain pelancong yang akan ke airport juga..so follow jelah...boleh jugak round-round dalam bandar nie lagi kan..driver van nie berbangsa arab..aku rasa mungkin dia nie dah lama tinggal disini,cara bawak van macam bawak kereta lumba uolss..nasib baik berhemat juga walaupun laju semacam je..

Finally sampai juga we all kat airport..tp gate belum buka lagi..so berkelanalah kami disitu sambil bergosip dan layan free wifi.Semasa leka bergosip tu tibalah sekumpulan pelancong veteran dari Malaysia juga yang akan naik flight skali dengan kitorang..Wow banyak ye pak cik dgn mak cik nie shopping luggage masing-masing lebih dari 2 tu..kami yang datang berkelana seminggu  nie pun bawak satu je luggage pergi dan balik..mesti kaki shopping semua nie.Apabila gate sudah dibuka,aku,yek2 dengan fazz terus beratur pergi ke kaunter untuk check in luggage, oleh sebab kami dah check in online so kami terus je pergi ke kaunter express.Settle urus check in luggage kami terus masuk ke balai perlepasan dan uruskan semua imigration.Selesai sahaja semua,kami pergi sambung lepak ke food court dan habiskan semua sisa makanan yang ada.Selepas itu barulah kami menapak ke gate utk berlepas..semasa dalam perjalanan ke gate untuk berlepas itu,kami melalui duty free shop..so shopping mate lagi..penat jugak nak menapak ke gate nie..sampai je dekat pintu date tersebut aku terus pergi duduk kat bangku yang disediakan.Penat uolss...sambil layan free wifi..tunggu gate open..than baru buka..bile dan masuk dalam flight tu aku terus cari tempat aku..nasib baik dapat duduk tepi tingkap dan sebelah aku ada makcik dengan cucu nya..dorang datang follow trip veteren td..borak sekejap than flight berlepas aku pun..zZZzzZZzz...So itulah story aku 6 hari 5 malam di Sydney,Australia nie..harap enjoy..jom layan gambar jemah and the gang ya....

TERIMA KASIH BACA ENTRY INI....

Arious!

Pagi yang nyaman..

Fazz pun dh posing..

Yek2 in da house..

St.Mary's cantheral


Credit this picture to lovely hubby-hubby di
Malaysia

Aura pengantin baru yg masih lagi tak hilang..

Pose dgn patung seksa kat belakang tu!

Selfie jemah in the gang in hyde park..

Selfie again uolss..

Feeling autuumlh sgt nie haa..

Hambik aku main-main daun dah..dh ler rumput tu mcm basah je sbb smlm hujan..musim autuum punya psl lyn je..

Yg nie sorang pun taknak kalah..

Nie dekat Sydney Eyes Tower

Antara the highest towers in da world

Jurufoto misah ketat..

4D show..

Gelap je..

Cuaca yg agak mendung..nielah Sydney uolss..

Layan jelah uolss..

Yek posing memang tak kalah..

Cewah..jemah posing 

Mane2 ku posing..

Best giler layan bdk nie nyanyi..

Cantikkan lukisannya..

Pintu masuk Queen Victoria Building

Bangunan yg cantik dan menarik..

With Queen 

Jom masuk..cuti mata..

Friday, 11 July 2014

PLEASE PRAY FOR GAZA UOLLSS!

Assalamualaikum..

No word to say..but please uolss..whoever you are,i beg uolls please pray for Gaza..let's the world here your voice!!


Let's pray together for Gaza uolss..



Wassalam

Thursday, 10 July 2014

Jemputan berbuka puasa di Grand Season Hotel KL

Hi semua..sihat?macam mana puase ada okay? Or tidak?harap-harap semuanya sihat dan dalam keadaan baik-baik sahaja ya..korang semua berbuka makan ape hari nie?masak sendiri ke makan kat kedai?tak pentinglah itu semua ya..asalkan kita semua dapat menunaikan rukun islam ke 3 dengan baik sudah ya..hari nie aku dapat jemputan berbuka puase di hotel Grand Season KL.So kalau orang dah jemput makan free tu..apa lagi..sukelah jemah uolss..lepas tu sebelum balik dapat pulak duit raya..makin ler jemah suke uolss..ape-ape pun bersyukur sgt uolss..jgn dengki dgn jemah ye..bkn jemah yg minta semua itu..hahaha...Hokaylah jom layan gambar ya..

Arious!

Just desert!

Seafood station uolss..

Jelly and chocolate corner..

Kuih-muih tradisional..

Kerabag kerabu semuanya....

Nie lauk utk main course

Anika minuman jadi pilhan..

Nielh my peberet..

Ulam untuk awek mudee..gtu

Cheff tgh prepare roti john..

Semua sedang bersabar menunggu waktu berbuka..

Masing-masing sibuk mengambil juadah untuk berbuka puasa..

Pembuka juadah untuk pusingan pertama..

Adam laksa penang nie sedap tp isi ikan kalau boleh krna blend kasi lumat lagi..

My kesayangan..

Both of my kesayangan..

Qisya dengan eehhmm..

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR