Saturday, 7 March 2015

Hello March...

Assalamualaikum semua..Ya Allah cepatnya masa berlalu..sekarang sudah masuk suku tahun 2015, terasa baru semalam melangkah masuk ke tahun 2015 nie..pejam celik pejam celik bak kate orang..aku masih lagi sama tak banyak perubahan sibuk dengan aktiviti harian yang sudah tidak boleh nak berganjak..Alhamdulillah setakat nie Allah memberikan aku kudrat yang sihat untuk menghadapinya walaupun ada ujian2 getir yang terpaksa aku tempuhi..bulan nie agk kepenatan sedikit kkerana sibuk menguruskan majlis perkahwinan adik perempuan aku yang akan berlangsung hujung bulan nie..harap2 semuanya berjalan dengan lancar..Amin!

Untuk bulan nie juga genap 1 tahun misteri kehilangan pesawat MH370..pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan antarabangsa untuk menjejak pesawat berkenaan dan sampai sekarang masih lagi tidak dijumpai..semoga suatu hari nanti misteri ini dapat dirungkai dan kepada ahli keluarga mangsa diharap dapat menempuhi ujian dariNya ini dengan penuh kesabaran dan tabah menerimanya..Oktober nie aku akan membuat perayauan antarabangsa dan aku berharap perayauan aku nie berjalan dengan lancar dan dijauhkan dari segala perkara2 yang tidak diingini..Amin!

Sekarang nie focus penting dalam kehidupan aku adalah pada family dan juga pekerjaan..masa yang ada hanya untuk mereka..untuk bersama kawan2 tetap ade cuma aku perlu limitkan sahaja..maapkan aku jika ada yang terasa..bukan hendak menjauhkan diri ya uollss..tetapi kekangan masa yang tidak mencukupi uolss..hope memahami ya..tapi sekiranya aku dijemput untuk sesi gosip sambil minum teh ais korang,aku celah jugakkan..thanks for suprise my bday last month gegirl gourjes semua..really appreciate huhuhu

Okaylah sesi merapu minggu pertama march nie dah habis..till we meet again in the next slot ya..hahaha..enjoy your weekend uollss..and enjoy your life alsoo..making it awesome..but don't forget to put your family no.one first in your life okay..because supporting from them it very important for u to move on and be a good person!

Wassalam


Say hii too..

Always to remembering..

Last gathering with my hearts..

Thank you to all my friend for my suprise bday with the delicious cake..

I ♥ u hubby for special suprise cake bday.. ♥ u till jannah insyaallah

Saturday, 31 January 2015

Bersantai di Sutra Beach Resort

Assalamualaikum semua..lama sudah aku tidak meluangkan masa untuk update entry baru oleh kerana masa yang tidak mengizinkan..so sempena aku tengah bercuti panjang nie marilah kita update entry baru pulak..cerita terakhir utk bulan januari dimulakan dengan kisah percutian pendek aku bersama family di Sutra beach resort Kuala Terengganu..nama pun short vocation semua booking last minute sebab plan pun last minute..nasib baik ade booking.com so sangatlah mudah untuk mencari tempat penginapan yang sesuai dengan bajet dan masa yang ada, godek-godek dapatlah bilik dengan harga rm210 satu mlm seaview, mula-mula try call direct dorang cakap fully book than aku try guna booking.com tengok still available terus aku book,Alhamdulillah..succes uollss..berjaya jugak laki bini nak feeling-feeling bercuti walaupun sekejap..yelah masing-masing dah too busy since last year till this month so my hubby aku decide nak berehat tepi pantai sehari dua..aku pilih Sutra beach resort sebab tidak jauh dari rumah aku lebih kurang dalam 30 minit drive dengan kereta..sebab kebetulan nak balik jenguk orang tua dekat kampung so terus ambik peluang pergi berehat dekat resort berhampiran..tak dapat pergi jauh pergi yang dekat sudahhh..

