Tuesday 8 March 2016

Bercuti pendek di Pulau Perhentian Besar

Assalamualaikum semua..apa khabar ye..aku harap semua baik2 belaka ye..hari nie aku ada masa yg terluang so takde apa nak buat marilah aku kongsi kisah percutian pendek aku dekat pulau perhentian besar yang aku pergi baru2 nie..if sesiapa yg plan nk bercuti or berlibur dekat sane sgt2 dialu2 kn..especially yg hendak lari dr kesibukan kota dan berehat dari urusan harian yg memenatkan..dan sebab apa aku pilih pulau perhentian??kerana viewnya masyaallah dan Subhanaallah tak terucap rasanya dgn kata2 cantik sgt uolss dan sbb pulau nie still terpelihara khazanah lautnya selain dari pulau redang..


Okaylah..plan asal nak cuti-cuti sempena ulang tahun ke 3 batch buddy last2 plan jadi lain atas sebab-sebab yang tak dapat nk dielakkan tapi plan still on dan aku pergi dengan sorang batch buddy aku dia dengan family kecilnya,adik aku satu family dan aku dengan anak aku saja hubby tak dapat joined sebab kena pergi kursus kesian dia tak dapat nak follow hahaha..aku just book bilik saja dgn booking.com sebab tak plan nk bersnorkeling or xtvt lain sbb just pi sana nk rest gtu..tp kalau sesiapa yg nk ambk pakej boleh walk in saje sebab areal jetty kuala besut berlambak travel agent yg jual pakej murah2 ke pulau perhentian cuma pilih je mana yg korang nak sebenarnya lagi mudah tp kalau peak season better book awal2 lh bilik or chalet tu..




Untuk pakej snorkeling or scuba diving korang boleh book kt sana pun murah..itu je yg aku boleh recommend kn..bot transfer pergi dan balik sorang rm70 dewasa dan rm40 utk kanak2 4 thn ke atas bwh 4 thn FOC..aku book dgn aina holidays itu pun walk in dan bagi yang datang dengan kereta boleh parking dgn opis yg handle bot transfer mcm aku buat dgn byrn sehari rm10..Insyaallah selamat dan masa dekat jetty korang kena byr rm5 seorang kepada kerajaan malaysia untuk masuk ke pulau di malaysia nie ya..





Aku stay dekat chalet baru namanya the barat perhentian view depan menghadap pulau perhentian kecil dan ada pelbagai kemudahan seperti semua bilik dilengkapi dgn air cond dan kipas,ada hot water,peti ais,free wifi tapi area restaurantlah tapi jangan risau untuk coverage handphone utk celcom 3g macam aku guna ada linenya tapi maxis or other network aku tak dapat nak pastikan dan chalet nie takde tv cuma dekat restaurant je yang ada tapi tak penting pun tv sebenarnya sebab kalau bercuti lepas tu nk habiskan masa tgk tv je baik duduk rumah aje..





Okay bab stok makanan dinasihatkan bawak byk2 sebab harga makanan dekat pulau biasalah mahal sedikitlah dari biasa paling murah pun dlm rm10 dan ke atas..tapi ada jugak menu yg murah biasanya portion makanan pun banyak jgk walaupun mahal..tapi boleh cuba buat macam aku siap bawak rice cooker sendiri sebab nak save masak dalam bilik..kihkihkih..jimat uolss..tapi kalau korang pergi macam solo trip baik ambik pakej include dgn meal sekali tu sudah okay..chalet nie berdekatan dgn the coral view dan perhentian island resort so tak jauh pun jalan kaki boleh sampai..nk mandi laut aku recommend depan resort perhentian islands..air laut yang biru dan jernih..pasir pun halus dan cantik uolss..okaylah itu aje yg aku boleh share..mari aku payungkan beberapa keping gambar percutian aku baru-baru nie ya..jangan marah ya..













































Bajet aku habis berdua dgn anak aku:-
Harga bilik - RM440 utk 3H 2M
Bot transfer - RM70 dewasa / RM40 kanak2
Parking kereta - RM25 3H 2M
Caj masuk pulau - FOC sebab dorang lupa nak collect kihkihkih
Makan - RM50 lunch sebab dah penat lepas balik main ombak dan mandi laut
FM - RM20 utk 6 ketul (RM10 - 3 ketul)
Key Chain - RM10 utk 5 ketul
T'shirt - RM20 (T'shirt kanak2)


Sekian

No comments:

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR