Nuffnang Adds

Tuesday, 8 March 2016

Kia Ora south island..


Tak sabarnya utk next trip dengan gurgirl trip buddy kali nie..aku harapkan semuanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya nanti..Insyaallah amin

Sekian

Bercuti pendek di Pulau Perhentian Besar

Assalamualaikum semua..apa khabar ye..aku harap semua baik2 belaka ye..hari nie aku ada masa yg terluang so takde apa nak buat marilah aku kongsi kisah percutian pendek aku dekat pulau perhentian besar yang aku pergi baru2 nie..if sesiapa yg plan nk bercuti or berlibur dekat sane sgt2 dialu2 kn..especially yg hendak lari dr kesibukan kota dan berehat dari urusan harian yg memenatkan..dan sebab apa aku pilih pulau perhentian??kerana viewnya masyaallah dan Subhanaallah tak terucap rasanya dgn kata2 cantik sgt uolss dan sbb pulau nie still terpelihara khazanah lautnya selain dari pulau redang..


Okaylah..plan asal nak cuti-cuti sempena ulang tahun ke 3 batch buddy last2 plan jadi lain atas sebab-sebab yang tak dapat nk dielakkan tapi plan still on dan aku pergi dengan sorang batch buddy aku dia dengan family kecilnya,adik aku satu family dan aku dengan anak aku saja hubby tak dapat joined sebab kena pergi kursus kesian dia tak dapat nak follow hahaha..aku just book bilik saja dgn booking.com sebab tak plan nk bersnorkeling or xtvt lain sbb just pi sana nk rest gtu..tp kalau sesiapa yg nk ambk pakej boleh walk in saje sebab areal jetty kuala besut berlambak travel agent yg jual pakej murah2 ke pulau perhentian cuma pilih je mana yg korang nak sebenarnya lagi mudah tp kalau peak season better book awal2 lh bilik or chalet tu..




Untuk pakej snorkeling or scuba diving korang boleh book kt sana pun murah..itu je yg aku boleh recommend kn..bot transfer pergi dan balik sorang rm70 dewasa dan rm40 utk kanak2 4 thn ke atas bwh 4 thn FOC..aku book dgn aina holidays itu pun walk in dan bagi yang datang dengan kereta boleh parking dgn opis yg handle bot transfer mcm aku buat dgn byrn sehari rm10..Insyaallah selamat dan masa dekat jetty korang kena byr rm5 seorang kepada kerajaan malaysia untuk masuk ke pulau di malaysia nie ya..





Aku stay dekat chalet baru namanya the barat perhentian view depan menghadap pulau perhentian kecil dan ada pelbagai kemudahan seperti semua bilik dilengkapi dgn air cond dan kipas,ada hot water,peti ais,free wifi tapi area restaurantlah tapi jangan risau untuk coverage handphone utk celcom 3g macam aku guna ada linenya tapi maxis or other network aku tak dapat nak pastikan dan chalet nie takde tv cuma dekat restaurant je yang ada tapi tak penting pun tv sebenarnya sebab kalau bercuti lepas tu nk habiskan masa tgk tv je baik duduk rumah aje..





Okay bab stok makanan dinasihatkan bawak byk2 sebab harga makanan dekat pulau biasalah mahal sedikitlah dari biasa paling murah pun dlm rm10 dan ke atas..tapi ada jugak menu yg murah biasanya portion makanan pun banyak jgk walaupun mahal..tapi boleh cuba buat macam aku siap bawak rice cooker sendiri sebab nak save masak dalam bilik..kihkihkih..jimat uolss..tapi kalau korang pergi macam solo trip baik ambik pakej include dgn meal sekali tu sudah okay..chalet nie berdekatan dgn the coral view dan perhentian island resort so tak jauh pun jalan kaki boleh sampai..nk mandi laut aku recommend depan resort perhentian islands..air laut yang biru dan jernih..pasir pun halus dan cantik uolss..okaylah itu aje yg aku boleh share..mari aku payungkan beberapa keping gambar percutian aku baru-baru nie ya..jangan marah ya..













































Bajet aku habis berdua dgn anak aku:-
Harga bilik - RM440 utk 3H 2M
Bot transfer - RM70 dewasa / RM40 kanak2
Parking kereta - RM25 3H 2M
Caj masuk pulau - FOC sebab dorang lupa nak collect kihkihkih
Makan - RM50 lunch sebab dah penat lepas balik main ombak dan mandi laut
FM - RM20 utk 6 ketul (RM10 - 3 ketul)
Key Chain - RM10 utk 5 ketul
T'shirt - RM20 (T'shirt kanak2)


Sekian

Monday, 7 March 2016

Lost world of Tambun

Assalamualaikum semua..lama sudah rasanya tidak bersiaran dlm blog saya nie oleh kerana masa yg tidak mengizinkn..namun hari nie adalah sedikit masa yg sempat utk aku luangkan utk bersihkan sarang labah2 yg sudah nk hinggap dekat blog kesayangan aku nie..waktu nie aku tgh menziarah dan ambik masa utk menemani mak cik aku yg keuzuran dirumahnya seketika sementara anaknya melakukan kerja rumah didapur..ohh begitu skema ayat aku karangkan nie..hahaha

Okay marilah aku cerita percutian pendek aku di Lost World of Tambun bulan lepas semasa cuti Krimas..asal2 nk pergi JB tp last minutes cancel sbb atas alasan yg tidak dapat dielakkan..aku pergi sana dengan satu family kecil aku diikuti oleh mak serta adik bongsu aku..tiket masuk aku beli melalui online harga sama saje cuma tak perlu nk beratur panjang semasa sampai sana kalau dah beli tiket siap-siap cuma perlu beratur sekejap sahaja untuk tukar ambk tiket di kaunter pembelian online..Semasa aku pergi kesana kebetulan public holiday ko rasa apa yang aku rasa???dengan parking yang penuh nasib baik parking rm1 je bolehlah tapi serius ramai giler..sampai pulak dah tengah hari dgn jalan jem dari kl hingga nk sampai ipoh..jgn ikut perangai aku yg tak rancang perjalanan sgt!kalau plan asal mmg nak overnight dekat ipoh dulu sebelum pergi tu tapi hubby aku pulak ada urusan kerja yang terpaksa diuruskan dahulu so terpaksa gerak pagi ke ipoh..tapi takpelh janji sampai sudah...







Bila dah masuk dalam tu macam biasalh kena check bag sebab makanan luar tak boleh bawak masuk sama macam theme park lain kat m'sia rules still rules okay..tapi kat sini aku perati dorang macam tak too much sangat nk geledah bag orang tak macam certain theme park lain kat m'sia nie bagai nak rak check kot ada makanan luar bawak masuk padahal  theme park dorang jual makanan kat dalam tu dahlah tak cukup utk tampung guest yang ada lepas tu limited choices sgt..hakak bencii tau..kat sini berbeza sebab banyak pilihan kiosk jualan makanan yang disediakan dan harga pun not too expensive..hambik ko penangan ckp omputih sgt sekarang..hahaha ko laynlah aku dan lama tak menulis bila dh menulis balik macam nielah..dah masuk dalam terus cari jalan2 dlu tgk environment pastu baru cari tempat nak lepak kat mana..gigih uolss mak aku ajak pi duduk depan stages tu..mak oii ko dah kenapa bising kot dgn DJ duk main lagu dgn panas lg nk hajak duduk ctu bukan pantai ada angin sempoi2 pun..di kata senang sebab kat tengah2 kawasan..dekat dengan toilet dan jugak kiosk jualan makanan..layan jelah..





Anak aku dengan hubby aku dah masuk dalam air dah bila masa pi salin baju pun aku tak perasan..tapi cuaca hari tu sangat panas uolss cuba bayangkan dengan suasana kat dalam tu yang full dengan guests yang sedang enjoy berhuhahuha dengan family dan yang tersayang semua tapi sayang ruang dalam theme park nie agak terhad dan macam sardin aku rasa..nak tahu kenapa bila aku masuk toilet aka bilik persalinan tersangatlah penuh uolss beratur hingga ke luar pintu uolss..aku terpaksa share terus bilik salin baju dengan adik aku nak jimatkan masa dan bagi kesempatan utk orang lain juga yg dah lama menunggu.. kemudian aku dengan adik pun berhuhahuha jugaklah dalam air tu sampai kecut kulit tapi takdelah over sangat dan main pun attraction yang ada sebab malas nk queue panjang..mak aku tak masuk air pun biasalah orang tua nie kalau kita ajak jalan2 dapat tengak anak cucu depan mata bergembira pun dah cukup dia cakap..dia hanya nak berehat duduk bawah pokok kelapa sambil tengok orang pun dah cukup..




Okaylah moh layan beberapa gambar yang sempat aku snap semasa disana..





Sekian