Sebelum sampai tu ktorg sempat singgah di stesen minyak berhampiran untuk membeli sedikit bekalan makanan, yelah uolss kedudukan resort nie pinggir bandar Kuala Terengganu dan agak jauh dari kedai-kedai runcit sebab dekat dalam resort tu hanya ada restoran dan tak ada kedai serbaneka ya..so be preparelah uollss. Tapi restoran dekat luar resort ada jugak tapi taklah banyak sangat..tapi resort nie memang bestlah bagi aku sebab too private walaupun peralatan di dalam bilik nampak old school but it'okaylah bagi aku asal ada tempat untuk tidur yang selesa sudah..disini ada banyak tempat untuk aktiviti riadah team building..kebetulan aku pergi tu ade 2 group kursus under tnb dan juga ump so memang betul fully booklah jugak tapi takde nampak too crowded okay..apa yang best kat sini adalah kedudukan bilik yang memang the best view give for ever to the guest sebab aku dapat bilik yang view yang sangat cantik iaitu mengadap ciptaan yang maha esa yang tersangat cantikkkkk..disini juga mempunyai kemudahan wifi 24 jam disemua tempat dan ada outdoor pool yang sangat-sangat awesome dengan view ke arah laut..kami semua tiba jam 4 petang sebab bertolak selepas orang balik sembahyang jumaat, aku check in dekat reception counter sekejap sahaja sebab semua sudah siap disediakan..lupa nak share aku pergi bersama family aku..saja just nak raikan mereka semua jugak bawak berehat sekali..tapi mereka tak stay overnight dekat sana just datang waktu siang tu dan balik selepas dinner..so sempatlah mereka semua berehat sambil beriadah bersama cucu-cucu sambil ambil angin pantai sekali..

Okaylah semua..jomlah bersantai sambil layan view gambar yang sempat aku snap untuk dikongsi bersama-sama korang semua..bagi sesiapa yang hendak release tension sambil berehat tu aku sangat syorkan tempat nie..sebab this place too peace and private..huhuhu

Wassalam

 




 

 

Monday, 12 January 2015

Hari pertama Qisya bersekolah...

Assalamualaikum semua..apa khabar semuanya..aku harap sihat semuanyalah..kalau yang tak sihat semua tu, please get some medicine okay! Hari nie aku agak free dan aku nak share sedikit pengalaman menghantar anak bersekolah untuk kali pertama..excited uolls! Rela aku ambik cuti sebab taknak lepaskan peluang untuk merasai pengalaman berharga nie..So malam sebelumnya gigih laki bini buat persiapan persekolahan untuk anak seperti letak tag nama disetiap peralatan sekolah Qisya seperti yang telah diarahkan oleh pihak sekolah..dari kasut, stoking, beg, buku, pensil, pensil warna dan juga nametag sekolah..Oleh kerana uniform sekolah belum siap lagi pihak sekolah meminta pelajar baru memakai t'shirt putih berseluar track hitam or blue navy dgn memakai tudung putih bagi pelajar perempuan..entah berapa kali aku perati Qisya duk try pakai kasut dengan stoking dengan galas beg sekolah..so bila aku suruh kemas dan masuk tidur awal, terus pergi masuk bilik..excited punye pasal lettew..kalau tak memang tunggu suare rimau kumbang bunyi baru dia masuk tidur..stress jemah!

Tepat jam 7am aku mula kejutkan Qisya untuk bersiap ke sekolah..ko rase ape reaction yang dia buat??.."..ibu, kakak rasa sakit matalah..kakak rasa tak boleh lagi nie bangun..berasap aje kepala aku dengar..pujuk-pujuk tak makan, aku terus angkat masuk bilik mandi..dalam bilik mandi macam biasalah kalau paksa mandi, memang buat konsertlah satu album..so siap mandi buat-buat gigil badanlah kesejukan, padahal air mandi tak sejuk pun.eihh geram betol aku..nasib baik bila sudah siap pakai baju dia sudah okay dan mintak ayah dia buatkan susu sebotol..besor-besor pun still lagi minum susu botol..apo kono eih jang nie! Tapi nasib baik dia taknak bawak ke sekolah botol susu tu..sebab aku dah cakap awal2 tak boleh bawa botol susu ke sekolah, nanti kawan-kawan cakap '..Qisya tak malu bawak botol susu..'terus dia diam..kihkihkih faham pun..tapi sekarang nie aku cuba untuk buat dia berhenti hisap botol susu dan ganti minum susu guna cawan sahaja..insyaallah

