Wednesday 13 August 2014

Rindu kenangan malam raya dizaman kecilku...

Assalamualaikum semua..hai apa khabar,seronok ke menyambut Syawal tahun nie?..Lame dah cerita nie aku draf tapi baru sekarang ade mase nak habiskan..semuanya sebab sibuk sehingga tak ade masa untuk menjenguk ke blog sendiri..huhu..Hari ini aku ingin berkongsi sedikit kenangan menyambut Syawal dizaman kecil aku dahulu..sambutan bersama keluarga dan juga sahabat tersayang.Usahlah digambar semua perasaan itu kerana korang semua pernah merasai apa yang aku rasai semasa kecilkan.Seminggu sebelum Syawal tiba semua persiapan sudah siap disediakan seperti pakaian baru,kasut baru dan juga yang paling penting uncang baru untuk collect duit raya hokey..!Aku berasa sangat beruntung kerana kedua ibu dan juga bapa aku telah siap sedia menyediakan persiapan Syawal kami adik beradik awal-awal lagi..TERIMA KASIH MAK & AYAH..Memandangkan aku nie orang kampung,moh ler aku ceritakan macam mana orang kampung macam aku menyambut Syawal pada zaman kecil aku dulu..

Seminggu sebelum raya suasana keliling rumah sudah siap dipasang pelita minyak tanah dan pelita pulak diperbuat daripada tin-tin susu cap junjung dan juga dari buluh..gigih uolss cari tin dengan batang kayu lepas tu buat pelita dengan geng beskal aku..lupa nak share kat cni semasa kecil aku ada geng aku sendiri,iaitu geng beskal kitorang gelarkan sebab semua ada basikal dan aktiviti kitorang tiap-tiap hari adalah tawaf kampung dengan basikal tu..Apabila siap pelita dibuat,maka terang benderanglah rumah aku dan yang paling seronok sekali selepas berbuka memang dah janji dengan geng beskal untuk main tanglung dan bakar mercun bersama.So port yang sesuai mestilah dekat rumah aku huhu..acara dimulakan dengan bakar mercun,kitorang ada bermacam jenis mercun masa tu,mercun misai kucing,mercun dus,mercun papan dan macam-macam lagi lah.Tetapi semasa main mercun nie kami semua diselia oleh arwah abang aku dan juga sepupu-pupu aku semua..bahaya katanya!

Selesai main bakar mercun kitorang keluarkan tanglung masing-masing pulak..masa nielah acara tayang menayang berlaku..tanglung siapa paling cun dan meriah..siap nyalakan tanglung kitaorg pun mula menapak dari rumah ke rumah sampailah abang aku panggil suruh balik rumah..serononk uolss suasana malam raya dikampung!Selepas main tanglung aku dan juga geng beskal aku mulakan kayuhan jelajah pada malam raya dengan basikal kami melewati pelusuk kampung kerana kampng aku meriah dengan cahaya pelita minyak tanah gitu..suke ye mase tu sebab boleh tengok hiasan rumah-rumah disekitar kampung aku yang diterangi oleh lampu lip lap gtu dan juga cahaya pelita minyak tanah..

Tetapi semua itu sudah berlalu..kenangan hanya tinggal kenangan..namun semuanya masih segar dalam ingatan aku sampai kini..bergembira dengan geng beskal aku main mercun,main tanglung dan keliling kampung pada malam raya..Budak-budak sekarang hanya tahu main mercun saja lepas tu ganggu orang bertakbir dengan bakar mercun berhampiran masjid..hayatilah malam raya korang selagi korang belum dewasa,bila korang dewasa nanti confirm korang dah xleh nk buat semua tu sebab kalau korang buat mesti ade orang cakap ko dah buang tebiat..kahkahkahkah..Sebelum aku mengakhiri entri ini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya tersilap kate dan bicara sepanjang aku duk berblog yg tak seberapa nie pada semua..Terimalah gambar selfie hari raya aku untuk tatapan..huhuhu..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Peace yaww dihari raya
With lovely sister and youngest sister..and also terselit kat celah tu lovely cousin..
My sweet memory in this hari raya..
We all again..selfie mood
My heart with her mok chumie
Qisya with cik long
Tarra...jom beraya..
Princess addict to selfie..hahaha

2 comments:

GLY.CHINTA.QASEH said...

Cantik baju kamu semua!

Jee said...

Mok wa..cun!

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR