Nuffnang Adds

Thursday, 25 December 2014

Banjir

Assalamualaikum semua..lama sudah aku tak jenguk dan update entry baru..rindu pulak rasenya, so sempena hari nie aku rest day so adelah sedkit mase untuk aku menulis diruangan kecil nie..seperti yang semua sudah maklum bahawa negeri2 dipantai timur dan juga utara telah dilanda banjir kesan dari lepasan empangan dari negara jiran dan juga musim tengkujuh yang sedang melanda pantai timur serta fenomena air pasang besar akibat bulan berada dekat dengan bumi..aku berasa sangat simpati kepada semua mangsa banjir yang terlibat dan semoga Allah s.a.w memberikan mereka kekuatan dan kesabaran yang tinggi kepada mereka semua..Bagi yang telah kehilangan orang tersayang takziah aku ucapkan dari jauh walaupun tidak mengenali dari dekat..bagi yang kehilangan harta benda serta tempat tinggal tu mungkin ade hikmah disebalik yang terjadi semoga tabah dalam menghadapi dugaan nie semua..selain itu patuhlah pada arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa semasa banjir nie dan janganlah bertindak sesuka hati sehingga merbahayakan diri sendiri serta orang lain..utamakan keselamatan dan jangan gatal2 nak bermain air banjir pulak..korang ingat air banjir tu bersih kee..pada pihak berkuasa yang bertugas pula..tahniah serta bangga dengan kecekapan dan usaha kalian semua dalam memastikan semua mangsa banjir dapat diselamatkan dan berada dalam keadaan baik semua..tanpa anda semua apalah terjadi pada mereka semua..Disini aku kongsikan sedikit gambar yang telah dikongsikn oleh rakan2 aku yang telah menjadi mangsa banjir nie..


 

 
 
 
 
 
 
 
 


 


 Wassalam

Monday, 1 December 2014

Disember sudah...

Assalamualaikum semua..apa khabar semua??sekarang nak update blog agak terhad masa yang ada..kebiasaannya aku akan update dekat opis aje..sebab kalau kat rumah mesti rase macam malas nak update guna tablet sebab leceh nak kena taip satu2..kalau kat opis boleh guna pc opis aje..tetapi sekarang nie kat opis aku dorang dah block untuk masuk website blogspot dengan certain sosial network nie..eleh dengki lettew orang ade blog..hiehiehie! Tapi nasib baik website lain still go on..takdelah bosan budak CCC..(mate ke atas tangan ke bahu)..Okaylah sekarang dah masuk bulan Disember tinggal sebulan lagi sebelum masuk tahun 2015, adakah semua perancangan 2014 korang telah dicapai?? Aku harap semua yang telah dirancang korang tercapai dan mana-mana yang tak sempat nak capai tu cuba next year ye..sama macam aku, perancangan yang terbantut tahun nje aku forward ke tahun depan insyaallah..Tahun depan Qisya dah start masuk sekolah tadika, aku hantar kat tadika bawah MAIWP aje..nak hantar ke tempat mahal tak mampu uolls, lagi pun tadika nie dekat dengan kawasan rumah serta tempat kerja aku dengan laki aku..segala urusan pendaftaran sudah selesai tunggu untuk ambik uniform je hujung bulan nie..aku suka tadika nie sebab ianya lebih menekankan aspek pembelajaran secara islamic..harap-harap Qisya dapat mengikuti program pembelajaran dekat tadika tanpa ada sebarang masalah..

Bulan nie kesibukan aku di opis agak berganda so balik kije pun tak menentu, nasib baik ade laki yang memahami tugas bini yang kerja shift..opps lupe nak share, sekarang aku dah start masuk kerja shift balik, sebelum nie normal hour aje aku kerja so bile dah shift nie mmg tak menentulah kerja aku..dan cuti pun dah tak sama dengan laki aku..alah tak kisahlah laki aku cakap janji ada kerja dari takde..aku tak kisah pun sebab sebelum nie aku dah biasa kerja shift..cuma bila ada anak nie, kesian jugak kat anak aku time aku kena kerja malam..tapi nasib baik sebelum aku masuk kerja shift nie, aku sudah deal dengan boss aku.Korang ingat senang ke nak suruh aku masuk kerja shift nie..hello please leerr, dah bagi aku kerja normal hour pastu nak suruh aku masuk shift sebab nak replace dengan orang lain yang insist sgt katenye nak kerja normal hour..(mate ke ats) nasib baik aku jenis yg still boleh bertolak ansooooor dgn orang lain..sabar jelah, nasib baik reason yang diberikan aku boleh terima..tetapi bersyarat okay jemah mintak dengan boss shift paling lambat kul 12 pm sampai 9 pm ajooo..lebih-lebih no way dan weekend my shift only until 7 pm ajee, tak kuase jemah nak kerja sampai malam-malam bute jemah ade laki dengan anak yang jemah kena bagi attention jgk ye! Nasib baik my lovely boss really understanding with my condition dan accept semua syarat jemah..thanks sangat boss...!Okaylah aku nak masuk tidur dah..ngatok uolls esok kerja masuk jam 11 am tapi awal-awal pagi dah kena bangun nak hantar Qisya kat rumah pengasuh sebelum hantar tu mesti nak singgah breakfast dulu..itulah quality time aku setiap hari..jumpa lagi di lain entry semua..

Wassalam


 Untuk tatapan yang merindui jemah..pic last outing with my family last november