Okaylah..tepat jam 8.30am kami sampai di sekolah dan nasib baik sesi taklimat ibubapa belum dimulakan lagi..masa aku sampai cikgu terus ambik Qisya masuk kelas, nasib baik dia tak menangis dan ikut sahaja arahan dari cikgunya..sekolah Qisya hanya ada untuk budak lelaki dan budak perempuan yang berumur 5 dan juga 6 tahun dan sekolah tadika ini bawah seliaan majlis agama islam KL..so hari nie memang ramai para ibu bapa yang datang untuk menghantar anak2 mereka berserta sesi mendengar taklimat dari pihsk pengetua sekolah..ragam budak-budak jangan cakaplah, ada yang berlari2, ada yang asyik duk menangis teresak2 sebab tak pernah berenggang dengan ibubapa mereka, ada ysng sibuk duduk bersembang dengan kawan-kawan baru dan ada yang duduk sorang2 jadi pemerhati bebas gitu! Beg sekolah masing2 jangan cakaplah bagi yang gegurl sudah pasti beg sekolah theme frozen dan juga barbie..bagi boy boys pulak theme superhero memang tak larilah..masing-masing sibuk nak showing equipment terhebat dorang..Qisya punya beg sekolah theme barbie..sebab dari dulu hi gga sekarang fan of barbie ktenya..tangan ke dahi aku laki bini setiap kali nak beli barang dia..color choices must PINK hokay!Macam kat sekolah tadi semua pakai stoking putih hitam..dia pakai stoking pink putih..lain dari orang lain..layan jelah cikgu cakap!

Habis briefing dari pengetua sekolah, aku duduklah kejap sebab nak tengok Qisya boleh sesuaikan diri ke tidak..tiba-tiba Qisya datang kat aku cakap "..ibu dengan ayah pergilah kerja dulu, nanti jangan lupa suruh ayah ambik kakak habis sekolah.."amboi nak, suke benor ko ye..siap suruh mak apak ko balik..asatu aku tengok tudung dah senget2 dengan baju dah tak masuk dlm seluar..so aku betolkan dulu semua tu dan bagi sedikit pesanan kasih sayang gitu sebelum beredar, walhal kat rumah asyik bertekak aje..aku minta cikgu tolong tengok2kn Qisya dan aku beredar pergi ambik late breakfast dengan laki aku sambil feelings romantik gitu..ketok kepale sila sedar diri ckit jemah! Toin toin toin..Jam 12pm kami pergi ambik Qisya dekat sekolah tu balik..bila aku tanya dia "..kakak suka tak pergi sekolah tadi?..suka, kakak suka makan tadi cikgu bagi makan spaghetti!.."terus tangan ke dahi lagi..aduhai Qisya Sayang..harap hari esok dan seterusnya Qisya terus bersemangat untuk terus rajin ke sekolah untuk belajar..semoga menjadi anak yang berguna dan berjaya dikemudian hari sayang..love from ibu dan ayah..!

Wassalam

Saturday, 3 January 2015

Berlumpur bersama ATV Ride & Adventure Park

Assalamualaikum semua..aku tanya apa khabar? Aku tanya apa khabar?..tibe-tibe gedik nak menyanyi pulakkk tapi best jugak layan lagu Joe Flizzow featuring sonaone nie..Okaylah gedik dah hilang sekarang aku nak ceritakan pengalaman aku bermain motor lasak roda empat ataupun lebih dikenali ATV baru-baru nie..bagi yang tidak mengenali jemah lebih dekat mesti cakap boleh ke jemah main benda alah nie??laki ko bagi ke main ATV tu??abis kenape tak ajak laki ko sekali main benda tu??kenapa tak ajak anak ko sekali join??...korang rase ape aku jawab??soalan menyampah..persetankan saja semua soalan bodoh tu semua..sebab bagi yang sudah mengenali jemah lebih lama sudah tahu yang jemah memang suka aktiviti lasak dan laki aku sudah cukup masak dengan perangai aku yang suka buat aktiviti macam nie..dan dia memang support dari belakang sebab apa yang dia suka buat aku takkan halang kecuali kahwin satu lagi memang siap aku buka langkah silat gayunglah nanti!!So bila aku dengan aktiviti aku, laki aku akan take care anak aku dan sama juga bila dia melakukan aktiviti dia..aku yang akan ambik alih tugas take care our daughter!So memang inilah rutin ktorg bagi yang tidak mengetahui just shut up your mouth before ask me stupid questions..hambik tercakap omputih pulak..over uolls terluah perasaan pulak sebenar nak ceritakan hal pi main ATV tp terover feeling cerita before the actual day pulak..korang layan jelah..huhuhu

Okay sekarang aku sambung balik cerita pi main ATV nie pulak..ideanya datang dari teman opis aku cik fatin atirah nie haah ajak aku main benda alah nie..katanya nak uji staminalah konon sebab di sekarang tengah aktif bersenam dan bersukan..dengan aku sekali terjebak dia heret..sebenarnya aku sudah pernah bermain ATV nie dulu sekali tapi trek dekat pantailah tapi main sekejap aje dalam 30 minit..tapi yang dia heret aku main nie trek dalam hutan hambik ko dengan lumpur yang memang power berselutnya jemah redha ajelah..But sebelum tu lupa nak kasi tahu lokasi ATV yang ktorg main nie dekat Kg.Kemensah belakang Zoo negara..Sebelum pergi itu korang kena booking dulu..dan kena bayar deposit juga ya..ktorg ambik trek RM150 dengan masa 2 jam setengah..laluan ke air terjun Sofia Jane..memang naik bukit turun bukit masuk palung keluar palung..Disini ada jugak trek RM200 dan juga RM100..harga berbeza kerana laluan mengikut trek..lagi mahal lagi adventure lah korang nanti..Atv ride and adventure park nie sebenarnya telah lama beroperasi dan telah menerima ramai tetamu dari dalam dan juga luar negara utk beraksi disini..jangan terkejut uollss ade jugak kerabat dan juga retis-retis dari malaywood dan juga holloywood datang hokay!Sebelum bermain korang akan diberikan taklimat serta panduan mengendalikan Atv nie..supaya korang mahir menggunakannya dulu..korang akan disuruh test dulu keliling markas Atv nie dulu sebelum dibawak masuk ke dalam trek sebenar..so masa tu dorang akan tengoklah keupayaan korang untuk mengendalikan motor atv nie..semua tenaga pengajar nie berpengalaman dan semasa ditrek akan ada seorang dari meraka yang akan membantu sepanjang perjalanan di trek itu nanti..

Aku pergi ke sana bersama 5 orang teman opis serta 4 orang cousin si fatin nie..so janji jam 12 sudah nak kena ada disana..tut tut tut jam 1 ktorg sampai memang sengal janji malay okay..nasib baik sesat boleh buat alasan..padahal tak sesat pun si rudy yang lambat sebab terover sleep pulak..hangin aje aku..nasib baik sampai sane dorang okay tak marah or cancel booking kitorang..sebab kena waiting turn team yang dah berlepas belum tamat lagi..so sempat jugaklah duk selfie welfie bagai..Di Atv ride and adventure park nie ade menyediakan kemudahan bilik mandi, tempat bersolat, meja dan kerusi makan, kolam renang dan kemudahan tandas yang bersih utk tetamu mereka semua..so selesa sepanjang berada disini..Disini ade jugak tempat menjual air tapi agak mahal sedikitlh chargesnye sebab dalam hutankan..Bagi yang tak bawak kasut boleh pinjam kasut getah yang disediakan sebab utk bawak atv tu korang kena pakai kasut dan aku nak nasihatkan jangan pakai kasut putih or pakaian yang cerah-cerah sebab nanti korang akan bermain lumpur..so paham-pahamlah kalau dah bermain lumpur ye..huhuhuhu..Okaylah jom layan sedikit foto-foto kenangan aku ditrek atv kg.kemensah nie..Untuk tempahan sila tekan disini

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Thursday, 1 January 2015

Welcome 2015

Assalamualaikum serta apa khabar semua..sudah berakhir 2014 dan sekarang kita sudah berada dalam tahun 2015..sekejap sahaja putaran masa, walaupun banyak suka duka 2014..Syukur Alhamdulillah!Adakah misi 2014 kalian semua sudah tercapai??impian aku ada yg sudah tercapai dan ada jugak yg tidak sempat dicapai tetapi impian yang tidak sempat aku capai tu sudah aku forward ke tahun 2015 nie..harap-harap tercapai nanti..amin!Dalam tahun 2015 nie aku berharap dapat membahagiakan lagi suami dan juga anak aku serta keluarga aku dengan memberikan lebih banyak masa dan mencipta lebih banyak memori indah untuk mereka semua..dari segi pekerjaan pulak aku harap dapat perform lagi baik dari tahun 2014..bersama kawan-kawan pula aku harap dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan kita yaaa..tak kira kawan realiti or kawan di alam maya nie yaa..huhuhu!Untuk aktiviti tahun 2015 telah aku senarai pendekkan agar dapat aku penuhi impian giler-giler aku nie..wish me luck uolls! Okaylh penatlah uolls nak bebel panjang lebar..jemah nak continues sleep pulak..Salam 2015 dan tinggalkan semua memori duka 2014 dan bergembiralah dengan 2015 nie..living negative takes positive kate omputih and moving forward gittew!!

Wassalam

Thursday, 25 December 2014

Banjir

Assalamualaikum semua..lama sudah aku tak jenguk dan update entry baru..rindu pulak rasenya, so sempena hari nie aku rest day so adelah sedkit mase untuk aku menulis diruangan kecil nie..seperti yang semua sudah maklum bahawa negeri2 dipantai timur dan juga utara telah dilanda banjir kesan dari lepasan empangan dari negara jiran dan juga musim tengkujuh yang sedang melanda pantai timur serta fenomena air pasang besar akibat bulan berada dekat dengan bumi..aku berasa sangat simpati kepada semua mangsa banjir yang terlibat dan semoga Allah s.a.w memberikan mereka kekuatan dan kesabaran yang tinggi kepada mereka semua..Bagi yang telah kehilangan orang tersayang takziah aku ucapkan dari jauh walaupun tidak mengenali dari dekat..bagi yang kehilangan harta benda serta tempat tinggal tu mungkin ade hikmah disebalik yang terjadi semoga tabah dalam menghadapi dugaan nie semua..selain itu patuhlah pada arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa semasa banjir nie dan janganlah bertindak sesuka hati sehingga merbahayakan diri sendiri serta orang lain..utamakan keselamatan dan jangan gatal2 nak bermain air banjir pulak..korang ingat air banjir tu bersih kee..pada pihak berkuasa yang bertugas pula..tahniah serta bangga dengan kecekapan dan usaha kalian semua dalam memastikan semua mangsa banjir dapat diselamatkan dan berada dalam keadaan baik semua..tanpa anda semua apalah terjadi pada mereka semua..Disini aku kongsikan sedikit gambar yang telah dikongsikn oleh rakan2 aku yang telah menjadi mangsa banjir nie..


 

 
 
 
 
 
 
 
 


 


 Wassalam

Monday, 1 December 2014

Disember sudah...

Assalamualaikum semua..apa khabar semua??sekarang nak update blog agak terhad masa yang ada..kebiasaannya aku akan update dekat opis aje..sebab kalau kat rumah mesti rase macam malas nak update guna tablet sebab leceh nak kena taip satu2..kalau kat opis boleh guna pc opis aje..tetapi sekarang nie kat opis aku dorang dah block untuk masuk website blogspot dengan certain sosial network nie..eleh dengki lettew orang ade blog..hiehiehie! Tapi nasib baik website lain still go on..takdelah bosan budak CCC..(mate ke atas tangan ke bahu)..Okaylah sekarang dah masuk bulan Disember tinggal sebulan lagi sebelum masuk tahun 2015, adakah semua perancangan 2014 korang telah dicapai?? Aku harap semua yang telah dirancang korang tercapai dan mana-mana yang tak sempat nak capai tu cuba next year ye..sama macam aku, perancangan yang terbantut tahun nje aku forward ke tahun depan insyaallah..Tahun depan Qisya dah start masuk sekolah tadika, aku hantar kat tadika bawah MAIWP aje..nak hantar ke tempat mahal tak mampu uolls, lagi pun tadika nie dekat dengan kawasan rumah serta tempat kerja aku dengan laki aku..segala urusan pendaftaran sudah selesai tunggu untuk ambik uniform je hujung bulan nie..aku suka tadika nie sebab ianya lebih menekankan aspek pembelajaran secara islamic..harap-harap Qisya dapat mengikuti program pembelajaran dekat tadika tanpa ada sebarang masalah..

Bulan nie kesibukan aku di opis agak berganda so balik kije pun tak menentu, nasib baik ade laki yang memahami tugas bini yang kerja shift..opps lupe nak share, sekarang aku dah start masuk kerja shift balik, sebelum nie normal hour aje aku kerja so bile dah shift nie mmg tak menentulah kerja aku..dan cuti pun dah tak sama dengan laki aku..alah tak kisahlah laki aku cakap janji ada kerja dari takde..aku tak kisah pun sebab sebelum nie aku dah biasa kerja shift..cuma bila ada anak nie, kesian jugak kat anak aku time aku kena kerja malam..tapi nasib baik sebelum aku masuk kerja shift nie, aku sudah deal dengan boss aku.Korang ingat senang ke nak suruh aku masuk kerja shift nie..hello please leerr, dah bagi aku kerja normal hour pastu nak suruh aku masuk shift sebab nak replace dengan orang lain yang insist sgt katenye nak kerja normal hour..(mate ke ats) nasib baik aku jenis yg still boleh bertolak ansooooor dgn orang lain..sabar jelah, nasib baik reason yang diberikan aku boleh terima..tetapi bersyarat okay jemah mintak dengan boss shift paling lambat kul 12 pm sampai 9 pm ajooo..lebih-lebih no way dan weekend my shift only until 7 pm ajee, tak kuase jemah nak kerja sampai malam-malam bute jemah ade laki dengan anak yang jemah kena bagi attention jgk ye! Nasib baik my lovely boss really understanding with my condition dan accept semua syarat jemah..thanks sangat boss...!Okaylah aku nak masuk tidur dah..ngatok uolls esok kerja masuk jam 11 am tapi awal-awal pagi dah kena bangun nak hantar Qisya kat rumah pengasuh sebelum hantar tu mesti nak singgah breakfast dulu..itulah quality time aku setiap hari..jumpa lagi di lain entry semua..

Wassalam


 Untuk tatapan yang merindui jemah..pic last outing with my family last november

Thursday, 20 November 2014

Hilang ke??

Assalamualaikum semua..salam jumaat yg barakah dan apa khabar uolls??..lama sudah aku tak update cerita baru..bukan hilang ke mana pun..maaflah uolls semua jemah too busy dan tak sempat nak update crite2 bru skrg..Kebetulan hari nie aku cuti sebab bawak kereta pergi service so adalah sedikit masa untuk update blog sambil menunggu turn kereta aku siap di service..apa crite korang sekarang??aku mcm biase je busy dgn urusan kerja serta rumahtangga..kihkihkih..statement poyo je uolls..baru2 nie busy menyiapkan costing utk next trip thn dpn..giler kentang gtu dgn partner-partner trip baru serta laki aku join skali..teruja sgt uolls..!!Destination..???..biarlah rahsia gtu kte Datuk ct kite..kihkihkih..Alhamdulillah..costing siap..so dh boleh slow2 booking apa yg patot dahulu sbb trip tu hujung thn dpn..we all harap semuanya berjalan lancar nanti..huh tak sabar-tak sabar-tak sabar..!!Tapi trip dgn family aku awal thn dpn aku serahkan kat adik aku utk uruskan sebab aku byk kerja..pandai2lh dia uruskan..Pendaftaran pra sekolah Qisya dah settle cuma hujung tahun nie kena pergi ambik uniform sekolah dia..sekarang bukan main excited lagi nak pergi sekolah..tiap2 hari asyik cakap hal sekolah aje..teruje sgt lettew! Harap-harap Qisya suka dengan sekolah tu nanti..Sekarang dekat terengganu dilanda banjir yang teruk sehingga ada yg kehilangan org tersayang dalam bencana nie..aku harap orang2 terengganu tabah serta byk bersabar mengharungi dugaan ini..Alhamdulillah kampung aku tidak terlibat dalam bencana nie tetapi ada ada jugak sanak saudara aku yg menjadi mangsa banjir kali nie..byk2 bersabar ye korang semua..Esok aku nak balik kampung, harap2 perjalanan kami selamat pergi dan balik nanti..Okaylah kereta pun hampir siap di service..jumpa lagi dilain entry uolls..

 



Muka kebosanan sampai 2 cawan milo habis tunggu kereta siap di service..

 Wassalam

Thursday, 30 October 2014

Take 5 minutes for al-kahfi..

Assalamualaikum semua..apa khabar uolss semua?hari nie aku just nak sharing sedikit ilmu akhirat moga-moga dapat dijadikan perlindungan untuk semua nanti..Insyaallah..Okaylah tanpa membuang masa marilah kita membaca ayat-ayat al-kahfi nie supaya kita dapat menghindarkan diri daripada fitnah dajjal..



Wassalam 

Wednesday, 29 October 2014

Orang baru..

Assalamualaikum semua..perkongsian hari nie adalah tentang "orang baru" korang mesti tahukan maksud orang baru nie kan,kalau tak tahu meh sini nak cerita sedikit orang baru nie ialah orang yang baru masuk dalam ahli keluarga ataupun dalam komuniti kita..tetapi orang baru yang aku maksudkan nie adalah orang baru dalam ahli keluarga aku..Oppss bukan i preggy okay..Insyaallah maybe next time but today i want story uolls...dah teromputih ler pulak..orang baru yang aku maksudkan adalah cucu saudara aku..eeihh gedik sangat belum masuk umur 30 lagi jemah dah jadi nenek??..mamaji??.popo??..opah?? or sebagainyalah gelaran untuk kategori nie..cucu saudara nie yang ke-4 dah..ko mampu??baby nie baru lahir hujung bulan lepas tetapi aku baru ada masa nak pergi melawat..see kejis sangat!!sorilah cu mamji too busy cyg..so last weekend kebetulan kakak aku ada datang sini so aku ajak kakak aku pergi Setia Alam rumah anak sepupu aku nie..kebetulan sepupu aku pun ada jugak kat sini dah sebulan sebab tolong jaga anaknya yang sedang berpantang..umur cousin aku pun dah 40 lebih so memang patot ada cucu dah sebab anak dia kahwin awal lepas abis study dulu..huhuhu nielah lumrah berkeluarga besar macam aku..korang semua ada??bestkan berkeluarga besar macam nie tapi tak best time raya aje..rabak poket nak sedia duit raya kat budak-budak nie semua..rm1 tak dipandangnya..

So cucu yang ke 4 nie baby boy dan namanya Mohd Iqmal Izz tah betul ke tak aku eja namanya..berat dah naik 3 kilo lebih dah masa baru keluar dulu hanya 2.8 kg..lebih kurang berat Qisya lahir dulu..masa aku pergi tu baby nie asyik tidur je dan bangun pun time nak menyusu aje..tapi masalah kalau datang dengan kakak aku,asyik dia aje nak dukung baby tu..tulah kesian jugak kat kakak aku,kalau tak bulan 12 nie mesti aku dah dapat anak sedara baru..nak buat macam mane semua kuasaNya kakak aku keguguran..bagilah dia peluang pegang baby tu puas-puas..aku harap murah lah rezeki kakak aku nak menimang anak sendiri nanti..amin..so lama jugaklah aku lepak rumah anak sepupu aku nie..yelah bukan selalu datang pun busy uolss..lagipun dia duduk klang  aku pulak duduk kl..jauh nak menapak tu..tipu sangat padahal tiap-tiap minggu turun shah alam pi makan nasi kak jah dekat TTDI Jaya tu..kihkihkih..okaylah meh lah korang tatap gambar cucu aku yang ke 4 nie..dan kat bawah tu gambar anak aku buat muka sebab mak dia bagi makan cucur bawang aje..okay semoga bersua kembali dilain entry ya..


Nyenyak dia tidur walaupun suasana dalam rumah bising dengan abg,kakak dan juga suara Qisya duuk bermain

Budak cerewet time makan


tata

My best accomodations recommend air bnb!

Sign up for Airbnb and get RM120 off your first adventure. Here’s my invitation link: https://abnb.me/e/iY3rgUQrmR